Wednesday, February 10, 2010

Ayam Masak Kunyit Kadayan Brunei

 Oleh Aliesofie

Untuk memeriahkan lagi blog Kedayan Universe kesayangan ani dan alum ada blog kedayan lain menulis, ada baiknya jua liau memperkenalkan masakan orang orang kedayan. ( sila skroll sampai ke hujung artikel ini untuk melihat resipi secara terperinci).

Ayam Masak Kunyit: Lazat Ehh

Terlintas difikiran saya mengenai sejenis hidangan yang amat dekat dengan masyarakat kita. Ini adalah mengenai masyarakat kitani terkenal dengan masakan AYAM MASAK KUNYIT KEDAYAN. Masakan ini sangat digemari oleh penduduk Brunei Darussalam.



Secara mudahnya, resepi utama yang saya tahu ialah seperti ini:

Saekong Hayam (Ayam)
Saai (Serai)
Lada Paak (Lada Padi)
Kunyit,
Sia (Garam) dan
bahan perasa (Ajinomoto atau Veeching).

Dalam rempah ratusnya bini bini kedayan kitani lah yang pandai atu liau.

Biasanya ia ada juga di hidangkan semasa makan Doa Arwah Sekampung, Perkahwinan dan lain lain acara. Berangkali apabila merasa masakan ini antara kedayan Sabah, Brunei dan Sibuti Sarawak adalah sama. Aku sudah cuba makan masakan Ayam Masak Kunyit Kedayan ani di Sibuti Sarawak dan sama rasanya.

Kalau di Brunei sabut saja Ayam Masak Kedayan mesti ada orang tau.


--------------------------------------
Kemaskini 28 Ogos 2013: Masak  Ayam Kunyit yang lebih terperinci (diperolehi dari simplyhasanah.tumblr.com)


Ayam Masak Kunyit Melayu Kadayan (Brunei)

Ayam Masak Kunyit (Resipi Kedayan)

Ini merupakan salah satu dari santapan Melayu Brunei.
Seperti yang diminta oleh @Black-hijab. Silalah mencuba resipi ini.

Bahan A (ditumbuk/dikisar):

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan B:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu makan cili yang dikisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai
1/2 cawan air asam jawa atau 3 keping asam kulit (ikut suka rasa)
Santan (1 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Minyak makan
Air

Cara-caranya:

Tumis Bahan A. Kemudian bubuh cili kisar dan sedikit belacan. Masukkan serbuk kunyit dan serai. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, ayam dan asam jawa atau asam keping. Masukkan santan dan air. Masakkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan perasa. Hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba! :)

Ini lagi beberapa resipi orang-orang Kadayan Brunei (hamoypurple.wikifoundry.com) yang juga boleh dicuba.

Daging Rebus Kadayan


DAGING REBUS KEDAYAN

Bahan-bahan:

600 gm daging
4 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putin - di tumbuk
3 cm halia - ditumbuk
7cm kunyit - ditumbuk
1 sudu makan cili kisar
1 batang serai - diketuk
7 keping asam kulit (asam aur-aur)
500 ml air
Garam secukup rasa

Daging dhiris nipis, bersihan dan saring tuskan airnya.

Masukkan daging bersama bahan tumbuk, lada kisar, serai dan asam kulit dan garam kedalam periok dan rebus hingga daging empuk.
Setelah empuk angkat sedia untuk dihidangkan.

Pais Daging Brunei Kitani


PAIS DAGING

Bahan-bahan:

600 gm daging bercampur lemak
4 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih ) ditumbuk
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar ambulung
Garam dan gula secukup rasa

Daging dipotong kecil-kecil, dibersih dan dituskan.
Ambulung dicampur dengan sedikit air dan ditapis.
Campurkan daging dengan semua bahan dan gaul hinga rata. Perapka untuk beberapa minit.
Bungkus daging dengan daun pucuk, semat dengan lidi dan panggang hingga masak.

Dadah Tahai Brunei

DADAH TAHAI

Bahan-bahan

300 gm tahai
2 ulas bawang merah - hiris nipis
4 biji lada padi
5 keping asam aur-aur
500 ml air
Garam secukup rasa

Tahai dibersihkan dan dituskan.
Masukkan tahai, bahan hiris, asam aur-aur, garam dan kedalam periok.
Rebus hinggah mendidih barulah diangkat.



SAMBAL TAHAI

Bahan-bahan

3oo gm tahai
4 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih ) hiris nipis
2 biji bawang besar - ditumbuk
1 sudu besar cli kisar
2 sudu makan air asam jawa
110 ml minyak masak
Garam secukup rasa

Tahai dibuang kulit, perut dan tulang. Kemudian ditumbuk hingga halus dan dicampur dengan bahan tumbuk, cili kisar, air asam dan garam. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan tahai yang bercampur dengan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau hingga rata. Setelah itu angakat, sedia untuk dihidangkan.

Rebung - Masak Badudun

MASAK BADUDUN

Bahan-bahan

600 gm rebung
250 gm cengkuk manis
100 gm bagu
100 gm kulat
250 gm jagung muda
150 gm udang
3 ulas bawang merah - hiris nipis
3 biji cili merah - hiris serong
540 ml santan
1 sudu teh belacan
Garam secukup rasa

Rebung dicincang, cengkuk dipisahkan dari batangnya, bagu dan kulat dihiris nipis-nipis. Bersihkan dan tuskan.
Udang dibuang kulit dan kepala dan di bersihkan. Masukkan santan kedalam periok bersama semua bahan. Rebus hingga mendidih barulah diangkat.

Sambal Kacang Panjang Brunei

SAMBAL KACANG PANJANG

Bahan-bahan

600 gm kacang panjang
10 gm udang kering - tumbuk halus
4 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris nipis
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh belacan
100 ml minyak masak
Garam secukup rasa

Kacang dihiris nipis dan dibersihkan.

Campur udang bersama cili kisar, belacan gaul rata. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga kekuningan. Masukkan udang yang telah dicampur tadi sambil dikacau hingga rata barulah masukkan kacang dan garam. Kacau hingga agak layu sikit barulah diangkat.

Dumis Kupang

DUMIS KUPANG

Bahan-bahan

300 gm kupang
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih ) hiris nipis
1 biji bawang besar )
3 biji cili merah - dihiris serong
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Isi kupang dibersihkan dan tuskan.

Panaskan minyak, tumis bahan hiris dan cili merah hingga naik bau. Masukkan isi kupang, garam dan sedikit air. Biarkan mendidih dan masak barulah diangkat.

Pais Udang

PAIS UDANG

Bahan-bahan

600 gm udang seerhana besar
2 biji bawang besar - ditumbuk kasar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan ambulung
Garam secukup rasa

Udang dibuang kulit dan kepala lalu dibersihkan, tuskan airnya dan dicincang.

Gaulkan udang dengan semua bahan dan perapkan seketika. Kemudian masukkan kedalam bungkusan pais daripada daun pucuk dan semat dengan lidi. Panggang hingga masak.

1 comment: