Catatan-catatan Orang Asli Amerika Purba Mengenai Ibu Tamadun
Teks dikemaskini pada 19 Feb 2010.
Salah seorang penyokong kuat ide bahawa Nusantara dan pentas Sunda merupakan pusat tamadun ialah Prof. Arysio Nunes dos Santos (1937-kini).
Beliau merupakan seorang pemegang ijazah Ph.D, Free-Docency bidang Kimia Fizik, ahli fizik nuklear, jurutera elektronik, professor kejuruteraan neuklear dan pemegang paten untuk beberapa ciptaan teknikal di Brazil.
Segala-galanya bermula dengan kejadian mala petaka di masa lampau. Satu gempa bumi yang dahsyat telah menenggelamkan hampir keseluruhan pulau 1 dan akibatnya kebudayaan Atlantis telah dihancurkan. Tetapi terdapat beberapa orang yang terselamat dan mendarat di pesisir pantai di Eropah di sebelah timur dan benua Amerika di sebelah barat2.
-------------------------
Prof. Arysio Nunes dos Santos (1937 - kini) merupakan seorang pemegang ijazah Ph.D, Free-Docency di dalam Kimia fizik ahli fizik nuklear, jurutera elektronik dan merupakan professor kejuruteraan nukleur di University of Minas Gerais (Brazil). Juga merupakan pemegang paten untuk beberapa ciptaan teknikal, seorang “otium cum dignitate” (leisure with dignity) di Brazil.
Beliau telah membuat kajian mendalam di dalam hal-ehwal Atlantis selama 27 (bermula dari 1980) tahun dan telah menerbitkan beberapa artikel dan sebuah buku mengenai Atlantis.
Beliau mendakwa menggunakan kaedah saintifik di dalam kajiannya meliputi bidang mitologi, keagamaan, antropologi, linguistik, geologi, arkeologi dan sains tradisional.
Beliau merupakan penyokong kuat idea bahawa Atlantis adalah terletak di Indonesia (Nusantara, Pentas Sunda, Borneo). Anda boleh melawati laman web beliau di www.atlan.org.
Sementara itu anda boleh membaca biografi penuh beliau di SINI
-------------------------
Catatan-catatan mengenai Ibu Tamadun di Amerika adalah menarik. Malah ianya sangat menarik kerana dunia mereka terpisah langsung dari Eropah sehinggalah tahun 1492. Mereka bersih dari sebarang pengaruh orang-orang barat yang tamak, pembuli dan suka menjarah sehinggalah tahun berkenaan, tahun malang buat mereka.
Terpisah, terasing dan tersendiri, tetapi mereka telah membina tamadun yang seakan-akan sama dengan tamadun Mesir dan India. Lebih dari itu, cerita mereka tentang Ibu tamadun adalah sama dengan yang kita pernah dengar sebelum ini.
Catatan Amerika Mengenai Atlantis
(Catatan-catatan dari Amerika Selatan dan Amerika tengah mengenai Atlantis)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aneh bagaimana kepingan batu yang ditemui di Illinois - Amerika Utara ini menggambarkan muka dan gaya ukiran mesir hampir sepenuhnya, sedangkan kedua benua Amerika dan Afrika terpisah beribu-ribu kilometer di antara satu sama lain
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang-orang Maya menceritakan di dalam mitos asal-usul mereka, mengenai suatu pulau atau benua yang misteri dipanggil Atzlan yang merupakan tanah ibunda mereka. Tanah asal mereka ini kemudian tenggelam ke dasar laut, menyebabkan mereka terpaksa (berhijrah) keluar. Mereka datang melalui laut, menyeberangi lautan Pasifik, menggunakan rakit dan catamaran serta singgah beberapa tahun di pulau-pulau yang ada di lautan. Perjalanan mereka direkodkan di dalam dokumen-dokumen seperti Codex Boturini, juga di dalam rekod-rekod lain3.
Sukar untuk dinafikan bahawa Atzlan yang dimaksudkan ini lain dari Atlantis. Tambahan pula, di kawasan barat lokasi Atzlan, dan keadaan aktiviti gunung berapi yang menyebabkannya tenggelam menghilangkan segala keraguan bahawa apabila ia benar-benar Atlantis, benua tenggelam berkenaan terletak di timur jauh, kemungkinan terletak di Indonesia (pentas Sunda)4.
Orang-orang Indian di rimba Amazon Brazil – Tucanos, Desanas, Barasanas dsb., – mendakwa berasal dari firdausi yang karam, dimusnahkan dan ditenggelamkan oleh banjir. Firdausi ini mereka panggil dengan banyak nama Yvymaraney (“Tanah Tanpa Kejahatan - Evil-less Land” atau “Pure Land”), atau Emekho Patolé (“Pusat Semesta”). Mereka mengesahkan datang dengan kapal-kapal yang tidak berbeza dengan cerita bahtera Nabi Nuh dan terpaksa merentasi “Lautan Susu” (Diá Alpikun Dihtalu) yang bertepatan dengan nama lautan yang terdapat di dalam cerita Hindu5.
Orang-orang Hindu menggelarkan firdausi primitif mereka dengan nama seperti Shveta-dvipa (“Tanah Tulin”), berhubungkait dengan rakan mereka di Amerika (ini). Di di dalam lagenda mereka, orang-orang Hindu juga mengatakan bahawa Lautan Susu merupakan tapak firdausi yang musnah dan karam di dalam peperangan di antara dewa-dewa dengan kejahatan6.
Seawal abad ke enam belas, sekurang-kurangnya seorang paderi Sepanyol mencadangkan bahawa orang-orang Maya dan puak-puak yang berkaitan dengan mereka adalah berasal dari Atlantis; orang-orang yang terselamat dari tamadun maju yang lenyap di dalam gempa bumi dahsyat dan letusan gunung berapi beribu-ribu tahun lepas. Jika orang-orang Maya memang merupakan anak cucu orang-orang Atlantis, ianya memang berpadanan dengan pengetahuan mereka yang tinggi di dalam astronomi, kejuruteraan dan matematik7.
---------------------
Siri 11 yang sebelumnya, siri ini dan siri yang akan datang (14) menggunakan beberapa bukti hasil kajian Prof Dr. Dos Santos, Brazil.
---------------------
Mengikut Cel. Braghine, penulis buku terkenal mengenai Atlantis “The Shadow of Atlantis, Northants (USA), 1980” suatu puak Indian Venezuela yang dikenali sebagai Paria tinggal di wilayah yang dipanggil Atlan. Orang-orang Paria ini berkulit putih dan memiliki tradisi mengenai mala petaka besar yang memusnahkan tanah tumpah darah mereka. Ianya merupakan pulau yang besar atau benua jauh di tengah lautan didiami oleh bangsa bangsawan yang sangat maju, dan ini sangat kedengaran seperti Atlantis8.
Orang-orang Toltec, yang merupakan anak cicit kepada orang Maya, juga menyebut mengenai benua karam sama yang dipanggil Atzlan, seperti yang telah disebutkan di atas. Orang-orang Nahautl, Maya dan Aztecs juga menyebutkan mengenai Wira Putih Bertamadun yang datang dari daerah yang karam ini, yang mereka namakan sebagai Quetzalcoatl, Kukulkan, Gucumatz, Bochica, dsb9.
Nama-nama ini bermaksud, di dalam bahasa ibunda mereka, “Naga berbulu pelepah (Feathered Dragon)”, gelaran yang jika diterjemahkan dengan kasar menjadi Naga yang mana kita jumpai di dalam lagenda-lagenda di Dunia Lama dan, yang paling penting, yakni Timur Jauh10.
Kesimpulannya, cerita mereka tentang Ibu Tamadun adalah menyerupai cerita-cerita orang India, Phoenicia, Mesir dan Greek. Cerita mereka adalah asli, kerana satu-satunya rujukan yang boleh kita buat adalah dari puak mereka sendiri. Malah keanehan ini merupakan lanjutan daripada apa telah kita bincangkan mengenai sistem tulisan mereka pada siri 8 yang lepas. Untuk artikel yang akan datang, kita akan meneliti beberapa lagi catatan mengenai Ibu Tamadun, termasuk catatan-catatan yang tertulis di dalam kitab suci orang-orang Yahudi.
Akan Datang: Atlantis Kadayan 15: Catatan Masyarakat Polynesia, Hebrew dan Celtik Mengenai Ibu Tamadun.
Endnote:
1Kadangkala ia disebut sebagai pulau-pulau, pulau besar, dataran besar, dataran luas dan benua.
2Sudheer Birodkar, 2006.
3Dos Santos, A.N., 1997.
4Ibid.
5Ibid.
6Ibid.
7thothweb.con, 2005.
8Dos Santos, A.N., 1997.
9Ibid.
10Ibid.
Reference:
1. Sudheer Birodkar, 2006. Hindu Beliefs and Folklore - Pralaya, Kalki, Satyuga and Kaliyuga, Swarga and Narka, and Surya Grahana by Sudheer Birodkar. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.hindubooks.org/sudheer_birodkar/hindu_history/satyuga.html
2. TheMystica.Com, 2006. Atlantis: the Myth. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.themystica.com/mystica/articles/a/atlantis.html Sources: 16, 17.
3. Leonard, C., 2006. ECHOES OF ATLANTIS. Myths and Traditions of Ancient Lands by R. Cedric Leonard. Accessed on 02 Aug 2006. http://www.atlantisquest.com/Myth.html
4. thothweb.com, 2005. Atlantis: the Andes Solution: Ancient History. Posted on Friday, December 16,
2005 (CST) by Thoth. Accessed on 03 Aug 2006. http://www.thothweb.com/index.html
5. Dos Santos, A.N., 1997. CORROBORATING EVIDENCE ON THE REALITY OF ATLANTIS by Prof Dr. Arysio Nunes dos Santos. Accessed on 17 Jan 2007. http://www.atlan.org
6. unxplained-factor.com, 2006. Introduction to Atlantis. Accessed on 22 Nov 2007. http://unxplained-factor.com/index.htm
7. user.on.net, 2006. Accessed on 12 Jul 2006. http://users.on.net/~mkfenn/page10.htm
8. Childress, D.H., 2007. Top Ten Ancient Civilizations With Advanced Technology by David Hatcher Childress. Accessed on 28 Aug 2006. http://www.atlantisrising.com/issue1/ar1topten.html