Oil price up, palm oil price down

Monday, July 28, 2008
Author kaawai Category , , ,

Written by Arimi Sidek

So what now? Fuel price increases, and palm oil price drops.



This is double trouble for Malaysia. And it is more to Sabah as here, state government is deeply in love with Sawit. I guess state government just never learn - it goes on repeating the same mistake twice.

Previously, we were focus only on timber until much timber resources depleted nearly completely. And now, we are too focus on palm oil, that exposes us to much to the risk of overly dependent on a single source of income. Read on

MIRI, July 26 (Bernama) -- Plantation Industries and Commodities Minister Datuk Peter Chin Fah Kui will meet his Indonesian Agriculture Minister Dr Anton Apriyantono in Jakarta next week to discuss measures to be taken concerning the current downward trend of palm oil prices.

Speaking to reporters here Saturday, Chin said the meeting would be significant for both countries as they commanded over 85 percent of the world's palm oil production.

"Malaysia and Indonesia as the producing countries (for palm oil) view this trend with anxiety," he said, adding that all factors that led to the downward trend of the commodity would be analysed at the meeting.

Chin said the price of palm oil had closed at RM3,095 per tonne yesterday and this was way below the average price of RM3,500 per tonne over the last four years.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Selamat Ulang Tahun Sultan of Brunei

Saturday, July 26, 2008
Author kaawai Category

Written by Amde sidik


May God Bless the Sultan in his 62nd Birthday.


Sultan Hasanal Bolkiah of Brunei

Pics from Brunei-Online


About three quarters of Kadayan people in the world are residents of Kingdom of Brunei.

Brunei has a population about 350,000 people, and about 40% are of Kadayan ethnic by origin, which means about 140,000 are Kadayan in the Kingdom.

Another about 50,000 found in Sabah, about 35,000 in Sarawak, about 12,000 in Labuan, and about 7,000 found in Peninsula Malaysia, that summed up 244,000 Kadayan in the world.

Source: The Mystic of Borneo-Kadayan By Amde Sidik


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kulambu Kelambu Bangking

Wednesday, July 23, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Kulambu merupakan romantika pasangan oang daat, satu-satunya ruang privacy dan terlindung bagi mereka, yang rata-ratanya punya ramai anak.

AKU OANG DAAT PART 17

Kelambu: Part 1

Oang daat yang membesar sehingga di awal tahun-tahun 1980an tentu pernah ‘menetap’ dalam kulambu (kelambu). Peralatan ini adalah peralatan wajib di rumah pada era berkenaan. Tanpanya anda tentu akan menjadi pendekar malam, bersilat dengan nyamuk dan agas hingga ke pagi.

Kulambu merupakan household item yang penting.

Kulambu kami rata-rata dibuat dari kain kasa bunga-bunga atau tanpa corak plain. Ia adalah kain cotton yang paling murah dan jarang, bagi anda yang tidak tahu. Selain kulambu, ia juga sesuai dibuat sarung bantal atau seluar serta utau (apron tradisional ) bayi.

Revised text version, 24 July 2008.

Tetapi, ia tetap bukannya kain untuk dibuat kulambu. Ia bukan kulambu romantik sebenar seperti yang anda tonton dalam wayang-wayang klasik atau muzium.

Kerana kainnya, kulambu oang daat adalah lebih tebal berbanding dengan kelambu biasa. Suasana di dalamnya agak gelap dan hampir tidak transparent. Selain itu ia dipenuhi habuk dan bidut pelita yang dinyalakan saban malam serta mengundang bau hapak yang sinonim dengan kehidupan malam kami.

Memandangkan kain kulambu sedemikian rupa, apabila uak (bentang) saja kulambu, anda seolah-olah bertandang ke dunia yang tersendiri. Agak misteri rasanya dalam kegelapan begitu.

Kulambu juga memberi satu perasaan yang lebih selamat bagi anak-anak berbanding dengan ruang luaran rumah. Ia lebih merupakan private domain bagi rumah oang daat tanpa bilik.

Suhu dalam kulambu mungkin mendekati suhu bilik moden masa kini yang sebenar. Ini kerana di luar, rumah kami yang berlantai buluh dan didinding dengan palupuh dan kulit kayu terlalu banyak lubang sehingga ia tidak begitu berbeza dengan suhu di halaman rumah.

Saiz kulambu kami biasanya agak besar, cukup untuk memuatkan empat lima orang tidur dengan selesa. Ia digantung pada ketinggian lebih kurang empat kaki dari paras lantai. Semuanya mempunyai empat bucu membentuk struktur semi-permanent di atas longgokan bantal-bantal tempat tidur pada siang hari.

Kulambu adalah arahan tidur.

Kulambu merupakan romantika pasangan oang daat; satu-satunya ruang privacy dan terlindung bagi mereka yang rata-ratanya punya ramai anak. Dalam hal ini, kulambu tebal dan suram memang sesuatu yang didambakan bagi memenuhi keinginan alami dan pelengkap kepada kehidupan malam mereka.


Comments


Kedayan Indon - Kulambu |2008-08-20 21:18:35
Baik jua banaa ada artikel macam ani,sakuang-kuangnya paanak kaangani tahu jau pakakas-pakakas kita owang kadayan ani mulanya, bukannya inda ada kulambu atu kaangani nganya lain tia upanya, yang mulanya tu "multi-purpose"..bah tahniah tah ka panulis..taus akan usaha murni mu atu..mudahan kadayan taus maju..

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."



Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Sarawak Kedayan urged to unite

Monday, July 21, 2008
Author kaawai Category

Monday, 21 July 2008

Kedayan was known for being ‘rebellious’


BEKENU (theborneopost): Kedayans, as a minority race in Sarawak, must unite to be heard for them to progress alongside other races in the state.


Kedayan Bekenu

Pic from The Borneo Post


Bekenu assemblywoman Rosey Yunus said it was important for them to be together under one association to ensure their problems were seen by the government.

Rosey was attending the AGM of Persatuan Kedayan Sibuti last Sunday afternoon. Among those present were Pemanca Abu Bakar Pangis and the association’s Kedayan members from Limbang, Bintulu, Miri and Sibuti.

According to Rosey, the community must enhance rapport among themselves, practise tolerance and be willing to accept change - it’s the secret to success and progress for any community in the state.

She said the Kedayan community was known for being ‘rebellious’ as it had fought against the British colonisation of Sarawak. In fact, the Sarawak governor and government recognised the community for their fighting spirit after Sarawak had joined Malaysia.


Comments



amde sidik - Kadayan Journal |2008-07-23 00:45:20
I find it's quite strange the phrase used by Bekenu assemblywoman Kadayan being "rebellious". In my observations this term has always been avoided by Sabah Kadayan YBs in the past, in order not to inflict Kadayan as such, but are obedient and loyal citizens. I look at their doings are negative. In return curtails new ideas or different ideas. Because for them good smart and brilliant leaders are those subservient to the boss. Wrong! As for Bekenu, it wasn't just during the British time that Kadayan acted that way-see The Mystic of Borneo-Kadayan-by amde

Anak Daaaah Kedayan - "Rebellious' |2008-07-23 09:56:04
Nda tah,nda ku paham bnar orang yang membuat article a2. Bodoh hantap. Setau ku kedayan ani iatah pengikut yang setia. kemungkinan info yang di dapatinya hanya daripada satu pihak sahaja.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Tun Mustapha & Datuk Harris: Bapak borek, anak rintik

Saturday, July 19, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek

BERJAYA, 1976

Kritikan-kritikan dan serangan pribadi ke atas Tun nampaknya berhasil. Tun Mustapha telah kalah di dalam percaturan politik, USNO tidak lagi memerintah Sabah selepas 1975.

Datuk Harris Salleh merupakan pemimpin tertinggi era Berjaya yang paling dikenali dan masih hidup sehingga sekarang.

Pada era berkenaan, apa yang pasti tiada lagi gagasan tinggi seperti membawa negeri Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia.

Namun di dalam gaya pentadbiran dan kebebasan akhbar, Datuk Harris merupakan anak didik kepada Tun Mustapha. Harris juga mengamalkan gaya pentadbiran autokratik. Bapa borek, anak rintik.

Berjaya menikmati sokongan besar dari kerajaan persekutuan sehingga ke akhir tempoh pentadbirannya. Oleh itu pemerintahan autokratik dan kawalan ke atas media ini seolah-olah direstui oleh mereka sehingga tempoh pilihanraya umum negeri Sabah 1984 yang menyaksikan Berjaya ditumpaskan oleh parti ‘hingusan’ yang mengejutkan ramai orang, Parti Bersatu Sabah (PBS).

Mengikut Kalimuthu (1985) semua berita yang dikawal oleh kerajaan di semenanjung menyokong parti Berjaya. Keadaan ini menyebabkan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengkritik media kerajaan bahawa “tiada yang disebut tentang pembangkang, mereka juga tidak diberi peluang untuk membela diri ... demokrasi, mengikut kefahaman saya, ialah diasak dengan teruk dan [menjadi] herot-merot”.

Sama seperti USNO disingkirkan kerana Tun Mustapha yang kelihatan rakus kepada kuasa yang tidak terbatas, Berjaya telah menerima akibat yang sama semasa Datuk Harris. Sebuah parti baru "underdog" yang tidak dikenali, Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah mengambilalih pemerintahan negeri sehingga sedekad yang seterusnya.


Sumber:

Kalimuthu, K.R., 1986. The Sabah State Elections of April 1985 by K. Ramanathan Kalimuthu. Asian Survey, Vol. 26, No. 7, (Jul., 1986), pp. 815-837. University of California Press.


Comments


ONAK - Andang2 Dami atu mamaintah..... |2008-08-09 15:22:17
Mamainath ni mun Pemimpinnya Kuang Jantan dan Hipokrit ada asa takut andang2 dami atu....Makahnya BERJAYA d alahkan oleh Sebuah Parti Underdog yg belum pun betumbuh bulu sayapnya mun Boong. Paangai ani sama jua dgn tingkah laku YB MP Sipitang kaang ani atu. Tahu Agama alah2 Nabi Muhammad, Tapi Sifat Pendandamnya lombo 1 eh....


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Ellena - the most recent forefather of Sabah

Saturday, July 12, 2008
Author kaawai Category

Written by Arimi Sidek
Friday, 11 July 2008

Torrey sold his rights to Baron Van Overbeck for $15, 000. It was Baron Van Overbeck and Alfred Dent who set up the British North Borneo Chartered Company.

Rajah William Torrey

Ellena of Kimanis Borneo 3, 1865

The British observed American activities in Ellena with extreme cautious since the beginning. The Governor of Labuan, Callaghan, questioned Torrey on whether he knew the content of Anglo-Brunei Treaty of 1847 on the cession of Labuan.

Clause ten of the treaty stated that the Sultan of Brunei should not make any similar cession with any other parties without the consent of Her Britannic Majesty.

Torrey however argued that the treaty does not cover the cession of Ellena as it is only for a limited period of 10 year, unlike Labuan which were ceded to British forever.

Torrey went back to Hong Kong to raised more money for Ellena.

But by doing so, he actually left Ellena on uncertain fate in Borneo, while the creditors became increasingly impatient for the return of their money. The situation was getting worse. Chinese creditors that advance most expenses to brought coolies to Ellene had followed them to Kimanis and demanded repayment.

In Hong Kong Torrey failed to get sufficient fund necessary for Ellena, so was Mosses which follow him later. The chief secretary of the settlement, Thomas B. Harris died in May, 1866 and his tombstone was discovered forty years later. Other Americans left one by one.

Thomas Bradley Harris

Chinese Coolies were more unfortunate, they were told that they belonged to the company and would share the profits when they were made, which was none. Therefore, they were virtually unpaid workers. For that, they had cleared around ninety acres of land and planted rice, sugar cane and tobacco.

T.B. Harris & Torrey - in Hong Kong

Ellena settlement died fast. At a later stage Mosses attempt to charge J. Wheelright, Ellena's lieutenant governor, for treason against the American flag. But Mosses failed to arrest Wheelright because the Governor of Labuan refused to cooperate with him. Partly, this was due to Callaghan bad impression on Mosses as someone that “ ... I am told, express himself in a very swaggering and boastful manner”.

J. Wheelright, Captain

Although Ellena just a failed endeavor, it was a starting point for the similar attempts of western explorers in their quest to set up trading post in the northern part of Borneo island, such as by William Clarke Cowie. Even J. Wheelright, on his own was trying in vain to get Gaya island and the village of Gantisan, the opposite mainland.

Eventually, Torrey sold his rights in American Trading Company of Borneo to Baron Van Overbeck for $15, 000.

It was Baron Van Overbeck and Alfred Dent who were the most successful in 1881, via the British North Borneo Chartered Company that actually lied the permanent political boundary of the present day Sabah.


Source:

American Activity in North Borneo, 1865-1881 by K. G. Tregonning. The Pacific Historical Review, Vol. 23, No. 4. (Nov., 1954), pp. 357-372.

All pictures are taken from T.B. Harris collection, www.the-eastern-window.com.


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Kopi 'pokok angkat' kesayangan oang daat

Thursday, July 10, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Suap kopi dan gula ke dalam mulut, haa, lepas tu togok air sungai! Apa punya perut kadayan daa ...

AKU OANG DAAT – PART 16

Kopi II: 'Pokok angkat' kesayangan oang daat

Tanpa TV dan Radio pada zaman lampau, oang daat mempunyai sesi santai khas di malam hari. Ia dipanggil badudun1 dan bacaita2. Jika ngam caita, sesi berkenaan boleh menjengah titisan embun jantan yang pertama. Di sini, kopi adalah pelengkap sesi. Satikuan3 demi satikuan akan mendatang, berserta atau tanpa biskut dan makanan lain ~ kopi bujang bagi menjamin kesegaran berjaga dan mengelakkan mengantuk.

Entah apa yang diminum oleh oang daat sebelum kopi tiba ke pulau Borneo. Ini kerana pokok kopi bukan berasal dari sini. Ia diperkenalkan di Borneo Utara oleh Syarikat Borneo Utara British pada penghujung abad ke 194, kesemuanya merupakan spesis arabica5.

Sejak itu ia menjadi sebahagian dari kehidupan oang daat.

Di tempat kami, buah spesis arabica saiznya adalah sebesar ibu jari. Tetapi paling banyak didapati ialah spesis kopi yang buahnya bantut. Saiznya kecil, mungkin 1/3 dari saiz arabica biasa. Entah kenapa ia bantut, mungkin sejak ia menjadi pokok angkat oang daat.

Kami memetik kopi dari kebun di belakang rumah menggunakan takiding atau basung6. Biji-biji kopi yang telah matang berwarna merah saga yang ranum. Di dalamnya terdapat dua biji buah kopi keras yang rupanya seolah-olah terbelah dua. Buah ini berwarna kuning muda dan agak perang.

Untuk meleraikan biji kopi dari kulitnya, buah-buah kopi ditumbuk di dalam lesung kayu di halaman rumah. Ia ditumbuk bersama-sama dengan kelongsong pisang yang kering, jika tidak kerja-kerja menumbuk menjadi sukar dan buah kopi akan berselerak ke luar lesung.

Biji yang telah ditumbuk akan dijemur supaya buah dan biji terlerai sepenuhnya. Biji kering ini boleh disimpan beberapa lama, sehingga bertahun, jika disimpan di tempat kering.

Apabila tiba masa hendak digunakan, ia akan digoreng kering7 tanpa minyak dan campuran lain dalam kuali sehingga menjadi separuh hangus (hitam legam). Selepas itu ditumbuk juga di lesung batu sehingga lati (hancur), diayak halus dan disimpan. Pada peringkat ini ia siap untuk digunakan.

Kopi hampir-hampir menjadi kemestian semasa baamu8. Ia adalah part and parcel daripada bahata – bekal makanan dan minuman – yang dibawa. Mungkin kerana inilah timbul fungsinya sebagai pantan, ia merupakan bahan yang sentiasa ada di sekeliling apabila diperlukan oleh oang daat.

Mengenai pantan, saya rasa keistimewaan kopi ialah apabila bercampur dengan darah, ia akan membentuk karamel yang agak keras hampir serta merta. Ia bertindak menjadi kuiping tiruan dan membentuk lapisan plaster kepada luka. Lapisan ini boleh menghalang jangkitan yang mungkin berlaku akibat mata luka yang terdedah kepada persekitaran. Namun campuran ini mestilah pekat. Untuk itu kuantiti serbuk kopi akan dituyung (ditambah) ke atas luka sehingga ia menjadi pekat. Tentang fungsi kandungan caffeine dan bahan-bahan larut lain yang terdapat di dalam kopi, itu saya kurang arif tentangnya.

Kami oang daat menikmati kopi kerana ia adalah kopi – hanya campuran kopi bersama air panas dan gula. Kopi tidak dinikmati sebagai menjadi hidangan yang ditokok tambah menjadi latte, macchiato, espresso, mocha, cappuccino dan sebagainya. Kami juga tidak mengubahsuainya menjadi Nescafe atau Indo-cafe.

Kami meminum kopi 'O' tanpa susu, kopi talaa. Tidaklah talaa seratus peratus, kerana bancuhannya masih memerlukan air panas dan gula. Tetapi menurut pak cik saya, bapa beliau (argh, atuk sayalah tu) menikmati kopi cukup hanya berbekalkan kopi dan gula, bukan air kopi yang sudah dibancuh. Pagi-pagi di tempat kerja, cukup dengan beliau menyuapkan kopi dan gula ke dalam mulut, haa, lepas tu togok air sungai! Kalau ini bukan gaya kopi yang betul-betul kaw dan talaa, entah apa lagilah namanya.

Ke hutan, kopi. Ke sungai, kopi. Ke lautan, kopi. Ke paya, kopi.

Namun bagi kebiasaan ramai oang daat, penggunaan kopi biasanya merupakan air minuman yang telah sedia dibancuh, sama ada dimasukkan ke dalam termos atau sekadar botol yang bersesuaian.


Endnote:

1menziarahi, mengunjungi jiran, saudara mara, dan sahabat handai. Biasanya masa lapang pada waktu malam agak panjang tanpa aktiviti lain. Pada waktu siang semua orang sibuk bekerja. Ada juga kes di mana sekali sekala saudara jauh datang bertamu sehingga dua tiga hari. Dalam hal ini sesi badudun akan menjadi semakin meriah.

2Sesi bersembang, berborak, bercerita (bacaita) panjang sebagai pengisi masa senggang. Ia merupakan waktu santai. Isi cerita yang digemari ialah pengalaman si anu si anu dan nenek moyang, pengalaman menarik dan kegagahan indung-indung mereka, serta caita ilmu – ilmu batin, jampi serapah dan hal-hal keagamaan yang mendalam dan pelik-pelik, gerenti tidak dapat ditelaah dari buku-buku fekah yang ada didapati sekarang ini. Biasanya ia dibincangkan apabila malam semakin larut dan kanak-kanak telah tidur.

3teko, seteko.

4Tahun-tahun1880an telah menyaksikan perubahan besar di Borneo di bawah pentadbiran orang-orang British. Pentadbir-pentadbir British yang datang ke Borneo merupakan pengadu nasib dan penjelajah ... Tidak lama kemudian Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) mula menyokong penuh mengenai percubaan penanaman kopi, kelapa, tembakau, ramin dan koko dan ini telah menggalakkan pembangunan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Sumber: steam.dial.pipex.com, 2008. The North Borneo Railway Project. http://www.steam.dial.pipex.com/trains/borneo.htm. Dicapai pada 03 Julai, 2008.

Sejarah penanaman kopi di Sabah bermula dengan penghantaran William Pryer ke Northe Borneo pada tahun 1878 untuk membangunkan British North Borneo Company dengan merangka pelan-pelan pembangunan pertanian termasuklah langkah-langkah yang diperlukan untuk membina ladang-ladang kopi. Sumber: Ada Pryer & Susan Morgan, 2001. A Decade in Borneo by Ada Pryer , Susan Morgan , 2001. Continuum International publishing Group.

5Spesis asal kopi arabica (disebut sebagai əˈræbɪkə) berasal dari Habsyah (Ethiopia) dan Yemen. Ia dipercayai merupakan spesis kopi pertama yang ditanam, dan penanamannya di bahagian barat daya semenanjung Arab telahpun melebihi 1,000 tahun. http://en.wikipedia.org/coffee

6dihua, hua-hua, war-war, dikacau, digaul.

7bekas simpanan yang dianyam dan lebih rendah dari takiding. Biasanya untuk menyimpan padi semasa mengetam.

8Baamu – menyediakan ramuan-ramuan, alat kelengkapan, peralatan, kayu-kayan yang diperlukan untuk kehidupan oang daat. Bekerja, ber + ramu = baamu.


Comments


Kadayan mulanya - Sesi caita |2008-08-05 12:09:47
Biasanya caita ilmu tah itu, manyampak daie sambat ka sambat... andang kopi jadi teman setia mereka

3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."


Read full article ... /Baca artikel penuh ...

Serbuk kopi 'pamantan' luka oang daat

Friday, July 4, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Pantan ialah sejenis kebolehan menghentikan pengaliran darah. “Bla bla bla”, pooh kanan, pooh kiri, pegang tempat luka dan terus darah berhenti. Jika tidak pandai? Tabur saja dengan serbuk kopi kering!


AKU OANG DAAT – PART 15

Kopi I: Serbuk Kopi'pamantan' luka oang daat

Oang daat sangat akrab dengan kopi, tidak syak lagi kopi adalah “pokok angkat”1 kesayangan mereka. Kopi adalah minuman ruji. Ia juga merupakan satu-satunya first aid kit yang amat praktikal bagi oang daat. Kopi merupakan ubat cum minuman. Jika tiada apa-apa yang berlaku semasa bekerja, ia boleh dibuat minuman - idea 2-in-1 yang sudah lama dalam kepala manusia di dunia sini.

Katakan anda sedang bekerja dan tiba-tiba nasib malang menimpa – anda terkena tetakan parang, kapak, beliung; palis-palis, apa nak buat dah nasib. Lalu terbit luka panjang sebuku atau dua buku jari dan darah mula mengalir keluar tanpa henti. Di mana hendak mengadu di dalam hutan begitu.

Ahh, oang daat ada satu jenis jampi yang diperlukan ketika ini. Ia di panggil pamantan2, iaitu sejenis kebolehan untuk menghentikan darah daripada terus mengalir keluar. Biasanya ia adalah sejenis jampi. “Bla bla bla”, lalu tiup pooh kanan, pooh kiri, pegang tempat luka dan terus darah berhenti. Luka berkenaan kemudian dibalut dengan apa-apa kain yang dapat dicapai.

Tetapi bukan semua pandai memantan. Jangan anggap semua oang daat champin (pandai, champion). Dalam keadaan kritikal begitu, apa yang paling cepat ialah anda sendiri (pabila berseorangan; atau kawan anda, akan mencarik baju kerja atau paling kerap, kain pembungkus parang; DAN mengambil serbuk kopi kering!

Serbuk kopi ini akan ditabur di kawasan luka dan kemudian akan dibabat (balut, bebat) menggunakan kain. Perkakasan kerja yang bersepah akan dikemaskan selepas anda didukung ke tempat selamat. Itu bagaimanapun bergantung kepada seriusnya luka yang terbit. Jika tidak, memadai anda hanya berehat seketika dan menyambung kerja semula tidak lama kemudian.

Tetapi pendek kata, kopi merupakan pamantan yang berkesan.

Saya tidak tahu dari mana oang daat mengetahui hal sebegini, pengetahuan ini mungkin diperolehi kerana inferens dan eksperimen sendiri. Yang penting, hampir semua kami mengetahuinya.

Luka sikit, kopi. Luka sederhana besar, kopi. Luka yang agak-agak sampai 5 jahitan (stitches), kopi. Luka besar, sebelum di bawa ke daisa3, kopi. Luka yang amat besar?

Adeh... matilah, mana boleh cukup dengan kopi saja!

Endnote:

1Sebagai tukar ganti perkataan 'anak' angkat. Kopi bukan tumbuhan asal di Borneo. Sila ikuti artikel kopi yang akan datang untuk penerangan yang lebih lanjut.

2juga dipanggil pantan - memantan, mantan.
3pusat kesihatan setempat, diketuai oleh pembantu kesihatan sebagai officer-in-charge (dresser).


Comments


Aliesofie - Re. PEMANTAN LUKA |2008-07-04 02:13:00
Ada 2 jenis lagi PEMANTAN YANG PALING KUAT boleh memberantikan darah. Kalau kadayan di Brunei Darussalam biasanya mengunakan kunyit hidup ditutuk lumat dan ditampalkan arah luka. Dan petua kedua ialah pucuk simpur yang muda yang baru kan keluar dipapak dan ditampalkan arah luka dan peranannya sama jua iaitu memberantikan luka.

zmk |2008-07-04 19:50:00
baik kita pasarkan kopi ini,kasi kalah kopi jantan!idup kopi!

Kedayan Indon - Pantan |2008-08-20 21:34:22
Daun kuduk-kuduk pun baik jua tu kan pamantan luka,di papak jua tu dahulu bahau tah ditapal akan aah luka.

Aliesofie |2008-08-23 22:07:05
wah! Ada lagi pantan luka selain dari Serbuk kopi, kunyit dan pucuk simpur Muda. Kini kedayan Indon memperkenalkan kepakarannya mengunakan daun kuduk kuduk. Mun diBRUNEI DARUSSALAM bunga kuduk kuduk adalah ubat Pilat luka pulang tu. Wahai kaum ku kedayan yang lain apa apa pemandai atu share sharelah. .

Kedayan Indon - Ubat Pilat |2008-08-24 00:19:53
Macam-macam jamu banaa ubat owang kadayan ani..mun kami mulanya landie batang pakis,sama buyah nasi atu mangasi jua kan pangubati pilat..ada lagi banaa sabuting..mulanya mun bamasak batambak di umah pulang itu..atu tah buyah yang kaluaa dai kayu bamasak atu baik jua kan pangubati pilat..

Aliesofie - Re: BUYAH KAYU API |2008-08-24 11:40:11
Mun, buyah kayu api atu liau mun kami kedayan Negara Brunei Darussalam boleh jua ngubat untuk menangalkan BUTIR atau ARUNG. Dilapkan bilangkali aie memasak bila kayu api atu mengelua kan aing buyahnya. Diamalkan dan tanggal jua olehnya tu liau.

Kadayan Indon - buyah kayu |2008-09-01 23:12:38
auk tah banaa tu liau, ada jua ku tadangga tu pasal buyah kayu atu baik kan pangubati butie, ia tah kalabihan nya kita owang kadayan ani banyak pamandai, atu alum lagi pasal baca-bacaan, sagala baca paniup baindah, nganya yang baik-baik atu saja yang kita amal akan, yang jahat-jahat atu dausah taya itu pakah, njaihie dangan nganya itu, apa uja owang tuha-tuha mulanya, pamandai yang jahat-jahat ani hantap mudahnya mangasi, kaang yang jaih bukan nya dangan tapi bangsa diie jua.

Aliesofie - Hello... |2008-09-03 04:35:33
Lurus tu liau apa nyamu atu. Nada lagi salah apa kurapakmu atu. Yang banaa.

Kadayan Indon - Hehehe |2008-09-09 23:51:23
Atu tah jamu liau..luus-luus balingkuk..bah selamat bapuasa & selamat haie aya...


Read full article ... /Baca artikel penuh ...