Monday, April 28, 2008

Gasing Tradisi Kedayan

Tengah @ Mohd Idris Hj. Bongsu & Arimi Sidek

Permainan tradisi gasing kedayan adalah terbahagi kepada dua, iaitu peringkat baatas (ba aja - individu) dan baumbuk (berpasukan, bergu). Gasing dimainkan dan tergolong sebagai permainan set; tetapi tidak melibatkan body contact antara pasukan pemain.


1st Revision, 13 June 2008
2nd Revised Graphics, 29 Aug 2013


gasing moden

Pada amnya, sukan gasing merupakan permainan yang versatile. Ia boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.

 Umbuk

Suatu pasukan di dalam permainan gasing tradisi kedayan dipanggil umbuk. Tiada had tertentu untuk setiap umbuk. Adakalanya saumbuk kumpulan ngayau dan bertahan (tetamu dan tuan rumah) mengandungi 10 orang setiap satunya. Namun, biasanya setiap pasukan adalah mengandungi antara 5 – 6 orang pemain.

Permainan ini dimulakan dengan proses guau (legai uri). Guau merupakan proses bertanding gasing siapa yang paling lama, paling tahan berpusing – paling tahan kadaa.

Guau

Ia merupakan pertandingan madami. Pertama, gasing akan dipusing menggunakan tali, kemudian disiut dan disimpan di atas cermin demi menjamin pusingan yang lancar dan bertahan lama – tahan kadaa.

Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemain akan nanai (menatang) cermin dan mempastikan pusingan gasing akan berterusan sehingga ke peringkat ia melintuk akibat daya pusingan semakin habis.

Bagi pemain yang mahir, proses ini dipanggil liuk. Liuk boleh berpanjangan - membentuk masa tambahan dari 1 – 10 minit sebelum gasing langsung berhenti bergerak sepenuhnya.

Di dalam permainan individu, guau bertujuan untuk menentukan senarai kedudukan (ranking) setiap pemain dan melibatkan semua pemain yang bertanding. Di dalam permainan berpasukan pula, hanya satu guau akan dibuat mewakili semua pasukan yang bertanding.

Mupuh

Guau menentukan posisi permainan gasing, sama ada mereka akan menjadi tukang palu (pemalu) atau menjadi tukang tahan (nahan). Selepas guau, peringkat seterusnya ialah mupuh (palu, pangkah).

"Siapa dahulu pajah ia nahan"

Lama tidaknya gasing berpusing akan menentukan samaada pemainnya akan menjadi tukang tahan untuk dipalu, atau akan menjadi tukang palu gasing 'mangsa' yang tersedia.

Jenis-Jenis Gasing

Terdapat empat jenis gasing kedayan. Tiga daripadanya adalah digunakan oleh para pemain tanpa sekatan di dalam mana-mana permainan, semuanya bergantung kepada strategi para pemain yang berkenaan. Gasing-gasing berkenaan dikenali sebagai Gasing Tajau, Gasing Pidada dan Gasing Anggau.

Gasing Tajau
Gasing Tajau moden

Gasing Tajau yang boleh dibeli di kedai


Jenis keempat biasanya bersaiz besar, dipanggil Gasing Basaa. Saiznya boleh mencapai sehingga 18 inci garispusat. Ia lebih berfungsi untuk pertunjukan, pameran kehebatan, dan permainan antara jagoan gasing apabila berlaku cabar mencabar samaada di dalam cabaran guau atau cabaran malu. Ia jarang diguna untuk pertandingan atau permainan gasing biasa.


Gasing Pidada asas (lampai)

Gasing Pidada moden
lagi gasing pidada




gasing anggau

Seperti yang disebutkan tadi, pemilihan jenis gasing yang diguna untuk pertandingan adalah bebas. Ia bergantung kepada kebijaksanaan pemain.

gasing besar

Akan tetapi, para pemain secara umumnya mengetahui kelemahan gasing-gasing berkenaan. Umpamanya apabila dipalu, Gasing Anggau akan dipalu secara ancit dan biasanya akan melanting jauh dari gelanggang. Gasing Pidada pula, memandangkan bentuknya yang rendah, akan dipalu secara amak atau tutuk dari atas sehingga terbenam di atas gelanggang dan berhenti berpusing.

Permainan gasing tradisi kedayan ini sekarang dikenali secara rasmi sebagai permainan gasing Borneo.


Bacaan Lanjut Mengenai Gasing:


1. Laik - Jentera pembuat gasing Kedayan
3. Gasing - Top Spinning
2. Aktivis gasing daerah Sipitang, Sabah


Komen


Anonymous:  angau? - : |2008-06-06 18:44:37


kyyrawrdyybawh - angau? hahaha
 
Anonymous - - |2009-04-22 18:52:30

haha :e

No comments:

Post a Comment