Illegals, illegals, & illegals - Sabah

Friday, May 30, 2008
Author kaawai Category

Written by assorted blogs

Sabahans for being patience with the Federal government over the issue of illegal immigrants for many decades are now suffering the consequence of their generosity. There are more illegal immigrants than locals in the state.

They have become strangers in their own land. Hantu Laut


Majority of Sabah MPs in favour of setting up of Royal Commission of Inquiry rather than setting up of Parliamentary Select Committee.

General Malaysian public in Sabah too prefer the former. They do know the different between the two, but may be some Sabah MPs less so.

Ironically, it’s MPs from UMNO who seem reluctant to support the formation of RCI. Kadayan Journal

There are topics that I avoid at the moment.

One of them is illegal immigrants issue. You probably disagree with my view. But to me, it just waste of thought and writing effort.

Should I start writing it and I can live for 100 years from now, I suspect the problem still persists. There are so much empty promises on how to deal with illegal immigrants, yet these people already penetrate the whole system of the State. arimi.ath.cx


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Keluar Isi Perut! 1975

Thursday, May 29, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Sabah in time 5

Jadi, sebuah parti baru yang dinamakan Bersatu Rakyat Jelata Sabah – BERJAYA dilahirkan. Pengumuman mengenainya dibuat semasa Tun berada di luar negara.

Barisan pemimpin Berjaya

BERJAYA kemudian melancarkan serangan besar-besaran dan menyeluruh. Ia bagai memuntahkan isi perut yang selama ini tidak kelihatan, yang terpendam jauh di lubuk usus. Hasilnya masyarakat Sabah menjadi 'loya' dengan Tun.

Apa isi dakwaan mereka?1

Banyak.

Ia bagaimana pun berkisar kepada gaya kepemimpinan dan cara hidup Tun Datu Mustapha, pemimpin Sabah yang dianggap oleh ramai orang sebagai taat beragama, berwibawa dan berkrisma.

Berikut merupakan antara isi dakwaan Berjaya yang disiarkan pada 16 Julai, 1975.

Tun berkampung di luar negara - Tun hanya meluangkan sekelumit masa di Sabah. Kebanyakan masa dia berada di United Kingdom dan Eropah di mana dia memiliki harta berjuta-juta pound.

Tun pilih kasih - Perkhidmatan awam di bawah Tun dicemari dengan pilih kasih. Keinginan dan tujuan segala arahan umum dan arahan kewangan diketepikan untuk mengutamakan nafsu serakah hanya untuk seorang, iaituTun mustapha.

Tun diktator - Kepimpinan Tun di dalam USNO adalah dimana tiada seorang di dalam parti yang boleh mengatakan sekalipun kritikan yang paling lembut tanpa bakal menerima padah.

Tun hendak membengkrapkan Sabah - Tun berbelanja sewenang-wenangnya sehingga Sabah menjadi hampir bengkrap. Tun menganggap Sabah bukan sebagai sebuah negeri tetapi sebagai harta persendiriannya.

Dah ada Gruman, hendakkan Boeing lagi! - Tun membeli dua jet Gruman untuk kegunaan pribadi dan kawan-kawan luar negaranya. Mereka ini dikurniakan pingat walaupun tanpa pernah menjejakkan kaki ke Sabah, sekaligus tanpa sumbangan apa-apa sekalipun kepada negeri ini. Kedua-dua jet ini memerlukan penyelanggaraan berjuta-juta. Tetapi nampaknya tetapi beliau masih belum berpuas hati dengannya dan dalam proses untuk mendapatkan dua lagi kapalterbang boeing 707.

Tun hendak keluar dari Malaysia - Tun mendakwa telah membelanjakan lebih seratus juta ringgit wang negeri untuk projek-projek persekutuan tanpa berunding terlebih dahulu. Apabila gagal menuntut pembayaran balik dari kerajaan persekutuan, dia meminta supaya kerajaan negeri dibenarkan meminjam dari luar negara. Kemudian, kerana keinginan ini tidak dipenuhi, beliau kemudian mengugut [untuk membawa Sabah] keluar dari Malaysia.

Sehubungan itu, BERJAYA menuntut penjelasan dari mana Tun memperolehi wang berjuta-juta yang telah dibelanjakan untuk membeli istana dan ladang luas di UK, dan istana besar yang dibina di Australia untuk salah seorang teman wanitanya.


Sumber:

1Daily Express Newspaper, 16 Jul 2008. (Dari imej di sikmading.blogspot.com. Bak kata orang “pucuk dicita ulam yang datang”. Sejak dua tiga hari lepas saya mencari-cari gambar mendiang Datuk Yeh Pao Tsu (juga dieja sebagai Yeh Pao Tzu) untuk dipadankan dengan coretan BERJAYA kutuk Tun, 1975. Tiba-tiba secara kebetulan saya terjumpa dengan dua bahagian suratkhabar yang dimaksudkan di laman berkenaan. )


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kotobian Tadau Kaamatan 2008

Wednesday, May 28, 2008
Author kaawai Category

Written by giin buagas



Revised text version, 02 June 2008.

Kotobian Tadau Kaamatan 2008
Selamat Gawai
Selamat Gawai Dayak
Sramat Gawea Sawa



Tawak-Tawak GONG

Kadayan Universe is hereby extending the above greetings of Borneo, to all our readers. This is a festive season for Malaysians in Sarawak and Sabah, complete with festive's elements. For example, it has distinctive festive moods, and positive and negative side of it - including the most common one, minum-minum (drinking session).

Above all, it is also an official holiday for both states.

Harvest festival is not an event that exclusively exist for Dusun people. For example, kadayans also have an event known as “Abis Ngatam” in their traditional calendar. This event shares the common source, that is, marks the completion of paddy harvesting period. Read more (article in bahasa)

Kadayans is also a skillful farmers. As most of us know, that the Kadayans are extremely good in planting "hill paddy" or padi bukit or padi huma. Personally, I consider the Kadayan community is the most spiritual, dedicated and meticulous about paddy planting. The following work process, as we call it in modern times is the testimony of the above statement. Read more (ItsUrDay.Blogspot.Com)




Just to remind my fellow cultural and ethnics enthusiasts, Kadayan ethnic together with Bisaya from Kuala Penyu are the only Muslim ethnics that were originally involved in paddy planting just as much as the non Muslim ethnics in the interior (I am hopping somebody can tell me more about this ).

There were two types of paddy plantings, one is padi sawah-wet padi and the other is padi tuggal-hill padi.

Of course different ethnic groups have different padi rituals. I didn’t get a chance to see the Kadayan and Bisaya’s ways of respecting padi in as much as I know about the Kadazan and Dusun’s through my reading.

For the Lundayeh, being my close neighbour whose padi feilds were close to my parent’s I didn’t see either. But what I long most, perhaps I will never to get to see again is the mucang-Kadayan’s word for gontong royong. In my parent’s padi field in those days regardless what ethnics and religion were neighbours all helping each other by turn. They did the mucang every padi season. (Borneo Rainbow)


So, despite of the greeting sound, the celebration of Kaamatan and Gawai actually is not limited to Kadazandusun and Dayak groups. It is a common celebration, open-for-all, even though Muslims are forbidden to enter Unduk Ngadau (Beauty contest).

Well, not all are boleh even though we live in bolehland!


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Artic ice vast cracks

Tuesday, May 27, 2008
Author kaawai Category

BBC



Dramatic evidence of the break-up of the Arctic ice-cap has emerged from research during an expedition by the Canadian military.


Artic ice vast cracks

Scientists travelling with the troops found major new fractures during an assessment of the state of giant ice shelves in Canada's far north.

The team found a network of cracks that stretched for more than 10 miles (16km) on Ward Hunt, the area's largest shelf.

The fate of the vast ice blocks is seen as a key indicator of climate change.

Satellite image of Ward Hunt Ice Shelf cracks

One of the expedition's scientists, Derek Mueller of Trent University, Ontario, told me: "I was astonished to see these new cracks.

"It means the ice shelf is disintegrating, the pieces are pinned together like a jigsaw but could float away," Dr Mueller explained. BBC


Comments


kula kawla - we are heading toward a new ic |2008-05-27 12:10:36
lubang maksudnya ais semakin cair. bongkah ais yang besar-besar akan hanyut dan kemudian cair menyebabkan aras laut bertambah naik.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

BERJAYA kutuk Tun, 1975

Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Revised text [& graphics] version, 27 May 2008.

Sabah in time 4

Parti Berjaya ditubuhkan dengan dalangnya oleh para pemimpin persekutuan di Kuala Lumpur.

Berjaya ditubuhkan
Imej dari sikmading1
Ia nampaknya mendapat sekutu segera yang berpengaruh. Parti Berjaya mendapat sokongan serta-merta dari masyarakat cina yang merasakan mereka adalah golongan yang ditindas oleh pentadbiran Tun Datu Mustapha.


Sehari selepas penubuhannya diumumkan oleh Datuk Harris, Berjaya mula bertindak.

Pemimpin-pemimpin Berjaya
Imej dari sikmading1

Pada 16 Julai 1975, suratkhabar cina Chinese Daily News dan suratkhabar Daily Express, kedua-duanya dimiliki oleh Timbalan Presiden Berjaya, Datuk Yeh Pao Tsu2 (kemudian dianugerahkan gelaran Tan Sri), telah membuat serangan keras terhadap gaya hidup berfoya-foya dan kehidupan peribadi mewah Tun Mustapha (Sing, 1976).

Daily Express

Kritikan-kritikan ini telah diterbitkan di dalam bahasa Inggeris, Cina, bahasa Melayu dan bahasa Kadazan. Akibatnya, ia merebak kepada ramai penduduk Sabah dan berita-berita ini tersebar dengan meluas. “ ... serangan terbuka seumpamanya yang dituju kepada pemimpin politik tidak pernah berlaku di zaman paska merdeka Sabah (Ibid.)".

Nota kaki:

1Imej-imej diperolehi daripada sikmading.blogspot.com . Logo kepunyaan Daily Express.
2Mendiang merupakan graduan di dalam bidang kewartawanan daripada Universiti Fu Tan, China. Beliau pernah menjadi ahli parlimen (Sabah) di dalam pentadbiran BERJAYA. Meninggal dunia pada tahun 1987.


Sumber:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.


Comments


sabun mandi - Pemimpin Sabah Semua CROOK! |2008-05-27 18:54:33
Ceh, Si Harris pun 2x5 dengan Tun juga. Pairin pun apa kurang. Dr Jeffrey adiknya waktu declare harta dulu, harta nya sampai RM42 juta. Dari mana semua itu harta datang?
Osu tunjul pula berjudi sampai RM7 juta.
Pemimpin sabah ni cukup korup la...

kula kawla - musa? |2008-05-28 15:54:45
sampai Osu saja kau sabut tu liau sabun.

Yong teck lee?

Benard Dompok?

Chong Kah Kiat?

Musa?

Mana tahu mereka ini lebih bersih dari yang disebutkan atu.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Closing JPPS should be easy

Monday, May 26, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

We should not complicate the basic financial management of the State. The Federal budget need to be channeled out directly to the State Government, and let the State government manage them at once. It is direct and simple.

Direct, because that is the way it should be. Simple, secause there are about 37,000 state civil servant that are capable of managing the money for the State.

It is a real puzzle why JPPS can't be closed. Maybe because JPPS has contributed quite a lot in the development of the State. Maybe because we can't be haste in closing it down. That is what I understood from Datuk Chin's statement. Or, because it isn't necessary for the State to let it go, gave them a monitoring role. As a YB said in the State Assembly.

But why we can't close it down hastily. Please remember, it came into being also in a hasty manner. Read full article from the source


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kajian tentang Kadayan di Brunei

Sunday, May 25, 2008
Author kaawai Category

Written by Tuah


Dahulu (di Negara Brunei Darusalam) ada pulang usaha untuk mengkaji asal dan petempatan oang kadayan di Borneo.

5 tahun yang lepas, Universiti Brunei Darussalam telah berjaya mangungkayahkan satu projek besar-besaran yang melibatkan projek pengumpulan Tradisi Lisan (folklore) masyarakat Kadayan (khususnya di Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada empat daerah) kerana puak kadayan ditemui menghuni di keempat-empat daerah berkenaan.

Boleh dikatakan oang kadayan merupakan golongan majoriti di Brunei.

Ada ura-ura mengatakan projek pengumpulan tradisi lisan seterusnya akan dilaratkan di negara jiran termasuklah Sarawak dan Sabah serta kalimantan. Namun satakat ani balum ada habaanya.

Kalau ku nda silap 4 tahun lapas, Pusat Sejarah Brunei juga telah mengadakan projek pengumpulan sejarah sosio-budaya dan tradisi lisan di 'Perkampungan Sejarah Puak Kadayan di Kg. Jerudong, Brunei Darussalam' yang terbesar setakat ini kerana ia mencakupi semua mukim di daerah Brunei dan Muara, sebahagian tempat di daerah Temburong, Tutong dan Belait.

Mungkin buku hasil perolehan projek akan dikeluarkan tidak lama lagi. Info tentang Kg. Jerudong, dipercayai antara perkampungan asal/awal puak kadayan di Brunei.

Berdasarkan daripada pengamatan saya (terutamanya selepas terlibat secara langsung dengan kedua-dua projek di atas) sebagai pengumpul data dari informan (oang2 tuha kadayan di Boonai), kabanyakannya mangatakan bahawa oang kadayan berasal dari Jawa.

Tidak kurang pula yang mengatakan oang kadayan ani asalnya mungkin daripada puak dusun atau cina (yang memeluk Islam) berdasarkan dari faktor kulit dan muka oang kadayan. Namun, cerita Kadayan daie Jawa hanya ikut-ikutan/akun-akun saja (tanpa bukti yang kukuh).

Namun hasil kajian terkini, Kadayan bukan berasal dari Jawa tetapi dipercayai penduduk asal pulau borneo jua. Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh faktor linguistik dengan penduduk yang mendiami wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kekerabatan bahasa kadayan dengan penduduk di Banjarmasin dan Kutai tidak boleh dipertikaikan lagi.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

AF6 - Stacy made it

Author kaawai Category

Written by giin buagas



Revised text version, 27 May 2008.

Finally, a Sabahan girl, Stacy @ Stracie Angie Anam emerged as the winner of Akademi Fantasia on Astro last night. Come to think of this, Sabahans deserve it after 6 seasons of the reality TV program.

Stacy Stracie Angie Anam



She must be good, I think.

Good enough, as she manage to grab attention from the voters throughout Malaysia to choose her as winner.

I have no doubt at all that Stacy can sing.

Only that, we can never be sure that she really won based on the number of SMSes received. Astro is a cable - TV business monopoly in Malaysia, complete with monopolistic behaviors.

As a matter of fact, Astro is a stingy monopoly. It charges RM10 if you pay late even one day.

Astro service is terrible too. You can't watch all it's outdated programs during even a tiny drop of rain.

Satelite konon. Satelite bangang laa ... , asal hujan saja, langsung tidak boleh tengok.

Let say a minimum monthly fee of RM50 each x 5 millions of Astro available subscribers - every month Astro laugh all the way to bank with RM50 million. Yet, it can't solve the 'rainy day' problem for years.

So, in this "bolehland", AF is just another business for them, in my view. Nobody monitors and examines the SMS result except Astro itself. Also, the result is not being audited by any independent auditors.

Therefore, it can be real, or, it can be just a ploy by Astro based on business calculation. That is, to simply handpick any favorable student with matched commercial values as their new business products for the next 12 months of AF product-cycle.

This sizzling new product gears toward generating as much revenue and profit as possible, before they venture for another season of AF, and asking for more SMSes from the public moron.

Argh, not to mention the bigmouth 'jury' Ogy Ahmad Daud. Not only she is an SRP-dropout, she is a flop singer who really can't sing as well.

Her singing ability is terrible.

Ogy, your pitching gerenti out kalau U nyanyi tinggi sikit le. Prasan pandai!

All these years she is hiding her "ngambayau" voice by carefully pick on songs that lied on the lowest possible key.


Comments


kula kawla - memang astro kedekut |2008-05-27 12:05:12
satu lagi, iklannya mengalahkan rtm, dekat sama dengan ntv7, kurang sikit dari tv3.

Dahlah bayar mahal. program buruk balik2 !!!


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Closing JPPS should be easy

Author kaawai Category , ,

Written by arimi sidek


"DON'T Be Hasty In Closing Down JPPS”, said LDP Deputy President, Datuk Chin Su Pin (DE 21.05.08). This is strange considering that our PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, had promised to close it down.

Since this has been promised, the natural thing to do is to make sufficient follow-ups. Unless of course, the state government wants JPPS to stay.

Note: This is a reproduction of my article that was published in Daily Express newspaper [Sabah], aims to cater wider and more serious audience on the matter. Datuk Chin Su Pin comment can be found here

I assume that to this day, there are signs of hesitation of the State Government's part, as far as closing down JPPS is concerned.

I heard similar remarks from government backbenchers during the last State assembly. A YB was saying the government may not necessarily have to close it down.

Instead, he proposed that JPPS be given a different role in the State's development process.

To this day, I still think that JPPS is a misfit in state administrative matters. We don't need JPPS in the first place. We never needed it in the past, now nor even in the future.

We should not complicate the basic financial management of the State. The Federal budget need to be channeled out directly to the State Government, and let the State government manage them at once. It is direct and simple.

Direct, because that is the way it should be. Simple, because there are about 37,000 state civil servant that are capable of managing the money for the State.

It is a real puzzle why JPPS can't be closed. Maybe because JPPS has contributed quite a lot in the development of the State. Maybe because we can't be haste in closing it down. That is what I understood from Datuk Chin's statement. Or, because it isn't necessary for the State to let it go, gave them a monitoring role. As a YB said in the State Assembly.

But why we can't close it down hastily. Please remember, it came into being also in a hasty manner.

About giving JPPS the monitoring roles, deserves the right to as what kind of monitoring activities the YB was talking about. It will turn into a giant monitor, mind you, like Komodo monitor lizard. And do nothing except to monitor.

And who is going to pay this giant monitor, should the transformation ideas materializes, I wonder.

So now we are saying that JPPS had contributed a lot to state development, we love JPPS and we can't afford to govern the State without it.

Fine, but honestly, given the amount of power to control over almost anything that involve federal development allocation in the State that JPPS has, anybody, too, can perform a decent contribution to the world.

When it comes to JPPS, the above arguments are a new kind of reasoning.

Previously, if anybody raised a question as to why JPPS exists, the ever present lame reasoning was that, we need JPPS because Sabah is unique and the situation in Sabah is different from other states.

Different situation needs different solution – so the wise men of the day dictated.

But management is not always associated with being unique. It is also about being uniform. And while Sabah stay being “unique”, the other states stay in uniform. No Jabatan Pembangunan Persekutuan-JPP in all BN-controlled state. No JPP in Pakatan Rakyat states of Kedah, Selangor or Penang.

I believe not all state officials are stupid, and not all a corrupt. I believe the State Government is capable of managing the Government's money. I sincerely believe that closing down JPPS is always a good choice for the State.

JPPS itself, was created in such a haste. The sole reason why JPPS was introduced was because Sabah was in the opposition at the time.

Tell me if there were any preliminary and in-depth studies, cost-benefit analysis, medium and long term impact research prior to its inception following the PBS pullout from BN in 1990.

Creating JPPS was easy. The Federal Government simply assigned a few officers, let them find a modest premise with some furniture.

From there, this [then] tiny department expands to virtually be in control of almost everything that concerns Federal allocation to the extend that even the Chief Minister need to consult it from time to time.


Source: Daily Express Newspaper, 25 May, 2008. Closing JPPS should be easy. What the people say, pp16.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Sabah BERJAYA, 1976

Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Sabah in Time 3

Tindak-tanduk Tun Mustapha dan serta gagasan beliau untuk keluar dari Malaysia telah menggusarkan para pemimpin persekutuan di Semenanjung. Jika dibiarkan, kejadian seperti Singapura berpisah dari persekutuan akan berulang.

Tun Abdul Razak

Jadi, mereka telah memutuskan, Tun Mustapha harus dijatuhkan. Bukan satu rahsia bahawa mereka mendalangi pembentukan parti Berjaya. Ia merupakan usaha yang didukung tterutamanya Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Pembentukan parti Berjaya telah diumumkan pada 15 Julai 1975. Berjaya dilapor ditubuhkan semasa Tun Mustapha berada di London dan para pemimpin tertinggi USNO berada di luar negeri (Sing, 1979).

Di dalam sidang akhbar penubuhan parti berkenaan presidennya, Datuk Harris Salleh, mendakwa bahawa objektif penubuhan parti baru yang bersifat pelbagai kaum ini adalah untuk menyelamatkan negeri Sabah dari salahlaku pengurusan, rasuah dan pemerintahan kuku besi.

Para pemimpin Berjaya juga berjanji untuk mengembalikan demokrasi dan agihan kekayaan dan peluang-peluang yang lebih adil kepada orang-orang Sabah.

Source:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Brunei in time 4, 1905

Saturday, May 24, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

'Katak di-bawah tempurong'

Sultan Hashim was the Sultan of Brunei of the time.

Sultan Hashim of Brunei

He was indeed powerless, but he took great pride in his ancient lineage. I say, he was a certain patriotic that deserves respect, in a way.

But, the British at the time and even contemporary researchers did not share my sentiment. Horton was one of them. According to him,

"this (the sultan) patriotism, however, was blended with ignorance of the outside world: it is unlikely that Sultan Hashim had ventured beyond even Labuan – in the Malay phrase he was 'katak di-bawah tempurong' ('a frog under a coconut shell'), and so were most of his people, apart from the few who had made the pilgrimage to Mecca”.

Source:

Horton, 1986. British Administration in Brunei 1906 - 1959 by A.V.M Horton. Modern Asian Studies, Vol. 20, No.2., (1986), pp. 353-374. Cambridge University Press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Sabah in time 2, 1975

Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Tun Mustapha yang berwibawa dan berkuasa

Di era ini kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa yang agak berleluasa di dalam persekutuan.

Tun Mustapha plays Violin

Tun nampaknya mempunyai kemampuan untuk berunding, dan tahu untuk memaksa kerajaan persekutuan untuk memenuhi kehendak kerajaan negeri.

Malah Tun mempunyai gagasannya sendiri, mungkin mendapat ilham dari peristiwa Singapura keluar dari Malaysia. “… Mustapha telah menulis satu memorandum bertajuk “Kedudukan Sabah di dalam Malaysia di masa hadapan” yang telah dibaca dan diedarkan di dalam mesyuarat USNO pada 23 April, 1975” (Sing, 1979).

Kerajaan USNO pimpinan Tun memang berkuasa. Tilman (1976) mengakuinya dengan menyebut satu berita kerajaan (Tun Datu) Mustapha juga menggunakan kuasa-kuasa imigresen untuk mengusir warganegara Malaysia yang bekerja dengan akhbar pembangkang, walaupun mereka ini telah lama bermastautin di Sabah.

Di bawah (pentadbiran Tun Datu) Mustapha, radio dan televisyen tempatan Sabah mengugurkan semua dialek dan siaran bahasa cina. Panggung wayang telah menyekat tayangan di dalam bahasa selain dari bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sumber:

Sing, F.H., 1979. A Constitutional Coup D’Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia by Sing Fong Han. Asia Survey, Vol. 19, No. 4 (Apr., 1979), pp. 379-389. University of California Press.

Tilman, R.O., 1976. Mustapha’s Sabah, 1968-1975: The Tun Steps Down by Robert O. Tilman. Asian Survey, Vol. 16, No. 6, (Jun., 1976), pp. 495-509. University of California press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Aku Oang Daat - Part 10

Tuesday, May 20, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Anak Daat, Sekolah Hulu 3 - Sekolah tanpa Kantin

Sekarang ini agak ganjil untuk kita membayangkan sebuah sekolah wujud tanpa kantin. Tetapi katakanlah jika ketika itu anda bercerita kepada kami bahawa terdapat sekolah tanpa padang di dunia ini, giliran kamilah pula yang merasa amat ganjil mengenainya.

Sekolah anak Daat

Sekolah kami memang tiada kantin!

Sekolah ini mungkin sekolah kelas 'C'. Ia hanya terdiri dari satu blok bangunan kayu yang agak kukuh dibina di tebing sungai. Muridnya dalam lingkungan 100 orang dan guru-guru yang mengajar tidak lebih dari 10 orang. Tiada pekerja pejabat dan tukang kebun, hanya guru-guru.

Anak Daat Sekolah Hulu 3

Bersebelahan dengan blok sekolah terdapat beberapa buah rumah untuk guru-guru. Ada daripadanya merupakan rumah berkembar, sementara dua lagi merupakan unit rumah berasingan (fully detached).

Kawasan persekolahan ini merupakan lapangan permainan (playing field) tetap bagi saya dan sepupu-sepupu semasa dan selepas sekolah, malah sehingga ke pohon malamaii.

Untuk beberapa ketika, perkarangan rumah guru ini dijadikan tempat permainan badminton oleh para belia kampung termasuk guru-guru yang menghuni rumah berkenaan. Kerana aktiviti ini, seorang guru wanita telah mendapat jodohnya dengan pemuda di kampung kami.

Kedai runcit yang terletak di kepala jalan masuk menghala ke sekolah merupakan 'kantin tidak rasmi' yang kami hurungi pada setiap kali rehat.

Bagaimana pun, ketiadaan kantin sekolah ini juga merupakan perkara yang menarik.

Setiap pagi, beberapa orang mak cik termasuklah ibu saya berjualan kuih-muih di beranda rumah guru yang paling hujung. Rumah ini seingat saya memang tidak pernah dihuni sejak sekian lama. Makanan yang dijual ialah nasi kuning, kuih-muih dan sasagon yang dibungkus dengan kertas suratkhabar!

Ibu kemudian mendapat idea yang lebih mudah. Beliau menyuruh saya menjual nasi lemak setiap hari.

Anak Daat Ceria - pic

Jadi untuk beberapa tahun saya ke sekolah sambil menjaja nasi lemak dan kadangkala, sasagon. Abang sepupu saya juga begitu – ahh, saya tidak tahu apa yang saya buat, tidak akan dibuatnya. Kami merupakan sepasang kembar yang tidak terpisah, kecuali apabila sudah dewasa. Kini, kami berdua adalah seperti orang asing di antara satu sama lain.

Murid-murid bebas menjaja di sekolah. Ini merupakan kawasan “wild wild west”. Kalau suka buat, mun dangki nuut.

Kawan-kawan lain juga berjaja sambil bersekolah. Ada yang menjual buah-buahan eksotik; suapit, tampoi, sentul – sampai menjual petai!

Harganya RM0.10 satu (bukan sebiji). Petai ini kami tidak makan sebagai ulam, sebaliknya RM0.10 itu adalah semata-mata untuk merasa selaput bijinya yang enak, lemak dan agak manis, berwarna oren. Anda boleh pergi ke bahumah sekolah, dan biji petai yang hijau baampa di setiap sudut.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Domesticated Eagle

Sunday, May 18, 2008
Author kaawai Category

A domesticated Eagle




Helang yang dipelihara seperti ayam...


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

A dancing monkey...

Author kaawai Category

This video meant to be funny. If in anyway you felt offended somehow, please accept our sincere apology

Kadayan Universe




Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Aku Oang Daat - Part 9

Friday, May 16, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Mengambil Kayu Api


Baiklah, kali ini aku bercerita mengenai kayu api.

Lego raksaksa kayu api

Biasanya si bapa atau abang beramai-ramai mengambil kayu api dengan saudara mara dan jiran di kebun-kebun yang berdekatan.


Tidak kisahlah di kebun siapa. Di zaman kami, kalau setakat mengambil kayu api, pemilik kebun tak akan berkira. Pandai-pandailah mencari kayu yang telah tumbang.

Asal jangan sampai menebang kayu hidup sudahlah. Atau mengambil buah-buahannya. Mencurilah tu. Mencuri? Ambil untuk makan masa di sana? Ala, sikit-sikit pun boleh bah, jangan lebih-lebih. Bila-bila terjumpa dengan tuanpunya kebun nanti beri tahu lah. Jangan lah pula sampai ke tahap hendak dijual.

Berbalik semula kepada bab kayu api. Pergi beramai-ramai, kerja sama-sama, hasilnya pula kepunyaan masing – masing atau dibahagi sama rata.

Acara wajib aktiviti gotong-royong (mucang) semasa kenduri kendara ialah memasukkan tugas rutin – mencari kayu api dengan banyaknya. Kayu api yang telah ditampik akan dijemur dengan susunan disusun untuk dikeringkan. Kayu-kayu ini ditapas di bangsal dan sebahagiannya di bawa ke rumah atau ke tempat memasak yang tersedia.

Kayu api yang digemari ialah kayu getah. Batangnya berwarna cerah, urat kayunya lurus senang dibelah, agak licak dipotong dan dibelah.

Kayu Api

Kami yang masih anak-anak hanya tahu bergembira.

Masa bekerja ini juga merupakan kegembiraan bagi kami yang sukarela atau dikerah untuk membantu.

Kayuapi yang dipotong kemas kami susun tapas tapas bak mainan 'lego' raksaksa.

Tidak tahulah pula kayu apa yang paling baik sebelum kayu 'havea brasilia' ini ditanam di borneo.

Untuk kegunaan biasa, mama dan kakak juga tidak ketinggalan mencari kayu api. Malah kami yang masih kecil juga mencari kayu dalam kes-kes kecemasan. Maksudnya kayu dah habis, telah tiba pula masa memasak. Jadi kami pun aampa-miaa mencari ranting kayu kering yang bertebaran di sekitar halaman rumah.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Sabah in time 1, 1975

Tuesday, May 13, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

Tun Datu Mustapha bin Datu Harun

Awal dekad kedua kemerdekaan ini digambarkan oleh Milne (1976) bahawa suatu “… perkembangan dramatik telah berlaku di Sabah, dihasilkan oleh impian Ketua Menteri, Tun Mustapha. Pemerintahan hampir-diktator beliau di negeri ini, dicapai dengan pendidikan formal ala kadar, membolehkan beliau memenangi kejayaan demi kejayaan pilihanraya secara pukal dan memberi kesan kepada penganutan Islam secara besar-besaran”.

Milne menambah bahawa “kekayaan peribadinya (Tun Mustapha) yang berasal dari kekayaan Sabah, terutamanya kayu balak, digunakan untuk membina perhubungan politik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau memiliki kepentingan besar di dalam The Star, suratkhabar yang berpengkalan di Pulau Pinang di mana Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri, mencatatkan tinggalannya (legacy) secara berterusan.”

Keadaan politik di zaman ini digambarkan oleh Bradley seperti berikut. “Di Sabah tiada terdapat pembangkang rasmi. Apa yang berlaku, perbalahan yang semakin menjadi-jadi diantara UPKO dan USNO telah mencipta peyokong dan pembangkang dalaman de facto secara yang tidak sistematik di negeri berkenaan.”

Keadaan ini walau bagaimanapun hanya diselongkar apabila Tun Mustapha tidak lagi berkuasa.

Menurut Tilman & Tilman (1977) banyak tuduhan rasuah telah dilemparkan kepada bekas orang kuat Sabah, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun, tetapi menyingkirannya dari kuasa dilakukan melalui proses politik berbanding dengan proses kehakiman.


Sumber:

Milne2, R. S., 1976. Malaysia and Singapore, 1975 by R. S. Milne. Asian Survey, Vol. 16, No. 2 A survey of Asia in 1975: Part II, (Feb., 1976), pp 186- 192. University of California Press.

Bradley, C. P., 1968. Communal Politics in Malaysian Borneo. The Western Political Quarterly, Vol. 21, No. 1, (Mar., 1968), pp. 123-140. University of Utah on behalf of the Western Political Science Association.

Tilman, R.O., & Tilman, J.H., 1977. Malaysia and Singapore, 1976: A Year of Challange, a Year of Change by Robert O. Tilman and Jo H. Tilman. Asian Survey, Vol. 17, No.2 A Survey of Asia in 1976: Part 2, (Feb., 1977), pp. 143 – 154. University of California press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kadayan Kutai KartaNegara (Kalimantan)

Monday, May 12, 2008
Author kaawai Category

(itsurday.blogspot.com) Sebuah pesanan telah ditinggalkan di dalam CBox yang saya sediakan di blog itsurday yang menamakan diri beliau sebagai Sdra Doddy H Iska. Sdra Doddy mengatakan bahawa dia seorang Kadayan dari Kutai Tatanagara. Pesanan beliau boleh dilihat di dalam CBox dan Sdra Doddy cuma menggunakan sepatah perkataan Kadayan iaitu “daie” yang bermaksud dari ...

...

Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada Kadayan-Kadayan dari Kutai, Brau, Kelteng dan tempat-tempat lain di Kalimantan yang melawat blog ini, supaya meninggalkan pesanan atau membuat komen di dalam posting-posting yang terdapat di dalam blog ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdra Doddy H Iska yang telah memberi saya sedikit maklumat yang sebelum ini cuma seperti hayalan saya sahaja.


Comments


adipratama - UP:Pendapat Edward Parnell men |2008-05-19 17:14:48
Beberapa tahun dahulu saya pernah mengetengahkan pendapat Edward Parnell mengenai asal-usul bangsa Kedayan. Beliau di dalm aikelnya yang bertajuk THE NAME KEDAYAN DAYAK AND TANJONG DATO menceritakan megenai yang orang Kedayan ini berasal dari negeri Banjar. Mereka dikatakn meupakan keturunan pengiring Datuk Adi Patih seorang putera besar negeri Banjar.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Brunei in time 3, 1905

Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Brunei, 1904 - less than a government

In the second snippet of this series, I mentioned that Brunei was less than a government. It was in about 103 years ago, or a century, more or less.

Sultan Hashim of Brunei

There is no malicious intend in saying that. It was a factual statement on the nature of (poor) the governance state of being in the kingdom based on a historical record.

Mr. McArthur (1904) in his report about Brunei explained what “less than a government” means:

"With no public expenditure and with a disreputable ruling class scrambling for cash advances from foreign governments of private speculators, seizing all they dare from their luckless subject, and valuing their position solely as a mean of self-indulgence and extravagance, to talk of a government seems ridiculous.”

"There are no salaried officer, ... no forces, no police, no public institutions, no coinage, no roads, no public buildings – except a wooden mosque, and – most crying need of all – no gaol. There is a semblance of a judicature, but little justice ...”


Note:

McArthur, M.S.H., 1904. “Report on Brunei in 1904” by M.S.H. McArthur. P.O. 572/39, 5 Dec 1904, para 23 in Horton (1986)

Horton, 1986. British Administration in Brunei 1906 - 1959 by A.V.M Horton. Modern Asian Studies, Vol. 20, No.2., (1986), pp. 353-374. Cambridge University Press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Aku Oang Daat - Part 8

Friday, May 9, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Anak Daat, Sekolah Hulu 2

Ini merupakan lanjutan kepada artikel sekolah saya yang terdahulu, bertajuk "Anak Daat, Sekolah Hulu 1 ".

Ais krim bungkus

Tiada kantin di sekolah kami. Tetapi ada sebuah kedai runcit persendirian kepunyaan seorang penduduk kampung dalam jarak 200 meter dari perkarangan halaman sekolah.

Berbondong-bondonglah kami ke kedai berkenaan semasa rehat pukul 10 pagi. Masa ini kami panggil taim – agaknya dari perkataan time's up.

Kebanyakan barangan yang dijual merupakan junk food. Ini terutamanya gula-gula, keropok-keropok dan segala barangan tidbits yang bersesuaian dengan bajet murid-murid daat yang tidak seberapa.

Kesemuanya datang dalam paket-paket kecil. Gula-gula empat biji harganya RM0.10. Bagi keropok harganya ada yang RM0.05, tetapi kebanyakannya RM0.10 setiap satu.

Makanan ringan yang paling kami minati ialah 'aiskrim bungkus'. Perisa aiskrim yang paling biasa ialah air sirap oren atau bubur kacang manis yang dibeku dalam plastik kecil panjang.

Ia adalah satu-satunya jenis aiskrim yang kami ketahui wujud di dunia ini. Sebenarnya ia tidak lebih dari air minuman yang dibancuh, dimasukkan ke dalam paket plastik dan disejukbekukan sebelum sedia untuk dijual kepada kami.

Perniagaan aiskrim pada masa itu merupakan perniagaan yang lumayan. Sebab utamanya ialah ais dan peti sejuk merupakan benda ajaib bagi kami. Sedangkan, ais merupakan barang berharga yang paling diminati oleh kami anak-anak oang daat.

Seingat saya abang dan kakak sanggup berbasikal sejauh empat batu semata-mata untuk mendapatkan blok ais semasa bulan puasa. Sungguh nyaman bersungkai dengan minuman sejuk.

Kerana ais jugalah saya dan adik adik sering menanti-nanti kedatangan pakcik penjual ikan yang sekali-sekala bertandang dengan basikal menjaja ikan ke rumah kami. Dengan sedikit rengekan dan dek kerana segan dengan ibu, pasti kami akan diberikan sedikit ketulan ais 'lantuh' setiap kali.

Di masa sekolah, saya dan abang sepupu sangat pandai mengendalikan ais. Kami membeli ais krim sepotong dua ketika taim. Kemudian kami bergegas ke rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari sekolah. Sebaik sampai dirumahnya, kami mengaulkan ais krim berkenaan ke dalam air kemudian menambahnya dengan gula.

Alangkah seronok hasilnya. Kami menikmati minuman sejuk di dalam gelas seorang satu.

Pendek kata, perniagaan aiskrim memang merupakan perniagaan yang bagus. Juga, kerana kelebihan mereka memiliki peti ajaib di rumah, nampaknya bidang ini dimonopoli oleh guru-guru dari pekan yang mengajar di sekolah kami. Merekalah yang membekalkan serta menjualnya setiap hari.

Selain dari meletakkan peti aiskrim di kedai pak haji tempat kami membeli belah, cikgu aiskrim yang lain mengambil keputusan menjualnya sendiri di sekolah.

Kabarnya ada yang membawa empat lima peti dan meletakkan aiskrim mereka di banyak destinasi di sepanjang jalan ke sekolah, menjadikan mereka ini merupakan tauke aiskrim yang tidak rasmi di dunia oang daat.

Ada sekali pengalaman lucu saya mengenai aiskrim cikgu ini.

Seorang dari cikgu-cikgu penjual aiskrim ini nampaknya mengamalkan konsep mesra alam – kitar semula.

Semua aiskrim pada masa itu dimakan dengan mengigit muncungnya atau memutar pada bahagian simpulan plastik sehingga putus. Tetapi peliau menggunakan plastik yang muncungnya boleh dibuka dan ditutup berulang kali tanpa perlu digigit. Ia seperti paket plastik ubat yang dibekalkan oleh doktor sekarang ini, cuma bentuknya kecil dan panjang.

Aiskrim bungkusan baru

Semua murid yang membeli aiskrim beliau diiringi dengan satu pesanan; selepas makan plastik aiskrim mesti dikembalikan semula kepada beliau.

Cikgu aiskrim ini memang pintar berniaga. Nampaknya beliau hanya memerlukan air sirap yang dibekukan sebagai modal. Plastiknya pula boleh digunakan berulang kali.

Tapi alamak, kalau dah anak oang daat tu, oang daat juga. Saya dah terlanjur menggigitnya seperti biasa.

Matilah, macam mana ni?

Jangan pandang rendah dengan oang daat. Otak kecil saya ketika itu ligat juga, macam Mr. Bean. Saya dah terlanjur membocorkannya, tetapi arahan cikgu harus dipatuhi.

Penyelesaiannya? Saya pun melilau mencari seorang murid junior. Dengan 'murah hati' saya memberikan ais krim berkenaan kepadanya. Syaratnya dia harus mengembalikan plastik berkenaan kepada cikgu aiskrim. Dia bersetuju dan saya menarik lepas lega. Saya cuma memandangnya melahap aiskrim sehingga habis walaupun saya juga masih sangat 'tais lio' dengan aiskrim berkenaan.

Saya ingat sudah terlepas, kerana dia nampaknya sangat berselera. Malangnya dia lebih pintar. Selepas habis memakan, dia mungkir janji!

Saya yang betul bendul terpaksa memulangkan plastik aiskrim berkenaan kepada cikgu.

“Apa ni, plastik sudah bubus” getus beliau.

Hee, rugikah, cikgu?


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Brunei in time 2, 1905

Thursday, May 8, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

In 1905, there were three separate governments in British Borneo.

Or kingdoms, as they wanted to be known. The most exotic was the Rajah Brooke government (White Rajah of Sarawak). The lesser known was Maharajahate of Sabak (sic) of a Hong Kong based, the North Borneo Chartered Company. And of course the mighty of the time, Her Majesty government of British Empire stationed in Labuan.

Duit Brunei

At this point, you may wonder that I probably missed something. Where was the government of Brunei?

Actually, NO. I did not missed anything. There was no government in Brunei at the time. Please bear in mind, I am talking about 1905.

Brunei was less than a goverment in 1905

It has no proper governance.

It has a ruler - with a long and glorious history, but kingdom was terribly weak and dying.

Brown said (during this era) in Brunei there was 'no Government .. only ownership'. The country was divided up into three sorts of tenure, each carrying with it taxation and administration right for the owner: kerajaan (crown lands), kuripan (ministrial lands) and tulin (private land).

Borton explained that a sultan (Sultan of Brunei) has little real power except over his own districts and people. He was unable by custom to interfere with the internal administration of other districts.

British tried to ignore Brunei at their most. Most administrative matters pertaining Brunei placed out via Labuan office, a British protectorate since 1847.


Note:

Brown, D.E., 1970. Brunei: The Structure and History of a Bornean Malay Sultanate by Professor D.E Brown,(Monograph of the Brunei Mueseum, 1970), pp. 79 -85, in Horton, 1986.

Horton, A.V.M, 1986. British Administration in Brunei 1906 - 1959 by A.V.M Horton. Modern Asian Studies, Vol. 20, No.2., (1986), pp. 353-374. Cambridge University Press.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

AirAsia: unfair Mas

Wednesday, May 7, 2008
Author kaawai Category

Written by Giin Buagas


Right, Mas is unfair to AirAsia. But AirAsia isn't the fairest airline company too. For example, it creates free seatings. It's not that fair, we have to practically run and to compete, in order to get better seat in the aircraft every time. I fail to understand why can't AirAsia issues proper seating tag when even a mere bus company can do that.


Kuala Lumpur: Now that Malaysia Airlines is offering low-cost fares, the time has come for the entire aviation industry in Malaysia to be fully liberalised.

In making the call, AirAsia Bhd's Group Chief Executive Officer, Datuk Tony Fernandes, said the liberalisation should include allowing AirAsia to mount increased flights to Singapore, fly into the island republic from other points in Malaysia as well as fly to international destinations.

He said AirAsia would immediately appeal to the Government for full liberalisation of the routes into Singapore following the move announced yesterday by MAS to offer low-cost or zero fares.

He said the move by MAS was unfair. "MAS can give zero fares but I cannot have more flights to Singapore and that doesn't make sense. You can't keep on whacking AirAsia and give all the advantages to MAS," said Tony, who spoke by phone from London where he is on airline business. Daily Express


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Now, sawit is everywhere in Sabah

Tuesday, May 6, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

Sabah became the country's main palm oil producer on 1.24 million hectares of the total 4.3 million hectares, Plantation Industries and Commodities Deputy Minister Datuk Anifah Aman said Saturday (DE 17.02.08). It is more actually, to the excitement and joy of palm oil industry. At present, it contributes about 16pc to the State’s GDP. It also provides employment to about 60,000 people, representing about 5.4pc of the state’s total workforce. Oil palm is currently Sabah’s main agriculture crop.

Note: This a reproduction of my article that was published in Daily Express newspaper, aims to cater wider and more serious audience on the matter.

There is something else about the news that interests me. The statement somewhat lures us to think that palm oil industry in the State focuses on 14,346 smallholders, which I suspect is not. If we divide 1,240,000 hectares by 14, 346 the average will be 86.43 hectares - about 213.58 acres. There is no way plantation of this size fit into small holders category.

The real industry players not even mentioned. So let get, it straight. Palm oil industry in the state actually focuses on big plantation companies, not smallholders. Peninsular-based companies are among the key players. Hence, the smallholders figure is simply cosmetic more or less, to my thinking.

The locus of palm oil industry is big plantations – more than 80pc are located in Sandakan, Tawau and Lahad Datu. POIC Sabah Sdn Bhd, a state-run company, managed clusters of designated areas in Lahad Datu, Sandakan and Kimanis, known as Palm Oil Industrial Cluster (POIC). Read full story from the source


Read full article ... /Baca artikel penuh ...