Aku bukan pakar bahasa kadayan sebaliknya merupakan "deprecated native speaker". Ertinya penutur asal tetapi dengan kebolehan yang tidak berkembang sebab kurang digunakan.
Bahagian 1
1. Kadayan ialah Orang Asal Sabah (OAS)
Ceritanya apabila pulau Borneo dibahagi empat, demografi kadayan juga adalah turut terbahagi. Ada yang menjadi OAS iaitu Orang Asal Sabah dan Orang Asal Sarawak. Ada pula yang menjadi OAB iaitu Orang Asal Brunei. Di Kalimantan, Indonesia? Mungkin ada tapi tidak bernama kadayan.
2. Bahasa Kadayan
Berkait rapat dengan bahasa Berunai, Banjar, Berau dan Tenggarong Kutai. Semua ini adalah bahasa OAB - orang asal pulau Borneo. Jika berada di ceruk dunia yang lain, itu kerana di masa lampau nenek moyang mereka berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.