Atlantis Kadayan Siri 5

Friday, July 28, 2006
Author kaawai Category

Written by codec cadaianicus

Revised text version, 01 June 2008.

Kadayan dari Atlantis?

"U biar betul, kalau pun U nak membanggakan orang Kadayan janganlah sampai berteori sampai ke Atlantis"

"Mana ada, nda masuk akal, dulu orang bilang Kadayan orang Kutai, orang Jawa … sekarang kau bilang Kadayan orang Atlantis. Besok-besok orang lain mungkin bilang orang Kadayan mungkin datang dari Bulan, dari Marikh pula"

"Sandi tu, Kadayan oang Atlantis"

Begitulah pendapat tiga orang sahabat saya yang berlainan bangsa dan budaya apabila saya mengutarakan teori saya mengenai asal – usul Kadayan. Pendapat yang pertama di atas datang dari sahabat saya orang semenanjung. Yang kedua pula diucapkan oleh seorang sahabat berbangsa Dusun dan yang terakhirnya, pendapat dari saudara saya orang Kadayan.

Kesimpulannya, dari reaksi dan ungkapan yang diutarakan, akal dan minda rasional mereka menyangkal mentah – mentah mengenai teori bahawa orang Kadayan adalah berasal dari Atlantis. Ingat, itu adalah masalah yang biasa diterima bagi pencabar conventional wisdom. Secara peribadi, saya merasa besar kemungkinan juga akan berpendapat begitu setelah membaca artikel-artikel di dalam siri ini.

Ini hanyalah dakwaan nasionalis Kadayan yang fanatik, chauvinist Kadayan yang eccentric

Atau setidak-tidaknya anda menganggap saya adalah orang yang mahu berbuat apa saja untuk menonjolkan identiti Kadayan, termasuk mengada-adakan cerita.

Untuk pengetahuan para pembaca, anggapan di atas tidak tepat sama sekali. Saya hanya seorang yang sangat berminat dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Kadayan. Selain itu saya sepanjang masa berpendapat bahawa orang Kadayan adalah sangat unik, kerana bangsa ini hanya terdapat di pulau Kalimantan [Borneo] sahaja. Selain itu hubungan diantara orang kadayan dan Brunei juga unik kerana, bangsa Brunei yang lengkap dengan kerajaannya di peta dunia belum berjaya membruneikan orang-orang Kadayan sehingga kini walaupun orang kadayan dilihat sebagai ‘Brunei Subject’.

Sudah tentu orang-orang Dusun, Murut dan orang-orang Lundayeh juga hanya terdapat di Borneo, begitu juga dengan orang-orang Bajau dan Brunei. Malah, semua kaum lain yang memang dianggap sebagai orang Borneo, wujudnya unik kepada Borneo tetapi tidak disebutkan di sini juga kita akui sebagai orang Borneo.

Tetapi di dalam kajian mengenai kedatangan ke pulau Borneo semua mereka mempunyai asal-usul yang tersendiri, bukan begitu?


Proses kedatangan ke Borneo adalah unik kepada sesuatu bangsa itu, tetapi mungkin terdapat kenyataan yang masih wujud sehingga sekarang, sehingga sukar untuk kita menafikan kesahihannya. Umpamanya bagi setengah suku di Borneo, deskripsi dan identiti mongoloid masih jelas tergambar di dalam rupa fizikal mereka sehingga di zaman moden ini. Jadi sebahagian para cerdik pandai berhujah bahawa terdapat kemungkinan leluhur mereka berhijrah keluar dari tanah besar China ke pulau Borneo.

Leluhur orang-orang Bajau pula diandaikan datang dari kawasan kesultanan Sulu1 atau kerajaan Johor Lama2 ke pulau Borneo suatu zaman yang tertentu. Orang Bajau merupakan ‘Sulu subject’ sebelum sebahagian dari mereka terutama yang tinggal di kawasan Teluk Marudu beralih kiblat menjadi ‘Brunei subject’. Antara lain, ini adalah kerana kaitan deskripsi fizikal, corak petempatan, bahasa dan juga kemahiran serta sejarah panjang mengenai kehidupan laut mereka.

Manakala itu, bangsa Brunei adalah terhasil dari penubuhan negara kota mereka. Brunei lahir sebagai negara kota, yakni kota kosmopolitan berasaskan marin dengan sejarah gemilang yang tidak dinafikan di Borneo. Bertapak sejak tahun 500 Masihi3, kerajaan ini pernah menguasai seluruh pesisiran laut pulau Borneo di zaman kegemilangannya pada abad ke 154.

Kerajaan ini dikenali dengan nama Kesultanan Melayu Brunei. Jadi, kerajaan Islam dan kehadiran bahasa melayu sebagai lingua franca perlahan lahan membentuk bangsa dan identiti melayu Brunei.

Sebenarnya bangsa Brunei lebih merujuk kepada kenyataan “orang yang berasal dari kawasan kerajaan Brunei, pemerintahan Brunei” dan ianya terhasil dari gabungan pelbagai bangsa yang terdapat di kawasan Nusantara, India, Arab malah dari China. Setelah melalui proses yang begitu lama, penduduk kosmopolitan ini telah membentuk identiti mereka yang tersendiri, lengkap dengan tata bahasa, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Malah rupa bentuk fizikal mereka adalah membentuk identiti orang Brunei, yang pada masa-masa tertentuk boleh dibezakan dari bangsa-bangsa Borneo yang lain.

Borneo adalah pulau baru, wujud dari daratan yang tenggelam

Menyentuh mengenai pulau Borneo, ia adalah pulau yang ketiga terbesar di dunia [selepas New Guinea dan Greenland] dan terletak di kawasan garis khatulistiwa. Daratan besar lain yang juga terletak di garisan khatulistiwa5 ialah di kawasan Amazon di Amerika Selatan tetapi kawasan ini bukan merupakan fokus perbincangan kita di dalam skop Atlantis Kadayan.

Kawasan pulau Borneo ini dan kawasan selat Sunda yang berada di antara pulau Borneo dan Semenanjung Malaysia adalah kawasan yang paling mungkin untuk menjadi tapak tamadun paling besar di dalam sejarah manusia iaitu Atlantis.

Aah… mungkin salah eja ni, Atlantis ke?

Ya, Atlantis.

Iaitu misteri Atlantis, benua unggul yang diberitakan tenggelam di lautan dan memang terkenal terutama di kalangan masyarakat Barat. Atlantis inilah yang saya maksudkan merupakan asal orang – orang Kadayan. Mungkin juga atlantis adalah keturunan orang Melayu, orang Dusun, orang Bajau dan orang Murut, terpulanglah untuk mereka untuk mengkaji dan menelitinya sendiri kerana saya hanya berminat dengan asal-usul orang Kadayan.

Saya berpendapat bahawa orang – orang Kadayan adalah keturunan Atlantis, atau mungkin juga yang disebut sebagai Lemuria, satu lagi pusat tamadun dunia agung dan pertama di dunia. Ia juga merupakan pusat ketamadunan yang paling besar, tetapi telah lenyap tanpa kesan kerana suatu mala petaka yang besar, terutamanya berpunca dari kenaikan aras laut, banjir besar dan letupan gunung berapi.

Bagi setengah orang, Atlantis hanyalah satu lagenda purba yang menarik manakala bagi sesetengah orang yang lain, ia adalah suatu misteri yang mengundang banyak persoalan sehingga ke hari ini. Tidak banyak rekod mengenai kewujudan Atlantis, satu – satunya rekod mengenai Atlantis yang sentiasa dirujuk ialah suatu rekod yang ditulis oleh ahli falsafah Yunani yang terkenal iaitu Plato.

Sudah tentu, saya perlu membuktikan perkara ini walaupun saya mengatakan pada siri 2 yang lepas bahawa kewujudan bukti tidak menjamin sesuatu teori itu berjaya untuk mencabar tanggapan semasa masyarakat.


Bersambung ke Siri 6.
--------------------------------

Nota Kaki:

1wikipedia.org, 2006. Suku Bajau. Accessed on 12 Jul 2006. http://id.wikipedia.org/wiki/Suku_Bajau

2peopleoftheworld.org, 2006. The Bajau. Accessed on 17 Jul 2006. http://www.peoplesoftheworld.org/text?people=Bajau
Mungkin ada kebenarannya. Samaada kebetulan atau tidak, bakal sultan Johor pernah digelar sebagai "... Yamtuan Muda Raja Bajau, bakal Sultan Johor yang memerintah Pahang ..." Arkib.gov.my, 2006. Perang Johor-jambi. Hari Ini Dalam Sejarah. Tarikh Siaran: 15.05.1980. Tarikh Peristiwa: 15.05.1673. Accessed on 17 Jul 2006. http://hids.arkib.gov.my/doc/jilidii/mei/15_05_~1.htm

3infoplease.com, 2006. Brunei. Accessed on 17 Jul 2006. http://www.infoplease.com/ipa/A0107361.html

“Brunei was trading with China during the 6th century, and, through allegiance to the Javanese Majapahit kingdom (13th to 15th century), it came under Hindu influence”

4brudirect.com, 2006. Brunei History. Accessed on 5 Jul 2006. http://www.brudirect.com/BruneiInfo/info/brudirect__History.htm

“The reign of Sultan Bolkiah (1485-1584) was the height of the Brunei Sultanate in territory, influence and power. Brunei'5 sovereignty then extended to encompass other kingdoms in Borneo and the Philippines (then dominated by the Kingdom of Manila and the Sultanates of Sulu and Maguindanao). There were inter-marriages between the royal family members of Brunei and the royalties of other Malay and Japanese kingdoms to strengthen relationships.”

5Terletak di garisan khatulistiwa pada masa ini, tetapi tidak semestinya begitu pada masa lampau. Amerika Selatan adalah daratan yang terpisah dari benua Afrika kerana berlakunya proses ‘pengapungan’ daratan. Jika pun kawasan ini berada di kawasan khatulistiwa pada masa itu, kawasan Amazon mungkin tidak sesuai untuk didiami - Pengarang.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Atlantis Kadayan Siri 4

Sunday, July 23, 2006
Author kaawai Category

Written by codec cadaianicus

Revised text version, 06 Jun 2008.

Bangsa Kadayan Adalah Bangsa yang Amat Purba

Sebenarnya sejak siri pertama saya ingin memperkatakan perkara ini.

Kadayan adalah bangsa purba, wujud lebih lama dari empayar Rom dan Empayar China. Merekan pernah mengukir sejarah gemilang sebelum hidup terasing dan bersendirian. Orang Kadayan terpisah dari kegemilangan bangsa mereka sehingga kini menerima tanggapan sebagai bangsa yang terkucil, berjumlah sedikit dan tidak mempunyai tinggalan yang patut dibanggakan.

Saya percaya kadayan adalah bangsa yang purba dan mempunyai sejarah yang amat gemilang. Biar saya cuba berkongsi pandangan dengan para pembaca mengenainya dan kemudian membandingkan betapa jauhnya kepercayaan saya mengenai bangsa kadayan berbanding dengan tanggapan umum.

Orang Kadayan mengalami liku-liku perjalanan yang panjang sebelum menjadi orang Kadayan yang kita kenali sekarang. Kepercayaan saya mengenai orang Kadayan adalah, mereka telah melalui lima peringkat perjalanan yang panjang dan penuh liku sebelum menjadi orang ‘Kadayan’ moden yang kita kenali sekarang ini. Kelima-lima peringkat itu dipaparkan seperti berikut.

1. Peringkat Kadayan yang pertama: Atlantis

Nusantara dan Borneo memang pernah mempunyai tamadun terbesar dunia pada masa purba. Kerajaan ini wujud pada era zaman ais terakhir, dikenali sebagai penghujung Era Pleistocene kira-kira 11,600 tahun yang lepas. Setelah paras air meningkat begitu tinggi, daratan yang tertinggal adalah seperti apa yang kita kenali sebagai semenanjung Malaysia, Borneo, Jawa, Sumatera dan wujud di mana-mana peta moden.

Banyak pakar-pakar sejarah mengatakan bahawa Nusantara adalah pusat tamadun dunia yang pertama kerana kesesuaian kawasan berkenaan untuk membentuk kerajaan dan misteri kemahiran membuat tembikar yang tiba-tiba berlaku di kebanyakan pelusuk dunia selepas era Pleistocene.

Anggaran pada masa itulah juga Plato, seorang ahli falsafah Greek menceritakan mengenai kewujudan satu ibu tamadun yang terbesar dan bernama Atlantis dan Lumeria. Kerajaan ini amat besar dan maju sehingga beliau mengatakan bahawa ia adalah ibu kepada segala tamadun yang ada di dunia ini.

Hanya Plato yang menyebut kerajaan ini sebagai Atlantis. Tetapi kerana ia dimaklumkan oleh seorang yang terkemuka seperti beliau, lagenda mengenainya sentiasa menarik perhatian dan lagendanya diperkatakan sehingga sekarang. Apa yang menarik ialah, beberapa beberapa pakar menyatakan bahawa tapak kerajaan Atlantis adalah kawasan yang merangkumi Borneo dan perairan di sekitarnya1. Kerajaan ini musnah akibat kenaikan paras laut sehingga 200 kaki. Tetapi, samaada pusat tamadun itu bernama Atlantis atau tidak, nusantara memang pernah membentuk tamadun dunia.

2. Peringkat Kadayan yang kedua: Atlantis Lumeria

Kemusnahan kerajaan mereka menyebabkan orang-orang Atlantis berhijrah ke merata tempat di seluruh dunia terutamanya ke tanah besar China sehingga ke Siberia, ke Polynesia, Mikronesia dan New Zealand, Ke Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Sebahagian dari mereka berhijrah ke lembah Indus bagi membentuk tamadun yang tidak kurang hebatnya iaitu Atlantis Lumeria. Catatan tua mengenai tamadun ini dapat dikesan sehingga 5,000 tahun yang lalu. Bak kata pepatah “Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat bermanja”. Lagenda Atlantis yang asal adalah menjadi sumber inspirasi mereka bagi membentuk ‘anak-anak’ tamadun di merata ceruk rantau dunia. Inspirasi ini mempengaruhi senibina, tulisan, pencapaian dan cerita mitos bagi semua ‘anak-anak tamadun’. Walau di mana mereka berada, atlantis asal yang merupakan ibu tamadun dan kesedihan mengenai kemusnahan atlantis menjadi model ikutan dan diceritakan turun temurun.

Atlantis yang tenggelam adalah satu kisah tragik dan dikenang zaman berzaman. Ramai dikalangan keturunan mereka tetap mengunjungi kawasan Atlantis yang telah menjadi lautan dan yang tinggal ialah gugusan pulau yang amat banyak sebagai tempat persinggahan.

Ini adalah antara sebab kenapa kerajaan-kerajaan India sentiasa berminat dengan kawasan nusantara di sepanjang zaman purba dan pertengahan. Sebahagian mereka mengambil keputusan untuk tinggal semula, berkampung dan bernegeri2 di serpihan daratan negeri ibu tamadun yang sungguh dibanggakan. Kerajaan ini silih berganti, berkembang, timbul dan tenggelam bertali arus. Satu dari kerajaan anak tamadun seumpamanya yang paling lama dikesan ialah kerajaan Kutai3 , bertapak di Borneo.

3. Peringkat Kadayan yang ketiga: Kutai Karta Negara

Kutai adalah kerajaan hindu yang pertama di Borneo dan di seluruh nusantara. Kutai adalah kerajaan orang-orang Kadayan di Borneo. Antara hubungan terawal indo-nusantara [lihat: asal nama ‘indo-nesia’ adalah gabungan perkataan India dan kepulauan nusantara yang menggambarkan betapa eratnya hubungan kedua wilayah berkenaan dicatat seawal abad pertama dan kedua selepas masihi]. Agama Hindu ditukar dengan Buddha, selaras dengan reformasi yang dibuat di India oleh Gautama Buddha dan menyaksikan mahzab Hinayana dan Mahayana berkembang di nusantara termasuk Borneo.

Pada tahun 144 masihi, Fa Hsien seorang pandita Buddha berbangsa Cina singgah di Java-Dwipa dan tinggal di sana selama lima bulan [perlu diingat bahawa di dalam dunia purba, Borneo adalah dikenali sebagai Jawa Besar dan pulau Jawa sebenar dikenali dengan Jawa Kecil. Juga kemudian dikenali sebagai Varuna Dvipa dan Java Dvipa]. Diantara Raja Kutai hindu yang terkenal ialah Kudungga, Devawarman, Aswawarman dan Mulawarman.

Kerajaan Kutai berkembang sehingga abad ke 19 dan ia merupakan kerajaan orang-orang Kadayan.

Pada abad ke 13 di Muara Sungai Mahakam juga berdiri kerajaan Kutai Kartanegara [besar kemungkinan merupakan lanjutan dari kerajaan Kutai lama] yang didirikan oleh seorang pembesar dari kerajaan Singasari yang bernama Raden Kesuma yang bergelar Aji Batara Agung Dewa Sakti. Asimilasi (penyatuan) kedua kerajaan tersebut [Singasari dan Kutai] terjadi pada Abad ke 13 melalui perkawinan politik. Pada abad ke 14 melalui perang besar sehingga wilayah Kerajaan Kutai Kartanegara menjadi sangat luas dan namanya berubah menjadi Kerajaan Kutai Kartanegara Ing Martadipura4.



4. Zaman kabur Kadayan: Dari Kutai ke Berunai

Istilah ‘Kadayan’ hanya wujud di kawasan kekuasaan kesultanan Brunei. Aneh bukan? Bangsa ‘Kadayan’ tidak wujud di Kutai, kampung halaman orang-orang ‘Kadayan’. Di sana mereka dikenali sebagai melayu atau melayu kutai atau dengan ringkas sebagai ‘orang Kutai’.

Orang-orang Kadayan menjadikan kawasan pantai barat laut Borneo sebagai kawasan kediaman mereka sejak 500 tahun yang lepas. Mereka terpisah langsung dari kampung halaman mereka dan kemudian membentuk satu komuniti etnik yang baru iaitu Kadayan.

Perkara ini adalah berpunca daripada pergolakan politik purba di antara kerajaan Kutai dan Kerajaan Brunei.

Zaman ini adalah titik masa kritikal yang mewujudkan bangsa ‘Kadayan’ moden

Kerajaan Kutai amat berkuasa seabad lebih dahulu dari Brunei, dan pada abad selepas itu, iaitu abad ke 15 Brunei telah melingkarkan kuasanya ke atas kerajaan Kutai.

Brunei juga merupakan kerajaan purba5. Orang-orang Cina purba memanggilnya sebagai Po-ni. Kerajaan awal Brunei berada di bawah takluk empayar Sri Vijaya pada abad ke tujuh dan pernah juga dijajah oleh empayar Majapahit. Zaman kesultanan islam Brunei bermula pada abad ke 15 dan mendominasi kawasan utara pulau Borneo dan Kesultanan Sulu disepanjang abad ke 16.

Brunei menguasai pantai utara Borneo dan kepulauan Sulu pada abad ke 166. Brunei malah menguasai seluruh persisir pulau Borneo dan sehingga ke Manila pada zaman ini. Brunei terutamanya amat berkuasa di bawah sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521). Baginda amat terkenal dengan kuasa lautnya malah berjaya menawan Manila untuk beberapa ketika7.

Kerajaan ini berterusan sehingga abad ke 18. Masalah kemudian timbul di abad ke 18. Semua kerajaan melayu di seluruh Borneo termasuk Brunei dan Filipina, mereka menjadi kerajaan yang amat lemah bermula dari abad ke 18. Di abad itu, kekuasaan sultan Brunei dan sultan Sulu yang dahulunya berkuasa hanya berkisar di kawasan istana mereka [sendiri] sahaja
8.

Bukan sahaja kritikal, zaman ini adalah zaman kabur di mana terdapat dua kemungkinan yang mewujudkan orang Kadayan. Ini kerana amat mungkin Kutai dan Brunei pernah mendominasi antara satu sama lain kerana kedua kerajaan berkenaan berkuasa pada abad yang berbeza. Zaman emas Kutai ialah pada abad ke 14 manakala Brunei melalui zaman keagungan di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah pada abad ke 15.

Jadi mana-mana satu kejadian berikut boleh mewujudkan orang ‘kadayan’ di pantai barat laut Borneo:

Brunei didominasi dan menjadi ‘Kutai Subject’ – sebahagian tentera perlu ditinggalkan untuk menjaga sempadan dominasi mereka

Kutai didominasi dan menjadi ‘Brunei Subject’ – tentera dan orang awam Kutai dikerah untuk menjaga kawasan kritikal Brunei iaitu kawasan pedalaman yang terdedah kepada ancaman suku ‘darat’

Diantara percaturan yang dimaksudkan itu ialah orang kadayan diimport untuk bertindak menjadi benteng pertahanan di bahagian pedalaman [darat] kerana ianya diperlukan oleh kerajaan Brunei untuk menghadapi tindakan dari orang darat. Ia juga penting untuk kelangsungan kerajaan Brunei kerana kekuatan angkatan Brunei adalah tertumpu di laut. Tidak menghairankan sehingga ke hari ini orang kadayan dianggap sebagai oang daat.

Sebahagian orang-orang Kutai samaada berhijrah secara sukarela ataupun terpaksa ke kawasan pemerintahan Brunei. Ini adalah sebahagian dari percaturan politik antara kerajaan diantara kerajaan yang menguasai dan dikuasai.


5. Kadayan Moden

Kitalah Kadayan moden. Kadayan, yang terasing dan menjadi bangsa tersendiri di Pulau Borneo. Mereka mendiami kawasan pesisiran pantai barat ke arah darat pulau Borneo memanjang dari daerah Sibuti di Sarawak, meleret sehingga ke Brunei dan melangkau sehingga ke kawasan Kuala Penyu di Sabah.

Kita harus berbangga kerana bangsa kita adalah bangsa yang besar dan kebanggaan itu harus kita tanam dengan membuktikan dakwaan teori asal usul kadayan ini bahawa

KADAYAN sebenarnya adalah bangsa yang purba, wujud di era Pleistocene dan mengasaskan kerajaan pertama di BORNEO.

Bersambung ke siri 5.

--------------------------------

Nota Kaki

1Koenraad Elst, 2005. An Atlantis in the Indian Ocean. Review of Stephen Oppenheimer: Eden in the East by Koenraad Elst. Accessed on 15 Oct 2005. http://www.swordoftruth.com/swordoftruth/archives/byauthor/koenraadelst/aaitio.html

2atributetohinduism.com, 2005. A Tribute to Hinduism - Seafaring in Ancient India. Accessed on 21 oct 2005. http://www.atributetohinduism.com/Seafaring_in_Ancient_India.htm

3arts.nie.edu.sg, 2006.Peradaban-peradaban Melayu Awal. NOTA EAD183: Kuliah 1. Accessed on 25 Jan 2006. http://www.arts.nie.edu.sg/mlc/nota_ead183.htm

4Gimonca,com 2002. Sejarah Indonesia. An Online Timeline of Indonesian History. Accessed on 12 Jun 2002. http://www.gimonca.com/sejarah/sejarah01.htm

5an tentunya terpulang kepada mereka untuk mendakwa bahawa mereka juga datang dari keluarga atlantis, tulisan ini hanya menumpukan kepada kepentingan orang-orang Kadayan – pengarang.

6BorneoDelight.com, 2001. History of Borneo. Accessed on 25 Jun 2001. http://www.borneodelights.com/library/nature/historyofborneo.asp

7globaledge.msu.edu, 2001. A Brief History of Brunei. Accessed on 18 Jan 2001. http://globaledge.msu.edu/ibrd/CountryHistory.asp?CountryID=15&RegionID=3

8aseanfocus.com, 2006. Brunei. History of South East Asia. ASEAN FOCUS GROUP. Accessed on 17 Jul 2006. http://www.aseanfocus.com/publications/history_brunei.html

Comments


Anonymous |2008-10-11 10:03:42


anessssssssss - kadayan |2009-06-22 18:32:28
kadayan is best


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

KADAYANUNIVERSE.COM SELALU OFFLINE ... [Kadayan Universe Forum]

Thursday, July 20, 2006
Author kaawai Category

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: KADAYANUNIVERSE.COM SELALU OFFLINE ...

kaawai tanah (Visitor)

KADAYANUNIVERSE.COM SELALU OFFLINE ... - 2006/11/14 16:43

Kami mohon berbanyak banyak maaf kerana kadayanuniverse.com sering offline sejak kebelakangan ini. Perkara ini tidak dapat kita elakkan kerana ia berkaitan dengan masalah logistik dan saiz capaian [traffic access] yang besar yang sebelumnya kita tidak fikirkan.

Bayangkan saja, capaian google bot boleh sehingga 400 kali di dalam masa satu hari.

Penyelesaiannya, kapasiti kadayanuniverse.com harus ditingkatkan dan perkara ini telah kita lakukan sekadar yang terdaya, maklumlah... ia melibatkan kos. Jadi kalau ada saudara yang ingin menderma tu, hubungi saja kami


KADAYANUNIVERSE.COM


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Atlantis Kadayan siri 3

Tuesday, July 18, 2006
Author kaawai Category

Written by codec cadaianicus

Bangsamu kah yang Lebih Bertamadun, atau bangsaku?

Sejak sekian lama kajian sejarah dunia zaman purba dilakukan secara menumpu kepada kesan-kesan peninggalan kerajaan tua. Wujud atau tidaknya tamadun diukur berdasarkan beberapa perkara. Pertamanya ialah bukti-bukti mengenai kewujudan kerajaan lama adalah kewujudan tinggalan senibina mereka. Ini adalah merangkumi tinggalan puing-puing dan proses penggalian (excavation) kawasan bersejarah.

Kedua bukti-bukti berkenaan terdapat di dalam catatan-catatan lama (codecs). Ini menyangkut catatan yang dibuat diatas kertas, batu-batan, kayu, serpihan bangunan dan kubur-kubur purba. Catatan ini mungkin di dalam bentuk yang serius seperti batu bersurat, atau juga dicatat oleh pelawat dari negara lain dan setidak-tidaknya wujud catatan di dalam bentuk mitos dan hikayat separa-mitos. R.O Winsteadt dan banyak ahli sejarah misalnya banyak membuat kajian mengenai kerajaan melayu Melaka dari hikayat Melayu dan hikayat Hang Tuah.

Bukti catatan adalah berkait rapat dengan bukti tamadun yang ketiga iaitu system tulisan. Kewujudan tamadun biasanya menimbulkan sistem tulisan tersendiri. Ia melambangkan identiti tamadun mereka dan perkembangan budaya mereka.

Bukti keempat ialah pencapaian mereka di dalam bidang sains dan teknologi serta pencapaian mereka yang unggul di dalam kekuasaan, pemerintahan dan penaklukan.

Yang terakhir, lagenda mereka diperkatakan oleh orang lain di tempat dan di negara lain sehingga zaman berzaman. Contohnya kekejaman tentera Monggol semasa mereka melanggar daerah Samarkand dan Bukhara masih menjadi buah mulut sehingga sekarang. Begitu juga dengan cerita mengenai kekejaman Jepun semasa menakluki Borneo Utara. Cerita mengenai kebengisan dan kejahatan mereka menjadi satu lagenda yang masih diceritakan sehingga kehari ini.

Tamadun diukur dari tinggalan senibina, catatan bersurat, tulisan, pencapaian dan lagenda mengenai kewujudan tamadun dari zaman berzaman.

Kembali mengenai soal tamadun awal, kita diajar bahawa tamadun dunia yang tertua dikesan bermula diantara 3,000-5,000 tahun yang lalu. Kerajaan tua yang sering dibanggakan ialah tamadun di lembah Indus [India], empayar Babylon-Sumeria [Di lembah Nil – Mesir], Rom [juga disebut sebagai empayar Yunani, Greek termasuklah kota marin orang-orang Pheonician] dan Byzantine [empayar Farsi lama].

Empayar Yunani dan bahasa Latin dianggap sebagai asas bagi tamadun moden. Malah setiap benda di dunia ini pada masa sekarang belum dianggap dijumpai dari segi saintifik sebelum namanya dilatinkan. Kononnya semua harus dilatinkan untuk tujuan piawaian, hatta nama basing, balingkaung, anggak dan kalambuai sekalipun.

Seterusnya conventional wisdom di zaman moden ini ialah, apa-apa perkara yang berkaitan dengan kemodenan, kecanggihan, kepintaran dan teknologi adalah terutamanya berasal dari England dan Amerika. White Supremacy sehingga sekarang ini masih menghantui kita, samaada kita sedar atau tidak, suka atau tidak. Apatah lagi perkara ini memang digalakkan oleh mereka semasa berkembang dengan polisi imperialisme dahulu1.

Conventional wisdom di dalam bentuk ini adalah lebih merbahaya. Setelah sekian lama ia menjadi satu bentuk kepercayaan yang berakar umbi di dalam minda prasedar (subconscious mind) kita. Kepercayaan ini ditanam jauh didalam fikiran kerana pengaruh persekitaran, pendidikan dan pengalaman seharian.Hasilnya setelah lebih empat dekad merdeka kita masih bersatu di dalam conventional wisdom yang menyangkut status orang-orang yang berwajah Caucasusia2. Mereka dianggap sebagai lebih bijak, kacak, cantik dan bernilai komersil3.

Conventional wisdom pandangan terhadap barat menimbulkan keadaan conventional idiocy dikalangan masyarakat Malaysia. Contohnya pelbagai teori dikemukakan mengenai kelemahan anak bumiputera menguasai matapelajaran sains dan matematik4. Antaranya ialah kerana sukukata bahasa melayu yang panjang5 menyebabkan murid-murid menghadapi masalah untuk mengingatinya. Selain itu mereka akan menjadi keliru dengan istilah-istilah yang berbeza apabila membaca perkara yang sama di dalam bahasa yang berbeza. Ada pula yang mengusulkan supaya kita bertukar kepada gandum sebagai makanan ruji. Ini supaya saiz fizikal kita menjadi lebih besar dan kita menjadi lebih bijak. Orang-orang ini menganggap saiz yang kecil adalah kerana kita menjadikan nasi sebagai makanan ruji.

Conventional idiocy telah mengecilkan kita. Kemudian kita menjadi semakin kecil dan ruang legar hidup kita semakin sempit. Bukan hanya kerana saiz fizikal kita yang sememangnya kecil, minda kita pun semakin kecil, sempit dan rendah diri. Oleh kerana kita dengan rela memilih untuk hidup di dalam ruang yang sempit, kita menghadapi masalah conventional idiocy bukan sahaja dari luar negara, malah dari dalam negara sendiri. Orang Malaysia dari semenanjung Malaysia mungkin beranggapan mereka lebih bertamadun dari orang Borneo, dan orang Borneo beranggapan orang semenanjung lebih 'besar', dan 'canggih' berbanding dengan diri mereka sendiri. Seorang kenalan berkata begini, "saye dan tinggal kat Sabah ni dekat due puluh lime taun dah, anak-anak sume dah besa panjang, oghang ghumah daghi sipitang” Mungkin beliau sekali sekala perlu diingatkan mengenai peribahasa yang mengatakan “Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembik”.

Benarkah orang putih lebih segala-galanya berbanding dengan kita?

Tidak. Orang Viking yang mereka banggakan sebagai leluhur anglo-saxon sebenarnya adalah kacukan antara bangsa Asia dan Eropah. Sepanyol pernah dijajah oleh orang Arab selama 700 tahun. Orang Monggol menjarah sebahagian besar Russia dan Eropah lebih kurang 800 tahun yang lepas. Apa yang lebih penting, sebahagian besar batu asas tamadun moden sekarang diasaskan oleh orang Arab yang pada zaman ini dilabel sebagai orang gasar, ganas dan tidak bertamadun.

Tamadun Indo-Aryan, Latin dan anglo-saxon (semuanya merupakan kelompok Caucasusian) amat popular dibincangkan sebagai sejarah gemilang peradaban manusia. Tetapi sebenarnya tamadun dunia bukan hanya berkisar di kawasan ini. Tamadun terdapat dengan banyaknya di kawasan ‘dunia baru’ Amerika Latin. Tamadun Atzec, Inca dan Maya bertahan begitu lama sehingga dimusnahkan oleh orang-orang Sepanyol yang datang menjajah. Begitu juga dengan tamadun China. Ia telah bermula sejak 5,000 tahun lepas dan masih bertahan sehingga kini, menjadikannya sebagai tamadun tua yang masih bertahan sehingga kini. Kesilapan China ialah mereka tidak mempunyai cita-cita imperialisme yang tinggi, malah memilih untuk memencilkan diri selama lebih kurang 300 tahun sebelum dikeroyok oleh orang-orang putih yang tamaha.

Borneo adalah asal-usul sebenar bangsa melayu, bukan tempat lain

Bukti-bukti tamadun Asia Tenggara [Nusantara, termasuk Borneo] dikesan disekitar 400 masihi6 dengan tinggalan kerajaan Kutai. Kerajaan ini diikuti oleh Kerajaan TarumaNegara7 pada tahun 450 masihi8 . Selepas ini kerajaan Indo-Melayu yang lain seperti LangkaSuka, Sri Vijaya dan Majapahit menyusul di merata-rata tempat di seluruh nusantara. Kerajaan Hindu Kutai adalah kerajaan yang tertua dikesan di Asia Tenggara setakat ini, dan ia bukan terletak di semenanjung tetapi di pulau Borneo. Untuk kita yang masih berpendapat bahawa perkembangan bahasa melayu adalah dari semenanjung Malaysia, sudah tiba masanya kita membetulkan kenyataan mereka. Bahasa melayu sebenarnya bermula dari pulau Borneo.

Para ahli sejarah linguistik telah mengenalpasti bahawa “rumah asal (homeland)” penutur bahasa melayu [dan bahasa melayu] adalah suatu tempat di kuala tiga sungai selari di baratdaya Kalimantan [Bahagian pulau Borneo yang termasuk di dalam wilayah Indonesia]. Dipercayai bahawa diantara tahun 500 dan 200 sebelum masihi terdapat penghijrahan orang-orang melayu asal dari pulau Borneo ke bahagian tenggara Sumatra di Indonesia. Kaitan diantara mereka ini dan Melayu Semenanjung adalah satu perkembangan baru. Tradisi melayu, disahkan oleh sumber orang-orang China dan Portugis mencatatkan penhijrahan kumpulan-kumpulan melayu dari tenggara Sumatra ke semenanjung lebih kurang pada masa Melaka ditubuhkan di awal awal abag ke limabelas. Istilah Melayu ini [sebenarnya] merujuk kepada kumpulan penghijrah ini yang kemudian menjadi penguasa kepada komuniti nelayan dan golongan asli lain yang sedia ada di kawasan berkenaan9 .

Jadi jika tulisan ini bersifat membanggakan orang Borneo dan khususnya orang Kadayan, ianya bukanlah sesuatu yang keterlaluan dan tidak diterima.

Bersambung ke siri 4.

--------------------------------

Nota Kaki

1Polisi penaklukan terutamanya oleh Sepanyol dan Portugis ialah "To enlighten the world" dan kristianisasi. Polisi orang-orang Inggeris lebih bersifat diplomatik di dalam penjajahan mereka, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak menyokong sentimen white supremacy, enlightenment dan kristianisasi.

2Juga disebut sebagai orang putih. Bentuk fizikal dan wajah orang-orang yang menyerupai bangsa Indo-Aryan, Slavic dan Anglo-Saxon.

3Semua stesen penyiaran di Asia Tenggara menyukai wajah pan-asian, lebih bertammadun, bahasa mereka lebih canggih dan sesuai untuk sains dan teknologi.

4Sistem pendidikan Malaysia beralih kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di dalam matapelajaran sains dan matematik sejak awal alaf ini.

5Jika diteliti, memanglah terdapat kecenderungan istilah bahasa melayu untuk menjadi lebih panjang berbanding dengan istilah asal. Ini kerana istilah bahasa melayu kita semuanya bertujuan untuk menggambarkan apa maksud perkataan asalnya di dalam bahasa Inggeris. Keadaan yang sama berlaku apabila orang-orang inggeris disuruh menggambarkan apa yang kita ada, contohnya "ngiu".

6arts.nie.edu.sg, 2006.Peradaban-peradaban Melayu Awal. NOTA EAD183: Kuliah 1. Accessed on 25 Jan 2006. http://www.arts.nie.edu.sg/mlc/nota_ead183.htm

7Ibid.

8Ini adalah bukti yang terawal menyatakan kerajaan berkenaan pernah wujud. Sudah semestinya kerajaan berkenaan telah bermula sebelum tarikh berkenaan – Pengarang.

9Andaya, Leonard Y., 2002. Keynote Address: Issues of Ethnicity and Identity in the Study of Asia. Leonard Y. Andaya, University of Hawaii. Accessed on 21 Jan 2002. http://www.asianetwork.org/exchange/winter99ane.html


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kadayan dan Orang Bunian 11

Monday, July 17, 2006
Author kaawai Category

Written by WaJiD Manis


Melangkah ke Alam Bunian

Berdasarkan perancangan asal, topik Kadayan dan Orang Bunian 10 sepatutnya merupakan siri terakhir di dalam kupasan mengenai Oang kabanaan di kadayanuniverse.com. Namun sejak siri berkenaan disiarkan, beberapa orang kawan dan juga pembaca setia kadayanuniverse.com mencadangkan supaya saya memberi kupasan lanjut mengenai Oang Kabanaan. Mereka mencadangkan supaya siri ini pergi lebih jauh, iaitu menerangkan cara bagaimana kita boleh menerokai alam Oang Kabanaan yang penuh misteri.

Pada mulanya ingin saya mengatakan ungkapan protes kadayan yang tersohor

“kau pulang1

Tapi perkataan berkenaan tidak pula keluar dari mulut saya. ‘Mencari jalan untuk menghubungi Oang Kabanaan atau pergi ke kampung mereka, kerja gila ni, aku bukan bomoh’, bisik saya di dalam hati. Tetapi kemudian setelah berfikir secara mendalam, apa salahnya, kata hati saya.

Saya memang mengenali beberapa orang yang dianggap orang sebagai arif dalam perkara – perkara mistik kadayan, atau sekurang – kurangnya mendakwa mereka mengetahui perkara – perkara berkenaan Oang Kabanaan. Lagi pula tujuan penulisan bersiri “Kadayan dan Orang Bunian” adalah sebagai proses dokumentasi satu elemen yang terdapat di dalam mindset orang Kadayan di zaman. Dokumentasi ini diharap boleh menjadi sebagai tatapan generasi akan datang, bukan untuk melihat samaada ia mangasi atau tidak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

RAUB 9 Jun 2006 - “Kami nampak jalan yang amat cantik dan dipenuhi dengan pelbagai bunyi-bunyian. Ia berlaku di satu simpang, lalu kami ikut jalan yang cantik itu dan tiba-tiba kami terasa seperti berada dalam alam lain,” kata Chew Tsyr Yee, 16, yang hilang di Bukit Fraser ketika ditemui di Hospital Raub di sini.



Dia temui oleh sekumpulan Orang Asli yang menjejaki mereka setelah hilang bersama-sama dua adiknya, Chew Tsyr Han, 14, Chew Tsyr Ming, 10, serta sepupu, Jeremy Teo, 9, sejak Isnin lalu. Mereka dijumpai berhampiran sebatang sungai yang dikenali sebagai Sungai Sempang oleh empat Orang Asli yang diketuai Tok Batin Chambah Mohammad, 48, dari Serendah, Kuala Kubu Baru.

Chambah berkata, jalan yang dikatakan indah itu sebenarnya berbecak-becak.



“Mereka kena rasuk... mereka sebenarnya tidak hilang, kena sembunyi saja,” kata Chambah kepada para wartawan. Beliau enggan mengulas lanjut. Mereka dijumpai dalam kedudukan tujuh kilometer di utara Muar Cottage dekat jalan masuk ke denai Bishop pada pukul 11.40 pagi ini. Ketika kami sedang asyik menikmati keindahan pemandangan itu, kami tersedar dan dapati berada di tempat yang sama, tetapi tidak nampak jalan untuk berpatah balik walaupun dengan menggunakan arah jalan masuk dari Muar Cottage. Kami terus panik apabila denai yang kami lalui tiba-tiba hilang daripada pandangan. Kami terus berjalan dan berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi sehingga tersesat.”

Pasukan penyelamat, yang terdiri daripada anggota polis, tentera, unit pengesan Senoi Praag dengan bantuan unit udara dan unit anjing pengesan serta penduduk di kawasan sekitar, menjalankan gerakan mencari di kawasan hutan seluas lapan kilometer persegi di sekitar Bukit Fraser.
Sumber: UTUSAN ONLINE

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada kaedah yang boleh dan pernah digunakan sebagai cara untuk menghubungi Oang Kabanaan. Namun saya tidak akan terlalu memperincikan kaedah berkenaan agar tidak mengundang masalah yang lain pula. Manalah tahu, ada orang yang benar – benar mencubanya tanpa persediaan yang cukup, itu tentunya akan memeningkan kepala kadayanuniverse.com nanti.

Untuk menghubungi Oang Kabanaan, cara yang digunakan adalah samaada berdasarkan ayat – ayat Al-Quran dan ibadat sembahyang serta puasa, ataupun berdasarkan jampi mentera dan amalan yang tidak diketahui asal usulnya. Kaedah – kaedah berkenaan akan dipaparkan di bawah ini:

1) Puasa

Puasa adalah pra – syarat penting bagi membolehkan kita menemui Oang Kabanaan dengan sengaja. Puasa ini bergantung kepada tempoh – tempoh tertentu seperti satu, tiga atau tujuh hari mengikut rukun ibadah puasa yang kita ketahui. Ada pula puasa khusus, iaitu seseorang perlu berpuasa dan Cuma makan beras putih dalam tempoh tiga hari, dikenali sebagai puasa mutih. Amalan berpuasa ini gunanya sebagai persediaan mental untuk menghadapi Oang Kabanaan.

2) Melalui Mimpi

Berbanding dengan kaedah – kaedah yang lain, menghubungi Oang Kadayan melalui mimpi dilihat sebagai cara yang paling selamat. Setelah kita berpuasa, kita membaca beberapa perkataan yang terdapat di dalam Ayat-Ul Kursi sebanyak 99 kali, dan berdoa supaya kita dipertemukan dengan penghulu mereka. Sebaik – baiknya pada malam Jumaat2 dan berwudhu’ terlebih dahulu. Insya-Allah, anda akan bertemu dengan Oang Kabanaan di dalam mimpi.

3) Amalan A

Amalan ini juga memerlukan anda berpuasa terlebih dahulu dengan perancangan bahawa amalan ini akan anda lakukan pada hari Khamis malam Jumaat. Misalnya, jika anda merancang untuk menjalani puasa tiga hari sebelum beramal, anda harus mula berpuasa pada hari Selasa dan puasa tiga hari anda akan tamat pada hari Khamis. Begitulah juga halnya dengan amalan puasa sehari dan seminggu anda. Anda harus memulakan upacara anda sendirian pada pukul 12 malam. Bermula dengan mengambil wudhu’, bersembahyang sunat dua rakaat anda memulakan wirid berikut

Alfatihah 1X

Surah Al-Ikhlas 3X

Surah Al-Falaq 1X

Surah An-Nas 1X

Zikir Lailaha ilallah 99X

Satu ayat di dalam Surah Al-Jinn ATAU

Beberapa perkataan di dalam Ayat-Ul Kursi DAN

Diulang – ulangi tanpa had sehingga anda mendapat dua kesan berikut:

i) Badan anda akan terasa melayang dan menjadi ringan. Anda masih perlu meneruskan wirid.

ii) Terdapat bayang – bayang seperti asap akan berada di hadapan anda. Berhenti berwirid, tumpukan perhatian sehingga bayang – bayang berkenaan menjadi jelas.

iii) Beri salam kepadanya, anda sedang berhadapan dengan Oang Kabanaan

4) Amalan B

Amalan ini adalah amalan freestyle, sesuai bagi orang yang tidak suka mengikuti prosedur yang berjela – jela. Tidak memerlukan seseorang itu berpuasa, ia adalah kaedah yang berteraskan semadi [sammadi, pertapaan, bataak] dan memerlukan keberanian yang tinggi. Ada yang mensyaratkan jampi mentera, ada yang tidak. Tetapi, seseorang harus pergi ke hutan seorang diri terutama pada malam Jumaat waktu terang bulan. Tempat yang paling diutamakan ialah di kawasan air terjun yang kecil [jeram, wasai] samaada di pinggir hutan atau hutan rimba, dengan niat dan tekad yang kuat untuk berjumpa Oang Kabanaan. Kononnya ia lebih berkesan [Iyalah tu kan, kerana mungkin tiada seorang pun yang berani untuk mencubanya …]

Sebaik – baiknya, sesiapa yang benar – benar berminat untuk menghubungi atau melawat tempat tinggal, perkampungan Oang Kabanaan harus mencari orang yang arif dan mempunyai pengetahuan mengenainya, bukan sekadar hentam kromo semata – mata. Bukan apa, takut nanti lain yang dicari, lain pula yang didapati.

[Mungkin akan] Bersambung [lagi?] ke Siri yang akan datang.
--------------------------------

Nota kaki

1 Maksudnya “bukannya sanang tu liau, cuba kau mbuat sandii pulang!”

2 Perhatikan keistimewaan malam Jumaat dalam kebanyakan aspek amalan mistik Kadayan. Perkara ini sebenarnya berkaitan dengan kepercayaan agama Islam bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari, hari yang besar berbanding dengan hari – hari yang lain.
--------------------------------

Peringatan: Pendapat pengarang di dalam artikel ini dan mana – mana artikel di laman web ini tidak melambangkan pendirian rasmi kadayanuniverse.com. Oleh itu budibicara para pembaca adalah diperlukan untuk menilai sendiri setiap kandungan artikel yang dipaparkan di dalam laman web ini. Terutama di dalam soal norma – norma sosial, metafizik, fekah, tassauf, kesufian, kebatinan dan seumpamanya, pendirian kadayanuniverse.com bersandar kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut persepsi Mahzab Syafie yang diamalkan di Malaysia. Paparan artikel adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis mengenai elemen - elemen yang ada di dalam lingkungan masyarakat Kadayan di tempat – tempat tertentu sahaja dan; mungkin TIADA pada masyarakat Kadayan di tempat lain. Artikel ini dibuat dengan tujuan baik [on good faith] dan kadayanuniverse.com adalah platform untuk para penulis untuk menyalurkan ide mereka secara bebas selari dengan semangat dunia terbuka internet. Kadayanuniverse.com menyiarkannya dengan kepercayaan ia dibuat tanpa tujuan untuk mempersendakan sesiapa atau mengaitkan orang Kadayan dan mana-mana kaum di Malaysia dengan kemunduran dan kebodohan.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Forum Lama dipindah ke forum BARU ... [Kadayan Universe Forum]

Saturday, July 15, 2006
Author kaawai Category

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Forum Lama dipindah ke forum BARU ...

kaawai tanah (Visitor)

Forum Lama dipindah ke forum BARU ... 3 Years, 4 Months ago
Semua isi forum lama akan dipindahkan ke forum kadayanuniverse yang baru [forum ini] secara manual.

Pada mulanya teringin juga untuk memindahkan menggunakan script, pindah saja data sql ke data yang baru, tapi takut nanti ter 'messed up' lagipun isi forum lama pun masih banyak... jadi untuk saudara saudari yang ingin berforum, silalah guna forum kita yang baru ini


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Atlantis Kadayan Siri 2

Tuesday, July 11, 2006
Author kaawai Category

Written by codec cadaianicus

Revised text version, 11 June 2008.

Mahalnya Mencabar Conventional Wisdom

Sejarah dunia yang panjang sebenarnya penuh dengan gelagat orang-orang yang mempertahan dan mencabar conventional wisdom di dalam kelompok mereka. Keadaan cabar mencabar ini berterusan di dalam setiap zaman. Ada kalanya kekecohan yang terjadi di dalam satu-satu kelompok yang tertentu berlimpahan keluar sehingga membawa kekecohan di banyak tempat yang lain, di ceruk lain dunia dan mengubah sejarah dengan begitu nyata.

Nota: Setengah orang lebih suka menggunakan perkataan 'stereotype' berbanding dengan conventional wisdom bagi merujuk kepada keadaan yang hampir-hampir serupa. Seorang pembaca juga memaklumkan bahawa terjemahan conventional wisdom yang lebih tepat di dalam bahasa melayu ialah ‘tanggapan umum’.

Bagi Jepun, mereka adalah setanding dengan negara barat

Di negara Jepun cabaran masyarakat terhadap kekuasaan Shogun Tokogawa yang mengkurantin maharaja telah berjaya memulihkan kuasa maharaja dan membawa perubahan kepada masyarakat. Keadaan ini dinamakan sebagai zaman Pemulihan Maharaja Meiji di dalam abad ke 19. Kejayaan ini kemudian membawa cabaran baru. Orang Jepun mahu mengubah 'stereotype' bahawa hanya ‘orang putih’ yang lebih maju, bertamadun dan berkuasa. Usaha berjaya mengubah mentaliti masyarakat mereka.

Mereka kemudian belajar dan meniru dengan bersungguh-sungguh segala elemen kemajuan masyarakat barat dengan menggandingkannya bersama-sama (co-exist) dengan budaya jepun. Pemulihan ini membawa kepada kemajuan di negeri matahari terbit itu. Namun di masa yang sama ia juga membawa bersama-sama semangat barat yang lebih besar dan merbahaya iaitu imperialisme.

Sejarah kemudian menyaksikan komitmen Jepun di dalam penjajahan di sepanjang tempoh Perang Dunia ke II sehingga sebahagian besar benua Asia menderita kerananya. Kemudian mereka sendiri menderita kekalahan apabila tentera berikat melalui Amerika Syarikat memusnahkan bandar Nagasaki dan Hiroshima dengan bom atom pada tahun 1945. Alasan yang tidak dinyatakan - orang putih tidak suka orang ‘bukan’ putih mencabar conventional wisdom. Bagi mereka hanya orang putih sahaja yang layak menjadi penjajah. Sebenarnya pada masa itu Jerman dan Italy lebih sesuai dibom oleh tentera berikat [Allied Force] kerana Jepun sebenarnya sedang berusaha untuk menyerah. Tetapi Jepun tetap menjadi sasaran kerana ia adalah negara orang Asia, sedangkan kedua Kuasa Paksi [Axis Force – a coalition of Japan, Germany and Italy during WWII] yang lain adalah merupakan negara orang putih.

Masalah rbesar sering dihadapi oleh orang yang mencabar conventional wisdom. Ia adalah kerja yang merbahaya kerana sering tidak diakui masyarakat. Padahnya boleh jadi datang di dalam bentuk kutukan, caci-maki, penyisihan, pemulauan dan hukuman oleh masyarakat setempat dan pihak berkuasa. Tetapi yang lebih serius, ramai manusia-manusia yang bersemangat ini kehilangan nyawa kerana keberanian mereka menentang arus.
Harga keberanian yang dibayar oleh Socrates dan Plato

Di zaman empayar Rom purba, terdapat beberapa orang yang terpaksa membayar keberanian mereka mencabar conventional wisdom dengan harga yang tinggi. Diantaranya ialah seorang ahli falsafah Greek yang terkenal bernama Socrates. Beliau dipaksa membunuh diri dengan meminum racun kerana enggan menarik semula pendapat falsafahnya yang menyinggung para biarawan sezaman. Bukan itu saja, anak murid beliau yang bernama Plato [Plato juga dikatakan sebagai murid kepada Aristotle] disyaki telah dibunuh orang walaupun tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Plato juga merupakan seorang ahli pemikir yang terkemuka dan lebih terkenal. Antara karya agung Plato ialah The Republic dan Atlantis. Beliau disyaki dibunuh kerana cerita Atlantis terputus begitu sahaja tanpa sebarang penamatan.

Galileo Galilei berkata bumi adalah mengelilingi matahari

Zaman pertengahan pula menyaksikan beberapa kisah terkemuka mengenai pencabar conventional wisdom. Dahulunya manusia percaya bahawa matahari bergerak mengelilingi bumi, bukan sebaliknya. Cabaran kepada kepercayaan umum ini dilakukan dengan berani oleh Galileo Galilei. Akibatnya, pada musim panas 1633 beliau, seorang saintis berbangsa Itali telah dihukum mati kerana tuduhan menyebarkan ajaran sesat. Berdasarkan kenyataan rasmi pihak berkuasa pada masa itu, beliau dihukum mati kerana “… menganggap kepercayaan[nya] yang salah adalah betul .. [iaitu menyebarkan bahawa] matahari adalah pusat semesta [sebenarnya sekarang pun Galileo dibuktikan salah kerana matahari adalah pusat bumi, bukan pusat semesta; tetapi anggapan yang beliau yang berikut adalah betul iaitu], [matahari] tidak bergerak, sebaliknya bumi yang bergerak [mengelilinginya]”1.

Cabaran terhadap conventional wisdom sebenarnya datang pada setiap zaman. Banyak pula yang mencabar conventional wisdom dengan mengemukakan teori yang mengarut. Kemudian teori mengarut ini berkembang menjadi conventional wisdom yang kemudian dicabar pula di dalam tempoh yang panjang malah berlarutan sehingga ke hari ini. Kita akan mengutarakan dua dari sekian banyak contoh yang berlaku bagi memperlihatkan bahawa kenyataan ini benar benar terjadi.

Malthus dan masalah kependudukan

Kepercayaan umum masyarakat pada zaman pertengahan [malah sehingga sekarang ini bagi kebanyakan agama] adalah berpusat kepada doktrin keagamaan. Antaranya kelahiran, rezeki dan ajal maut adalah ditentukan oleh Tuhan. Namun conventional wisdom zaman berzaman ini dicabar oleh seorang paderi merangkap ahli matematik-falsafah yang bernama Thomas Robert Malthus (1766-1834).

Beliau melalui eseinya yang terkenal iaitu "Essay on the Principle of Population" pada tahun 1798 mempersembahkan kenyataan baru [tetapi benar] bahawa penduduk bertambah di dalam jinjang geometri [geometric ratio - 2,4,8,16 .... n, berkembang dengan cepat secara gandaan] manakala pertambahan makanan berlaku secara jinjang aritmatik [arithmatic ratio - 1,2,3,4 ...n]2.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi menurut beliau " adalah sangat jelas dan difahami dengan sempurna -- jika terlalu banyak orang dan kekurangan bekalan makanan, tentunya, masalah akan berlaku". Menurut beliau lagi keadaan "jenayah, penyakit, peperangan dan suaka [crime, disease, war and vice] akan berlaku sebagai semakan [pengawalan] ke atas penduduk3.


---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat beliau ini dikritik hebat oleh masyarakat, tetapi di dalam masa yang sama ia juga mempunyai penyokong yang berpengaruh. Pendapat beliau ini berjaya mempengaruhi kerajaan British sehingga perdana Menteri William Pitt The Younger memperkenalkan The Poor Law Amendment Act of 1834 selari dengan inti teori Malthus. Akta ini antara lain bertujuan mengawal pertumbuhan penduduk miskin supaya masalah ledakan penduduk [population explotion] dapat dielakkan di Britain4. Di sini penduduk miskin menjadi mangsa kerana mereka cenderung untuk mempunyai ramai anak.

Teori beliau diajar di seluruh dunia terutama di dalam bidang sains sosial, geografi dan kependudukan sehingga ke hari ini.

Adakah Teori Maltus benar?

Malthus betul apabila beliau mengutarakan Jinjang Geometri dan Jinjang Aritmatik di dalam menerangkan kadar pertumbuhan penduduk dan kadar pertumbuhan makanan. Malah kita tidak perlu teori untuk memahami bahawa perkembangan semulajadi penduduk adalah cepat berbanding dengan pertambahan semulajadi makanan. Orang lelaki dan perempuan melahirkan beberapa orang anak dan anak mereka apabila berkahwin kelak akan melahirkan beberapa orang anak pula, sedangkan keluasan bumi tidak bertambah selama-lamanya.

Tetapi teori beliau yang amat disanjung itu salah di dalam membincangkan ledakan penduduk (population explosion). Ledakan penduduk tidak akan berlaku semata-mata kerana perbezaan kadar pertumbuhan makanan dan populasi. Aspek-aspek yang beliau abaikan ialah keupayaan manusia berfikir dan perkembangan teknologi. Dengan kedua-duanya kadar pertumbuhan makanan boleh dipercepatkan seiring dengan atau melebihi kadar pertumbuhan penduduk. Di Amerika Syarikat, setiap tahun amalan para petani ialah mereka mesti membuang berpuluh ribu tan gandum ke laut supaya gudang simpanan dapat dikosongkan bagi membolehkan hasil gandum yang baru dituai disimpan di dalamnya.
Adakah kita berketurunan monyet?

Seorang lagi pemikir abad ke 19 yang juga merupakan sahabat Malthus ialah Charles Darwin. Dalam esei beliau bertajuk "Origin of Specis" beliau mencadangkan bahawa pilihan semulajadi merupakan mekanisma di mana semua kehidupan adalah berasal dari leluhur yang satu5. Masalahnya ia bertentangan dengan ide agama bahawa manusia dicipta, bukan berevolusi6. Beliau menyokong ide pilihan semulajadi [natural selection] dan teorinya membawa kepada kesimpulan dan menghasilkan ”kontroversi samaada manusia dan beruk datang dari leluhur yang sama”7.

Pilihan semulajadi bermaksud hanya yang kuat, terbaik, paling pintar dan paling sesuai akan terus bertahan, manakala yang tidak memenuhi piawaian akan disingkirkan oleh alam semulajadi. Untuk itu, hidupan akan menyesuaikan diri mereka termasuk mengubah bentuk demi untuk memenuhi piawaian alam yang berkaitan.

Buku berkenan menyentuh sedikit [sahaja] mengenai mahusia iaitu, [beliau mengatakan bahawa] mereka juga berevolusi seperti organisma yang lain8. Jadi sebenarnya Darwin tidak mengatakan leluhur manusia adalah monyet secara langsung. Tetapi dia hidup di dalam era dimana berlaku perbahasan sengit samaada manusia dicipta atau berevolusi. Lebih tepat lagi beliau berada di dalam era perbahasan diantara saintis dan agama dan peringkat pertengahan proses pengasingan sains dari gereja.
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyokong aliran beliau [dikenali sebagai Darwinian dan fahaman beliau dikenali sebagai Darwinism] menimbulkan cabaran hangat terhadap isu leluhur manusia iaitu proses evolusi monyet / beruk menghasilkan manusia.Teori beliau disokong, juga dikritik hebat sehingga pada tahun 1837 beliau menderita sakit perpeluhan hati [palpitations of the heart] dan terpaksa mendiamkan diri selama sebulan9.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Tennessee, melalui Akta Butler yang diperkenalkan, buku beliau diharamkan sehingga tahun 196710. Dengan segala caca merba kontroversi dan sokongan, kesangsian dan kesalahan, teori beliau juga masih mendapat di dalam dunia akademik malah menjadi landasan rasmi sains moden di dalam menerangkan asal usul kehidupan di mukabumi. Benar atau tidak teori Darwin ini, hanya Tuhan yang tahu.

Seperti yang dikatakan tadi, mencabar conventional wisdom boleh menjadi mahal. Tetapi di dalam masa yang sama cabaran ini amatlah berbaloi. Ia menjadi arah laluan [hala tuju, platform, visi] untuk menjadi fokus perkembangan masyarakat di masa hadapan. Tidak keterlaluan bahawa pencabar conventional wisdomlah yang menjana perkembangan dunia sehingga ke hari ini. Dikala orang Arab jahiliah percaya batu-batuan adalah tuhan yang berkuasa, Nabi Muhammad SAW mengatakan sebaliknya di dalam ajaran Islam. Penciptaan keretapi, kereta, kapalterbang, komputer dan sebagainya semuanya adalah dilakukan oleh para pencabar conventional wisdom meskipun mereka mungkin menghadapi masalah didalam melaksanakan cabaran mereka.

Sama ada ide mereka betul atau tidak, semua pencabar conventional wisdom mempunyai beberapa persamaan di dalam perjuangan mereka. Mereka adalah berani, creatif dan imaginatif, mempunyai daya pemerhatian yang tajam dan mampu meyakinkan sebilangan orang di dalam masyarakat mereka. Senjata utama mereka ialah hasil pemerhatian yang telah dijalankan selama bertahun-tahun yang nampaknya menjadi sandaran [analogy] kepada keputusan yang mereka buat. Hasil pengamatan dan pemerhatian inilah yang digunakan untuk menjadi asas keyakinan sebilangan orang sehingga menjadi penyokong dan pembangkang teori yang dikemukakan.

Jika keyakinan terhadapnya dapat ditimbulkan teori berkenaan akan berkembang menjadi satu displin ilmu yang matang selepas tempoh masa yang tertentu. Jadi, dengan ertikata lain kewujudan bukti tidak menjamin sesuatu teori itu berjaya untuk mencabar tanggapan semasa masyarakat. Bukti permulaan yang sepatutnya dikemukakan boleh jadi bukti yang besar, bukti kecil yang berperanan seperti jigsaw puzzle atau tanpa sebarang bukti sekalipun. Sokongan dan bantahan terhadapnya pada hari kemudianlah yang akan memperjelaskan, mengadun dan mematangkannya sepertimana yang berlaku kepada teori ekonomi Adam Smith dan John Meynard Keynes.

Benarkah orang Kadayan tiada sejarah?

Pada siri lepas conventional wisdom, tanggapan umum masyarakat kita terhadap orang-orang Kadayan ialah bahawasanya

"Inda ada apa-apa yang kan dibanggakan, Inda ada sultan, Inda ada aja, Inda ada kaajaan sama asal-usulnya inda diketahui"

Benarkah begitu? Begitu kerdilkah orang Kadayan di dunia ini?

Sama ada kita percaya kepada proses evolusi manusia atau tidak, yang penting ialah terdapat tanda-tanda spesis manusia moden [homo sapien] di dunia sejak 350,000 tahun yang lalu. Bukti bukti manusia tinggal di kawasan Nusantara pula dikesan sejak 50,000 tahun dulu melalui penemuan tengkorak Java-man di pulau Jawa. Sama ada homo sapien dan Jawa-man adalah manusia awal atau tidak, yang penting saintis menganggap mereka adalah manusia seperti kita. Oleh itu adalah tidak tepat jika kita berpendapat manusia hanya menjadi 'terlebih' pandai sejak empayar Rom lebih kurang 3,000 tahun yang lalu.

Jika benar Homo Sapien dan Java-man adalah manusia seperti kita, kenapa keturunan kita harus membazirkan 347,000 tahun merayau - rayau bercawat ke sana kemari dan hanya mula pandai membina bangunan sejak 3,000 tahun yang lepas?

Kesimpulannya, tamadun manusia bukan bermula dari empayar Rom. Ibu tamadun moden bermula di tempat lain yang tidak kita jangkakan. Kenapa, tidak bolehkah tamadun besar berlaku di luar dunia lama Eropah? Kenapa tidak di Borneo?

Penting untuk kita tahu bahawa sebenarnya pulau Borneo hanya wujud sejak lebih kurang 11,600 tahun yang lalu. Sebelum itu pulau Borneo tidak ada sama sekali. Apa yang ada ialah satu daratan yang amat luas. Ia adalah dataran benua yang memanjang dari Burma, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Vietnam di benua Asia hingga ke Australia. Pada masa itu, kawasan antara Pulau Borneo dan Semenanjung Malaysia (sekarang ini dikenali sebagai ’pentas Sunda’ di dasar Laut China Selatan) pula adalah kawasan paling pamah, paling subur dan paling sesuai di diami. Cuacanya amat sesuai kerana ia terletak di garisan khatulistiwa, dan penduduknya paling ramai di dunia.

Bayangkan pada masa itu. Menghala ke atas, semenanjung Malaysia adalah satu banjaran tinggi yang sempit dengan cuaca semakin sejuk. Menghala ke barat di Jawa dan Sumatera pula adalah terdedah kepada aktiviti gunung berapi. Jika benar manusia telah wujud sejak 250,000 tahun lalu, hanya kawasan ini (Borneo dan pentas Sunda) yang menjadi pusat tamadun manusia pada setiap kitaran 30,000 tahun. Tetapi sehingga kini, iaitu fasa 30,000 tahun terakhir bermula sejak 11,600 tahun lepas.

Masalahnya sehingga ke hari ini kita menganggap (conventional wisdom kita) tamadun tertua hanya bermula sejak 3,000 tahun lepas, iaitu zaman empayar Rom.

Juga jangan kita lupa bahawa bangsa Kadayan hanya terdapat di sebuah pulau di dalam dunia ini iaitu di Borneo.

Mustahilkah bangsa Kadayan untuk mempunyai sejarah yang gemilang?

Orang Kadayan harus mempunyai jiwa besar untuk mencabar stereotype bangsanya.

Bersambung ke siri 3.
--------------------------------

Nota Kaki

1gte.net, 2006. Galileo vs. the church. Accessed on 25 Jun 2006. http://home1.gte.net/deleyd/religion/galileo/

2blupete.com,2006. Thomas Robert Malthus (1766-1834). Accessed on 21 Jun 2006. http://www.blupete.com/Literature/Biographies/Philosophy/Malthus.htm
3Ibid.
4 wikipedia.org3, 2006.Thomas Malthus. From Wikipedia, the free encyclopedia.
Accessed on 25 Jun 2006. http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Malthus
5allaboutscience.org, 2006.Charles Darwin - Origin Theory. Accessed on 25 Jun 2006.
http://www.allaboutscience.org/charles-darwin.htm
6 wikipedia.org2, 2006.Creation-evolution controversy. From Wikipedia, the free encyclopedia. Accessed on 2 Jul 2006. http://en.wikipedia.org/wiki/Creation_evolution_controversy
7Ibid.
8Ibid.
9 wikipedia.org1, 2006. Charles Darwin. Accessed on 27 Jun 2006.
http://en.wikipedia.org/wiki/Charles_Darwin
10wikipedia.org2


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

About Kadayan ... part 13

Sunday, July 9, 2006
Author kaawai Category

Written by Amde sidik


Kadayan's Wedding

I couldn’t remember when my last visit to a Kadayan’s wedding was; I meant a real authentic Kadayan’s style.

Today Kadayan’s wedding is no different than any other Malay ethnics’.

I am not wedding spectator fanatic; I have a kind of phobia when attending a wedding.



Normally I only appear for close relatives or friends. But when I was young my approach was quite different, partly by coincident that I was most of the time accompanying my grandmother for kenduri and weddings alike. Having no grandfather from the very early age I was the grandmother’s grandson so to speak.

Today, wedding to me is to do with two things in common; it’s about food and second, about present you would give them.

As for the food, kampong’s wedding makes no choice but eat meat and chicken, they all cooked with oil, and it’s meaty and oily.

As for the present, they don’t ask you but that’s a norm to bring cash or present.

In old Kadayan’s wedding ritual, presents were not heard of. There wasn’t formal invitation either. Whenever there was wedding the whole kampong was impliedly invited.

Here the images of Kadayan wedding which are loosely registered in my mind:

First there was a matching business going on. A Kadayan's boy like any other ethnics would look around for a girl whom he thinks matches his ideal for a life partner.

Kadayan didn’t practice an arranged marriage that I knew of, but one thing was common among Kadayan’s mothers. She would make statement either direct or indirect to her son or daughter.

Something like this “I would love to see my grandson or grand daughter I am now old and frail…” This is a signal that she wants her son or daughter to look for partner.

The affair triggered from the male, seldom from girl, I can’t remember any that started from girl.

The son then once identified the girl he fancied would tell his mother.

The mother told the father and chain reaction would take place within a short space of time.

The first step, the boy’s family would make an arrangement to meet the girl’s parent.

First there was a visit, which was done either at night time or daytime, depending on the proximity and logistic involved. They called mayisik –clearing the air or sensing the air.

Once responded positively from the girl’s family they then scheduled for another visit, this one was for detailing date and costs, normally the girl’s parent would put the price tag.

The dowry increased could be because of certain cultural norm had been in breached like, the younger sister marrying earlier than the older sister or she was the only daughter in the family that would put the price slightly higher than those with a few sisters.

One would notice here both parents of the boy and the girl were represented by the uncles and the aunts from both side not the father or mother alike.

Preparation for a wedding was a hectic affair for both sides. It took many days or even weeks’ preparations. It involved the whole kampong; family of both sides near and far were notified otherwise that would be construed as disrespect if any of the family were left out.

A few days before the actual wedding, a temporary hut was erected-called taatak. The purpose of this was to serve, as central processing unit. All activities like cooking, keeping and storing food and utensils, and things connected to wedding would be activated from here. Some time if the house was full, taatak was also used as reception area.

One night before the wedding day called its babadak night, that night both boy and the girl in their respective residents were cleansed? In modern way of saying is, the make up time where the make up experts were called, to make sure the both would look at their best by the next day.

The wedding day I would say is the parading day for the bride and groom or time for public viewing.


First the boy would be mandi-bathed (process was the same in both sexes) he or she had to go to nearest river; this was a normal bath except one had a few friends accompanying him or her some even behaved like a peeping tom- you were watched!

Once mandi was done, at night, time was reserved for powdering the entire body with rice powder, all fingers nails including toes were coated with inai* using henna leaf, this would take the whole night otherwise the colour which was red wouldn’t appear bright or wouldn’t last. Eyebrows were shaved, lips were coloured and hairs were done.

For boy was putting the colourful and glittering silver head gear, designed like bullhorn it’s looked so heavy to me.

The weather was normally hot and someone had to do the fanning in lieu of electricity fans.

For the bride and groom meals were taken only very lightly until the wedding day.

What a coincident! While writing this article, there was a Kadayan’s wedding documentary taking place in Malaysia RTM channel 2. Let me see first…….

I finished watching it; no it wasn’t like the one I described here. This wedding was done very much of modern style.

To continue, the groom went to the bride’s resident, walked on foot. The groom was the king of the day, escorted with rabana – Arabic’s version of singing group, family, friends and flowers with tall stamps brought in. Verities of food carried in the dulang another extra gift.

The groom’s group would circle three times at the outside, in front of the doorsteps, before entering the house by reading some Quranic verses.

“Assalammualaikom” –in Arabic, peace be upon you was the first opening remark or greetings to the bride’s family.

The bride representatives usually waited at the doorstep.

Once the salaam was answered, they proceeded to the bride’s house. Once in side there would be a kind of announcement, indicating that the groom had arrived and matters were left to the bride’s family.

There was this betel nuts chewing ritual, comprised of battle nut, betel leaf, and camphor. Don’t ask me why and what for.

The bride and groom would then be sitting on the chairs on the decorated stage. Later they walked about to great the audience but first they must greet the family.

The official signing of the bow had either taken place a day early or just before the parading taking place, but it must be done before the wedding.

Three days later its time for the boy to go back to his parent’s house accompanied by his wife.

Some stayed with male’s family for some time, while some with the female’ family. I don’t see any consistency here. Some even fly away soon after.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kadayan dan Orang Bunian 10

Author kaawai Category

Written by WaJiD Manis

Mengenali Oang Kabanaan

Topik kali ini membincangkan mengenai sifat – sifat yang ada pada Oang Kabanaan supaya kita boleh mengenali mereka. Manalah tahu pada suatu masa, suatu ketika dan suatu tempat, kita ‘berkesempatan’ berjumpa dengan mereka. Ini kerana sesetengah orang Kadayan percaya bahawa kebanyakan, jika tidak pun semua dari kita, sama ada sedar atau tidak sebenarnya tidak dapat mengelak dari berhubungan dengan oang kabanaan di sepanjang hidup kita.

Mengikut mereka kita mungkin telah bertembung, bercerita malah mungkin berkomunikasi dan bersahabat dengan mereka di masa lalu. Manakala itu, sebahagian dari kita yang belum berjumpa pula, mungkin akan mengalaminya di masa hadapan. Masalahnya kebanyakan dari kita tidak menyedari yang kita sebenarnya telah bertemu dengan mereka. Sebaliknya kita di dalam pertemuan dengan mereka sebagai pertemuan biasa, mungkin menganggap kita bertemu dengan manusia – manusia lain; sedangkan kita pada masa itu kita bertemu dengan Oang Kabanaan.

Zaman mungkin berubah, tetapi manusia yang menjadi penghuni dunia tetap manusia baik di zaman apa sekalipun. Logiknya, keadaan yang sama juga berlaku kepada komuniti Oang Kabanaan. Malah kerana mereka tinggal di alam parallel, komuniti mereka mungkin wujud di tengah kota raya seperti di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur malah di New York dan Washington DC sekalipun.

Terus terang dinyatakan bahawa bahagian ini sukar dihuraikan kerana ia bergantung kepada beberapa faktor. Pertama proses mengenali sesuatu adalah bersangkutan dengan fakta – fakta yang tersedia berdasarkan pengalaman – pengalaman masa lalu. Fakta – fakta ini dikumpulkan dan menjadi panduan untuk kegunaan masyarakat di masa hadapan. Bagi kebanyakan displin ilmu seperti matematik, teknologi maklumat dan perubatan moden ia tidak akan mendatangkan masalah kerana perkembangan ilmu yang cepat dan terdapat input yang berterusan bagi menyokong perkembangan yang berterusan. Tetapi sumber fakta itulah yang menjadi masalah utama di dalam menerangkan rahsia – rahsia alam yang tersembunyi seperti perkara Oang Kabanaan ini. Kalaupun fakta boleh didapati, siapa pula yang boleh mengesahkan kesahihan data berkenaan?

Kedua, data – data yang kita kumpulkan adalah berasaskan dakwaan terbanyak [popular] mengikut persepsi orang yang pernah merasai pengalaman mistik berkaitan dengan Oang Kabanaan. Perlu diingat bahawa dakwaan – dakwaan yang dipersembahkan di dalam penulisan ini tidak dapat disahihkan kebenarannya. Lebih dari itu ia mungkin menimbulkan salah faham. Mana tahu, ada di antara pembaca yang salah faham melebelkan orang biasa sebagai Oang Kabanaan semata – mata kerana terdapat ciri – ciri tertentu yang sepatutnya ada pada Oang Kabanaan, ada pada orang itu.

Ketiga, penilaian untuk mengenali Oang Kabanaan tidak boleh dibuat berdasarkan satu – satu ciri tertentu sahaja. Adalah lebih baik jika seseorang yang menemui beberapa keganjilan yang dinyatakan di dalam perbincangan kita berbanding dengan hanya melihat kepada satu tanda pengenalan semata – mata dan terus membuat kesimpulan yang anda telah bertemu dengan Oang Kabanaan.

Mengikut mereka yang mempercayai kewujudan Oang Kabanaan, Oang Kabanaan sebenarnya ada di mana – mana dan menjalani kehidupan di sekeliling kita hatta di zaman moden ini. Oleh itu dari semasa ke semasa boleh mengenali mereka dengan beberapa tanda yang nyata seperti berikut:

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Oang Kabanaan ada di sekeliling kita.

Jika kita cukup peka memerhatikan orang - orang yang kita jumpai setiap hari, kita mungkin boleh mengenali mereka berdasarkan beberapa keganjilan - keganjilan yang terdapat pada mereka semasa berada di dunia kita.

Antaranya termasuklah jika orang yang kita jumpai itu:

Tiada lekuk di antara bibir dan hidung

Mempunyai paras yang terlalu cantik atau terlalu hodoh

Saiz fizikal yang terlalu besar atau terlalu kecil

Penggunaan bahasa yang janggal

Pakaian yang ganjil dan ketinggalan zaman

Terlalu mengenali kita pada kali pertama pertemuan

Kejanggalan tingkah

Muncul dan menghilang dengan cepat

Boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama

Kehadiran binatang dan bunyi - bunyian yang asing

Kehadiran bau - bauan bunga bungaan

Menarik kejadian alam

Kita terperangkap di dalam menilai masa

Orang yang mendatangkan kesan sampingan kepada kita

Menjadikan kita alpa tanpa disedari
---------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Tiada Lekuk Di Antara Bibir Dan Hidung

Kenyataan di atas merupakan ciri yang amat biasa kita dengar dari orang – orang Kadayan apabila kita tanyakan tentang Oang Kabanaan jawapan mereka ialah “Bibie basia tu inda bapait”. Anda boleh menemui mana – mana Orang Kadayan, dan bertanyakan ciri Oang Kabanaan dan dan jawapan utama ialah kenyataan di atas.

2) Paras Yang Terlalu Cantik Atau Terlalu Hodoh

Secara logiknya pengarang tidak tahu bagaimana orang yang bibienya inda bapait boleh dikatakan cantik. Tetapi begitulah mengikut orang – orang yang pandai, Oang Kabanaan sering meletakkan paras mereka di antara dua extreme, dua keadaan yang melampau sebagai iktibar dan tanda pengenalan mereka kepada orang – orang yang peka supaya boleh dikenali. Ya, iktibar untuk anda yang ‘berpeluang’ untuk berjumpa dengan mereka supaya tidak memandang seseorang berdasarkan paras rupa.

3) Saiz Fizikal Yang Terlalu Besar Atau Terlalu Kecil

Ini merupakan satu lagi ciri yang ada pada bentuk fizikal Oang Kabanaan jika anda ingin mengenali mereka. Rasionalnya, walaupun Oang Kabanaan boleh mengabui mata kita dengan merupakan diri mereka sebagai manusia, mereka tidak berupaya ‘meniru’ kira sepenuhnya. Rule of Thumb [kefahaman umum] ialah, benda ‘tiruan’ [Oang Kabanaan] tidak akan mampu menyerupai yang ‘asli’ [manusia].

4) Penggunaan Bahasa Yang Janggal

Kemahiran berbahasa memerlukan seseorang itu menggunakan sesuatu bahasa secara berterusan disepanjang kehidupannya. Kita mungkin mahir dan belajar dan mengkaji secara terperinci mengenai sesuatu bahasa, contohnya bahasa Ibrani, Latin dan Sanskrit. Masalahnya tiada siapa yang mahir berbual menurut tatabahasa seharian di dalam bahasa – bahasa ini. Sebabnya, bahasa ini hanya wujud di dalam kitab – kitab dan buku – buku tua dan terus wujud di dalam penulisan tetapi tanpa sebarang penutur yang asli. Cara bertutur sebenarnya mengikut penutur asli hanya Tuhan yang tahu. Keadaan yang sama berlaku kepada orang – orang asing seperti orang Jepun, Inggeris, China dan India apabila sekali – sekala bertutur di dalam bahasa Kadayan.

Oleh itu tidak hairan jika Oang Kabanaan juga terperangkap di dalam masalah ini apabila berhadapan dengan kita. Mereka mungkin menggunakan tatabahasa yang salah dan perkataan – perkataan yang tidak kena pada tempatnya. Lebih dari itu, kebiasaannya mereka menggunakan istilah lapuk yang tidak kita gunakan lagi seperti perkataan “kula”, “hamba”, “tuan” dan sebagainya.

5) Pakaian

Sepanjang yang didakwa oleh orang yang pernah melihat mereka, Oang Kabanaan tidak suka memakai pakaian yang berwarna – warni dan terlalu bercorak. Mereka agak konservatif di dalam soal pakaian. Warna – warna pakaian yang biasa mereka pakai ialah hitam, putih dan kuning dengan fesyen pakaian yang agak ke belakang berbanding dengan fesyen yang biasa kita lihat. Malah mungkin terlalu ke belakang, dakwa beberapa orang yang pernah melihat mereka. Mereka masih lagi berpakaian seperti pakaian hulubalang dan orang – orang di zaman lampau.

6) Terlalu Mengenali Kita Pada Kali Pertama Pertemuan

Adalah aneh jika pada suatu masa dan tempat tiba – tiba kita bertemu dengan seorang asing yang kita temui untuk pertama kali kelihatan amat mengenali kita. Orang itu mengingati nama kita, ahli – ahli keluarga, sahabat handai kita dan nama – nama penduduk kampung kita malah dia juga kelihatan mengetahui persekitaran tempat tinggal kita dengan baik. Berjaga – jaga, orang ini mungkin Oang Kabanaan.

7) Kejanggalan Tingkah

Kewujudan Orang Kabanaan dapat dikenali di alam kita melalui kejanggalan tingkah mereka di dalam berinteraksi dengan situasi yang melibatkan manusia. Contohnya, mereka mungkin bersikap terlalu tenang semasa berada di dalam situasi yang amat kritikal, ketawa berdekah – dekah semasa berada di dalam kesusahan yang mengancam nyawa serta tidak begitu mempedulikan suhu sekeliling mereka.

Perhatikan situasi ini. Kita mungkin sedang berhadapan dengan mala petaka, musibah dan atau kemalangan, contohnya kemalangan bas. Bas yang anda naiki sedang terhumban ke dalam gaung! Semua penumpang termasuk anda sedang riuh – rendah, hiruk – pikuk menjerit dan mengongoi dalam keadaan panik. Barang- barang penumpang terhumban ke setiap penjuru bas. Anda berusaha membaca segala jampi mentera dan ayat – ayat suci yang dapat diingati, berdoa dengan penuh cemas kerana anda belum lagi bersedia hendak mati. Pada detik itu ekor mata anda sempat menangkap satu wajah. Wajah seorang penumpang yang duduk dengan jarak beberapa kerusi dari kerusi anda. Beliau nyatanya sudah lama memerhatikan anda dan sikapnya terlalu tenang, malah tersenyum dan memberi isyarat tangan kepada anda, jangan risau, relaks….

Penumpang itu mungkin Oang Kabanaan. Mereka mempunyai deria yang lebih peka, di dalam hal ini mungkin mereka tenang kerana mengetahui bas berkenaan tidak akan terhumban ke dalam gaung. Juga, mereka tenang kerana sebagai Oang Kabanaan mereka tidak akan terkesan di dalam kemalangan yang melibatkan kenderaan manusia dengan manusia, mereka adalah orang halus.

8) Muncul Dan Menghilang Dengan Cepat

Oang Kabanaan berupaya muncul dan hilang dengan sekelip mata. Perkara ini sering dialami oleh orang yang mengalami musibah. Contohnya, seorang sedang di dalam perjalanan jauh apabila tiba – tiba kereta yang dipandu rosak ditengah jalan. Pemandu yang malang itu terpaksa keluar, melihat ke sana – sini di bonet hadapan kereta tapi tak tahu pula apa masalahnya kerana tidak pandai membaiki kereta. Di kala sibuk itu lah tiba – tiba pemandu disapa dari belakang, seorang lelaki rupanya. Sedikit berbasa – basi dan turut menjengah ke sana – sini, orang itu seterusnya memberitahu wayar penghubung karburetor telah putus dan menyuruh beliau membaikinya. Pemandu membelek, ya, memang putus lalu beliau pergi ke bonet belakang, mengambil tool box yang diperlukan dan pergi ke hadapan kereta semula. Aikkk, dah hilang mana orang itu telah pergi…

9) Boleh Berada Di Dua Tempat Dalam Masa Yang Sama

Pernah satu kali di dalam era tahun 50an dua orang adik beradik berasal dari Sipitang, masing – masing bekerja mancahai makan di Labuan dan di Negara Brunei Darussalam. Pada zaman itu teknologi kommunikasi masih terlalu jauh ke belakang berbanding dengan zaman sekarang. Suatu malam lebih kurang pukul 10, Si-abang yang berada di Brunei didatangi oleh orang yang tidak dikenali, berpakaian serba putih seolah – olah baru lepas bersolat dari masjid yang berhampiran. Beliau menyampaikan pesan, katanya. Ibumu di kampung sakit kuat dan kamu perlu balik dengan segera. Si-abang terperanjat, ingin bertanya lebih lanjut tapi kata orang itu “saya perlu segera, ada urusan lagi ni”.

Ini adalah perkara hidup dan mati, desis Si-abang. Lalu berangkat balik ke kampung menjenguk ibunya. Sesampainya di kampung ternyata, ibunya sedang nazak. Beliau juga mendapati dapati adiknya telahpun sampai sejak hari sebelumnya. Ibu mereka menghembuskan nafas terakhir pada hari itu juga dan dikebumikan menjelang tengahari esoknya. Petangnya, setelah selesai urusan pengkebumian adiknya menjelaskan bahawa dia didatangi oleh orang yang sama membawa berita mengenai ibu mereka dan tiada seorang pun dikalangan saudara mara termasuk ayah mereka mengetahui orang yang menyampaikan pesan berkenaan.

10) Kehadiran Binatang Dan Bunyi - Bunyian Yang Asing

Kehadiran Oang Kabanaan biasanya diikuti dengan kehadiran serangga dan binatang tertentu seperti rama – rama terutamanya Kulibambang Cindai , hayam hutan dan ular. Sering juga didengari kehadiran bunyi – bunyian seperti gendang, rebana, kecapi, serunai dan lain – lain yang berbunyi merdu. Kita harus berjaga – jaga kerana bunyi – bunyian ini boleh melalaikan.

11) Kehadiran Bau – Bauan Bunga Bungaan

Bau wangi bersumberkan haruman bunga – bungaan asli biasanya memenuhi kawasan sekitar sebelum kedatangan Oang Kabanaan. Adakalanya hanya bau – bauan ini yang dapat dicium oleh manusia dan mereka memilih untuk memberitahu kedatangan mereka dengan menyebarkan bau – bauan sahaja, bukan untuk memperlihatkan diri mereka. Tapi bukan bau wangi semata – mata, malah bau busuk yang aneh juga mungkin mereka gunakan bagi menunjukkan mereka ada di kawasan sekitar.

12 ) Menarik Pengaruh Alam

Kehadiran Oang Kabanaan boleh mengundang beberapa kejadian alam tertentu. Antara kejadian yang sering dikaitkan dengan kehadiran mereka ialah pelangi, hujan dalam, hujan, ribut, kilat dan guntur. Jadi mun ada bangkawat, hujan baai – baai dan anda terjumpa dengan manusia yang tidak anda kenali di hadapan …

13) Perangkap Masa

Perkara ini merupakan fakta yang sering ada, tetapi selalu diketepikan. Pertemuan dengan Oang Kabanaan mengungan perangkap masa. Kejadian pertemuan dan perbualan kita dengan mereka sering kita rasakan begitu sekejap. Mungkin ia hanya kita rasakan belaku di dalam lima enam minit tetapi sebenarnya telah memakan masa sehari suntuk. Atau kita mengira kita mengambil masa sehari bersama – sama mereka, tetapi sebenarnya seminggu telah berlalu tanpa kita sedari.

14) Mendatangkan Kesan Sampingan

Pertemuan dengan Oang Kabanaan boleh mendatangkan kesan sampingan [side effect ] kepada orang yang mengalaminya. Mereka biasanya berada di dalam keadaan terpana, terkejut malah ada yang tidak menyedari keadaan sekeliling beberapa ketika setelah pertemuan berlaku sehingga timbul ungkapan bahawa sudah batah bahau kita takanang kita bajumpa hantu.

15) Menjadi Alpa

Di dalam peringkat yang lebih serius, orang yang mengalami pertemuan berterusan dengan Oang Kabanaan menjadi leka dengan dunianya yang tersendiri kerana dia berada di antara dunia parallel dengan dunia nyata. Mereka ini hanya dapat kembali normal dengan bantuan dari orang sekeliling seperti saudara mara yang merasa gusar dengan keganjilan dan perubahan yang berlaku ke atas diri mereka dan mencari orang – orang yang pandai untuk memulihkan keadaan.

Bersambung ke Siri 11.
--------------------------------

Peringatan: Pendapat pengarang di dalam artikel ini dan mana – mana artikel di laman web ini tidak melambangkan pendirian rasmi kadayanuniverse.com. Oleh itu budibicara para pembaca adalah diperlukan untuk menilai sendiri setiap kandungan artikel yang dipaparkan di dalam laman web ini. Terutama di dalam soal norma – norma sosial, metafizik, fekah, tassauf, kesufian, kebatinan dan seumpamanya, pendirian kadayanuniverse.com bersandar kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut persepsi Mahzab Syafie yang diamalkan di Malaysia. Paparan artikel adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis mengenai elemen - elemen yang ada di dalam lingkungan masyarakat Kadayan di tempat – tempat tertentu sahaja dan; mungkin TIADA pada masyarakat Kadayan di tempat lain. Artikel ini dibuat dengan tujuan baik [on good faith] dan kadayanuniverse.com adalah platform untuk para penulis untuk menyalurkan ide mereka secara bebas selari dengan semangat dunia terbuka internet. Kadayanuniverse.com menyiarkannya dengan kepercayaan ia dibuat tanpa tujuan untuk mempersendakan sesiapa atau mengaitkan orang Kadayan dan mana-mana kaum di Malaysia dengan kemunduran dan kebodohan.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...