Written by kalajiau ingaa | |
Kelazatannya hambuyat dengan sambal bambangan masam adalah bak "candas lickin' good" Makan hambuyatHambuyat dimakan semasa masih panas. Jarang orang memakannya setelah sejuk. Sebaik saja diuntal, ianya direndam seketika ke dalam cacahan sebagai penyejuk semulajadi. Jangan gelojoh memakan hambuyat kerana ia harus ditelan tanpa mengunyah. Bahagian luar mungkin telah menjadi agak sejuk akibat direndam, tetapi bahagian dalam untalan kanji mungkin masih panas. Habanya semasa melalui kerongkong dan bahagian dada mungkin membuat anda berasa tidak keruan beberapa saat setelah menelannya.
Sos cacah hambuyat nombor wahid ialah sambal bambangan yang digaul dengan belacan beserta cili padi. Bagi kebanyakan oang daat kelazatannya adalah bak "candas lickin' good" [kelazatan sehingga menjilat candas]. Tetapi saya lebih mengemari cacah yang lebih mudah iaitu sambal belacan cair digaul dengan asam limau dan cili. Di sini saya awal-awal mengingatkan anda, resepi begini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Baba's atau rempah kari Adabi.
Hendak dijadikan cerita, suatu masa dulu ada seorang hamba Allah yang gelojoh menelan hambuyat panas. Tidak tahu apa yang dilakukan semasa keadaan huru hara berkenaan; beliau lalu meluru turun ke halaman rumah dan memeluk batang pisang. Beliau bernasib baik kerana kebetulan pokok pisang adalah sejuk kerana batangnya banyak mengandung air. Sekaligus ini berupaya meredakan kesengsaraannya. Tetapi kejadian berkenaan kemudiannya dijadikan peringatan, petua serta paambahan [peribahasa] oang daat supaya berhati-hati ketika memakan hambuyat. Dengan begini, kejadian "hangat-hangat nakul batang pisang" berkenaan dapat dielakkan dari berulang. Satu perkara yang anda perlu ketahui jika bersantap dengan hambuyat ialah; rasa kenyangnya adalah lebih sekejap berbanding dengan makan nasi. Ini kerana kandungan air hambuyat adalah tinggi. Ini sama keadaannya seperti anda makan bubur nasi sebagai makanan utama sewaktu tengahari. Mungkin ini merupakan punca kenapa di kampung kami, nasi tetap merupakan santapan pilihan setelah mencandas hambuyat.
Hambuyat ubikayu Selain batang rumbia, ubikayu [tapioca] juga mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Proses mendapatkan hambulong ubi kayu jauh lebih mudah berbanding dengan hambulong umbia. Malah pekerjaan ini biasanya dilakukan oleh anak-anak oang daat sambil separuh bermain. Biasanya ia bermula dengan menggali setakiding [bakul yang digalas di belakang, sejenis 'hover sack” tradisi yang dianyam dari kulit bamban atau buluh]. Ubikayu yang diperolehi kemudian dibuka kulitnya dan dicuci. Selepas itu ia digaut [garut, parut] dan dibancuh bersama air di dalam besen untuk beberapa ketika. Kemudian, bancuhan ini akan diperah ke dalam tapisan dan dibiarkan mendak sehingga serdak hambulong akan mendap di dasar bekas berkenaan. Itu saja, hambulong segar ini sudah boleh ditumpahi menjadi hambuyat. Hambulong yang dihasilkan kelihatan lebih putih dan cantik bak salju. Hambuyatnya juga lebih jernih, lembut dan nipis. Namun penggunaan candas semasa memakannya tidak begitu praktikal kerana keadaan hambuyat ubikayu lebih cair untuk diuntal. Agaknya di sini kita harus mengenepikan SOP [Standard Operating Procedure] hambuyat, pakai saja sudu sebagai penyuap – habis cerita. Sifat hambulong ubikayu yang disebutkan di atas merupakan sebab kenapa ia lebih sesuai dijadikan untuk dijadikan perekat; selain bebas dari sebarang bau seperti yang terdapat pada hambuyat umbia. Suatu ketika dulu, kanji ubikayu juga diberitakan sesuai sebagai bahan pengeras baju sebelum diseterika. |
Tuesday, December 23, 2008
Rumbia, hambulong, hambuyat – Part 3
Tuesday, December 9, 2008
Rumbia, hambulong, hambuyat - Part 2
Written by kalajiau ingaa | |
Ahh, hambuyat memang sukar. Setelah bertahun-tahun saya masih gagal memasak hambuyat dengan baik. Dalam 10 tumpahan, 8 daripadanya paling sesuai untuk makanan itik sahaja.
Hambuyat di dalam besen untuk santapan oang daat Hambuyat adalah sejenis kanji dan boleh dijadikan gam pelekat kertas. Dengan adanya hambulung, jika setakat hendak melekatkan setem dan sampul surat kami tidak perlu risau. Dijamin memang tiada masalah. Sekali masak kanjinya boleh bertalam-talam. Berbanding dengan kanji jenis lain, sari hambuyat adalah lebih tebal dan keras. Bagaimana pun ini bukan merupakan masalah jika pandai mencairkannya dengan menggunakan sukatan air yang tertentu.
Makan kanji menggantikan nasi?
Hambuyat dengan Chopstick Borneo
Ya betul, sagu rumbia boleh dijadikan makanan ruji [makanan harian, staple food] bersama-sama sayur mayur dan lauk pauk. Satu tambahan yang pasti iaitu cacahan [sejenis sos ramuan ringkas tempat mencicah hambuyat sebelum ditelan]. Saya difahamkan suatu ketika dulu orang-orang bisaya dan tatana (juga merupakan oang daat yang hidup berhampiran) di kawasan Beaufort pernah menjadikan hambuyat sebagai makanan ruji. Di negeri Sabah yang bermasyarakat majmuk ini, agak sukar untuk mendakwa bahawa hambuyat ini si anu punya, atau hambulung itu pula kami yang punya. Hambuyat ada di dalam kehidupan oang kadayan, juga didapati dalam kehidupan etnik lain. Di sana ada, di sini pun ada juga. Siapa yang benar-benar empunya hambulung ini, entahlah. Lihat saja contohnya tarian magunatip. Di Sabah tarian ini sinonim dengan etnik Murut. Namun ia juga terdapat di dalam budaya penduduk Filipina serta penduduk asli Taiwan. Pendeknyaa hambuyat adalah harta kehidupan kepunyaan bersama [common property] masyarakat di pantai barat Borneo. --------------------------------------------------------------------------------------- Hambuyat (brunei: ambuyat). Sagu rumbia, pati sagu, pokok royong, Metroxylon sagus / rumphii Family : Palmae) -------------------------------------------------------------------------------------- Kami seisi kampong juga menggemari hambuyat. Tetapi bagi kami hambuyat jarang dijadikan makanan tunggal, sebaliknya lebih merupakan pembuka selera dan makanan tambahan. Selepas memakannya, kami tetap akan menjamah nasi walau sedikit. Proses memasaknya dipanggil numpahi aing hangat [air panas yang baru mendidih akan ditumpahkan] sedikit demi sedikit ke atas ketulan hambulong yang tersedia di dalam besen sederhana besar. Sebenarnya bukan sekadar menuang air panas; kemahiran tinggi perlu untuk menukar hambulong menjadi hambuyat yang sesuai untuk dimakan. Proses mencairkan kanji untuk menjadi gam lebih senang kerana asal cair, bolehlah dilekatkan. Jika anda melihat orang memasak hambulong, pasti akan kagum. Orang yang memasak hambulung akan memegang cerek berisi air panas secukupnya dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang gagawi [senduk khas pengaut nasi]. Air akan dituang sedikit demi sedikit sementara gagawi pula digunakan untuk memusing bancuhan hambulung. Hasilnya, bancuhan di dalam besen akan berputar dan berpusar. Kemudian semakin sedikit air dituangkan dan pusingan gagawi semakin lambat sehingga pada tahap yang paling sesuai pusaran akan terhenti sendiri.
Pada ketika ini cecair mula menjadi separa beku umpama agar-agar yang melekit. Warna putih hambulung bertukar menjadi jernih sebagai tanda ia telah masak dan menjadi hambuyat. Jika sedikit air dari yang sepatutnya dituangkan, hambulung tidak akan masak. Terlebih air pula, kanji tidak akan menjadi separa beku. Terlebih pusing gagawi, anda akan sukar mengimbangi jumlah air yang dituang. Jika kurang pusing, lompang-lompang [bubbles] putih hambulung mentah akan terbentuk di dalam hambuyat. Ahh, numpahi hambuyat memang sukar. Setelah bertahun-tahun saya masih gagal memasak hambuyat dengan baik. Dalam 10 tumpahan, 8 daripadanya paling sesuai untuk makanan itik. Hambuyat [kanji masak] adalah bahan separa cecair yang agak melekit. Jaga mulut! Anda tidak boleh menyuapnya begitu saja kerana ianya dimakan semasa masih panas. Peralatan khas digunakan untuk tujuan ini dan walaupun sudu dan garfu boleh diguna untuk menyuap ke dalam mulut, ia tidak termasuk di dalam modus operandi memakan hambuyat. Tidak ada kelas makan hambuyat dengan sudu dan garfu.
Hambuyat diuntal
Ia biasanya dimakan menggunakan candas [chopstick] yang khas. Kita namakan saja candas ini sebagai Chopstik Borneo kerana memang boleh dikatakan begitu. Kegunaan utamanya khusus untuk memakan hambuyat. Namun, memandangkan ia merupakan penyepit yang mudah, ia juga sesuai untuk kegunaan lain seperti mengangkat ikan dari tempat salaian api dan sebagainya. Hambuyat akan diuntal [digulung] dan dipilas sebelum membentuk ketulan lembut sebesar yang kita selesa untuk muluk [menelan sekaligus tanpa mengunyah]. |
Friday, December 5, 2008
Rumbia, hambulong, hambuyat – Part 1
Written by kalajiau ingaa | |
Hambataa (ulat sagu) merupakan santapan yang digemari oleh sesetengah oang daat! “mun inda dipacahakan batang umbia apa ulah kan luih hambulong” [kalau tak dipecahkan rayong manakan dapat sagunya] Lebih kurang maksudnya, kita harus berusaha sedaya upaya jika hendak mendapatkan sesuatu hasil yang baik. Ungkapan di atas menggambarkan keakraban pokok sagu dengan kehidupan orang-orang Borneo, terutamanya oang daat di belahan dunia kami yang tinggal sekitar pantai barat dari kawasan Papar sehingga ke Miri. Malah, misi utama program Syarikat berpiagam Borneo Utara British pada awal abad ke 20 (1900 – 1914) ialah mengkomersilkan penghasilan sagu di kawasan Beaufort dan Papar. Pokok Umbia (rumbia) dikenali dengan banyak nama. Walaupun kami hanya mengenalinya sebagai umbia, pokok dari spesis palma ini sebenarnya terkenal di serata pelusuk dunia variasi nama “sagu (arab)” yang terkenal. Di antaranya ialah Sago palm (English), Sagoutier (Perancis), Sagopalme (Jerman), Sago (Itali), Sago yashi (Jepun), Thagu bin (Burma), Sa khu (Thai), Sagu (Vietnam) dan lumbia (Tagalog). Orang-orang jawa mengenalinya dengan nama Ambulung, manakala bagi kami hambulong adalah merujuk kepada pati sagu yang telah diproses. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan paya air tawar dan batangnya mempunyai kandungan kanji yang sangat tinggi. Hambulong [Brunei - ambulung] mengandungi sehingga 90% kanji tulin iaitu karbohidrat. Setelah dimasak ia dipanggil hambuyat (kanji masak) dan ia boleh dimakan untuk menggantikan nasi. Berikut merupakan cara tradisi untuk mendapatkan hambulung. Terlebih dahulu pokok umbia yang matang ditebang dan dipenggal sekira-kira tiga hingga empat kaki panjang. Kulit luarnya yang keras dan berwarna gelap akan disisi (dibuang, dilapah, dikupas secara belahan sisi). Bahagian serabut di sebelah dalam yang lebih lembut akan diparut menggunakan gergaji parut khas dan hasil parutan akan dimasukkan ke dalam pelantar penapis yang dipenuhi air. Penyisihan kanji dari serabut umbia dibuat menggunakan kaki sebelum diayak. Kemudian air berkanji berwarna putih akan dibiarkan beberapa ketika supaya kandungan kanji yang ada di dalamnya mendap. Mendapan ini merupakan mendak kanji tulin yang berwarna putih bersih seperti tepung yang telah diuli dengan air, tetapi warnanya lebih putih dan terasa mulus apabila dipegang. Kenali Sagu dari aspek yang lain! A. Hambataa – Ulat Umbia Sebenarnya kegunaan batang umbia bukan hanya terhad kepada penghasilan sagu. Bagi oang-daat yang bukan beragama Islam (orang dusun, orang dayak dan sebagainya) selain menghasilkan hambulung, batang dan tunggul pokok umbia yang dibiarkan mereput akan menjadi pusat pembiakan kumbang dalam jumlah amat banyak. Akan tetapi sebelum proses metamorphosis berjalan dengan lengkap, kumbang-kumbang ini adalah merupakan ulat umbia bersih yang kami kenali sebagai hambataa (tetapi orang kadayan tidak memakannya, sejauh yang saya ketahui). Hambataa tinggal di dalam pokok umbia dan bergantung kepada kanji mentah di dalam pokok berkenaan sebagai makanan utama. Saiznya sebesar ibujari setiap satu dan apabila dikumpulkan berbakul-bakul, hambataa merupakan santapan yang digemari. Sehingga sekarang, ada masanya ulat-ulat umbia ini kelihatan dijual di tamu-tamu kawasan yang tertentu di Borneo. B. Sagu Tradisi dihasilkan Secara Injakan Sagu dihasilkan dengan menginjak hasil parutan serabut menggunakan kaki, tidak kotorkah? Ya, menggunakan kaki. Oleh kerana kuantiti parutan serabut pokok umbia yang banyak, biasanya injakan kaki diperlukan, bukan tangan. Suatu ketika dulu padi juga diinjak menggunakan kaki, bezanya padi masih berkulit dan kulitnya hanya diasingkan untuk menghasilkan beras setelah ditumbuk di dalam lesung kayu. Proses pembuatan wain tradisi juga memerlukan injakan untuk memerah cecair dari buah anggur; sebelum diperam. Pada sekitar tahun 1997, saya pernah mengikut rombongan lawatan ke sebuah kampong untuk melihat bagaimana sagu dihasilkan. Saya tertarik untuk melawat tapak perusahaan tradisi sagu di kampong berkenaan kerana penghasilan sagunya begitu putih bersih dan agak terkenal. Setibanya kami di sana, satu demi satu proses pembuatan sagu diperlihatkan secara terperinci. Ini termasuklah daripada proses pembuangan kulit luar, memarut dan semuanya berjalan lancar sehingga tiba ke proses menginjak. Agaknya pakcik pengusaha berkenaan ada sedikit kesilapan teknik. Untuk demonstrasi injakan, dengan selamba beliau berjalan, memasuki ruang dan kemudian terus menginjak serabut umbia tanpa meninggalkan boot plastik hitam yang dipakainya. Pada masa itulah saya perasan raut muka kebanyakan ahli rombongan menjadi berkerut dan di akhir sesi, tiada seorang pun yang membeli sagu yang dihasilkan. |
Wednesday, November 19, 2008
Who is Aling? Part 2
Except for the caring few; and that consists of her late mum, a brother, four sisters and perhaps, some nieces and nephews – not sure either. The fact is that, they formed the innermost circle of the family. The team later joined by the sister in law.
This small wagon acted as the only bridge for Aling and our world, and becomes a life support system for her. This way, her misfortunate endeavor in the hideout continues till the day she dies.
But whatever it is, I am quite sure it doesn’t even include all family members. For example, one of the brothers can’t remember he ever met Aling since 1970s.
On the day she passed away, the undertaker service immediately called upon to the village. The servicemen then asked a villager where about the location of the deceased. The man responded, he knew the location well, but can’t remember there is any members of the family in the said house had just died, if any.
He clearly excluded lonely Aling from the list!
As for me, it was my wife who woke me up at 6 o’clock in the morning, and informed me about the news. “We have to go back”, I replied immediately.
Its quite disturbing on the way back as my maid asked too many questions to whom actually had just passed away, where did she lived, why the funeral is going to take place in grandma's house, etc.,etc.,. At the end I simply lied to her to keep the mouth shut.
That was the first time I saw her, upon my arrival. O my God, this must be Aling. A middle age with small, built, thin, toothless, and lifeless body with short hairs; lied down on the mattress. Her eyes sunk deep inside the sockets - as if to tell everyone that’s how exactly she was hiding deep inside the house for most of her life. She clearly wasn’t in a good shape when God called upon her. The face implied misery, lots of them. The expression on her face contained a mystery that is known only to her. And to God, who dictates the unique path for her in this world.
Imagine the will of God, and how He dictates Aling on how to live her life in this world. It lies well beyond my apprehension, as well as my poor imagination.
It is a lonely world, no matter how we look at it. It is terribly slow, everything moves at a snail pace. Time is incredibly abundant when it’s all about living in a room, if I must describe here. Every moment goes nowhere. Everywhere it’s all about gazing on the wooden floor, wooden wall and a tin roof. With unlimited time in possession, eventually you will be able to recognize every crack on the wall, or to memorize every hole atop, or to pinpoint every pattern and color around you. For every second you tend to submerge in limitless wild imagination, the mind ocean of yourself. Your heart beat, your breath becomes perpetual life music. The heat of the rooftop becomes the permanent crowd, and the wind’s whirling sound becomes your only friend. Once or twice a day the door squeaks open, and a familiar somebody enter your domain as their duty call. This is the only time when your infinitive wandering takes a break. Perhaps is serves as a reminder that there is still another world apart from your own mind; that you corporeal body must still eat and nursed in order to survive.
But what if it’s actually the other way around? Aling may in the wonderland for all these while, ours' too preoccupied and materialistic mind simply couldn’t understand. From this perspective, what we may see as misery may not misery after all. She may love her tiny world that we see as a pitiful cage like no other; and the old house had fulfilled whatever desires she may had in her lifetime. Maybe she treated every break whenever somebody enters the room as unnecessary disturbance that she hated most; who knows? Perhaps this is why, according to the auntie – do not undermine her ability to badmouth anybody who happens to visit her once and a while.
"I couldn’t remember how she like, I can only recap the glimpse of her past by looking at the photo”, said the brother. Whatever.
But I honestly still don’t understand to why she did not move to grandma’s [then] new house instead of staying in the old one. Why she never had been exposed to other family members; she deserved it, like it or not. Why there were no further efforts to cure her on the first place. And why they never openly discuss about Aling, she was a family member, and should be treated as one. These question marks will be buried together with Aling, I suppose. As for me, I won’t ask again from this point on. No heart feeling, sorry; I just speak up my mind.
Looking back, I now realize that whatever God had determined on Aling’s fate, actually it is for us to ponder upon. In my view, it’s all about God’s mercy. It is the mercy that rules, well above anything else. For if God’s judgment is actually based on bad, or good deeds of every human being, Aling are clearly an exception to the rule. What are there to judge when Aling did neither good nor bad for 37 years?
The brother swears that he saw something extraordinary on Aling’s final moments. His spiritually untrained eyes caught the bright white, yellow, green and red lights, akin to firework on display minus the cracking sound, well above the old house for several minutes. However he doesn’t understand what it’s all about, he even drives to work as usual; only to be informed later that the sister had gone forever.
To all the good bountiful souls that taking a good care of her for decades, as a fellow human being, I humbly praise your all.
Praise to you bapa & mama Jojo, mummy, mama, mama Ijam, auntie Alan, Ida, Ali and others, whoever you are, for the distinctive long service of humane effort. All of you are worth mentioning here.
May God bless us all, and rest in peace Aling!
So that's what I mean, my friend's story is exceptionally interesting - Arimi.
Comments
your fan - 37 real |2008-11-17
WoW
is this real?
Tuesday, November 18, 2008
Who is Aling? Part 1
While in a coffee shop over ‘teh tarik’ last week, he suddenly posed a strange question to me, “How does it like if you live in a deserted island, all by yourself for 37 years?”
I then replied, “If Robinson Crusoe's story of living in isolation for two years or so can be foretold in a book; I can write about my 37 years of experience in 20 books!”
Yes, Aling lived in a near-complete isolation for nearly four decades; except it did not take place in an island but rather, in an old house!
This is a true story; no matter how strange it may sounds.
Here my friend’s story goes.
I am related to her not by blood, but rather; by marriage. I am married to one of her nieces, so she is my wife’s auntie to be exact.
I never had a chance to see her face, let alone talking to her, in her life time.
First time when I became part of this family, I noticed the remnant of an old house about 10 meters away from the grandma’s house. Strange enough this old house, it is well maintained and tidy, as if somebody lives there.
My instinct always told me that somebody must have been in the house, but I choose not to ask much. Nor that I don’t want to know, but my wife and even the whole family doesn’t talk about it. And as a newcomer, I can’t demand much, can I?
Therefore, I don’t know much about her. But since Aling isn’t with us anymore, I will tell you [almost] everything I know about her.
Aling was born in 1957. On the same year Malaya was freed from colonial rule; it was the year of independence, and the date that is well guarded by nearly all Malaysians.
She was the prettiest among the sisters, I was told on the funeral day. An active young girl with athletic built of sort. And she lived a healthy life until she was fourteen. That is until she was in secondary school; form two to be exact – circa 1971.
By the time, then misery struck upon her. It was raining on the way back from school one day. As the result, she was fallen sick; maybe high fever of a kind, I never knew. The sickness recovered in the matter of days, but mentally she hadn’t from that very unfortunate moment.
From there on, she was completely transformed into different persona. Yes, changed. And change for bad and later, for worse.
She had chosen to stay in her room. Refused to go out perhaps; refuse to meet people; refuse to talk; refuse to communicate; refused everything. She kept herself into a living exile, in her own bedroom.
According to Mr. Anis, one of her cousins [and my wife’s uncle], the isolation cycle wasn’t actually completed overnight. Rather it was a gradual process. She was still quite a normal person for some time after the sickness.
But of course, more and more time was spent inside the room until the cycle completed, and the room became the world on its own. I m not sure how far the medication process took her, but apparently the isolation stays.
It was on a later stage that Aling’s family built a new house adjacent to where she lived. Supposedly this house was to replace the existing, only to saw that Aling wasn’t part of the moving process eventually, not sure why. Her mum reluctant to bring her along on safety reasons, maybe. Or she may persist to live where she lives, and persistently had chosen to remain there. Whatever it was, she lived there till the end.
Life had become a full circle for Aling and her room. So complete that, as the time goes by, Aling completely vanished from the real world, our world. For 37 years.
Who is Aling? For decades, no longer has anyone known, and nobody cares.
Thursday, November 13, 2008
Musim Hujan 3: Baah [bah, banjir]
Written by kalajiau ingaa | |
Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga. Musim hujan yang berterusan bakal mengundang limpahan air di kawasan lembah sungai dan kawasan pamah di sekitarnya. Dunia kami kebetulan terletak di kawasan limpahan baah [bah, banjir]. Dalam hal ini, baah bagi kami adalah seumpama keadaan “alah bisa tegal biasa”. Di sepanjang masa kami cukup dekat dengan dengan baah. Dekat maksudnya banjir boleh melanda 2 – 3 kali setahun pada waktu tertentu. Mungkin agaknya berpunca daripada kejadian peredaran monsun ataukah kitaran hujan, limpahan baah lebih kerap bermula awal pagi berbanding pada siang hari.
Tambahan [grafik], 13 November 2008
Banyak kerja tambahan pada waktu air mula melimpah naik; urutannya boleh dipermudahkan begini. Pertama penduduk kampung semuanya bersiap siaga menghadapi keadaan yang tidak menentu ini. Kedua ada penduduk kampung perihatin yang sukarela akan menjaga paras air. Mereka ini menjadi penjaga baah tidak rasmi dan memaklumkan keadaan terkini paras bahaya limpahan kepada penduduk kampung. Seterusnya berita berkenaan akan disebarkan cepat ke seluruh kampung melalui apa-apa medium yang bersesuaian seperti kokok [bukan kokok ayam, ia adalah kelui-memberi maklum secara menjerit], tawak-tawak [gong] serta ketukan pintu ke pintu. Ada juga yang terjaga akibat suasana hingar bingar jiran sebelah rumah semasa bergegas mengharung halaman. Haiwan ternakan, barang-barang dan peralatan penting harus di angkut ke tempat selamat. Kawasan selamat maksudnya termasuk ruangan dalam rumah – beranda, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, di mana saja. Jadi segala kayu api, guni padi, ayam, itik, tekukur diangkat dengan kataan dan sangkarnya sekali. Tidak hairanlah tak lama bakahau seluruh rumah. Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga. Alamat buruklah bagi mereka ini kerana barang-barang serta peralatan yang ada di halaman akan hanyut. Nasiblah kan, nanti setelah surut cari balik. Mungkin adalah terdampar di mana-mana kawasan pinggir kampung... Tetapi baah adalah masa berpesta bagi anak-anak oang daat. Kami mana peduli dengan bahaya semua itu. Baah adalah air; air yang banyak; banyak sangat dengan warna seperti teh susu... Splash!!! Air di mana-mana; dengan cuaca yang sejuk segar. Anak-anak daat menjadi sangat sibuk sepanjang hari semasa baah. Bertenggek di tepi tingkap, di beranda, di muka pintu memerhati air yang berlegar-legar mengharungi tiang rumah, pokok-pokok dan serangga-serangga bertenggek menyelamatkan diri di bahagian luar dinding . Kami semua tercangak-cangak menunggu 'lampu hijau' dari ibu bapa. Biasanya ia diberikan apabila air baah mulai surut dan inda bangat [arusnya tidak lagi begitu deras]. Sebaik sahaja saja 'lampu hijau' diberikan kami semua bertempiaran bagai “anak ayam kehilangan ibu” meredah baah. Di serata kampung anda boleh melihat anak-anak berpesta dengan kepala bajangolan [timbul], salam saloo [tenggelam timbul], ba aboo [berendam sukaria]. Antara aktiviti kegemaran kami ialah ba ajung [bermain perahu kecil, jong], membuat bangkaa [rakit, bangkar] daripada batang pisang. Bagi mereka yang inginkan peralatan yang lebih mudah, pilihan yang ada ialah gaman [penimbul] dari apa saja yang sesuai seperti sebatang pisang, gelen yang ditutup, tiub tayar yang dikembungkan, besen besar dan sebagainya. Keadaan pesta ini berterusan sehingga air banjir surus sepenuhnya. Keesokan harinya, seluruh kawasa akan menjadi becak melepasi buku lali. Persekitaran halaman akan berbau hanyir dengan bau galang-galang [cacing] yang mati. Pemandangan menjadi teruk dengan seluruh kawasan tidak ubah seperti dicat dengan warna kelabu kuning. Kebun-kebun sayur akan rosak teruk, tetapi tidak pula semestinya binasa sepenuhnya. “Sekali bah sekali pantai berubah”, bak kata pepatah kita. Pepatah tersebut lahir dari kejadian semulajadi mengenai kemampuan bah untuk mengubah keseimbangan mukabumi dan ia benar-benar sentiasa dibuktikan. Jika tidak beringat dan berjaga-jaga musibah boleh melanda dengan lebih ketara. Rumah boleh hanyut, manusia boleh lemas ditelan arus, manakala harta benda pula rosak binasa. Di abad lepas, pernah ada saranan supaya kerajaan menjadikan musim baah sebagai salah satu tarikan pelancong ke negara kita. Alasannya, kalau di negeri yang bersalji; salji boleh menjadi daya tarikan, kenapa pula baah tidak boleh. Soalnya bukan semata-mata orang lain boleh kita harus boleh juga. Air baah bukannya bersih seperti salji, tambahan pula zaman sekarang ini. Air yang melimpah tidak mengira dari mana sumbernya. Air sungai, air longkang, parit, longkang besar, tangki kumbahan ... Fikir dua kalilah sebelum melaksanakannya. Commentsliau kadayan - siok jua baah atu |2009-05-15 17:23:03 Cuba tah batutuan kadayan ( tapi translet BM bagi pakataan yang hantap kalasik bunyi... sama ejaan... kadayan kami kakal jua ada R... kecauli dalam tutuaan. Tahniah.... Kitani kadayan mana kian... sipitang? Beufort, Berunai... Temburong> Labuan... atau di Sarawak.... basinglaki - banaanya kian |2009-07-11 13:08:06 iatah owang kadayan kaaang ani, payah hantap dikelalie indamau tutuan kadayan...puas sudah ku bejalan di dunia ani..da mau ngakun..inda jua baie malu kali... |
Wednesday, November 5, 2008
Musim Hujan 2: Kulat Tahun
Wednesday, October 29, 2008
Musim Hujan 1: Hujan, Lembab dan Sejuk
Written by kalajiau ingaa | |
Tuesday, 28 October 2008 | |
Ahh, kalau suasana nyaman begini biarlah hujan sepanjang hari! Sekarang ini tidak syak lagi merupakan musim hujan. Di kawasan perumahan tempat saya berkampung tinggal, sepanjang hari ini hujan memanjang. Itu belum dikira hari kelmarin. Atau hari- hari yang sebelumnya. Dah berhari-hari sukar hendak melihat sinar matahari siang.
Cuaca mendung sentiasa. Persekitaran menjadi basah, lembab, lecah dan tanah tanih menjadi becak. Suhu sekeliling pula menurun dan udara menjadi sejuk segar. Dalam cuaca begini tidur menjadi semakin nyaman. Selimut menjadi terlalu berat dikuak untuk bangkit mengerjakan solat Subuh.
Krriiiiiinnnggggg!!!.... "Bangun bang, solat"; sang isteri mengingatkan. "Aarghh, sekejap lagilah" Iyalah, sekejap. Sedar-sedar sudah pun pukul 8.30 pagi. Nasib baiklah hari ini merupakan hari cuti umum [Hari Deepavali]. Jika tidak, sudahnya gerenti terpaksa bohong sunat meminta MC, dek kerana 'terponteng' ke pejabat. Dari dahulu sampai sekarang musim hujan adalah sinonim dengan udara yang segar, sejuk dan nyaman. Dahlah bangun lewat, masih juga kubut-kubut [ke sana ke mari] berkain pelekat sahaja dengan penuh senggang hingga ke petang. Seterusnya, makan, makan dan makan. Selera bertambah menjadi besar berganda-ganda di musim hujan. Melangkaui lewat pagi pukul 11 dan kemudian mengundang awal petang pukul 3, tetap juga berkain pelekat. Lagi pula hendak ke mana lagi dalam becak begini. Jadi kain pelekat menjadi pakaian rasmi sambil bersila di ruang tamu dengan sebatang rokok yang berasap di tangan. Hendak menyedapkan cerita, ada pula secawan kopi panas. Asap nipis yang berkepul-kepul seiring dengan aroma kopi arabica yang cukup asli. Belum cukup lagi; tidak lama kemudian sang isteri berlenggang membawa sepiring penuh ubi kayu rebus lengkap dengan segenggam gula digaul dengan kelapa parut. Aah, kalau begini biarlah hujan terus sepanjang hari... Tetapi di dunia oang daat, sebenarnya hujan juga merupakan masalah kepada mereka. Seingat saya musim hujan mengganggu rutin dan memperlahankan aktiviti penduduk kampung. Hujan yang berterusan sehingga dua tiga hari cukup menyakitkan. Ini adalah suatu masalah besar. Sukar mencari kayu api; dahan kayu semuanya basah. Jangan berangan hendak menjemur padi, silap-silap nanti buah padi yang bercambah menjadi semaian. Yang kerjanya ke laut pula, ini merupakan musim cuti yang panjang. Senang saja nak tahu keadaan cuaca.
Jengah ke laman, ayam pun telah tidak lagi menghiraukan titis-titis hujan yang turun – mereka mencari makan di tengah hujan! |
Monday, October 27, 2008
Bugang, Tu'ak dan Punggok
“Taabang tu'ak taabang bugang, tinggal pungguk sa oang-oang”
Simpulan bahasa di atas merupakan paambahan oang-oang tuha kadayan. Ia menerangkan tentang perasaan pilu dan sayu apabila ditinggalkan keseorangan dan hidup bersendirian.
Kesunyian dan kepiluan yang lebih parah berlaku jika pasangan mereka, sama ada si suami atau si isteri, telah menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu.
"Lantung-lantung, duduk-duduk malihat dinding, limpang-limpang malihat hatap"
Nasib baik di zaman serba canggih ini ada kemudahan telefon, internet dan TV. Jika tidak entah apa yang hendak dibuat oleh mereka. Tapi bagi orang tua yang separa-buta huruf, hatta internet mungkin tidak begitu berguna kepada mereka.
Anak-anak pula bukan semestinya kejam, walaupun ramai juga di kalangan anak-anak yang tidak begitu ambil peduli akan kemaslahatan ibu bapa mereka selain dari menghulurkan wang dan berziarah menjengah si tua uzur sekali sekala. Tidak perasan dengan ketidak perihatinan mereka terhadap ibubapa dek kesibukan mengurus kehidupan sendiri yang serba mencabar, mungkin.
Lagi pula, mengurus perasan ibubapa juga bukan satu perkara yang mudah. Mahu dibawa tinggal bersama-sama, ibubapa mereka sendiri tidak mahu. Mereka selesa dan merasa bebas untuk hidup dan mati di rumah sendiri.
Masalahnya "membiarkan" ibu atau bapa atau keduanya bersendirian di kampung sebenarnya juga merupakan satu penyiksaan yang tersendiri. Sakit pening mereka terpaksa bergantung harap kepada jiran tetangga. Menyentuh tentang jiran tetangga, terpulanglah pula kepada jiran tetangga yang bagai mana. Jika mereka tergolong sebagai prihatin itu sudah cukup untuk menenangkan fikiran. Tetapi bagaimana jika jiran tetangga itu jenis yang tidak ambil pusing, “kau kau, aku aku?” Tambah pula lagi satu masalah. Lagipun manalah sama layanan jiran tetangga berbanding dengan anak sendiri.
Rumah orang tua-tua kan ada, kata seorang kawan. Buat apa nak sentimental, nanti kita sendiri kalau dah tua esok pun kenalah mempersiapkan fikiran untuk menghadapi kehidupan yang pilu di hujung usia. Menarik juga bunyinya, tetapi bagi orang Kadayan, perkara ini masih jauh dari kebiasaan yang diamalkan oleh masyarakat, bukan maksudnya tidak berani.
Lagi pula, teringat satu kisah di zaman dahulu. Seorang lelaki telah menghantar bapa beliau yang telah tua dan uzur ke sebuah gua untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di sana. Si atuk yang tua dengan segala rintihan pilu memohon supaya lelaki itu – anaknya tidak menghantarnya ke gua berkenaan. Mohonlah, supaya dia dapat terus berteduh dan tumpang bahagia di rumah anaknya itu. Tetapi rintihan berkenaan tidak diendahkan, lalu didukunglah bapanya, sehingga ke gua berkenaan dan tiada lagi khabar berita mengenainya. Mati sudah tentu.
Masa berlalu dan giliran lelaki berkenaan pula yang menjadi tua. Lalu suatu hari, anaknya pula yang hendak mendukungnya ke gua untuk maksud yang sama. Lalu lelaki itu melakukan perkara yang sama, merayu, merintih dan memohon supaya dia tidak di hantar ke gua.
Kata anaknya, “sewaktu kecil dulu, saya tengok abah melakukan perkara yang sama kepada atuk, jadi saya hanya mencontohi apa yang pernah saya lihat sebelum ini”.
Mungkin berbunyi agak sentimental, tetapi itu belum lagi masuk kisah si Tanggang, Malim Kundang dan lain-lainnya. Kesimpulannya, semampu mungkin kita harus berusaha untuk mempastikan kebajikan dan perasaan ibu bapa terjaga, bukan setakat menghulurkan wang ringgit semata-mata demi mengelakkan orang tua menjadi “pungguk” yang bersendirian
Aliesofie - Re. Burung Tu'ak dan Bugang
|2008-10-28 20:01:43
Kalau nya kadayan di Brunei Darussalam burung Bugang anitah yang suka membawa khabar inda baik bila ia berbunyi siring rumah diwaktu malam. Kunonnya ada adatah orang kan Nuhon atau sakit kuat sebagai tanda tanda orang hampir siring rumah kan Nuhon. Kepercayaan ini masih dipercayai oleh orang tuha tuha kitani di Brunei Darussalam yang lahir sebelum tahun 70an.Tetapi generasi muda kitani inda ingau lagi pasal bunyian bunyian burung burung membawa khabar ani. Kerana agama kitani Islam sudah kuat berkembang. Begitu jua ceritanya dengan burung Tuit-tuit bila berbunyi dan lacus lacus terabang barang kepala. Apalagi bila masa menyiut Mengkutut/Bangkutut (udang air tawar) lakas lakastah mulih ketungkalan takut ada yang kan Nuhon dikampung. Bugang jua mun ia hinggap di Bubung rumah masyarakat kitani dahulu lakas lakas makan doa selamat tolak bala ditakuti mati serumah. Begitulah sedikit ceritanya ditempat kami di Negara Brunei Darussalam yang ada masih mempercayainya. .
Mohd - Burung Bugang
|2008-11-01 11:51:09
Salam, banar 2. Even sampai haie ani mun d kg Limbang pun masi g ada kepecayaan mcm a2. Mun kami d kg. sibuk tah tangah ngunjar badil n marcun kan d latupkan aaah burung bugang bebunyi. D Seria pun mun mama tedangar ada bunyi a2, ingau tah mama merista sapa g sakit d kampung. Apa pun a2 hanyalah kepercayaan orang daulu2.
ALIESOFIE - KATA BUGANG
|2008-11-03 21:54:31
Selain badil KATA BUGANG jua diamalkan oleh puak kedayan dahulu dengan membaca beberapa patah perkataan sahaja boleh membunuh burung Bugang dengan mematahkan bilah kayu dan hantak kaki kebumi lalu bugang itu pun mati jatuh. Mun sikarang ani ada kah inda lagi puak kitani mengamalkan ilmu kata Bugang ani. Siapa pandai atu ajar ajar eh!
jelan
|2008-12-10 14:31:43
Kata bugang atu ada pulang kakal yang pandai tu. aku ni uwang Limbang pulang tapi yang tahuku k.kg ada kg dBaunai atu tahu kata bugang atu nih. Mun besia setahuku alum ada nih.
Yang bunyi buung bugang atu,uwang tuha mulanya nganya yang pecaya tu eh..aie alum islam kuat banaa nih tu. Tahulah uwang tuha2 kadayang ani beiimu jamu.
Srumpun Kitani !!! - BUGANG dan TO'AK.....
|2008-11-25 00:12:43
BUGANG ni sama jua Rupanya dengan TO'AK tu. Cuma bulunya nganya yang ada lain sedikit. Mungkin BUGANG ni Laki pakah bah dan TO'AK ani Bini pakah jamu.Kalau Pengunjung Saudar2 dari Brunei melawat tah kmu jua di www.beritaborneo.blogsopt.com eh. Nulis tah kamu Artikal disana atu jua. Sumbang2 lah Berita dari Brunei....TQ
Aliesofie - KEDAYAN TAK HILANG DICYBER
|2008-11-28 01:37:44
Ada ku melawat nanti ke blog nyamu atu. Taima kasih ah membaitahu atu. Berpukong pukong (berpakat pakat) tah kitani dicyber menyatukan kaum kedayan semula di Merata Dunia. Salute to pengasas blog ani. Semoga tahun baru ani Kedayan Universe mempunyai caita caita kaum kedayan yang lebih banyak.
jelan
bisai jua ada laman web yang anak kadayan buat ani ah.. Dayi kadayan untuk kadayan.