Friday, February 26, 2010

Politik Facebook

Written by Arimi Sidek

Ya, politik facebook. Yang saya maksudkan ialah "facebook's politics" bukannya "politics on facebook".

kalaulah kejadian bercakap sorang-sorang jadi ukuran masalah mental seseorang, agaknya Facebook merupakan tempat pesakit mental paling ramai

Facebook dengan nilai semasanya USD15 billion tidak syak lagi adalah laman web 2.0 yang paling berjaya setakat ini, jauh melangkaui kejayaan Myspace. Friendster yang berpengkalan di Filipina nampaknya telah masuk ke fasa senja. Apabila perkembangannya semakin perlahan, tahun lepas sebuah syarikat dari Malaysia pula mengambil keputusan untuk mengambilalih. Samaada tindakan pengambilalihan berkenaan berbaloi atau tidak hanya masa yang menentukan, kerana tren keahlian Friendster adalah steady decreasing, bukannya steady increasing.



Mengikut ranking Alexa.Us, Facebook sekarang membuntuti Google sebagai laman paling popular di dunia.

Kenapa dan apa web 2.0?

Ia adalah kaedah HyperText Transfer Protocol (http) dengan ciri laman web yang semakin meluas dan sudah pun menggabungkan forum, guest book, shout box, chat dan email sekaligus dan boleh dikembangkan (expandable). Jadi, ciri utamanya ialah Interaktif dan Networking.

Twitter menjadi emerging web, dengan ciri yang ringkas dan mudah tanpa mak nenek fungsi yang dikomersialkan. Kabarnya juga gergasi no.1 internet Google dan Facebook sudah berura-ura untuk mengambilalih Twitter, tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda sahih ke arah itu.

Saya berjinak-jinak ke web 2.0 melalui Friendster dan Twitter. Tetapi Facebook adalah baru bagi saya, sejak bulan ogos 2009. Kawan-kawan punya kerja dan dalam masa yang sama saya juga tidak mahu jadi dinasour. Ehem, dinasour. Satu zaman lampau, merupakan raja di seluruh pelusuk dunia. Zaman berubah, lambat berevolusi, akhirnya hanya spesis buaya yang tinggal menjadi pewaris ke hari ini.

Jadi begitulah saya ke Facebook, untuk belajar. Supaya kemahiran internet yang tidak seberapa ini tidak pupus.

Ada tiga jenis keahlian asas di Facebook. Bermula dengan mendaftar sebagai individu. Dari sana akan terdapat pilihan baru, untuk membuka laman komuniti (group) atau pun laman peminat (fan). Perkembangan dunia Facebook anda akan berpacu ke mana-mana.

Politik Facebook ~
jangan terpedaya dengan bilangan pengikut yang beribu-ribu

Berbalik ke cerita asal politik Facebook. Ini yang didapati sejak bulan Ogos, 2009, merupakan perkara-perkara yang saya ertikan dengan politik Facebook.

Pertama, jika ingin serius berblog, menulis dan menyebar idea serius, anda tidak harus meninggalkan laman blog yang telah dibina bertahun-tahun. Facebook lebih sesuai untuk meninggalkan jejak ~leaving your footprints~ mengenai apa yang telah ditulis. Maksudnya selepas menulis di blog, sebarkan ringkasan ide berkenaan di Facebook - promote, promosi di sana.

Kedua, Facebook menternak sikap "masuk bakul angkat sendiri" ke aras paling anggun dengan beberapa cirinya. Ramai kawan, ramai ahli komuniti, ramai peminat dan anda merasa hebat. Kehebatan diukur dengan lajunya dinding (wall) anda bergerak. Anda menulis sesuatu. Ahli menulis sesuatu. Peminat menulis sesuatu. Anda membalas. Ahli membalas. Peminat membalas. Ramai ahli bercerita, ramai peminat membalas, ramai kawan anda. Anda rasa HEBAT sangat.

Ketiga, politik Facebook adalah demokratik pada permulaannya. Tetapi akhirnya semua orang cenderung untuk menjadi diktator. Ibaratkan Facebook adalah sebuah negeri. Anda bermula dengan mencipta negeri sendiri sesuka hati di mana-mana. Selepas itu akan mula memujuk rayu orang di sekitar untuk menjadi rakyat. Hampir semuanya berakhir dengan pemerintahan yang ganas sebagai mana layaknya pemerintahan sebagai seorang diktator. Senang untuk mendaftar di Facebook, paling lambat dalam 15 minit urusan pendaftaran selesai. Masa yang diperlukan untuk membuat laman komuniti (group) dan laman peminat (page) pula kurang dari itu. Selepas itu bolehlah memujuk rayu di mana-mana untuk menambah ahli. Bila sudah ramai, apalagi, tunjuklah temberang.

Gunakan kumpulan yang berbilangan ramai itu untuk meneruskan misi tersembunyi - Anda jadi pemimpin.
Lantik ahli-ahli yang disukai jadi "Officer" - Anda jadi perdana menteri.
Hanya orang yang mengkeluarkan pendapat sehaluan yang anda benarkan - Anda jadi Hakim.
Ban / block sesiapa yang tidak disukai - Anda jadi polis.

Keempat, Apabila melihat seseorang, atau kumpulan, atau laman peminat jangan terpedaya dengan bilangan beribu-ribu kawan, atau ahli, atau peminat yang ada di sana. Boleh jadi juga ia berkembang dan mendapat bilangan beribu-ribu orang secara semulajadi. Akan tetapi yang paling biasa ialah hanyalah bertujuan untuk angkat bakul sendiri. Pakat kawan-kawan suruh kempen seorang sedikit dan berkempen di Facebook amatlah senang. Hanya tekan "Invite People to Join" dah pun siap kerja. Kemudian jika kawan anda sendiri (friends) ada 100 orang, cukuplah 10 orang ikut serta dalam berkempen dan ahli anda akan jadi 1,000 orang!



Inilah kunci kenapa jika kena gayanya, kumpulan anda akan tiba-tiba meletup-letup ahlinya. Perkara ini sudah dirancang oleh Facebook. Apa bila anda meng"invite", ia akan dijumpai oleh orang yang di"invite"setiap kali log
in. Selagi respon yang diperlukan belum dibuat, selagi itulah "invite" anda akan terus nagging, hintu-hintu, asi-asi, ulang tayang di kawasan dinding Facebooknya. Katalah dia respon, maka kumpulan anda akan bertambah satu ahli baru. Jika tidak pun apa susahnya, invite lagilah...

Tetapi jika ada masa, cuba perhatikan perkembangan dinding facebook mana-mana kumpulan yang kononnya terkenal dan amati aliran dindingnya setiap hari. Orang yang aktif ialah taik-taik Facebook yang sama, dan bilangannya kembali kepada 10, 20 orang. Maksudnya, hanya yang empunya laman dan tukang kempen tegarnya saja yang bercerita setiap hari. Itu belum termasuk orang yang suka bercakap seorang diri. Sendiri soal, sendiri jawab. J
ika begini, angkatlah bakul berkenaan sepuas-puas hati. Asal bahagia.

Kelima, kalaulah kejadian bercakap sorang-sorang (bercakap seorang sendiri) jadi ukuran yang menentukan masalah mental seseorang, agaknya Facebook merupakan tempat pesakit mental paling ramai dan bakal memenuhi Hospital Bukit Padang dan Tanjung Rambutan. Demi memenuhi syarat "angkat bakul sendiri" ada individu yang sanggup mendaftar berpuluh-puluh akaun keahlian di Facebook. Orang yang sama, tetapi menggunakan nama yang berlainan. Satu akaun mulakan sesuatu topik, kemudian menggunakan akaun lain untuk menjawab topik yang telah dikemukakan. Tujuannya supaya kumpulan atau laman peminat yang dikendalikan kelihatan segar bugar, nampak aktif dan sentiasa mempunyai pengaruh. Ada lagi yang lebih parah. Akaun-akaun Facebook yang berlainan tetapi dimiliki oleh orang yang sama ini boleh saling berbantah di antara "satu dengan yang lain"...

Keenam, Facebook amat sesuai untuk orang-orang yang egonya meletup-letup tetapi tidak mampu berbahas dan menyuarakan pendapat dengan baik. Jika ada pendapat yang bertentangan, kawan-kawan yang juga merupakan tukang kempen boleh membantu - kawan-kawan boleh support, and support comes in handy! Tambah-tambah lagi Facebook ini amat popular di kalangan remaja dan belia, kerja-kerja ini menjadi lebih mudah. Suruh saja mereka maki hamun orang-orang yang masih hendak berbahas dengan anda. Atau boleh saja klon nama mana-mana orang yang tidak disukai untuk menjatuhkan maruahnya. Jika kawan-kawan juga tidak dapat bantu, paling senang ialah Ban / Block saja, habis cerita.



Tepuk dada tanya selera, itulah Facebook. Love it or hate it.



Wednesday, February 17, 2010

Sungai Kedayan dan Masjid Sultan Omar Ali Safuddin (SOAS)

Sungai Kedayan 4: Sungai Kedayan dan Masjid Sultan Omar Ali Safuddin (SOAS)

Written by Ali Sofie

Di antara mercu tanda (landmark) kebangsaan yang terletak di sekitar sungai Kedayan ialah masjid Sultan Omar Ali Safuddin (SOAS). Bagi saya masjid ini cukup terjaga dengan pemandangan yang menarik hati, menggambarkan status agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Pemandangan dengan latar hadapan air.



Gambar-gambar yang sempat saya paparkan ini diambil sewaktu di dalam proses menyiapkan artikel mengenai sungai Kedayan.


Masjid ini kaya dengan air, sudah tentu tiada masalah mengambil wudhu.




Gambar diambil dari jambatan



... pemandangan dari kejauhan



Masjid di waktu malam.


Indahnya Panorama Sungai Kedayan

Sungai Kedayan 3: Lagi pemandangan menarik di Sungai Kedayan, Negara Brunei Darusalam

Written by Ali Sofie

Masih lagi saya cuba menggambarkan sungai Kadayan yang terdapat di negara kami.

Semasa berada di atas Jambatan Sg Kedayan Jalan Tutong BSB.



Jika diamat-amati, tidak keterlaluan jika saya beranggapan bahawa para pembaca pun bersetuju bahawa panorama di sekitar sungai ini adalah menarik. Kawasan aliran sungai bersih dengan air yang jernih, masih belum terlalu tercemar berbanding dengan sungai di sesetengah negara luar. Beberapa gambar yang sempat dirakam di sini memperlihatkan saliran sungai dengan latar belakang pembangunan negara Brunei Darusalam.

Menarik untuk dilawati.

Para pembaca dialu-alukan berkunjung ke negara Brunei jika berkesempatan.


Pandangan menuju ke Hulu Sungai Kedayan dari Kualanya.



Burung Kenawai Putih berhimpun di Tugu Jubilee Perak sempena Pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Brunei yang ke 29. Tugu ini dibina diatas pingir Sungai Kedayan. Boleh dilihat dari Pusat membeli belah Kampung Kiulap.





Pemandangan jambatan Sungai Kedayan di waktu senja






Wednesday, February 10, 2010

Ayam Masak Kunyit Kadayan Brunei

 Oleh Aliesofie

Untuk memeriahkan lagi blog Kedayan Universe kesayangan ani dan alum ada blog kedayan lain menulis, ada baiknya jua liau memperkenalkan masakan orang orang kedayan. ( sila skroll sampai ke hujung artikel ini untuk melihat resipi secara terperinci).

Ayam Masak Kunyit: Lazat Ehh

Terlintas difikiran saya mengenai sejenis hidangan yang amat dekat dengan masyarakat kita. Ini adalah mengenai masyarakat kitani terkenal dengan masakan AYAM MASAK KUNYIT KEDAYAN. Masakan ini sangat digemari oleh penduduk Brunei Darussalam.

Tarian Alai Bubu Negara Brunei Darusalam

Written by Ali Sofie

Kalau dahulu setiap kali diadakan sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan mesti ada orang kedayan keluar dengan tarian ALAI BUBU mereka. Namun sekarang nampaknya sudah tiada. Mungkin kerana ada pendapat di kalangan orang-orang arif agama yang menegah tarian berkenaan kerana terdapat unsur-unsur pemujaan dan perkara-perkara bidaah.

Saya difahamkan tarian Alai Bubu ini masih ada di kalangan masyarakat Kedayan Malaysia, tetapi itupun tidak begitu meluas lagi. Tarian ini bolehlah dikatakan unik kepada masyarakat Kedayan.

Tarian Alai Bubu Kedayan...
Jika diteliti, tarian dan upacaranya tidaklah begitu berbeza dengan tarian-tarian spara mistik yang ada di Malaysia seperti tarian Kuda Kepang, Dabus dan sebagainya yang juga tidak dinafikan kaya dengan unsur-unsur mistik.

Dari maklumat yang saya perolehi, di dalam tarian ini, bubu yang terlibat akan dipakaikan baju. Kemudian jampi serapah atau mentera yang tertentu akan dibaca dan bubu berkenaan akan menari. Pernah sekali ada seorang Inggeris dari London tidak percaya bahawa bubu ini boleh menari. Jadi dipendekkan cerita, beliau terus memegang bubu berkenaan seorang diri. Berikutnya apa terjadi? Bubu berkenaan melontarkan sesuatu kepadanya dan dari itu beliau terus percaya kepada tarian bubu.

Bubu berkenaan akan terus menari sehingga diberhentikan dengan cara yang tertentu. Caranya, kepala bubu berkenaan dipegang dan tariannya akan berhenti setakat itu. Saya percaya cara tarian bubu ini sama atau hampir sama saja di Brunei dan di Malaysia.

Berbalik kita pada cerita sungai Kedayan yang saya tulis pada artikel lepas, sekarang ini pemborong masih memperbaiki tebing sungai berkenaan. Tebing sungai ini telah dinaiktaraf sebagai sebuah taman peranginan di Bandar BSB. Sebelum ini pun sudah dijadikan sebagai tempat pertunjukan Bunga Api, Gerai Perayaan dan pantas hiburan semasa hari Keputeraan DYMM Sultan sekarang pada setiap 15 Julai selama dua minggu berturut-turut. Di atas tebing sungai juga ada dibuat Tugu Kenangan sempena 25 tahun Pemerintahan DYMM Sultan.


Thursday, February 4, 2010

Pemandangan di sekitar Sungai Kadayan, Negara Brunei Darusalam

Sungai Kedayan 2: Pemandangan Sungai Kedayan

Written by Ali Sofie

Berikut merupakan beberapa pemandangan menarik di sekitar Sungai Kedayan yang terletak di Brunei.


Papan tanda Sungai Kedayan



Perkampungan di tebing sungai



Pemandangan jambatan di tepi sungai


Sebuah jeti yang terdapat di sungai.

Tuesday, February 2, 2010

Sungai Kedayan di Negara Brunei Darusalam

Sungai Kedayan 1: Mungkinkah ada lagi sungai kedayan di negara lain?

Written by Ali Sofie



Satu-satunya sungai Kedayan di dunia.



Ada SUNGAI KITANI di Negara Brunei Darussalam. Jaraknya inda jauh dari Masjid Omar Ali Saifuddien III. Paling sanang dilihat dari Ibu negara kami.

Sungai ini dahulunya dipanggil sungai Ranggas.

Dalam bahasa Melayu Malaysia Ranggas ani maksudnya Ranting kayu. Aku pun lupa sejarahnya bila sungai ini dinamakan Sungai Kedayan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Antara sebab berangkali jua dahulu atu puak kitani selalu berurusan diatas sungai ani antara penduduk kampung Air dalam bertukar barang dari hasil laut kepada hasil cucuk tanam. Diatas sungai ini bukanlah penduduknya bangsa kedayan, sunguhpun dari awal penamaannya sehingga ke hari ini. Penduduknya dalah bangsa Berunai kampung aing(Air).

Inda sama bahasa kitani tu liau.

Atulah saja yang dapat aku caitakan tentang keujudan SUNGAI KEDAYAN di negara Brunei Darussalam.