Wednesday, October 29, 2008

Musim Hujan 1: Hujan, Lembab dan Sejuk

Written by kalajiau ingaa
Tuesday, 28 October 2008

Ahh, kalau suasana nyaman begini biarlah hujan sepanjang hari!


Sekarang ini tidak syak lagi merupakan musim hujan. Di kawasan perumahan tempat saya berkampung tinggal, sepanjang hari ini hujan memanjang. Itu belum dikira hari kelmarin. Atau hari- hari yang sebelumnya. Dah berhari-hari sukar hendak melihat sinar matahari siang.

hujan

Cuaca mendung sentiasa. Persekitaran menjadi basah, lembab, lecah dan tanah tanih menjadi becak. Suhu sekeliling pula menurun dan udara menjadi sejuk segar. Dalam cuaca begini tidur menjadi semakin nyaman. Selimut menjadi terlalu berat dikuak untuk bangkit mengerjakan solat Subuh.

Krriiiiiinnnggggg!!!....


"Bangun bang, solat"; sang isteri mengingatkan.

"Aarghh, sekejap lagilah"


Iyalah, sekejap. Sedar-sedar sudah pun pukul 8.30 pagi. Nasib baiklah hari ini merupakan hari cuti umum [Hari Deepavali]. Jika tidak, sudahnya gerenti terpaksa bohong sunat meminta MC, dek kerana 'terponteng' ke pejabat.


Dari dahulu sampai sekarang musim hujan adalah sinonim dengan udara yang segar, sejuk dan nyaman.


Dahlah bangun lewat, masih juga kubut-kubut [ke sana ke mari] berkain pelekat sahaja dengan penuh senggang hingga ke petang. Seterusnya, makan, makan dan makan. Selera bertambah menjadi besar berganda-ganda di musim hujan.


Melangkaui lewat pagi pukul 11 dan kemudian mengundang awal petang pukul 3, tetap juga berkain pelekat.


Lagi pula hendak ke mana lagi dalam becak begini. Jadi kain pelekat menjadi pakaian rasmi sambil bersila di ruang tamu dengan sebatang rokok yang berasap di tangan. Hendak menyedapkan cerita, ada pula secawan kopi panas. Asap nipis yang berkepul-kepul seiring dengan aroma kopi arabica yang cukup asli. Belum cukup lagi; tidak lama kemudian sang isteri berlenggang membawa sepiring penuh ubi kayu rebus lengkap dengan segenggam gula digaul dengan kelapa parut.


Aah, kalau begini biarlah hujan terus sepanjang hari...


Tetapi di dunia oang daat, sebenarnya hujan juga merupakan masalah kepada mereka.


Seingat saya musim hujan mengganggu rutin dan memperlahankan aktiviti penduduk kampung. Hujan yang berterusan sehingga dua tiga hari cukup menyakitkan. Ini adalah suatu masalah besar. Sukar mencari kayu api; dahan kayu semuanya basah. Jangan berangan hendak menjemur padi, silap-silap nanti buah padi yang bercambah menjadi semaian. Yang kerjanya ke laut pula, ini merupakan musim cuti yang panjang. Senang saja nak tahu keadaan cuaca.

Jengah ke laman, ayam pun telah tidak lagi menghiraukan titis-titis hujan yang turun – mereka mencari makan di tengah hujan!


Monday, October 27, 2008

Bugang, Tu'ak dan Punggok

Written by Kalajiau Ingaa

“Taabang tu'ak taabang bugang, tinggal pungguk sa oang-oang”

Simpulan bahasa di atas merupakan paambahan oang-oang tuha kadayan. Ia menerangkan tentang perasaan pilu dan sayu apabila ditinggalkan keseorangan dan hidup bersendirian.
Bagi orang orang tua, ianya merujuk kepada keadaan pasangan laki-bini yang tinggal mengharungi hidup terasing dari anak-anak. Sebabnya, mungkin anak-anak mereka telah pun mempunyai kehidupan sendiri. Mereka telah berumahtangga dan memiliki tempat tinggal di tempat lain.

Kesunyian dan kepiluan yang lebih parah berlaku jika pasangan mereka, sama ada si suami atau si isteri, telah menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu.

"Lantung-lantung, duduk-duduk malihat dinding, limpang-limpang malihat hatap"

Nasib baik di zaman serba canggih ini ada kemudahan telefon, internet dan TV. Jika tidak entah apa yang hendak dibuat oleh mereka. Tapi bagi orang tua yang separa-buta huruf, hatta internet mungkin tidak begitu berguna kepada mereka.

Anak-anak pula bukan semestinya kejam, walaupun ramai juga di kalangan anak-anak yang tidak begitu ambil peduli akan kemaslahatan ibu bapa mereka selain dari menghulurkan wang dan berziarah menjengah si tua uzur sekali sekala. Tidak perasan dengan ketidak perihatinan mereka terhadap ibubapa dek kesibukan mengurus kehidupan sendiri yang serba mencabar, mungkin.

Lagi pula, mengurus perasan ibubapa juga bukan satu perkara yang mudah. Mahu dibawa tinggal bersama-sama, ibubapa mereka sendiri tidak mahu. Mereka selesa dan merasa bebas untuk hidup dan mati di rumah sendiri.

Masalahnya "membiarkan" ibu atau bapa atau keduanya bersendirian di kampung sebenarnya juga merupakan satu penyiksaan yang tersendiri. Sakit pening mereka terpaksa bergantung harap kepada jiran tetangga. Menyentuh tentang jiran tetangga, terpulanglah pula kepada jiran tetangga yang bagai mana. Jika mereka tergolong sebagai prihatin itu sudah cukup untuk menenangkan fikiran. Tetapi bagaimana jika jiran tetangga itu jenis yang tidak ambil pusing, “kau kau, aku aku?” Tambah pula lagi satu masalah. Lagipun manalah sama layanan jiran tetangga berbanding dengan anak sendiri.

Rumah orang tua-tua kan ada, kata seorang kawan. Buat apa nak sentimental, nanti kita sendiri kalau dah tua esok pun kenalah mempersiapkan fikiran untuk menghadapi kehidupan yang pilu di hujung usia. Menarik juga bunyinya, tetapi bagi orang Kadayan, perkara ini masih jauh dari kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat, bukan maksudnya tidak berani.


Lagi pula, teringat satu kisah di zaman dahulu. Seorang lelaki telah menghantar bapa beliau yang telah tua dan uzur ke sebuah gua untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Si atuk yang tua dengan segala rintihan pilu memohon supaya lelaki itu – anaknya tidak menghantarnya ke gua berkenaan. Mohonlah, supaya dia dapat terus berteduh dan tumpang bahagia di rumah anaknya itu. Tetapi rintihan berkenaan tidak diendahkan, lalu didukunglah bapanya, sehingga ke gua berkenaan dan tiada lagi khabar berita mengenainya. Mati sudah tentu.

Masa berlalu dan giliran lelaki berkenaan pula yang menjadi tua. Lalu suatu hari, anaknya pula yang hendak mendukungnya ke gua untuk maksud yang sama. Lalu lelaki itu melakukan perkara yang sama, merayu, merintih dan memohon supaya dia tidak di hantar ke gua.

Kata anaknya, “sewaktu kecil dulu, saya tengok abah melakukan perkara yang sama kepada atuk, jadi saya hanya mencontohi apa yang pernah saya lihat sebelum ini”.

Mungkin berbunyi agak sentimental, tetapi itu belum lagi masuk kisah si Tanggang, Malim Kundang dan lain-lainnya. Kesimpulannya, semampu mungkin kita harus berusaha untuk mempastikan kebajikan dan perasaan ibu bapa terjaga, bukan setakat menghulurkan wang ringgit semata-mata demi mengelakkan orang tua menjadi “pungguk” yang bersendirian

 
Comments
   
   

Aliesofie - Re. Burung Tu'ak dan Bugang
   
|2008-10-28 20:01:43

Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani. Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang. Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar) lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya. .


Mohd - Burung Bugang
   
|2008-11-01 11:51:09

Salam, banar 2. Even sampai haie ani mun d kg Limbang pun masi g ada kepecayaan mcm a2. Mun kami d kg. sibuk tah tangah ngunjar badil n marcun kan d latupkan aaah burung bugang bebunyi. D Seria pun mun mama tedangar ada bunyi a2, ingau tah mama merista sapa g sakit d kampung. Apa pun a2 hanyalah kepercayaan orang daulu2.


ALIESOFIE - KATA BUGANG

|2008-11-03 21:54:31

Selain badil KATA BUGANG jua diamalkan oleh puak kedayan dahulu dengan membaca beberapa patah perkataan sahaja boleh membunuh burung Bugang dengan mematahkan bilah kayu dan hantak kaki kebumi lalu bugang itu pun mati jatuh. Mun sikarang ani ada kah inda lagi puak kitani mengamalkan ilmu kata Bugang ani. Siapa pandai atu ajar ajar eh!


jelan
   
|2008-12-10 14:31:43

Kata bugang atu ada pulang kakal yang pandai tu. aku ni uwang Limbang pulang tapi yang tahuku k.kg ada kg dBaunai atu tahu kata bugang atu nih. Mun besia setahuku alum ada nih.

Yang bunyi buung bugang atu,uwang tuha mulanya nganya yang pecaya tu eh..aie alum islam kuat banaa nih tu. Tahulah uwang tuha2 kadayang ani beiimu jamu.


Srumpun Kitani !!! - BUGANG dan TO'AK.....
   
|2008-11-25 00:12:43

BUGANG ni sama jua Rupanya dengan TO'AK tu. Cuma bulunya nganya yang ada lain sedikit. Mungkin BUGANG ni Laki pakah bah dan TO'AK ani Bini pakah jamu.Kalau Pengunjung Saudar2 dari Brunei melawat tah kmu jua di www.beritaborneo.blogsopt.com eh. Nulis tah kamu Artikal disana atu jua. Sumbang2 lah Berita dari Brunei....TQ


Aliesofie - KEDAYAN TAK HILANG DICYBER
   
|2008-11-28 01:37:44

Ada ku melawat nanti ke blog nyamu atu. Taima kasih ah membaitahu atu. Berpukong pukong (berpakat pakat) tah kitani dicyber menyatukan kaum kedayan semula di Merata Dunia. Salute to pengasas blog ani. Semoga tahun baru ani Kedayan Universe mempunyai caita caita kaum kedayan yang lebih banyak.


jelan
 
|2008-12-10 14:25:52

bisai jua ada laman web yang anak kadayan buat ani ah.. Dayi kadayan untuk kadayan.

Saturday, October 25, 2008

Wajah Lampau Gasing Kadayan 2

Written by Kalajiau Ingaa

Gasing adalah permainan mistik

Sebenarnya gasing tradisi kadayan mempunyai wajah lain, selain dari yang selalu anda dengari. Permainan ini adalah sinonim dengan mistik.

Saya sendiri tidak pernah melihat bapa main gasing.

Kemaskini [teks] 03 Nov 2008

Tetapi menurut cerita ibu, bapa merupakan “die hard” gasing suatu ketika dulu. Hari-hari bergasing. Agaknya gasing sangatlah mengasyikkan, seperti asyiknya kita dengan internet sekarang ini.

Setiap kali sebelum berlawan pada keesokan harinya gasing-gasing beliau akan melalui upacara khas. Gasing-gasing akan dimandikan, ditangas dan disimpan di dalam bayung [bakul mengkuang] khas di suatu sunduk [sudut] rumah. Ibu sering dipesan jangan diendahkan jika ada apa-apa bunyi ganjil yang datang dari bayung berkenaan pada malam hari. Masalahnya Ibu saya adalah dari jenis “awu awu babawu” [ya memanjang tapi tak pula semestinya patuh].

"Ya", bilang ibu seperti biasa. Tetapi rasa ingin tahu nampaknya lebih tinggi berbanding dengan arahan yang perlu dipatuhi. Suatu malam, ibu terbangun dan mendengar bunyi kuisik-kuisik datang dari bayung berkenaan. Lalu antara takut takut berani dengan lampung minyak gas ibu menyuluhinya.

Percaya atau tidak, ibu menjadi terkejut beruk apabila mendapati gasing di dalam bayung madam [berpusing] dengan sendirinya. Peristiwa ini berlaku di pertengahan tahun 1950an.

Begitulah tinggi minatnya bapa bergasing sehingga nini laki (atuk) naik bengang melihatnya. Beliau lalu memberi tips cepu emas kepada ibu. “Tatak tali gasingnya, tauh gasing dalam pinggan bai batalam hidangkan aah lakimu atu” [Tetak tali gasingnya, simpan gasing dalam pinggan dan hidangkan pada suamimu].

Entah ibu benar-benar mengikutinya atau tidak, lupa pula saya nak tanya.

Nantilah saya tanyakan!

Comments


Mohd - gasing |2008-11-01 11:22:29
Salam, baru ku tau 2 mun gasing ada jua betangas. Mulah nini biani membuat gasing jua tapi nda pernah ku tedangar smpai betangas. Grenti hantap die hard fan bapa kita 2 dlm membuat n bemain gasing

adul
|2009-02-14 12:38:01
oang kadayan jua he...he...he...

PERMAINAN WARISAN !!!
- PERMAINAN WARISAN !!!
|2008-11-25 00:54:41
Pada bulan Febuari awal Tahun 2ooo, Saya telah dilantik Menjadi Pengurus Gasing Negeri Sabah dan juga dilantik menjadi Pengurus meminta Derma untuk Rombongan membawa Pemain2 Gasing Negeri Sabah ke Semenajung Malaysia.Pertandingan itu adalah Pertandingan Gasing Malaysia dan Pasukan yang memenangi akan menjadi Wakil ke "JEMPUTAN ASEAN 2000" yang sama juga di Lokasinya d Selangor DE.Saya ingin sekali membenarkan ataupun Mengiyakan Cerita Penulis Blog ini berkenaan dengan CERITA GASING BerTANGAS atau berMANDIkan tu.Apa yang menarik hati di buntakkan (dipendekan) cerita, Pasukan Negeri Sabah memasuki perlawanan Seperuh Akhir berjumpa Negeri Sarawak. Edeh 2 orang pemain Gasing Negeri Sabah Sakit Hangat badingin mengelatar tanpa Sebab yang nyata, Nasib baik Pasukan Kami tu ada juga 2 orang Pemain Senior yang ada Kuluman @ Pengetahuan Ilmu Kadayan sedikit dalam masa itu ke 2 2 pemain tu dimandikan (Kami minta Limut dulu). ke 2 2 pemain tu terus baik macam ngambili tahi mata nganya baik sudah dari Demam nya. Semasa Limut tu Pahang d Jumpakan dengan Selangor.Selangor ni adalah Pesukan Kegemaran Wilayah Persekutuan yang menjadi Pengadil dlm Pertandingan itu.Pemain dari Negeri Sarawak tu bukan Calang2 pemain juga ada juga Tiup2 yang Bikin Demam Panas tu.Dalam keputusan tu Sabah dan Selangor yang berjumnpa di "FINAL". Nah sebelum Wilayah Persekutuan d Ujudkan dia adalah d bawah Negeri Selangor. Nah disini lagi Wilayah Jadi Pengadil pertandingan. Mereka menjadi Pengadil NO. 1 Pemboyok.Gasing Pasukan Negeri Sabah 4 biji masih Laga Uri dengan nyawa2 ikan Gasing Negeri Selangor Masih "Banaung" lagi derasnya 3 biji.Ketua Pasukan Saya pada masa itu Usianya dalam 53 Tahun lebih kurang memangil saya dengan bebisik.Beliau tu kata (Tak Usah d namakan laa)Kau BENAR2 MAU MENANGkah? Saya bilang mau ehh... Dan saya Mencabar dia dengan cara bersahaja "BAH...KALUAA AKAN TIA ILMU KADAYAN mu tu Ngah..Masa ni lah ko MENCUBAA akan" saya Cakap g2 pada dia. Ko tau apa yang TERJADI??? Ke 3 3 biji gasing Negeri Selangor tu TERHENTI "SUDDEN DEATH" terlentok mati sedangkan Deras pusingannya tadi satu macam.. Ko Picaya tu...!!! Nah apa macam saya tdk Percaya sedangkan masa tu saya Pengurus Gasing Negeri Sabah yg berada ditempat Gelangang.Seolah olah Peristiwa tu masih lagi terasa didapan mata dan Kepala saya eh....Mangasi jamu Kakal Ilmu Kadayan d Tahun 2000 tu.

Anak sabah
|2009-02-18 16:09:31
wah..menarik jua cerita gasing nee..tidak rugi aku membaca artikel pasal gasing ni..klu ada lagi cerita lain2 mau juga aku tahu..

Friday, October 24, 2008

Expedisi Daly ke Sungai Padas 2, 1883

Written by KaaWai ^TaNaH^

Naluyan kampong Murut, Daly sebenarnya ke mana?

(Terjemahan oleh Arimi Sidek)

Daly meneruskan penjelajahannya ke bahagian sungai Padas, sungai kedua terpanjang di negeri Sabah dan bersambung dengan sungai Mengalong iaitu kawasan orang-orang kadayan.

“Kami sekarang menuju ke lembah, dan di aras 2310 kaki telah tiba ke kawasan tebing yang dipanggil Sumpongho (Jimpangah?), di sana terdapat dua teduhan atau rumah tumpangan untuk para musafir....”

Catatan Daly menjadi semakin menarik!

“Sebelah tengahari kami hilir lagi ke kawasan lembah subur dan indah di sungai Pegalan, cabang terbesar sungai Padas. Sungai Pegalan ini mudik menghala banjaran gunung Kinabalu. Kami telah melintasi kawasan lalang yang luas, i.e tumbuhan rumput yang tumbuh selepas hilang kesuburan kerana ditanami padi berulang kali; namun tanah tanih [di kawasan berkenaan] nampaknya lembab dan paling produktif; nampaknya hanya direhatkan. Naloyan; berhampiran dengan sungai Pagalan, pada altitud 610 kaki, merupakan kampung pertama kami jejaki, dan ketua Murut Zalimbuh menyediakan rumahnya yang besar untuk kami. Ini merupakan kediaman yang besar, 50 kaki persegi, sangat besih, tiada babi [dipelihara] dibawahnya, walaupun banyak babi-babi di kawasan kejiranan.”

Aneh, ataupun pengetahuan am saya agak ketinggalan. Satu-satunya Naloyan [Naluyan] yang saya ketahui sehingga kini adalah sebuah kampung orang-orang Kadayan yang beragama islam sebelum sampai ke pekan kecil Mesapol di daerah Sipitang.

Tidak syak lagi Zalimboh merupakan orang Murut, mungkin dari suku Tinangol atau Tagol.

Ini kerana di rumahnya "ada lima puluh dua kepala manusia dan serpihan tulang temulang manusia bergantungan di atas tiang tiang atap; beberapa daripada kulit muka [tengkorak] berkenaan telah diawet dengan begitu baik dengan proses pengecutan sehingga raut expresi mereka masih boleh dikenal pasti.”

Daly sebenarnya pergi ke mana ni?

Sumber:

Explorations in British North Borneo, 1883-87. D. D. Daly. Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Record of Geography, New Monthly Series, Vol. 10, No. 1. (Jan., 1888), pp. 1-24


Comments

A.S. Kasah - Naluyan kampung Murut? |2008-10-23 13:18:11
Berdasarkan kepada keterangan di atas, pada hemat saya berada di Tenom atau Keningau dan bukannya di Daerah Sipitang. Perkampungan Naloyan (Naluyan) yang dimaksudkan ialah sebuah perkampungan di Tenom dimana sebatang sungai yang bergelar Sg Naluyan masih ada hingga sekarang.

Jika anda memandu dari Keningau ke Tenom, anda akan bertemu dengan sebatang sungai yang di gelar Sg Naluyan. Ini jelas dimana pihak berkuasa telah mendirikan papan tanda menunjukkan nama sungai berkenaan.

Jadinya Naloyan yang dimaksudkan oleh Daly itu pada hemat saya adalah sebuah perkampungan di Daerah Tenom bukannya Kg Naluyan di Mesapol (kampung penulis komen).

Pangait |2008-10-23 22:00:23
Teruskan pengembaraan ini... moyang saya dari Jempangah

Tuesday, October 21, 2008

Wajah Lampau Gasing Kadayan 1

Written by Kalajiau Ingaa
Monday, 20 October 2008

Dilema Gasing!

Mangais dan impas. Eh betulkah impas? Kayu yang warnanya putih kuning atu bah… kayu yang paling biasa dibuat menjadi gasing tu. Tapi agaknya memang itulah kayunya. Kedua jenis kayu ini merupakan bahan utama membuat gasing. Mangais (mengaris) pula berwarna maroon dan sungguh elegan jika dikilatkan, kami malah mengilapkannya dengan pengilap kasut (kiwi) untuk menambahkan serinya.


Tetapi tiada saiz yang standard untuk gasing kami. Saiznya tidak tentu, tapi yang agak-agak standard ialah garispusatnya lebih kurang sejengkal.

Namun ini sebenarnya mendatangkan masalah juga. Sejengkal oang anggau tidak sama dengan jengkal orang buntak. Hasilnya permainan gasing kami datang dengan gasing yang saiznya berbagai-bagai. Ada yang besar, ada pula yang kecil. Dalam hal ini kegembiraan lebih penting dari saiz gasing. Tetapi selalunya pemilik gasing bersaiz besarlah yang lebih gembira berbanding dengan pemain yang gasingnya bersaiz kecil.

Tali gasing diperbuat dari sejenis kulit kayu yang dinamakan “timbaan” (dusun - timbaron; selain tali mereka menjadikannya ‘vest’ dan topi).

Dalam kebanyakan masa, permainan gasing (dipanggil ‘bagasing’ ber + gasing) dimainkan di halaman rumah bersama kawan-kawan dan sepupu. Saya kebetulannya seorang yang kidal, jadi tali gasing saya ada sedikit istimewa. Orang lain tidak akan meminjamnya kerana lilitan / gulungan tali berkenaan dibuat secara terbalik berbanding dengan tali orang lain. Tetapi tidaklah istimewa sangat kerana saya pun sebenarnya tidak boleh menggunakan tali mereka.

Lagipun setakat tali gasing yang istimewa takkan ke mana. “Biluluknya pun inda ada (sedikit pun tidak berbakat – putiknya pun tiada)” kutuk bapa semasa melihat saya bermain.

Betullah agaknya tu. Menurut cerita bapa merupakan pemain gasing terkemuka semasa mudanya.

Comments

Joe Gasis - Gasing dan Permainan Gasing |2008-10-20 10:17:31
Saya amat tertarik dengan tulisan mengenai gasing ini. Saya berasal dari Pendalaman Keningau dan tulisan ini mengingatkan saya ke zaman kanak-kanak saya dulu di Keningau.

Keseronokan main gasing ini memang unik, kerana seperti ysang di ceritakan dalam tulisan ini, peralatan mainan semua dibuat sendiri, custom made! Saiz bergantung kepada sais jari pemain, kalau sais genggaman besar boleh lah main gasing ysng sais besar, dan sebaliknya.
Tali gasing juga unik, tradisionalnya dibuat dari kulit kayu, namanya saya tak ingat tapi macam sama dengan yang disebut dalam tulisan ini. Kalau ketiadaan kulit kayu kami guna kain sarung batik mak yang sudah lusuh di koyakan dan dipintal menjadi tali yang kukuh. Saya masa itu tak pandai pintal tali lagi, jadi harap kepada bang-abang yang sudah besar dan pahanya berbulu, yang ternyata tidak baik untuk memintal tali diatas kulit paha yang berbulu!

Kami main gasing ada caranya; saringan awal main tarik tali dulu -dua orang dengan gaing yang siap akan di tarik bertentangan dengan tali gasing di silang kemudian di tarik sekuatnya, gasing akan terlepas dan akan berputar diatas permukaan gelanggang. Gasing yang berhenti berputar dulu akan dikira kalah dan sterusngnya dengan pasangan pemain-pemain yang lain. Akhirnya ada dua team, kalah dan yang menang. Seterusnya main Pangkah. Saya kurang ingat detail mainan ini, tapi disini lah pemilihan Raja ( maksudnya jaguh) Raja Muda - jaguh nombor dua dan yang terakhir - Kuncit! Si Kuncit ini asik kena belasah saja senhingga kalu ada diantara pembelasah itu miss, dia akan naik satu tingkat. Kalau draw, kena tarik tali untuk tentukan pemenang.

Begitulah seterusnys, kami main dari pagi hingga petang masa hujung minggu. Bapa saya kadang-kadang marahkan kami, kerana katanya 'tengok badan kau suda kurus asyik menbanting gasing saja!".

Gasing kami ada taji- paku yang dilantak di muncung bawah, ada juga dipasang di tepi ( bahaya kepada pemain sendiri -tidak di galakkan). ada juga taji dikepala, ini penting untuk lukakan lawan!

Nah begitulah asyiknya kami main gasing, memang seronok. Sekarang saya sudah seumur negara Malaysia, saya tidak nampak kanak-kanak main gasing. Kalau mau dibanding-banding main gasing ini macam hebatnya perlumbaan Formula One, kita bebas mencari cara mengalahkan lawan. Pasang taji, guna tali yang kuat (tali bekas karung beras cina yang lebih tahan), macam-macsam bole buat!!

Kalau ada konvnesyen gasing ini saya memang join untuk menghidupkan kembali keseronokan permainan tradisional gasing ala Sabah. Terima kasih kerana sudi membaca komen ini dan kepada tuan yang menulis cerita pasal gasing ini.

Kadayan Journal |2008-10-20 10:51:54
Saya setuju atas cadangan-kalau boleh di panggil Konvensyen Gasing Borneo. Ketara perbidaannya degan Gasing National Malaysia! Sabah tidak mempunyi Persatuan Gasing yang boleh melibat kan ramai pengemar. Yang ada ialah Persatuan Gasing Sipitng yang bermasaalah, dan mengakui wakil Sabah.

Semasa kecil saya permainan gasing ada golf sekarang(tidak main golf lagi la)- yang secara kebetulan arwah bapa saya pembuat dan ketua kumpulan pemain gasing di kg saya.

Gasing yang kita nampak sekarang banyak terpengaruh dengan gasing dari semanjung. Tidak ada salahnya!

Saya melihat gasing yang saya guna dizaman saya contohnya seolah-olah taylor made. Dalam kumpulan kanak2 ketika itu saya akan jadi boss gasing-uniknya bapa saya tidak pernah buat gasing untuk saya. Gasing yang saya guna biasaya dibuat oleh Beliau Pandin-sekarang berada di Labuan raja gasing ketika itu di Sipitang atau saudara Ghani juga pemain yang hebat-mereka ini mentor saya. Yang hebat2 lain tu berumur tua draipada mereka, jadi saya merupakan layer ke tiga yang muda.

Kalau ramai yang berminat ada baiknya duduk cerita2 dan hasil sesuatu. Mungkin Site ini boleh jadi penghubung.

Friday, October 17, 2008

Expedisi Daly ke Sungai Padas 1, 1883

Written by KaaWai ^TaNaH^
Thursday, 16 October 2008

Kampung Gadong, Bakalau, Lupak di Beaufort, Sabah telah wujud lebih dari satu abad.

(Terjemahan oleh Arimi Sidek)

Berikut merupakan beberapa catatan oleh penjelajah British ke kawasan yang berdekatan dengan petempatan orang-orang kadayan di Borneo pada penghujung abad ke 19.

Kampung-kampung yang beliau catatkan masih wujud sehingga ke hari ini. Petempatan-petempatan berkenaan (kecuali Morak – saya kurang pasti. Harap tuan-tuan yang mengetahui akan menjelaskan kedudukan sebenar) dengan ini telah pun wujud lebih dari seratus tahun lampau.

Menurut beliau

"Ekspedisi tinjauan saya yang seterusnya akan menggambarkan Sungai Padas dan cabang-cabangnya di pantai barat.

Bahagian hilir sungai Padai adalah merupakan sebuah delta yang luas menghampar di pantai barat bertentangan dengan Koloni British Labuan; dan sungai Padai merupakan sistem perairan utama di Wilayah Dent, [daerah] yang terbaru dan pengambilalihan yang paling bernilai dan dinamakan sempena Mr. Alfred Dent, pengasas Syarikat Borneo British. Bahagian yang paling hampir dengan kawasan pesisir pantai sejauh 15 batu adalah diliputi oleh paya bakau dan berselang seli dengan beberapa terusan air masin.

50 batu ke dalam, sungai Padas melalui kawasan paya ladang sagu dan sawah padi yang luas dan kadang kala berselang dengan hutan rimba. Penduduk di kawasan pamah ini kebanyakannya adalah dari suku Bisaya, bercampur dengan orang Berunai, Melayu dan orang-orang Dusun. Petempatan-petempatan utama yang dilalui adalah Gadong, Lupak, Limbawang, Berkalow dan Morak, di mana penanaman sagu adalah yang paling lumrah”.

Sumber:

Explorations in British North Borneo, 1883-87. D. D. Daly. Proceedings of the Royal Geographical Society and Monthly Record of Geography, New Monthly Series, Vol. 10, No. 1. (Jan., 1888), pp. 1-24.

Comments

rizan - banar 2eh |2008-10-22 14:44:02
au eh banar 2

Saturday, October 11, 2008

Apalah Umno Sipitang ni ...

Written by Dusun-Non-Grata

Ada ka diorang sukung kasi calun satu purumpuan gumuk jadi ketua. Apa macam maw lawat kampung kalau cuma duduk dalam land cruiser.

Mo jalan pun susah.

Main mercun masa raya bulih lah.

Ini purumpuan mana paduli hal rakyat, dia mana paduli warganegara Malaysia tiba-tiba jadi bukan warga negara...

Sipitang calonkan Rosnah, Dr. Wan Norashikin SIPITANG 10 Okt (Utusan) – Persidangan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mencalonkan Naib Ketua Puteri, Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan Mac depan. Bahagian itu juga memilih Ketua Puteri Perak, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin sebagai calon Naib Ketua. Empat Puteri bahagian di Sabah bersidang hari ini, iaitu Kudat, Keningau, Sipitang dan Silam (Lahad Datu).

Apa macam ini satu Puteri Perak boleh kana calonkan oleh orang Sipitang? salalu pigi Sipitangkah dr?


Comments

Badaksumbu |2008-10-11 11:36:18
Ini sistam, memang tidak mamuaskanla! kou orang kana cium tangan orang malaya bila2 kalau mau naik pangkat,kurang2 pun bali ikn masin untuk ole-ole-cuba pikir ...

Saiful Bahari |2008-10-11 14:29:24
Sia pun satuju juga pasal cakap itu Dusun-Non-Grata. Bukan kita mau kutuk orang punya badan, pasal saya pun gumuk juaga. Tapi ada logiknya itu cakap. Mangikut pangalam sia, kalau badan gumuk susah butul mau jalan. Labih-labih lagi kalau mau malawat itu kampumg-tampung yang siada jaraya. Sia kasi cadang itu YB Rosmah pigi slimming centre, kasi kurang itu barat badan. Barat yang susuai saya rasa dalam 65kg. Dia duit banyak, bole bah pigi slimming centre. Macam sia ini susa sikit, duit siada.

Aku ba ani - Orang Kapung |2009-01-29 00:11:00
Butul ba sakap kamurang tu. Kan diPapar atu ada Spa, bulih ta si Rosnah ambi slimming course. Tapi mun ia betian paya ta pulang. Kaguguran karang...

jUNAIDI - Bejuta bintang bulan jua dipuja orang |2009-02-21 23:04:11
Apa salah kalau anak sabah mau tanding diatas..... baik banar tah tu ... tak baik andaikan orang malaya macam - macam kita kan satau negara satu bangsa .... nilah kita barau aja orang kita nak maju sudah bejuntaian perasaan .............dang

Atun |2009-03-05 09:29:06
Apalah kamurang nih..sia pernah jumpa bah naib ketua puteri, Rosnah ni masa di centre point..mana lah gemuk betul bah..jalan pun cergas juga..kalah lagi sia ni biarpun badan sia ketegori 'sedang ' jak..Pasal suruh dia pi slimming centre tu pun satu hal jua..apa lah korang susah2 mau fikir..bukan kerja kamu bah tue..baik lagi kamu fikir cara2 mau cari duitkah..mcm mana cara mau kasi maju bisnes kah..ada faedah lagi..!! benar kah!!

bencimulutsundal |2009-03-28 11:38:44
Ini penyokong PKR ba ni kan...menghina org saja kerja...ada tengok cermin ka? lawa betul ka kau itu? Pernah ko nampak dia masuk kampung kepayahan bejalan?

Sundal juga tu mulut...yg penting keupayaan jadi pemimpin bah...dia sekolah tinggi..ko tu sampai PMR ja brgkali...itu pun nda pass..hahaha tau mengutuk org saja...sembahyang la ingat tuhan...

Tuan Cobra - KETUA PUTRI DILANTIK PEM. MENTERI KESIHATAN. |2009-04-10 23:56:29
Tahniah Buat YB.Datuk Rosnah yang Gemuk gadimpul ni serta Pemarah orangnya. Dulu pernah 1 malam saya ke Beverly Hotel saya Parking dibelakang Keretanya, saya belum turun dari dalam kereta lagi dia sudah Tariak kuat2 macam orang gila, Masa tu saya belum kenal lagi siapa Perampuan Gemuk ni rupa2nya dia C Rosnah Putri UMNO ni, Kuat jua eh Hariknya, mberi watir eh jua...Macam orang Kerasukan ya narais dari dalam Keretanya. Keretanya masa atu kalau inda silap ku KIA SPORTAGE. Kalaulah aku Bini2 dan Putri sewaktu perwakilan kelamari atu pasti sudah ya kalah oleh ku. Nasib jua aku pun bukan nya Ahli UMNO eh.