Friday, March 19, 2021

Bahasa Kadayan, Kelantan, Terengganu dan lainnya

**setakat  tiada 'r', kalau tiada bunyi 's' lagi hebat**


Bahagian 2 



1. Keturunan Astronesia

Bahasa asal dari Taiwan, Nusantara sampai ke New Zealand dan Hawaii itu tergolong dalam rumpun bahasa Astro- nesia. Maksudnya berkongsi leluhur yang sama. Jadi sama ada kita panggil semua ini sebagai bahasa atau dialek, soalnya itu melibatkan perdebatan yang lebih serius.


Thursday, March 18, 2021

Kelas Kadayan 101

Aku bukan pakar bahasa kadayan sebaliknya merupakan "deprecated native speaker". Ertinya penutur asal tetapi dengan kebolehan yang tidak berkembang sebab kurang digunakan. 


Bahagian 1


1. Kadayan ialah Orang Asal Sabah (OAS)
 
Ceritanya apabila pulau Borneo dibahagi empat, demografi kadayan juga adalah turut terbahagi. Ada yang menjadi OAS iaitu Orang Asal Sabah dan Orang Asal Sarawak. Ada pula yang menjadi OAB iaitu Orang Asal Brunei. Di Kalimantan, Indonesia? Mungkin ada tapi tidak bernama kadayan. 

2. Bahasa Kadayan 

Berkait rapat dengan bahasa Berunai, Banjar, Berau dan Tenggarong Kutai. Semua ini adalah bahasa OAB - orang asal pulau Borneo. Jika berada di ceruk dunia yang lain, itu kerana di masa lampau nenek moyang mereka berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.