Showing posts with label Myth and Fantasy. Show all posts
Showing posts with label Myth and Fantasy. Show all posts

Saturday, June 14, 2008

Bigfoot di Sarawak: Tambirang!

Written by Ucie Sumbibih


Jika anda seorang artis grafik, satu-satunya watak terkenal yang anda boleh bayangkan dari bentuk tapak berkenaan adalah “Donald Duck”.

Bigfoot di Daro 1



Bigfoot di Sarawak: Tambirang!

(Teks disusun semula oleh Kalajiau Ingaa)

Bagusnya, cerita Bigfoot tiba-tiba keluar semasa kenaikan harga petrol yang menggila ini. Bigfoot mengajar kita satu perkara, mulai sekarang kita harus rajin berjalan kaki.

Bigfoot di Daro 2



Menurut beritanya, kejadian yang mengejutkan ini menjadi cerita yang panas di daerah Daro sejak beberapa hari lepas. Di antara yang tertarik dengannya termasuklah seorang ahli perniagaan tempatan, En Tan Soon Kuang. Cerita ini disiarkan di akhbar-akhbar dan juga TV3 di dalam program Bulletin Utama, semalam. Anda boleh membaca berita lanjut mengenainya di sini dan sini .

Kononnya di masa lampau kawasan ini merupakan kawasan pertapaan. Pasal bertapa, yang itu aku tidak berani komenlah.

Tapi sebagai orang yang bertahun-tahun terbabit dengan kerja-kerja grafik, bagi aku kesan tapak-kaki berkenaan belum cukup meyakinkan, berbanding dengan tapak kaki (tetapi hanya sebelah) yang ditemui di semenanjung Malaysia beberapa tahun lepas.

Hanya tapak kaki yang ditemui. Jadi mari kita pause sekejap berita petrol yang menyakitkan hati dan membuang masa menjadi ahli forensik tapak kaki Bigfoot.

1. Tapak terlalu rata untuk menjadi manasabah

Bigfoot di Daro 3



Mengambilkira saiz tapak kaki berkenaan, tekanan hentakan harus lebih dalam ke bumi terutama di kawasan ini yang kelihatan agak becak.

Bahagian tumit dan bahagian dalam tapak kaki terutamanya sebelum bahagian ibu jari kaki sepatutnya lebih dalam lagi, kerana bentuk badan Bigfoot harus agak bongkok ke hadapan.

Imej-imej berikut merupakan bentuk-bentuk tinggalan Bigfoot yang lebih realistik walaupun kebenarannya sendiri belum dipastikan hingga ke hari ini.

Bigfoot from oversea



2. Bentuk tapak tidak sesuai dengan anatomi Bigfoot

Bigfoot di Daro 4



Bentuk tapak berkenaan mirip kepada tapak kaki katak atau itik yang dikuncupkan; kecuali jari-jari hadapannya yang sangat kontot.

Jika anda seorang artis grafik dan mengambilkira pengalaman di dalam lakaran anatomi ekstrim, satu-satu bentuk watak terkenal yang anda boleh bayangkan dari bentuk tapak berkenaan adalah “Donald Duck”.

Donald Duck

Atau; tuan punya 'tapak' adalah makhluk yang sangat ringan dan sangat kurus.

3. Hanya dua tapak kaki

Kenapa HANYA ada dua tapak kaki?

Langsung tidak masuk akal. Kecualilah Bigfoot berkenaan turun dari helikopter menggunakan tali, TIDAK mungkin tapak kaki hanya dua. Tapak kaki seharusnya akan terus 'bertambah' selangkah demi selangkah sehingga berderetan, seperti satu garis jahitan yang berpanjangan.


4. Tapak yang terakhir berhenti di tepi pagar

Bigfoot di Daro 5



Tiga perkara terjadi apabila semua makhluk berhadapan dengan halangan. Pertama, dia akan melangkauinya. Kedua ia akan menyusuri pagar untuk mencari pintu atau hujung halangan. Ketiga ia akan berpatah balik.

Ketiga-tiga keputusan di atas memberi kesan yang nyata dan berbeza kepada taburan tapak-tapak di kawasan pagar.

Pertama, jika ia melangkaui pagar berkenaan, tekanan pada tapak yang terakhir akan bertambah. Jadi lekuk tapak kaki berkenaan harus lebih dalam berbanding tapak yang satu lagi.

Kedua, jika ia mencari pintu, tapak kaki akan menjadi banyak dan rencam di sekeliling pagar.

Ketiga, jika ia berpatah balik, tapak kaki akan timbul semula ke arah yang berlawanan.

Kesimpulannya, kepada tuan empunya 'tapak kaki' berkenaan, sila berusaha lagi membuat tapak yang meyakinkan pada masa hadapan.

Ucie Sumbibih


Comments


kaki basar - sungguh lojik |2008-06-14 10:51:53
rasanya memang tambiranglah, mengambilkira pandangan ucie sumbibih ini.

mula-mula tu rasa hati mau juga percaya, maklumlah kerana perkara-perkara mistik ini sentiasa mungkin terjadi.

lampuh - Mangkali tampak batis oang anggau |2008-06-15 07:24:06
Aie diee damit mulanya salajuu oang tuha-tuha bacaita pasal oang anggau. Analisa Si Ucie atu baik jua kan dibaca-baca, tapi bagi aku ada dua kamungkinan. Pertama: Tampak batis yang dalam gambaa atu kulihat macam dibuat-buat. Walau pun aku ani bukan oang yang pandai malukis, tapi asanya inda baapa payah kan mbuat tampak batis yang macam dalam gambaa atu.

Kedua - Tampak batis oang anggau. Oang anggau ani yang sabanaanya inda ya payah bajalan atas tanah. Tekanan yang nampak pada tampak batis atu upanya inda baapa baat jalamanya. Pasal atu taya ada kamungkinan tampak batis oang anggau. Oang anggau ani walaupun tubuhnya basaa dan tingginya anggau, tapi inda ya dapat disama akan dian jalama biasa. Sabab oang anggau ani bukan jalama macam kita. Bisia ani termasuk didalam golongan iblis dan shaitan.

Luus kah inda, inda tah ku tahu.

basaa batis - Oang Anggau tah tu |2008-06-15 08:59:23
Liau lampuh, uja aimulah liau, yang ia masaii talihat, oang anggau angkak2 tukun2 siing umah, tuhutnya pun limpas kapala liau,

lapas atu kana mandiie jamu liau tu bhao tha baik.

Mangkali atu tah tu, oang anggau

lampuh - Mangkali tampak batis Oang Anggau |2008-06-15 13:46:47
Aie ku di Labuhan mulanya, ada oang Kadayan yang bagimbaan oang anggau. Abangku bakawan baik dian jalama anie dan ia masaaie ya talihat. Oang Kadayan atu (aruah sudah) bila ya ninggal akan kuitanya, inda ya maasaie ngunci atau katup pinjauannya. Ada sakali caita abangku oang Pilipin kan mancuie isi kuitanya. Bahaau tah kan mbuka kuita, oang anggau atu muncul tiba-tiba. Balusian oang Pilipin katakutan, ada yang takamih aah dalam saluaa. Masa atu abangku dian yang umpunya kuita atu minum kupi, "Tuh...inda jua dangan baani mancuie kuitaku atu"...

Pucat kuning muha abangku malihat oang anggau badiee sieng kuita kawannya tu. Oang Kadayan anie jaan dipamain, ada kakal yang sandi-sandi gayanya!!

whatever |2008-06-16 16:47:40



tapak donald duck? tapak pluto lagi le tepat.....

anak jin - jinlah, jin... tak caye? |2008-06-17 11:11:49
ucie,
tu ler namanya tapak jin, bukan manusia.
tapi tapak yang satu tu nampaknya lebih lebih tersangat pendek dari yang satu lagi...

sepupu jin - tapak tidak sama? |2008-06-19 13:29:39
hantu cacat tu, tapak kakinya panjang sebelah, pendek sebelah

langkawit - mungkin big foot kurus |2008-06-17 11:36:07
dulu dalam katun ada jug cerit macam tu. kaki besar dan ramai yang takut. tapi last-last binatang tu saja kaki besar tapi badan macam urang biasa

monster bigfoot - ultraman bigfoot barangkali!!! |2008-06-18 09:22:42
Saya rasa mungkin ia ultraman atau jenis yang superpower, melihatkan ada dua kesan tapak kaki je, mungkin ia "landing" di atas tanah becak kemudian terus terbang balik ke atas kot. Ini teori je.

ultraman |2008-06-19 17:25:15
ultraman taiga ni... hehehe

TAMBUAKA62 - Banaa tu wang Badustanya tampak batis basaa!!! |2008-06-20 02:41:51
Luus tu Wang tampak batis basaa macam atu mun aie ku damit mulanya hagut diee mbuat tu. Tampak batis Damit jua hagut ku mbuat mulanya mun nakuti patuhaan mungut buah duyan ketanjung @ tampat kabun buah Duyan... Uja alam hati nakuti patuhaan tautama pabinian "TAPAK INDAHAO" uja diee. SeMalaysia kena dustaiee. Mun kamu mau aku mbuat akan Tampak batis Basaa di Supitang? Tangahnya ASK di KL mangkalikan malihat di News pakah??? He he he he

Thursday, May 1, 2008

Menguji Ilmu Hitam melalui SMS?[Kadayan Universe Forum]

FireBoard Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Menguji Ilmu Hitam melalui SMS?

giinbuagas

Menguji Ilmu Hitam melalui SMS? 5/1/08

Ini merupakan sms pelik yang saya terima dua hari lepas

JIKALAU ANDA MENDPT PNGGILAN TLFON YG BRNOMBOR PANJANG Cnth: +62852731520946 DAN NMBR ITU BRWARNA MERAH,DHRAP2 SGT JGN DIANGKT DAN DJWB PANGGILAN ITU.INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON,JIKA SESIAPA YG MENJWB PNGGLA ITU MULUT AKAN BERGUIH DAN AKAN MATI SLPS ITU.DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MLM TD DIPUCHONG 2 ORG MATI.INI BNR2 TRJADI,TLG SEBARKAN MSG

Entah betul entah tidak. Tapi kawan-kawan juga mendapat sms yang sama.

Pagi ini ada lagi satu sms kononnya seorang ustazah di Sipitang telah menerima sms berkenaan.

Saja la saya simpan di thread ini untuk perhatian dan pandangan, juga tindakan semua. Jika ia didapati palsu, pihak berkuasa harus membuat sedikit pengumuman mungkin, supaya keresahan tidak perlu orang awam dapat diredakan.


askasah (User)

PANGGILAN SANTAU KARUT 6/1/08
Panggilan santau karut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh am@hmetro.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

KUALA LUMPUR: Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Untuk berita selanjutnya hmetro.com.my

askasah (User)

Re:Menguji Ilmu Hitam melalui SMS? 6/1/08
Untuk berita mutakhir berkaitan Panggilan Santau ini sila lawat itsurday.blogspot

Taima kasih.

Wednesday, April 9, 2008

Atlantis kadayan 18

Written by Codec Cadaianicus

Lagi Mengenai Piramid

Ramai penulis memberikan sudut pandangan yang berbeza berdasarkan pemerhatian yang telah mereka lakukan ke atas monumen-monumen yang dikelaskan sebagai sebagai piramid di seluruh dunia.




Angkor Wat

Adalah merupakan suatu konsensus bahawa teknologi senibina yang berkemahiran tinggi adalah diperlukan untuk membina monumen berkenaan.

Tetapi apa yang menarik ialah sesetengah dari mereka berpendapat bahawa hasil kemahiran ini turut di sembunyikan di dalam sifat monumen berkenaan. Apabila diteliti, kod-kod tersembunyi ini boleh diterjemahkan semula berdasarkan teknologi kita.

Setakat ini misteri tentang apa tujuan sebenar monumen raksaksa seperti ini dibina masih tetap merupakan suatu misteri yang tidak bakal terungkap di dalam masa yang paling terdekat ini. Namun, teka-teki kecil mengenai sifat sifat monumen sebagai pembawa mesej dari peradaban kuno, Atlantis orang Kadayan nampaknya perlahan-lahan tersingkap.

Paling tidak, terdapat mesej utama monumen berkenaan memberitahu kedudukan di mana mereka terletak di dalam longitud dan latitud yang paling tepat. Selain itu ia juga memberitahu tentang kedudukan piramid yang terbesar di dunia iaitu Piramid Besar Giza yang telah kita bincangkan sebelum ini.




Kukulkan Pyramid

Laura Lee1 mengira secara mudah; empat buah tangga, empat sudut, 365 anak tangga, dan sembilan teres di Piramid Kukulkan di Amerika Selatan,apabila didarab akan menghasilan jumlah 52,560. Ada yang pelik mengenai angka ini. Apabila diterjemahkan di dalam bentuk longitud ia menunjukkan kedudukan arah barat Piramid Besar di Giza (119° : 42' = 10.51620648")2.



CuiCuilCo Pyramid

Sementara itu Piramid Cuicuilco di Mexico City merupakan satu-satunya piramid yang berbentuk bulat sepenuhnya di seluruh Mexico. Sebab kenapa ianya berbentuk sedemikian ialah bagi menyatakan longitud di mana ia terletak. Letaknya ialah 360° dari : 19° : 18' = 01.05263157894" Utara. Kedudukan latitudnya merupakan gandaan kepada bentuk 360 darjahnya3.





Uxmal Pyramid

Piramid Ahli Sihir di Uxmal, Mexico – menurut lagendanya dibina oleh ahli sihir di dalam satu malam. Piramid ini merupakan satu-satunya piramid empatsegi sama yang pernah dibina oleh orang-orang Maya. Empat segisama berjumlah 360 = 129,600 (: 120° : 54' = 20.000" ) juga menunjukkan arah barat Piramid Besar Giza4.





Seneferu Bent Pyramid

Ramai pengkaji berpendapat Piramid Bengkok Seneferu di Dahshur, Mesir adalah merupakan piramid tidak sempurna yang berpunca dari kesilapan kejuruteraan. Hakikatnya, bentuk bengkok ini apabila diterjemahkan dalam bentuk longitud geografi menunjukkan lokasinya sendiri, letaknya sebenar di mukabumi5. Pendapat ini adalah berasaskan pemerhatian ke atas ciri-ciri piramid berkenaan iaitu:

a) Tapak piramid empat segi merupakan 90-darjah sudut kanan, 90° x 4 penjuru = 360°

b) Terdapat sembilan ciri-ciri melampau monumen ini.

c) Memandangkan ianya berbentuk bengkok, piramid ini menjadi berbelah lapan berbanding dengan piramid biasa yang mempunyai empat. Empat di bahagian bawah dan empat lagi di bahagian atas yang terbengkok.

Apabila dikira secara persamaan matematik 360° x 9 x 8 = 25,920 (: 29°: 47' = 19.016" Latitud Utara). Dari kedudukan ini, para pengkaji mendapatkan longitudnya seperti berikut secara terbalik: 25,920 : 2 : 8 : 9 = 180 (: 00° : 04 = 45.00000"). Kedudukan ini disahihkan oleh peta moden kita; Piramid Bengkok adalah terletak betul-betul di 00-darjah, 04 minit dan 45.00000 saat ke arah timur Piramid Besar Giza6.

Jelas sekali, hubungan antara piramid-piramid di seluruh dunia dengan Piramid Giza memang ada. Tetapi tentang hubungan yang bagaimana, tiada siapa yang mengetahuinya sehingga kini. Segalanya cuma dapat disimpulkan sebagai suatu kemungkinan. Mungkin Mesir merupakan suatu outpost Ibu Tamadun yang penting. Mungkin outpost ini terlibat di dalam perancangan penghijrahan besar-besaran di dalam usaha menghadapi mala petaka. Mungkin juga para pemimpin-pemimpin dan golongan berpengaruh Ibu tamadun dirancang untuk berpindah ke sini dan sempat berpindah secara berperingkat-peringkat ke kawasan ini dan para penghijrah di kawasan lain mula menyelaraskan Giza sebagai kiblat mereka.


Endnote:

1Munck, C., 1997

2Ibid.

3Ibid.

4Ibid.

5Ibid.

6Ibid.


Reference:

1. Munck, C., 1997. The Code of the Ancients by Carl Munck, is borrowed from Atlantis Rising, Issue #12 (Summer '97). Accessed on 12 June 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html

Thursday, April 3, 2008

Atlantis Kadayan 17

Written by Codec Cadaianicus


Tujuh Keajaiban Purba: Piramid Di Sana Sini


Satu daripada keajaiban utama piramid ialah ianya dibina di merata tempat di dalam dunia. Piramid tidak terhad kepada keistimewaan Mesir sahaja. Keajaiban lain ialah, bentuk-bentuk piramid kelihatan seolah-olah mengilhami rupa monumen lain.



Giza Three

Hasilnya binaan-binaan ini seperti merujuk suatu sumber yang sama. Persamaan ini merupakan satu teka teki yang belum terjawab sehingga ke hari ini. Sumber yang paling disyakki ialah Ibu tamadun, Atlantis bagi orang-orang Kadayan.


Ciri-ciri Serupa Senibina Kuno Merujuk Kepada Ibu Tamadun

Di dalam kajiannya yang bermutu mengenai piramid-piramid orang Mexico dan Kampuchea W. Mueller1 telah melakukan pemerhatian yang penting. Ahli arkeologi Jerman ini mencatatkan bahawa piramid-piramid mempunyai beberapa ciri yang yang selalunya di dapati di mana-mana sahaja monumen misteri ini ditemui.



Angkor Wat

Secara amnya ini termasuklah:

1. Tembok keliling, mengekori sepanjang Empat Arah Utama.

2. Rumah Ibadat kecil di atasnya.

3. Jalan-jalan masuk di sepanjang Arah Utama, membentuk palang.

4. Suatu tasik atau dam yang dirujuk sebagai “lautan”, dan mengelilingi piramid, menjadikannya sebagai sebuah pulau2.


Piramid Menerangkan Kosmos Ibu Tamadun

Dengan beberapa perbezaan kecil, piramid-piramid Mesir juga mematuhi paradigma ini. Ini terutamanya yang pertama di antara mereka yang telah dibina oleh Raja Zozer. Bagi Mueller skima ini berhubungkait dengan konsep kuno mengenai kosmos. Bumi adalah dianggap sebagai pulau atau gunung yang tumbuh dari perairan azali. Di dalam kosmogoni Mesir, skima ini berhubungkait dengan Tatenen, iaitu gunung azali yang melonjak dari perairan Nun, iaitu Jurang Azali3.

Manakala di dalam pengertian Hindu pula, gunung ini adalah Gunung Suci yang dinamakan sebagai Gunung Meru Ia adalah tumbuh dari perairan Lautan Azali. (Primeval Ocean). Dengan lebih tepat lagi, ia merupakan geometri suci bagi Atlantis.

Hubungan di antara piramid-piramid Mexico, Mesir dan Kampuchea, yang terletak hampir bertentangan di antara satu dengan lain, mengesahkan suatu persejagatan, dari itu, merupakan suatu pernyataan kehebatan orang-orang Atlantis di masa lampau4.


Elemen Petaka Ibu Tamadun Di dalam Piramid

Graham Hancock dan Santha Faiia (isteri beliau yang juga merupakan seorang jurugambar) di dalam buku “Heaven’s Mirror” berpendapat bahawa kedudukan banyak kuil-kuil yang yang dihubungkan dengan kompleks Angkor adalah membentuk Buruj Naga (Constellation Draco)5 sebagaimana ianya kelihatan di angkasa pada lebih kurang 10,500SM6.

Laman Kuil Kalasasaya di bandar Tiahuanaco di Bolivia pula didapati adalah dilaraskan dengan peredaran matahari terbit dan terbenam pada 10,000SM yang lalu. Rumusan ini ditentukan dengan memeriksa pergerakan lambat matahari merentasi kitaran 41,000 tahun yang dipanggil sebagai “Obliquity of the Ecliptic"7.


Tinggalan Senibina dan Kosmos Ibu Tamadun

Prof. José Alvarez Lopez (El Enigma de las Piramides, Buenos Aires, 1978) di dalam kajian beliau secara mendalam mendapati adanya hubungan di antara piramid dengan “cosmogonic hierogamy”. Sebagai contoh di sudut tembok barat laut Angkor terdapat inskripsi sanskrit yang berbunyi

“Angkor adalah pengantin muda kepada Raja, yang baru sahaja membawanya pulang, membara dengan keghairahan, dan dipakaikan dengan laut”8.

Pernyataan indah berpuitis ini adalah amat selari dengan “Book of Revelation”, di mana Jerusalem Suci digambarkan menggunakan istilah serupa, sebagai pengantin bagi para domba Raja Bandar yang tidak lain tidak bukan adalah merupakan kota Atlantis sendiri.

Malahan, imej-imej luarbiasa ini diambil secara langsung dari Ramayana, bagi melambangkan Lanka, yang bakal dihancurkan oleh Rama dan Sang Hanuman. Perkataan “dipakaikan dengan laut” di dalam pakaian putih yang secara ritual dipakai oleh pengantin perempuan sehingga kini. Hakikatnya ia merujuk kepada tamsilan Banjir yang telah melemaskan ibukota empayar seduni Ravana9.


Sejak buku “ATLANTIS: THE ANTEDILUVIAN WORLD” diterbitkan pada 1882 sehingga kini, terdapat lebih dari 2,000 buku dan bahan penerbitan lain diterbitkan di serata dunia tentang Atlantis.



Atlantis: The Antediluvian World


Persamaan Warna Binaan Piramid

Prof. José Alvarez Lopez juga telah menyatakan tentang hubungan pasti di antara piramid Amerika dengan mitos orang Atlantis, yang juga telah dicatatkan oleh ahli arkeologi Russia seperti Jaguemeister dan lainnya. Umpamanya, seorang harus memerhatikan bagaimana piramid-piramid Mesir terutamanya menggunakan tiga warna batuan dengan amat berleluasa; limestone putih dari Tura dan Mokatan, granite merah dari Aswan dan batu hitam dari Sinai dan kawasan lain10.

Tiga warna batuan ini, yang diangkut dengan jerih payah dari jarak yang panjang, bertepatan dengan apa yang disebutkan oleh Plato di dalam pembinaan tembok dan bangunan Atlantis. Kita boleh menganggapnya sebagai kebetulan, masalahnya piramid di Mexico juga dibina menggunakan warna yang sama; merah, putih dan hitam, bertepatan dengan apa yang di Atlantis. Amat ketara bahawa warna-warna berkenaan mengandungi kepentingan ritual, yang mungkin berhubungkait dengan tiga bangsa manusia (yang disebutkan sebagai bangsa di Atlantis) yang mempunyai warna (kulit) yang sama11.

Malah, orang-orang Mexico biasa menggunakan warna keempat, iaitu warna kuning, melengkapkan empat warna (kulit) bangsa-bangsa manusia. Lagi sekali, seperti biasa, motif ini adalah berasal dari Hindu. Empat warna ini membentuk empat varna (kasta, warna) orang-orang Hindu dan juga terdapat di kalangan orang-orang Mesir12.


Sphinx Berusia Lebih Tua dari Zaman Firaun Mesir

Sphinx melambangkan budaya mesir purba dan cerita rakyat zaman lampau.

Mitologi orang Mesir kelihatannya menggamberkan kejadian-kejadian yang telah belaku di dalam era lampau yang dikenali sebagai Zap Tepi (juga disebut sebagai Sep Tepi), iaitu Era Pertama (Kejadian Pertama).



Sphinx

Ini terutamanya jika kita melihat kepada teks di binaan Edfu, yang membicarakan tentang ular musuh yang dikenali sebagai “The Great Leaping One”. Ini merupakan penutup tirai tempoh penciptaan yang pertama di dalam dunia azali dengan mendatangkan zaman kegelapan dan banjir yang telah melemaskan penduduk-penduduk di Pulau Ciptaan yang kemudian menjadi padang jarak padang tekukur13.

Di dalam Catatan Penciptaan yang lain dinyatakan Sekhmet dewi singa telah menurunkan api kepada sesiapa yang engkar daripada ajaran dewa matahari Ra. Manusia telah menyorok di dalam lubang-lubang untuk mengelakkan ajal mereka, sebahagian besar bangsa manusia masih lagi dimusnahkan. Sekhmet hanya berhenti dari memusnahkan seluruh manusia selepas dia meminum campuran memabukkan yang dihantar oleh dewa bagi membanjiri daratan. Cerita ini dengan jelas mentamsil tentang kejadian api durjana dan banjir yang dikena di dalam dinasti-dinasti Mesir14.

Hanya baru-baru ini disedari bahawa geologi Mesir merekodkan wujudnya selapis abu hasil pembakaran yang terjadi di sekitar 9,000SM (diselaraskan semula menggunakan dendrochronology ke tahun 11,000SM). Lapisan ini juga dikesan di wilayah-wilayah lain di dunia termasuk Siberia, Russia, Amerika Syarikat, Afrika Utara, Eropah dan Australia. Sesuatu yang amat dahsyat terjadi di era berkenaan dan amat rasional untuknya disebutkan di dalam mitos dan lagenda pribumi di seluruh dunia yang memelihara ingatan mengenainya merentasi generasi turun temurun secara berpanjangan15.


Buku best-selling karya Graham Hancock's “Fingerprints Of The Gods” menamakan Antartica sebagai Atlantis bersandarkan kepada karya Rose dan Rand Flemath, pengarang buku “When The Sky Fell” (1995)


Fingerprints of Gods


Sphinx iaitu monumen besar Mesir yang mengambil bentuk singa adalah amat penting. Ia merupakan lambang dewi singa Sekhmet yang merupakan simbol merapi kejam yang pada suatu msa dulu hampir memusnahkan bangsa manusia16.


Piramid Mesir Yang Terbesar Dan Tertua Bukan Dibina Oleh Firaun Khufu

Berdasarkan cerita Herodotus (yang telah melawat Mesir dalam tahun 443SM) yang diterima pakai sehingga kini, Firaun Cheops (nama Greek bagi Khufu) telah membina Piramid Besar semasa pemerintahan beliau dengan menggunakan 100,000 orang buruh dan mengambil masa selama 20 tahun17.

Tetapi dari catatan yang lebih purba, Firaun Khufu sendiri menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan kerja membaiki Piramid Besar. Tiang Inventori (Inventory Stele) yang ditemui betul-betul di arah timur piramid bertarikh 1,500SM, dan mengikut Maspero dan pakar-pakar lain telah disalin dari tiang yang lebih lama seusia dengan dinasti keempat. Pada tiang berkenaan, dicatatkan bahawa Khufu sendiri memaklumkan mengenai penemuan beliau semasa membersihkan pasir-pasir dari Piramid dan Sphinx18.

Tiang berkenaan menggambarkan bagaimana Firaun Khufu “mempersembahkan (Isis) dengan memperbaharui, dan membina semula (untuk memulihara, mengubah suai dan membina semula) kuil batunya”19.

Dari situ Firaun telah memeriksa Sphinx sambil menceritakan bagaimana pada zaman beliau monumen berkenaan bersama-sama dengan pokok “sycamore” yang berhampiran telah disambar petir. Petir telah merosakkan sebahagian kepala Sphinx, yang kemudiannya dipulihara secara berhati-hati oleh beliau10.

Ahli egyptologi Selim Hassan, yang telah menggali Sphinx dari pasir yang mengelilingnya pada tahun 1930 memerhatikan memang terdapat bahagian Sphinx yang telah dirosakkan oleh kilat, dan tanda pemuliharaan kuno amat jelas didapati. Juga, beliau mencatatkan, pokok “sycamore” pernah tumbuh di bahagian selatan monumen berkenaan yang tarikhnya dikenalpasti berasal dari zaman besar21.


Model Ulung Era Piramid Mesir: Tiga Piramid Giza

William R. Fix di dalam buku beliau “Pyramid Odyssey” merumuskan

“terdapat banyak perbezaan asas di antara monumen di Giza dengan piramid lain di seluruh Mesir menunjukkan bahawa mereka tidak sesuai untuk kronologi dinasti Mesir yang diperjuangkan. Tetapi jika mereka tidak dipunya oleh dinasti Mesir, hanya satu arah di mana mereka boleh diletakkan – bukan ke hadapan, tetapi ke zaman yang lebih tua”22.



Giza Pyramid Chamber

Beliau menggariskan lima ciri yang dimaksudkan sebagai anomali berkaitan dengan Piramid Besar.

Pertama, hanya tiga piramid terawal iaitu Piramid Besar dan dua lagi yang lain mempunyai lorong di bahagian atas. Dinasti Mesir yang lain hanya berupaya meniru lorong rahsia di bahagian bawah untuk piramid lain yang mereka bina. Ini kerana mereka tidak mengetahui rahsia di bahagian atas23.

Kedua, hanya ketiga-tiga piramid berkenaan yang diselaraskan kepada arah Utara benar secara tepat, yang menunjukkan pengetahuan sains pengukuran bumi dan pembinaan yang canggih – elemen yang tidak didapati di piramid lain24.

Ketiga, hanya (tiga) monumen Giza yang dibina dengan ketepatan yang tinggi – ini ditambah lagi dengan kemahiran pembinaan melibatkan pengolahan batu besar bertan-tan sehingga membolehkan Piramid Giza mencapai saiz raksaksa, yang terbesar di Mesir25.

Keempat, monumen Giza telah dibina menggunakan rekabentuk yang amat asing dari bentuk piramid lain. Di dalam hal ini William R. Fix berpendapat

“Oleh kerana piramid lain mengandungi blok-blok yang lebih kecil, mereka dibina sebagai suatu siri kerangka dengan banyak tembok penumpu yang bertujuan untuk menopangnya. Tetapi tiga piramid besar Giza tidak mempunyai untuk mengandungi kerangka dalaman ini. Hanya saiz blok yang mengeluarkan kestabilan yang diperlukan. Sifat-sifat ini menyerlahkan rupa kerja tangan yang unggul serta melambangkan kemampuan teknologi yang lebih tinggi berbandind dengan apa yang digunakan di tempat lain”26.

Kelima, tidak seperti mana-mana piramid yang mungkin dibina sebelum atau selepasnya, tiada satu pun dari tiga monumen Giza yang mengandungi simbol-simbol keagamaan atau gambar-gambar di ruangan dalam mereka27.


Akan datang. Pertukangan Unggul Ibu Tamadun.


Endnote:

1Mueller W., 1958. Stufen Pyramiden in Mexico and Kambodscha, Paideuma, VI (1958),

473-517), by W. Mueller in Dos Santos, A.N., 1997.

2Dos Santos, A.N., 1997.

3Ibid.

4Ibid.

5“Constellation Draco – A constellation is a group of stars that are connected together to from a figure or picture. Draco the dragon is a long constellation found in the Northern Hemisphere. It is a circumpolar constellation, which means it revolves around the North Pole. People in the Southern Hemisphere can't see it. The head is made of four stars. You can find it north of Hercules. The body slithers around and ends between the Big and Little Dippers. One myth about the dragon comes from Greece. In the story, the dragon Ladon protects the golden apple tree from thieves.Constellation Draco is a far northern constellation that is circumpolar for many northern hemisphere observers. It is one of the 88 modern constellations, and is also one of the 48 constellations listed by Ptolemy.”

6Collins, A., 2006.

7Ibid.

“The axial tilt may equivalently be expressed in terms of the planet's orbital plane and a plane perpendicular to its axis. In our solar system, the Earth's orbital plane is known as the ecliptic, and so the Earth's axial tilt is officially called the obliquity of the ecliptic. In formulas it is abbreviated with the Greek letter ε (Epsilon).”

8Dos Santos, A.N., 1997.

9Ibid.

10Ibid.

11Ibid.

12Ibid.

13Collins, A., 2006.

14Ibid.

15Ibid.

16Ibid.

17Jochmans, J.R., 1996.

18Ibid.

19Ibid.

20Ibid.

21Ibid.

22Ibid.

23Ibid.

24Ibid.

25Ibid.

26Ibid.

27Ibid.



Reference:

1. Collins, A., 2006. Beyond The Horizon Documentaries. A Report by Andrew Collins. Accessed on 02 Jul 2006. http://www.andrewcollins.com/page/review/horizon.htm

2. Dos Santos, A.N., 1997. The Horse Sacrifice By Prof Dr. Arysio Nunes Dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

3. Jochmans, J.R., 1996. How Old Are The Pyramids? By Joseph Jochmans. Excerpt from "Time Capsule: The Search for the Lost Hall of Records in Ancient Egypt," . Alma Tara Multi-Versity, P.O. Box 10703, Rock Hill, SC 29731. By Joseph Robert Jochmans, 1997. Accessed on 12 Oct 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html

Monday, March 17, 2008

Atlantis Kadayan 16

Written by Codec Cadaianicus


Tinggalan Senibina Ibu Tamadun

Kali ini kita akan membincangkan tentang tinggalan yang terdapat di dalam senibina tamadun-tamadun dunia kuno dan terkenal, iaitu piramid. Piramid adalah dianggap sebagai salah satu daripada Tujuh Perkara Ajaib Di dunia.


Piramid Besar Giza

Sehingga kini, terdapat usaha untuk menyusuri hubungan di antara cerita-cerita rakyat dan catatan-catatan kuno mengenai banjir sehingga ke dasarnya iaitu Atlantis yang tenggelam. Ini kerana persamaan mengkagumkan yang diperolehi dari rekod-rekod yang diperolehi telah meyakinkan ramai orang bahawa cerita-cerita yang bertebaran ini sememangnya berpunca dari satu sumber, iaitu Ibu Tamadun.

Persamaan-persamaan yang terdapat di dalam umpamanya cara pembinaan piramid-piramid berkenaan serta penggunaan sistem tulisan fonetik yang biasa terdapat di dalam budaya orang-orang Atzec, Maya dan Inca di Amerika dengan tamadun Mesir dan Mesopotamia disebut untuk menyokong teori ini1.

Tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi yang terdapat di dalam Ibu tamadun adalah di tahap yang membanggakan. Di dalam siri 9 yang lepas, kita telah membincangkan tentang penjelajahan penduduk Ibu Tamadun dan pengetahuan mereka yang sangat maju di dalam geografi, pemetaan dan pelayaran.Adalah tidak mustahil bagi mereka menyedari tentang perubahan iklim yang berlaku di dalam persekitaran pada masa itu lama sebelum mala petaka sebenar datang melanda.

Bagi golongan yang berkemampuan, penjelajahan ke tempat lain, pembinaan petempatan-petempatan (outpost) di tempat-tempat lain merupakan satu perkara biasa. Lihat saja kelakuan orang-orang Barat di dalam kurun ke 15 dan ke 16 apabila mereka menjadi semakin maju, dan semakin subur apabila mereka berjaya melepaskan diri dari cengkaman gereja di era renaissance.

Apabila telah maju, gereja tidak lagi berkuasa, ketamakan pun timbul bersama-sama. Sentimen imperalisme mula bercambah dengan subur. Serentak itu outpost barat mula bertaburan. Ia bakalampaa di mana-mana, seperti El-Salvador – di Amerika Latin, Cape Town – Afrika Selatan, Goa – India, Batavia – Jawa, A Formosa – Melaka, (King) George Town - Pulau Pinang, Manila – Filipina dan lainnya, ke arah timur.

Bagi ibu tamadun pada masa itu kawasan seperti Mesir, Amerika dan Lembah Indus amat mungkin sekali adalah juga merupakan outpost sedia ada mereka. Apabila ditimpa oleh mala petaka dahsyat seperti yang sering diceritakan oleh penduduk dunia di mana-mana, penghijrahan ke tempat-tempat seperti ini adalah sesuatu yang telah diduga.

Titik Pertemuan Lagenda Purba Dan Kajian Moden Di Dalam Hal Tinggalan Senibina Ibu Tamadun

Sehingga sekarang ini, ahli-ahli akademik arus perdana masih menganggap cerita-cerita rakyat tidak bernilai dari segi sejarah. Mengikut mereka peranannya hanyalah sebagai suatu pendidikan moral dan penyimpan norma-norma masyarakat zaman berzaman.

Namun begitu apabila pencapaian teknologi kita yang semakin maju, semakin banyak kajian dilakukan untuk mengetahui kehidupan kita dengan lebih baik. Apa yang menarik, nampaknya ada titik pertemuan dari penemuan yang didapati dari kajian-kajian moden berkenaan dengan lagenda-lagenda rakyat yang bertebaran di mukabumi.


Piramid Khufu Di Bina Oleh Para Dewa

Berikut merupakan salah satu daripada aspek yang kita maksudkan. Apabila kita melihat mitos sejarah mengenai cerita asal-usul Piramid Besar (yang terletak di Giza), kita mendapati bahawa monumen ini tidak dihubungkan dengan mana-mana Firaun. Sebaliknya ia merupakan hasil binaan Dewa-Dewa kuno yang genius dan berpengetahuan tinggi.

Pelbagai Kronologi Para Pemerintah Lagenda (lihat Senarai Raja-raja di dalam siri 12) menetapkan tarikh minimum bagi Era Dewa-Dewa lebih kurang 10,000 SM. Ini juga tempoh yang digambarkan oleh Plato di dalam karya beliau iaitu Timaeus dan Critias3.

Dari kajian-kajian moden yang telah dijalankan, para pengkaji mendapati sesuatu yang mengejutkan. Tempoh ini jugalah yang telah dibuktikan di dalam kajian-kajian saintifik moden, yang mengalami gangguan-gangguan besar (ke atas) iklim, geologi dan geomagnetik, disertai dengan kepupusan besar-besaran paleo-biologi di planet bumi. Ia adalah merupakan titik penanda bagi Zaman Ais dan Zaman kini4.


Piramid Khufu di bina sebelum banjir besar 11,600 tahun yang lampau.

Di Mesir, ahli-ahli geologi yang mengkaji rekod fosil telah mendapati kesan gabungan pencairan glasier di Pergunungan Moon, ditambah dengan aras huruhara masap (precipitation) di Afrika Tengah, menyebabkan sungai Nil di dalam lebih kurang tahun 10,000SM melimpah beribu kali ganda. Kesannya telah meranapkan dinding cenuran dalam jarak berbatu-batu dari tebingnya sekarang ini dan menghanyutkan seluruh lembah di sepanjang Mesir5.

Di dalam tempoh yang sama, oleh kerana Laut Mediterranean mula melimpah dan arasnya meningkat kerana paras lautan yang semakin tinggi kerana glasier di sebelah utara mula mencair, untuk seketika airnya juga telah membanjiri bahagian hilir lembah Nil. Ahli-ahli geologi pasti, di dalam sejarah fosil (yang mereka kaji, tempoh) ini merupakan kejadian banjir utama yang terakhir di Mesir, sebelum laut kembali berundur dan Nil kembali surut di dalam aliran sekarang yang secara perbandingannya lebih aman6.

Namun, mereka tetap sukar memberi penjelasan wajar kenapa terdapat selapisan empat belas kaki lumpur (silt sedimen) di sekitar tapak (bukan di dalam tapak) piramid, satu lapisan yang juga mengandungi cengkerang-cengkerang laut, dan fosil lembu laut (sea cow), yang apabila ditetapkan tarikhnya melalui kaedah radiokarbon bertarikh 11,600 B.P. (Before Present) campur atau tolak 300 tahun7.


Ide mengenai Atlantis sebagai Ibu Tamadun dipelopori oleh Ignatius Donnelly, seorang ahli kongres Amerika Syarikat. Beliau juga buku yang laris dipasaran bertajuk “ATLANTIS: THE ANTEDILUVIAN WORLD” Buku ini diterbitkan untuk pertama kalinya pada tahun 1882.


Atlantis: The Antediluvian World

Cerita lagenda dan rekod-rekod sama-sama nenunjukkan fakta bahawa, sebelum orang-orang Arab menanggalkan batu-batu lapisan luar, seseorang boleh melihat takat tanda air di atas batu pertengahan menuju kemuncak piramid, lebih kurang pada ketinggian 240 kaki. Ketinggian takat ini merupakan 400 kaki dari paras semasa sungai Nil8.

Ahli sejarah Arab zaman pertengahan Al-Biruni, mencatatkan di dalam journal beliau bertajuk Kronologi Kerajaan-kerajaan Purba mencatatkan

"Orang-orang Parsi dan masyarakat hebat Magian mengaitkan bahawa masyarakat di arah barat, apabila diperingatkan oleh cendikiawan mereka, telah mengarahkan pembinaan Piramid-piramid Raja dan Giza. (Tanda) air banjir besar dan kesan gelombang masih kelihatan pada bahagian pertengahan piramid-piramid yang tidak ditenggelami”. (Tanda) air banjir besar dan kesan gelombang masih kelihatan pada bahagian pertengahan piramid-piramid yang tidak ditenggelami”9.

Sebagai tambahan kepada pemerhatian ini, apabila piramid dibuka untuk pertama kali, terdapat kelompok pembentukan garam setebal satu inci di dalamnya dan sebahagian daripadanya serupa dengan kandungan galian yang diperolehi dari laut10.

Jadi, semasa berlaku banjir pra-sejarah, pintu masukan yang diketahui dan tidak diketahui telah dimasuki oleh air laut yang kemudian telah meluwap dan meninggalkan garam. Kedudukan di mana garam ini diperolehi adalah selari dengan keadaan piramid yang separa tenggelam11.

Jadi, jika kejadian banjir pada tahun 10,000SM merupakan petaka air yang terakhir di Mesir, dan piramid berkenaan telah menunjukkan kesan yang diakibatkannya, ini bermakna piramid semestinya bertarikh dari tempoh sebelum banjir terjadi12.

Kesimpulannya, Mesir mungkin sekali merupakan antara outpost Ibu Tamadun yang telah yang hilang, Atlantis orang Kadayan.


Akan datang. Piramid Di Sana Sini


Endnote:

1Sudheer Birodkar, 2006.

2Jochmans, J.R., 1996.

3Ibid.

4Ibid.

5Ibid.

6Ibid.

7Ibid.

8Ibid.

9Ibid.

10Ibid.

11Ibid.

12Ibid.

Reference:

1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html

2. Jochmans, J.R., 1996. How Old Are The Pyramids? By Joseph Jochmans. Excerpt from "Time Capsule: The Search for the Lost Hall of Records in Ancient Egypt," . Alma Tara Multi-Versity, P.O. Box 10703, Rock Hill, SC 29731. By Joseph Robert Jochmans, 1997. Accessed on 12 Oct 2007. http://www.atlantisrising.com/issue8/ar8pyramids.html

Monday, March 10, 2008

Atlantis 15: Atlantis, Polynesia & Injil

Written by Codec Cadaianicus



Catatan-catatan dari Polynesia, Hebrew dan Celtik Mengenai Ibu Tamadun


Kependudukan di Lingkaran Pasifik dan Pasifik, adalah merupakan urusan yang sangat sukar dengan masukan puak-puak bercampur baru dari tamadun purba di Asia, Amerika, Afrika dan Mediterranean.



Catatan Polynesia Mengenai Atlantis

Kelihatannya tamadun purba di India, Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Carribean adalah lebih purba dan lebih besar dari apa yang boleh dibayangkan oleh seseorang. Kebanyakan daripada bukti-bukti ini (masalahnya) terlantar bermeter-meter di bawah sedimen dan batu karang1.

Orang-orang Polynesia menyebutkan mengenai Hawaiki, pulau besar atau benua ke arah barat melangkaui lautan (Pasifik). Hawaiki dikatakan merupakan tanahair mereka yang musnah, di Indonesia (baca: Pentas Sunda), dan dipastikan merupakan firdausi sebelum ia dimusnahkan oleh mala petaka gunung berapi2.


Mala petaka ini menenggelamkan sebahagian besar tanahnya, dan melemaskannya dengan lahar dan asap. Kemusnahan Hawaiki terjadi semasa peperangan besar, sama seperti kes Atlantis. Tinggalan Hawaiki, firdausi Polynesia, bersamaan dengan Hades atau Neraka, seperti yang disebut di dalam lagenda Greek atau lainnya3.

Adalah menarik untuk disebutkan bahawa di dalam tradisi sebelah barat, syurgawi dan tinggalannya terletak di sebelah timur dan kawasan “Orient”, sedangkan di sebelah Timur Jauh dan Oceania, arah yang sebaliknya dikatakan betul, maksudnya terletak ke arah barat dan bertentangan. Dengan kata lain, tradisi sejagat bersetuju bahawa syurgawi dan kenangan nerakanya terletak di kawasan tidak lain tidak bukan di Indonesia (baca: Pentas Sunda) yang merupakan “Pusat Dunia **Navel of the world**” yang sebenar4.


Siri 11 dan 12 yang sebelumnya, serta siri ini menggunakan beberapa bukti hasil kajian Prof Dr. Dos Santos, Brazil



Catatan Yahudi Mengenai Atlantis

(Atlantis seperti yang tercatat di dalam kitab keagamaan Hebrew)





Idea banjir bukanlah khusus kepada tradisi India. Ia juga ditemui dengan jelas di dalam ajaran Yahudi dan Kristian sebagai bah (deluge – seperti yang terjadi apabila Nabi Nuh menggunakan bahteranya untuk menyelamatkan semua spesis hidupan)5.

Berdasarkan kitab Injil, akan ada suatu masa apabila manusia jatuh ke lubuk kehinaan dan kejahatan akan bermaharajalela. (Di masa begini) Tuhan merasakan perlu untuk campurtangan dan membersihkan manusia dari pengaruh kejahatan. Dia telah menurunkan banjir sebagai balasan ** bandingkan dengan sinopsis Critias oleh Plato mengenai tindakan Zeus **6.

Terdapat ayat ganjil yang sering menjadi teka-teki terpampang di awal kitab Injil Yahudi yang berbaloi dilihat pada tahap ini. Di dalam buku Kejadian (Genesis) seseorang boleh menjumpai surah berikut: "Dan tiba suatu masa, apabila manusia mula berkembang biak di muka bumi, dan anak-anak perempuan dilahirkan bagi mereka, dan anak-anak lelaki Tuhan menyedari kejelitaan anak-anak perempuan berkenaan; dan mereka jadikan isteri bagi siapa-siapa yang mereka pilih... "7.

"Terdapat juga raksaksa (Titan) di muka bumi pada masa itu; dan juga masa selepasnya, apabila anak-anak Tuhan mendatangi anak-anak perempuan manusia, dan mereka melahirkan anak bagi mereka, yang kemudian menjadi manusia perkasa (wira) seperti yang diisytiharkan di masa lampau, manusia yang dihormati." (Genesis 6:1-2,4)8.

Secara amnya, keadaan di dalam kedua-dua ayat diatas itulah juga bagaimana Plato menggambarkan bagaimana kejadian orang-orang Atlantis. (Perlu juga diingat bahawa Hesiod menggelar Raksaksa (Titan) sebagai “anak-anak syurga”). Malah rekod Yahudi ini mengandungi rujukan mengenai “pencemaran” elemen suci dengan manusiawi" "Dan Tuhan berkata, rohKu tidak seharusnya bersama-sama Manusia, kerana dengan itu dia juga merupakan daging" (ayat 3), selepas dimana manusia telah berkembang biak menjadi sangat durjana dan akhirnya telah dimusnahkan oleh banjir9.

Dua ayat (di atas dan satu lagi yang akan kita bincangkan ini merupakan ayat-ayat) yang paling mengejutkan (dan salah diterjemah) di dalam Perjanjian Lama mungkin berkaitan dengan Atlantis. Ayat berkenaan ditemui di dalam Book of Job, dan di dalam Versi King James yang dihormati ia berbunyi begini: “Benda-benda mati dibentuk dari dalam air, dan semua penghuninya. Neraka diperlihatkan kepadanya dan, kemusnahan tidaklah tersembunyi .” (Job 26:5-6)10.

Di dalam bahasa asalnya, perkataan pertama di dalam ayat berkenaan adalah perkataan Yahudi Rephaim, yang merujuk kepada keturunan Repha! Dengan kata lain, ini merupakan rujukan langsung kepada anak-anak Raja Cronos – Raksaksa (Titan) yang dihormati di dalam mitologi Greek. Katabuat di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “dibentuk” patut diterjemahkan sebagai “bergegar” atau “kesakitan”. Perubahan makna yang besar! Satu terjemahan moden yang berpengetahuan sewajarnya berbunyi begini: “Raksaksa bergoncang di dalam air beserta para penghuni yang lain. Neraka diperlihatkan kepadanya, dan kemusnahan tidaklah disembunyikan” (Job 26:5-6)11.

Dr. James Moffett (1922) dari Oxford University adalah sangat puitis di dalam perluahan beliau menggambarkan ayat berkenaan. Tidak syak lagi beliau dapat menangkap apa yang hendak dikatakan oleh ayat berkenaan: “Di hadapanNya raksaksa primitif kesakitan, di bawah lautan yang memenjara mereka; dunia dalam air terbuka kepada pengelihatannya, wilayah dasar terbuka dari persembunyian”(Job 26:5-6)12.

Saya13 tidak tahu apa lagi jika tafsiran diatas bukan merujuk kepada Atlantis. Dewa Zeus merupakan pemenang peperangan (memimpin dewa-dewa Olympian menentang Cronos dan Raksaksa (Titan), lalu memenjarakan mereka di dasar lautan (Oceanos, yang sekarang ini kita panggil sebagai Atlantik). Yahweh, karekter Habrew yang bersamaan dengan Zeus, dikatakan mampu melihat penutup (dalam air) dan melihat “kemusnahan” seolah-olah ia terbentang dihadapannya. Tartaros merupakan nama Greek bagi penjara dalam air ini (diterjemahkan sebagai “neraka” di dalam II Peter 2:4 di dalam Perjanjian Baru) tetapi istilah ini tidak digunakan di dalam teks Hebrew kerana ia bukan perkataan Hebrew14.


Catatan Bangsa Celt Mengenai Atlantis

Di dalam Mabinogion, Buku asal-usul bangsa15 menyatakan bahawa orang-orang Celt pada asalnya datang daripada “pulau Defrobani, Negeri musim panas dan tanah orang-orang Cimmeria”.

Perhatikan, “Defrobani” hanya boleh dirujuk kepada pulau Taprobani, seperti yang dirumuskan oleh banyak pakar. Taprobane – yang disamakan oleh para pengarang purba sebagai syorgaloka dan kejatuhan Nabi Adam – tidak lain dan tidak bukan daripada pulau Sumatra (baca: pentas Sunda) yang sebenarnya merupakan tapak Atlantis16.

Begitulah meluasnya persamaan tradisi, catatan-catatan budaya dan keagamaan yang menyentuh soal tamadun iaitu Atlantis sejauh yang kita bincangkan dari sebanyak enam siri yang lepas (siri 10 – 15). Sudah tentu, perbincangan kita ini hanya meliputi sebahagian kecil dari cerita yang terdapat di seluruh dunia mengenai hal yang sama.

Bukanlah sesuatu yang aneh jika misalnya, saya mencadangkan bahawa tapak Atlantis ini adalah di kawasan kita, kerana alasan-alasan tersendiri. Apa yang lebih menarik ialah kerana gagasan berkenaan dikemukakan oleh orang luar, terutamanya orang-orang barat sendiri hasil kajian mereka yang mengambilmasa bertahun-tahun. Sudah tentu, setakat cerita sahaja tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh yang demikian, pada artikel yang akan datang kita akan membincangkan mengenai tinggalan-tinggalan senibina yang diasaskan oleh keturunan orang Kadayan di masa lampau.


Akan Datang: Atlantis Kadayan 16: Tinggalan Senibina Ibu Tamadun.


Endnote:

1Childress, D.H, 2007.

2Dos Santos, A.N., 1997.

3
Ibid.


4
Ibid.


5Sudheer Birodkar, 2006.

6TheMystica.Com, 2006.

7Leonard, C., 2006.

8Ibid.

9Ibid.

10
Ibid.


11
Ibid.


12
Ibid.


13
Ibid.


14
Ibid.


15
Celtik. Bangsa Caucusia yang menetap di bahagian barat laut Asia


16
Dos Santos, A.N., 1997.



Reference:


1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html


2. TheMystica.Com, 2006. Atlantis: the Myth. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.themystica.com/mystica/articles/a/atlantis.html Sources: 16, 17.

3. Leonard, C., 2006. ECHOES OF ATLANTIS. Myths and Traditions of Ancient Lands by R. Cedric Leonard. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.atlantisquest.com/Myth.html

4. thothweb.com, 2005. Atlantis: the Andes Solution: Ancient History. Posted on Friday, December 16, 2005 (CST) by Thoth. Accessed on 03 Aug 2006. http://www.thothweb.com/index.html

5. Dos Santos, A.N., 1997. CORROBORATING EVIDENCE ON THE REALITY OF ATLANTIS by Prof Dr. Arysio Nunes dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

6. unxplained-factor.com, 2006. Introduction to Atlantis. Accessed on 22 Nov 2007. http://unxplained-factor.com/index.htm


7. user.on.net, 2006. Accessed on 12 Jul 2006. http://users.on.net/~mkfenn/page10.htm
8. Childress, D.H., 2007. Top Ten Ancient Civilizations With Advanced Technology by David Hatcher Childress. Accessed on 28 Aug 2006. http://www.atlantisrising.com/issue1/ar1topten.html

Friday, February 29, 2008

Atlantis Kadayan 14: Amerika

Written by Codec Cadaianicus


Catatan-catatan Orang Asli Amerika Purba Mengenai Ibu Tamadun

Teks dikemaskini pada 19 Feb 2010.

Salah seorang penyokong kuat ide bahawa Nusantara dan pentas Sunda merupakan pusat tamadun ialah Prof. Arysio Nunes dos Santos (1937-kini).

Beliau merupakan seorang pemegang ijazah Ph.D, Free-Docency bidang Kimia Fizik, ahli fizik nuklear, jurutera elektronik, professor kejuruteraan neuklear dan pemegang paten untuk beberapa ciptaan teknikal di Brazil.



Segala-galanya bermula dengan kejadian mala petaka di masa lampau. Satu gempa bumi yang dahsyat telah menenggelamkan hampir keseluruhan pulau 1 dan akibatnya kebudayaan Atlantis telah dihancurkan. Tetapi terdapat beberapa orang yang terselamat dan mendarat di pesisir pantai di Eropah di sebelah timur dan benua Amerika di sebelah barat2.


-------------------------

Prof. Arysio Nunes dos Santos (1937 - kini) merupakan seorang pemegang ijazah Ph.D, Free-Docency di dalam Kimia fizik ahli fizik nuklear, jurutera elektronik dan merupakan professor kejuruteraan nukleur di University of Minas Gerais (Brazil). Juga merupakan pemegang paten untuk beberapa ciptaan teknikal, seorang “otium cum dignitate” (leisure with dignity) di Brazil.

Beliau telah membuat kajian mendalam di dalam hal-ehwal Atlantis selama 27 (bermula dari 1980) tahun dan telah menerbitkan beberapa artikel dan sebuah buku mengenai Atlantis.

Beliau mendakwa menggunakan kaedah saintifik di dalam kajiannya meliputi bidang mitologi, keagamaan, antropologi, linguistik, geologi, arkeologi dan sains tradisional.

Beliau merupakan penyokong kuat idea bahawa Atlantis adalah terletak di Indonesia (Nusantara, Pentas Sunda, Borneo). Anda boleh melawati laman web beliau di www.atlan.org.

Sementara itu anda boleh membaca biografi penuh beliau di SINI
-------------------------

Catatan-catatan mengenai Ibu Tamadun di Amerika adalah menarik. Malah ianya sangat menarik kerana dunia mereka terpisah langsung dari Eropah sehinggalah tahun 1492. Mereka bersih dari sebarang pengaruh orang-orang barat yang tamak, pembuli dan suka menjarah sehinggalah tahun berkenaan, tahun malang buat mereka.

Terpisah, terasing dan tersendiri, tetapi mereka telah membina tamadun yang seakan-akan sama dengan tamadun Mesir dan India. Lebih dari itu, cerita mereka tentang Ibu tamadun adalah sama dengan yang kita pernah dengar sebelum ini.

Catatan Amerika Mengenai Atlantis

(Catatan-catatan dari Amerika Selatan dan Amerika tengah mengenai Atlantis)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aneh bagaimana kepingan batu yang ditemui di Illinois - Amerika Utara ini menggambarkan muka dan gaya ukiran mesir hampir sepenuhnya, sedangkan kedua benua Amerika dan Afrika terpisah beribu-ribu kilometer di antara satu sama lain


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang-orang Maya menceritakan di dalam mitos asal-usul mereka, mengenai suatu pulau atau benua yang misteri dipanggil Atzlan yang merupakan tanah ibunda mereka. Tanah asal mereka ini kemudian tenggelam ke dasar laut, menyebabkan mereka terpaksa (berhijrah) keluar. Mereka datang melalui laut, menyeberangi lautan Pasifik, menggunakan rakit dan catamaran serta singgah beberapa tahun di pulau-pulau yang ada di lautan. Perjalanan mereka direkodkan di dalam dokumen-dokumen seperti Codex Boturini, juga di dalam rekod-rekod lain3.

Sukar untuk dinafikan bahawa Atzlan yang dimaksudkan ini lain dari Atlantis. Tambahan pula, di kawasan barat lokasi Atzlan, dan keadaan aktiviti gunung berapi yang menyebabkannya tenggelam menghilangkan segala keraguan bahawa apabila ia benar-benar Atlantis, benua tenggelam berkenaan terletak di timur jauh, kemungkinan terletak di Indonesia (pentas Sunda)4.

Orang-orang Indian di rimba Amazon Brazil – Tucanos, Desanas, Barasanas dsb., – mendakwa berasal dari firdausi yang karam, dimusnahkan dan ditenggelamkan oleh banjir. Firdausi ini mereka panggil dengan banyak nama Yvymaraney (“Tanah Tanpa Kejahatan - Evil-less Land” atau “Pure Land”), atau Emekho Patolé (“Pusat Semesta”). Mereka mengesahkan datang dengan kapal-kapal yang tidak berbeza dengan cerita bahtera Nabi Nuh dan terpaksa merentasi “Lautan Susu” (Diá Alpikun Dihtalu) yang bertepatan dengan nama lautan yang terdapat di dalam cerita Hindu5.

Orang-orang Hindu menggelarkan firdausi primitif mereka dengan nama seperti Shveta-dvipa (“Tanah Tulin”), berhubungkait dengan rakan mereka di Amerika (ini). Di di dalam lagenda mereka, orang-orang Hindu juga mengatakan bahawa Lautan Susu merupakan tapak firdausi yang musnah dan karam di dalam peperangan di antara dewa-dewa dengan kejahatan6.

Seawal abad ke enam belas, sekurang-kurangnya seorang paderi Sepanyol mencadangkan bahawa orang-orang Maya dan puak-puak yang berkaitan dengan mereka adalah berasal dari Atlantis; orang-orang yang terselamat dari tamadun maju yang lenyap di dalam gempa bumi dahsyat dan letusan gunung berapi beribu-ribu tahun lepas. Jika orang-orang Maya memang merupakan anak cucu orang-orang Atlantis, ianya memang berpadanan dengan pengetahuan mereka yang tinggi di dalam astronomi, kejuruteraan dan matematik7.
---------------------

Siri 11 yang sebelumnya, siri ini dan siri yang akan datang (14) menggunakan beberapa bukti hasil kajian Prof Dr. Dos Santos, Brazil.
---------------------

Mengikut Cel. Braghine, penulis buku terkenal mengenai Atlantis “The Shadow of Atlantis, Northants (USA), 1980” suatu puak Indian Venezuela yang dikenali sebagai Paria tinggal di wilayah yang dipanggil Atlan. Orang-orang Paria ini berkulit putih dan memiliki tradisi mengenai mala petaka besar yang memusnahkan tanah tumpah darah mereka. Ianya merupakan pulau yang besar atau benua jauh di tengah lautan didiami oleh bangsa bangsawan yang sangat maju, dan ini sangat kedengaran seperti Atlantis8.

Orang-orang Toltec, yang merupakan anak cicit kepada orang Maya, juga menyebut mengenai benua karam sama yang dipanggil Atzlan, seperti yang telah disebutkan di atas. Orang-orang Nahautl, Maya dan Aztecs juga menyebutkan mengenai Wira Putih Bertamadun yang datang dari daerah yang karam ini, yang mereka namakan sebagai Quetzalcoatl, Kukulkan, Gucumatz, Bochica, dsb9.

Nama-nama ini bermaksud, di dalam bahasa ibunda mereka, “Naga berbulu pelepah (Feathered Dragon)”, gelaran yang jika diterjemahkan dengan kasar menjadi Naga yang mana kita jumpai di dalam lagenda-lagenda di Dunia Lama dan, yang paling penting, yakni Timur Jauh10.

Kesimpulannya, cerita mereka tentang Ibu Tamadun adalah menyerupai cerita-cerita orang India, Phoenicia, Mesir dan Greek. Cerita mereka adalah asli, kerana satu-satunya rujukan yang boleh kita buat adalah dari puak mereka sendiri. Malah keanehan ini merupakan lanjutan daripada apa telah kita bincangkan mengenai sistem tulisan mereka pada siri 8 yang lepas. Untuk artikel yang akan datang, kita akan meneliti beberapa lagi catatan mengenai Ibu Tamadun, termasuk catatan-catatan yang tertulis di dalam kitab suci orang-orang Yahudi.


Akan Datang: Atlantis Kadayan 15: Catatan Masyarakat Polynesia, Hebrew dan Celtik Mengenai Ibu Tamadun.


Endnote:

1Kadangkala ia disebut sebagai pulau-pulau, pulau besar, dataran besar, dataran luas dan benua.

2Sudheer Birodkar, 2006.

3Dos Santos, A.N., 1997.

4Ibid.

5Ibid.

6Ibid.

7thothweb.con, 2005.

8Dos Santos, A.N., 1997.

9Ibid.

10Ibid.


Reference:

1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html

2. TheMystica.Com, 2006. Atlantis: the Myth. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.themystica.com/mystica/articles/a/atlantis.html Sources: 16, 17.

3. Leonard, C., 2006. ECHOES OF ATLANTIS. Myths and Traditions of Ancient Lands by R. Cedric Leonard. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.atlantisquest.com/Myth.html

4. thothweb.com, 2005. Atlantis: the Andes Solution: Ancient History. Posted on Friday, December 16,

2005 (CST) by Thoth. Accessed on 03 Aug 2006. http://www.thothweb.com/index.html

5. Dos Santos, A.N., 1997. CORROBORATING EVIDENCE ON THE REALITY OF ATLANTIS by Prof Dr. Arysio Nunes dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

6. unxplained-factor.com, 2006. Introduction to Atlantis. Accessed on 22 Nov 2007. http://unxplained-factor.com/index.htm

7. user.on.net, 2006. Accessed on 12 Jul 2006. http://users.on.net/~mkfenn/page10.htm

8. Childress, D.H., 2007. Top Ten Ancient Civilizations With Advanced Technology by David Hatcher Childress. Accessed on 28 Aug 2006. http://www.atlantisrising.com/issue1/ar1topten.html

Saturday, February 2, 2008

Atlantis Kadayan 13: India, Mesir dan Phoenicia

Written by Codec Cadaianicus


Atlantis Kadayan 13: Catatan-catatan India, Mesir, dan Phoenicia Mengenai Ibu Tamadun

Bertentangan dengan penerimaan sekarang (pada zaman itu), nama Lautan Atlantik (atau “Lautan orang-orang Atlan”) adalah merangkumi semua lautan yang mengelilingi dunia purba (Eurasia dan Afrika). Lautan Atlantik mendapat namanya daripada orang-orang Atlan yang, bersendirian dari semua negara lain, berani untuk belayar merentasi perairan-perairan yang jauh dari tanah air mereka. Malah boleh dikatakan mereka telah menjelajah setiap inci perairan dunia di Zaman Keemasan.



Hanya orang-orang Atlan yang menguasai rahsia suci pelayaran yang merupakan kemahiran asas untuk melaksanakan tugas ini.
---------------------

Siri ini dan dua siri yang akan datang (13 dan 14) menggunakan beberapa bukti hasil kajian Prof Dr. Dos Santos, Brazil.
---------------------

Lautan Atlantik adalah semua lautan di sekeliling bumi. Sekurang-kurangnya ini merupakan kefahaman dunia di zaman kejahilan itu, termasuklah bagi orang-orang Greek sendiri yang banyak merekodkan tentang Atlantis. Ia mengandungi kesatuan bagi gabungan Atlantik dan Lautan Hindi. Lautan Atlantik di zaman purba juga dipanggil sebagai “Lautan Lepas”, “Lautan Kronius”, "Mare Oceanum", "Mare Magnum" or "Lautan yang mengelilingi Dunia, nama yang menggambarkan sifatnya yang mengelilingi (maliuni, ngaliungi lihat kedayan.org)1.

Memandangkan catatan orang-orang Greek semuanya bersandarkan catatan Mesir, mahu tidak mahu kita terpaksa meneliti dokumen yang terdapat di Mesir untuk mengetahui Atlantis dengan lebih lanjut.



Catatan Mesir Mengenai Atlantis

Rekod-rekod purba Mesir memberikan kita beberapa jenis maklumat yang menghubungkan dengan era Atlantis. Pertama sekali, terdapat apa yang dipanggil sebagai Masa Pertama, Zep Tepi, atau Zaman Keemasan, masa di mana dewa-dewa memerintah. Ini merupakan masa di mana manusia telah diberikan elemen ketamadunan, dimana kegelapan primitif telah dilenyapkan. Semasa Zep Tepi terdapat pengantara di antara dewa-dewa dan manusia, suatu masa bagi Neteru, yakni “pemerhati”, tinggal di dunia bersama-sama manusia dan menjadi pemandu mereka2.

Berdasarkan catatan-catatan kuno kuil Mesir, orang-orang Athen telah berperang habis-habisan dengan pemerintah Atlantis lebih kurang sembilan ribu tahun sebelumnya dan akhirnya telah memenangi peperangan berkenaan3.

Raja-raja atau pemerintah-pemerintah purba dan berkuasa Atlantis telah membentuk persekutuan yang melaluinya mereka mengawal Atlantis dan pulau-pulau sekitar4.

Atlantis telah ditimpa gempa bumi dashyat dan banjir sehingga ia lenyap ke dasar laut5.

Orang-orang Mesir menjaga dokumen-dokumen kuno dengan baik. “Bukan sahaja kita mempunyai (dokumen) senarai raja-raja dalam terjemahan Greek oleh Manetho (250SM), kita malah mempunyai sumber-sumber Mesir secara langsung, seperti senarai-raja yang diukir di atas Batu Palermo (2565-2420 SM) dan catatan Turin Papyrus (sekitar 1300 SM)6.

Satu aspek terpenting Senarai Raja-Raja (terjemahan) Manetho ialah oleh kerana tulisannya di dalam bahasa Greek, dia menunjukkan kita persamaan di antara setiap raja Mesir yang disebutkan di dalam senarai berkenaan dengan raja Greek7.

Selepas memberitahu kita bahawa jumlah semua tahun pemerintahan raja-raja bersamaan dengan 36,525 tahun (yang, kebetulan adalah bertepatan dengan tempoh manusia Cro-Magnon), beliau meneruskan: “siri pertama bagi putera-putera (yang menjadi raja) adalah terdiri daripada Auritae (atau Aletae mengikut Sanchuniathon)”8.

Manetho bersikap berhati-hati dengan menunjukkan bahawa raja-raja awal ini bukan memerintah di Mesir sendiri, tetapi (memerintah) di negara asing. Raja Cronos dan hubungan beliau dengan Zaman Keemasan (Atlantis) amatlah penting9.

Nampaknya setelah meneliti catatan Mesir kita masih juga tertanya-tanya di mana letaknya Atlantis. Orang-orang Mesir lebih berminat untuk mencatatkan hal-ehwal pemerintahan, tetapi bukan mengenai kedudukan Atlantis. Tetapi di Mesir kita mendapat petunjuk yang lain, iaitu India. Tamadun Mesir kelihatannya lebih muda berbanding dengan India, dan banyak saki-baki pengaruh yang datang dari Lembah Indus masih dikesan di dalam budaya Mesir ketika itu.


Catatan-catatan Purba India Mengenai Atlantis



Nasib baik, buku-buku purba empayar Rama di India dijaga dengan baik, tidak seperti yang terdapat di China, Mesir (tadi Mesir dianggap pandai menjaga rekod, sekarang India – pangarang), Amerika Tengah, Peru … yang walaupun mengharungi kemusnahan oleh peperangan dan penjajahan, berjaya mengekalkan sebahagian besar daripada sejarah purbanya10.

Terdapat konsep “Pralaya” di dalam budaya India. “Pralaya” bermaksud banjir atau bah besar. Di dalam cerita-rakyat Hindu terdapat kepercayaan bahawa apabila kejahatan mencapai kemuncaknya, banjir besar akan menimpa dan akan menghanyutkan segala-galanya dan tamadun akan bermula semula bagi menghilangkan segala kesan kejahatan yang telah menyebabkan banjir berkenaan melanda11.

Tradisi Hindu membicarakan mengenai Atala, sebuah syurga tenggelam yang terletak jauh di Timur (Far East). Atala adalah satu dari tujuh firdausi yang melekakan (paradisial hells – loka) Hindu12.
------------------------------

Bagi orang Purba, lautan hanya satu, iaitu air yang mengelilingi dunia mereka. Nama Lautan Atlantik (atau “Lautan orang-orang Atlan”) merangkumi semua lautan yang mengelilingi dunia purba (Eurasia dan Afrika).
--------------------

Lagenda Hindu lain mengenai empayar yang tenggelam serta merupakan model asli Atlantis adalah menyentuh mengenai Lanka dan ianya diceritakan secara terperinci di dalam Ramayana. Kisah mengenai pemusnahan Lanka oleh Rama dan Hanuman merupakan karya asli yang menjadi sandaran kepada Illiad13 karangan Homer14.

Mahabrata, kitab perjuangan klasik (keagamaan) yang melengkapkan Ramayana mencatatkan mengenai empayar Krishna yang perkasa dan kemusnahannya di dalam peperangan besar di antara kuasa bulan dan matahari (kuru dan pandu). Hastinapura, ibu negeri bagai empayar pandu adalah merupakan “Bandaraya Tiang” atau juga dikenali sebagai “Bandaraya Naga”. Kedua-dua gelaran ini berkait rapat dengan gelaran orang-orang Atlantis.

Mahabharata juga menyebutkan mengenai Dvaraka, Ibunegeri Krishna yang terletak di sebuah pulau di tengah lautan. Bandaraya ini telah tenggelam ke dasar laut apabila wira suci meninggal dunia di dalam peperangan besar, lebih kurang sama dengan tenggelamnya Atlantis15.

Tradisi Dravidia16 menyebutkan tentang benua besar yang tenggelam di arah tenggara India yang dipanggil Rutas. Nama Rutas ini berkaitan kata dasar Sanskrit rudh (merah), dan perkataan Dravidia ruta (bersifat merah, membakar).

Tradisi Hindu menyebutkan mengenai pulau-pulau yang separuh tenggelam di lautan yang dikenali dengan nama seperti Atala, Patala, Shveta-Dvipa ("Tanah Tulin / Asal -Pure Land") or Saka-Dvipa (“Pulau-pulau Putih”). Tenggelamnya benua luas ini biasanya disempenakan dengan runtuhnya Gunung suci, yang dipanggil Meru atau Atalas. Kejadian rutuh ini juga mengakibatkan langit runtuh dan meranampkan tanah syurgawi ke dalam lautan (Hindi)17.

Dari Metos Atala dan gunung sucinya Atalas inilah orang-orang Greek mendapat metos mereka mengenai Atlantis dan Atlantis18.

Seperti yang disebutkan di atas, orang-orang Greek meniru lagenda Atlas dan Atlantis daripada lagenda Atalas (Shiva) dan Atala, firdausi Hindu yang tenggelam. Seperti yang terdapat di dalam tradisi Greek, Atalas – yang berasal dari bahasa sanskrit dan bermaksud “tiang” – seharusnya bemaksud “Tiang Dunia”, juga membawa maksud Atlas di dalam bahasa Greek19.

Kesimpulannya, orang-orang India juga lebih menitikberatkan soal perjuangan dan pemerintahan Atlantis. Namun petunjuk mereka di dalam soal lokasi Atlantis adalah lebih baik berbanding dengan orang Mesir dan Greek.

Memang di dalam soal pelayaran mereka kelihatan lebih unggul dan merupakan rakan dagang bagi satu bangsa barat yang juga mahir di dalam hal-ehwal pelayaran iaitu Pheonicia. Ada baiknya kita menjengah dengan ringkas mengenai catatan-catatan atau cerita yang ada ditangan orang-orang ini.


Catatan Pheonicia Mengenai Atlantis



Peta dunia kuno dan zaman pertengahan, selari dengan usia pelayaran, tanpa gagal menunjukkan segugus pulau-pulau yang dipanggil “Pulau-pulau Atlantis”. Pulau-pulau ini biasanya berjumlah tujuh buah, dan biasanya diselaraskan dengan “Seven Islands of the Blest” di dalam tradisi Greek atau dengan “Tujuh Dvipa” orang-orang Hindu. Hakikatnya, pulau-pulau ini adalah menunjukkan saki-baki Atlantis yang tenggelam. Ianya merupakan kemuncak merapi benua tenggelam yang masih timbul sementara seluruh daratan telah tenggelam di dasar lautan20.

Tradisi-tradisi rahsia pelayar kuno adalah berasal dari orang-orang Phoenicia dan negara-negara kuno lain yang berdagang secara lazim dengan orang-orang Hindia (baca: Pentas Sunda, Nusantara), dan menjaga rahsia jalan laut ke Hindia sebaik-baiknya21.

Orang-orang Phoenicia22 – juga bermaksud “merah” di dalam bahasa Greek, mendakwa seperti orang-orang Dravida, mereka berasal dari “Pulau Api” yang terletak jauh melangkaui Lautan India (atau Erythraeab) di seberang laut23.

Ini bermaksud bahawa kawasan Hindia (Indies – baca: Pentas Sunda) adalah terletak di kawasan “Lautan Merah”. Jadi, tanah tumpah orang-orang Phoenicia nampaknya sama dengan Rutas (atau “Pulau Api”) orang-orang Dravida. Orang-Orang Mesir juga menggelar diri mereka sebagai “merah” (Rot atau Khem di dalam bahasa ibunda mereka). Malah mereka juga mendakwa berasal dari "Pulau Api"24.

Adalah sangat menghairankan apabila kajian rekod kita yang merentasi hampir suku keluasan bumi, dari Greek ke India membincangkan Atlantis sebagai satu kawasan yang panas, sama ada maksudnya berapi ataupun suasana yang panas iaitu tropika. Ibu tamadun berada di tengah laut dan, semakin ke arah timur, catatan mengenainya semakin terperinci.

Tetapi bagi mereka yang menyangkal (skeptics) ini tidaklah menghairankan kerana kawasan-kawasan ini berada di dalam lingkungan Old World, dunia lama. Perdagangan mungkin telah berlaku sesama mereka sejak zaman berzaman. Oleh itu tukar menukar, pinjam meminjam dan pengaruh mempengaruhi antara budaya sering berlaku di sepanjang masa.

Tetapi bagaimana jika kita menghala ke Amerika? kawasan ini merupakan kawasan New World, dunia baru bagi orang-orang barat, yang hanya diterokai secara "rasmi" oleh Christopher Columbus pada 1492. Apa yang kita pasti catatan mengenai benua tenggelam oleh puak-puak pribumi di sana tidak kurang hebatnya. Malah lebih dari itu, muka mereka sehingga kini adalah menyerupai orang Kadayan.


Akan Datang: Catatan Orang Asli Amerika Purba Mengenai Ibu Tamadun.


Endnote:

1
Dos Santos, A.N., 1997.

2Leonard, C., 2006.

3TheMystica.Com, 2006.

4Ibid.

5Ibid.

6Leonard, C., 2006.

7Ibid.

8Ibid.

9Ibid.

10Childress, D.H, 2007.

11Sudheer Birodkar, 2006.

12Dos Santos, A.N., 1997.

13Hikayat terkenal yang dikarang dizaman Rom.

14Dos Santos, A.N., 1997.

15Ibid.

16Salah satu daripada bangsa pribumi India. Berkulit gelap. Mereka diasak ke selatan oleh bangsa Caucasia dan sekarang ini bercampur baur dengan mereka. Merupakan keluarga besar bagi bahasa-bahasa yang dipertuturkan di India Selatan dan Tengah serta Sri Lanka.

17Dos Santos, A.N., 1997

18Ibid.

19Ibid.

20Ibid.

21Ibid.

22Bangsa Semitik purba yang menguasai perdagangan dunia barat.

23Dos Santos, A.N., 1997.

24Ibid.


Reference:

1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html

2. TheMystica.Com, 2006. Atlantis: the Myth. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.themystica.com/mystica/articles/a/atlantis.html Sources: 16, 17.

3. Leonard, C., 2006. ECHOES OF ATLANTIS. Myths and Traditions of Ancient Lands by R. Cedric Leonard. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.atlantisquest.com/Myth.html

4. thothweb.com, 2005. Atlantis: the Andes Solution: Ancient History. Posted on Friday, December 16,

2005 (CST) by Thoth. Accessed on 03 Aug 2006. http://www.thothweb.com/index.html

5. Dos Santos, A.N., 1997. CORROBORATING EVIDENCE ON THE REALITY OF ATLANTIS by Prof Dr. Arysio Nunes dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org

6. unxplained-factor.com, 2006. Introduction to Atlantis. Accessed on 22 Nov 2007. http://unxplained-factor.com/index.htm

7. user.on.net, 2006. Accessed on 12 Jul 2006. http://users.on.net/~mkfenn/page10.htm

8. Childress, D.H., 2007. Top Ten Ancient Civilizations With Advanced Technology by David Hatcher Childress. Accessed on 28 Aug 2006. http://www.atlantisrising.com/issue1/ar1topten.html