Friday, December 14, 2007

Now I go for Google Adsense

Written by arimi sidek

Today I made a big decision that will effect all websites that I administered with immediate effect.

That is, to include Google Adsense on the front pages in all of them. Not because I newly discover Adsense, but I need sources to finance some of these websites operating cost, especially those not-for-profit ones such as Kadayan Universe and Kedayan Wiki Apakian.



The decision however, does not effect personal and paid websites of individual (friends and clients) that I registered and administer under Kedayan Network / Kadayan Webring / Arimi Online Portal. They are still free to do whatever they want with the websites. Those websites belong to thems anyway.

It took me so long to come to the decision, as I actually try to minimize unwanted front page nuisance, but I believe that commercial elements can be helpful to sustain a long term survival of these website.

So, the very least you can do to support us, is to simply click the ads links on the front page whenever you pay a visit kadayanuniverse.com. , kedayan.org, and this website

Cheers,

Arimi

Thursday, December 6, 2007

Kedayan / Kadayan Web Based Email

Justify FullWritten by Arimi Sidek

The WebMail Project is now more or less, complete. As for now, the remaining to-dos will be the last touch up, including application form preparation, etc.




The webmail is accessible via WebMail.KadayanUniverse.Com from now on.

We received several requests and comments from those who tested the Webmail with the trial ("cuba") accounts. Four of them deserve answers, I think.


1. Some visitors unable to login into the "cuba" trial account as Website and Webmail were inaccesible between midnight 28th and 29th of November, 2007.

Answer: It was the time when The project team members shifted the DNS (domain name server) to a more reliable one. We believe that the new DNS is more reliable, and capable to ensure uptime reliability for more than 99% of all time. The reliability is deemed important because a mail server needs it more than web server, to avoid problem such as frequent mail delivery delays, lost emails, etc.

2. KadayanUniverse.Com should enable automatic registration process email account creation.

Answer: The Project team will look into the possibility when the time comes. For now, those who interested need to apply for it manually.

3. MyEmail@KadayanUniverse.ComThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it is a bit too long, why not using MyEmail@Kedayan.OrgThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it instead?

Answer: There are two alternatives on how to go about this.


a) By modifying some instructions in mail server so account owners can use both domains at the same time. With this setting myemail@kadayanuniverse.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it is equivalent to myemail@kedayan.orgThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it all the time, just like a mirror.

b) To create two different domain of choice, either myemail@kadayanuniverse.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it or myemail@kedayan.orgThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it separately.

But for the time being, we will stick to kadayanuniverse.com emails.

4. What is so special about KadayanUniverse.com?

Answer: KadayanUniverse.Com is special. Both standard and non-standard hardwares and softwares are utilized to create the portal, not just server.

More than that, we own the cluster of servers, we own the portal.

True, its easy to create website nowaday. For many writers, particularly casual writers and those who writes-for-fun type, their preference always go to blog sites as they are available for free. For those who are willing to spend some money to build website, there will be a different story. They may just call up a hosting company, make arrangements, pay, and everything will be ready for them.

But there is no shortcut at KadayanUniverse.Com. We modify, redesign, and run them entirely on open source / GNU/ linux platform that are compiled from scratch. We fully understand of KadayanUniverse.Com, upside down and inside out. KadayanUniverse.Com is capable of serving thousands websites, or to become a complete hosting company on its own. With the latest upgrade, KadayanUniverse.Com need no major upgrades until say, 2010.

Meanwhile, Webmail project has one particular advantage to KadayanUniverse.Com.

We are now able to create internal, our very own mailing list called "Oang Kampung Kedayan.Org Mailing List"

You may request to join the mailing list by clicking on this page

The Mailing List has a pre-built archieving engine, and you can visit the archive at caita.kadayanuniverse.com and the mirror site at caita.zapto.org

Update on 11 Feb 2010 : caita.kadayanuniverse.com and the mirror site at caita.zapto.org are no longer available for public due to server's hosting transfer.

KadayanUniverse.Com and Kedayan.Org are the matured products by now in term of infrastructure, to conclude with. We sincerely thank you for your support. It just that, a good infrastructure isn't enough without quality articles, contribution and participation from public, that is you. A good technology may just becomes a waste of resources. KadayanUniverse.Com need a continuous supplies of good contents, otherwise the frontpage will standstill forever.

Arimi Sidek

Monday, June 18, 2007

Populasi Kadayan di North Borneo, 1911

Written by Arimi Sidek

Populasi Kadayan di Borneo Utara pada tahun 1911, F.L.H 1916

Berikut merupakan abstrak kepada banci penduduk di North Borneo pada tahun 1911, menunjukkan agihan berdasarkan jantina dan dengan perbezaan penduduk dewasa dan kanak-kanak. Pernyataan ini menunjukkan populasi yang sangat kompleks, dan menyatakan fakta yang amat menganjurkan bahawa dari jumlah populasi sebanyak 208,183, hanya 355 orang Eropah dan 57 orang Erusia.


"The following is an abstract of the recently issued population returns of British North Borneo for the year 1911, showing the racial distribution to sex, and with the distinction of adults and children. Teh statement indicates an extremely complex popoulation, and brings out the very suggestive fact that out of a total population of 208, 183, only 355 are Europeans and 57 Eurasians".

Ringkasan keputusan banci berkenaan boleh dilihat pada Jadual di bawah.

Nota: Klik rajah-rajah berkenaan untuk melihat jadual banci yang lebih terperinci.




Nampaknya pada tahun 1911, populasi orang-orang Kadayan di North Borneo hanya berjumlah 2,455 orang.

Sudah tentu keputusan banci ini boleh dipersoalkan jika diteliti dengan lebih terperinci. Jumlah orang-orang Brunei misalnya, lebih sekali ganda besarnya berbanding dengan orang Kadayan.

Manakala jumlah populasi orang orang Tagal (Murut) hanya pada 1,212 orang, jauh lebih kecil dari populasi orang Sungei iaitu 9,165.

Apa yang lebih meragukan, tiada seorang pun orang-orang Lun Dayeh / Lun Bawang termasuk di dalam banci berkenaan.

Tetapi satu perkara yang jelas ialah, kuasa dan kekuasaan tidak merujuk kepada jumlah populasi di North Borneo pada tahun 1911. Orang Eropah yang berjumlah hanya 355 orang berjaya menjajah lebih 208,183 penduduk-penduduk North borneo untuk 52 tahun yang mendatang iaitu sehingga 1963.

Source:

F. L. H. Publications of the American Statistical Association, Vol. 15, No. 113. (Mar., 1916), p. 127.

Thursday, June 14, 2007

Catatan pelayaran Capt. Bethune, 1846

Written by Arimi Sidek

Catatan Pelayaran Capt. Bethune, 1846

Capt. Bethune (1846)1 telah membuat catatan mengenai pelayaran beliau menyusuri pantai Borneo dari Tanjung Datu sehingga ke Teluk Marudu.

" Bahagian pantai Borneo yang saya saya berpeluang melawat sebahagiannya adalah meliputi dari Tanjong Datu, di lat. 2o N. long. 109o E., sehingga ke Teluk Malludu, di lat. 7o N. dan long. 117o E., suatu jarak kira-kira 600 batu mengarah di dalam BaratDaya ke arah Timur."2

Catatan ini dilampirkan dengan beberapa carta mengenai taburan hujan dan suhu kawasan yang beliau layari. Satu daripada catatan yang dimaksudkan boleh anda lihat di dalam gambar di atas. Sila klik gambar berkenaan untuk melihat gambar yang lebih besar.

------------------------------

Orang-orang Kadayan menduduki kawasan kejiranan Berunai; mereka merupakan orang tidak banyak cakap dan tidak suka bermusuhan (Capt. Bethune, 1846).

------------------------------

Beberapa pengamatan beliau saya petik di dalam artikel ini.

Beliau telah membahagikan kawasan-kawasan yang disusuri berdasarkan potensi komersial dan kependudukan kawasan berkenaan. Kelas pertama adalah kawasan yang paling berpotensi, manakala kelas ketiga adalah samaada tidak berpotensi menurut pandangan beliau ataupun, tidak / belum diketahui.

Berikut merupakan catatan beliau ke atas beberapa tempat di perairan berkenaan:

"
1. Bintulu - Kelas kedua atau ke tiga; dihalang; sedikit diketahui, kaya dengan keluaran; camphor, sarang burung; dll.
2. Meri - Kelas ketiga; sedikit diketahui; sedikit penduduk.

3. Bera, Belahit, Kadayan, Tutong - Semuanya kecil dan sedikit diketahui

"3

Dari segi pembahagian politik dan penduduk pula, beliau menerangkan bahawa " penduduk asal di kawasan berkenaan adalah termasuk di dalam nama-nama Dayak, Kadayan, Milanau, Kayan, Murut dan Dusun."4

Menyentuh mengenai Kadayan, beliau menulis bahawa "orang-orang Kadayan menduduki kawasan kejiranan Berunai; mereka merupakan orang tidak banyak cakap dan tidak suka bermusuhan; sebahagian besarnya merupakan orang-orang Islam."1


---------------------
End Note:

1Captain C. D. BETHUNE, Royal Navy of Great Britain (R.N).

2Teks asal

"That part of the coast of Borneo which I have had an opportunity of partially visiting extends from Tanjong Datu, in lat. 2o N. long. 109o E., to Malludu Bay, in lat. 7o N. and long 117o E., a distance of about 600 miles in N.E. By E. direction."

3Teks asal

"
1. Bintulu - Second or third class; barred; little known; rich in produce; camphor, nest, &c.

2. Meri - Third class; little known; small population.

3. Bera, Belahit, kadayan, Tutong - All small and little known.

"

4Teks Asal

"
Political Divisions - Population, &c.

...

The indigeneous population is included under the names of Dayak Kadayan Milanau Kayan Murut Dusun"


5Teks asal

"The Kadayan inhabit the neighbourhood of Brune; a quiet inoffensive people; chiefly Mohammedans."

Source:
Bethune, C.D, 1846. Notes on Part of the West Coast of Borneo. 109° to 117° E. Long by C. D. Bethune. Journal of the Royal Geographical Society of London, Vol. 16. (1846), pp. 294-3.

Wednesday, June 13, 2007

Pasuu Unak, 1927

Written by Arimi Sidek

Pasoo Kadayan ("Passu Unak"), 1927

... telah dibuat oleh seorang Kadayan di Sibuti dan teknik pembuatannya lebih terperinci berbanding dengan perangkap - perangkap berduri yang lain. Rotan bulat adalah digunakan untuk menjalin sisinya secara melintang. Panjangnya 3 kaki 7 inci dan lebar mulutnya ialah 7 inci. Nama Kadayannya ialah "Passu unak" ” - Swayne, 1927.


Fig. 3a (Di atas - Menunjukkan satu perangkap yang) telah dibuat oleh seorang Kadayan di Sibuti dan teknik (pembuatannya) lebih terperinci berbanding dengan (perangkap - perangkap berduri) yang lain. Rotan bulat adalah digunakan untuk menjalin sisinya secara melintang. Panjangnya 3 kaki 7 inci dan lebar mulutnya ialah 7 inci. Nama Kadayannya ialah "Passu unak" (perangkap berduri) (Swayne, 1927)1.

Orang-orang Kadayan memang mahir di dalam membuat peralatan menangkap ikan sara diri.

Pasoo biasanya tidak mempunyai injap dalaman seperti bubu. Sebaliknya, bentuk asas pasoo adalah seperti kon yang tirus ke hujung. Jadi dengan sendirinya ia adalam berbentuk dan berfungsi seperti injap bubu. Ikan yang berenang merentasi bahagian dalam pasoo akan terperangkap di bahagian hujung. Ia tidak boleh berpatah balik kerana sisiknya tersangkut pada duri rangka pasoo.

Berikut merupakan artikel yang disiarkan pada tahun 1927 mengenai sejenis peralatan yang dipanggil "pasoo". Mengikut artikel berkenaan,

"Perangkap-perangkap sebegini nampaknya adalah di dalam pengetahuan hampir semua suku-suku Borneo, agaknya, di mana ianya digunakan di kawasan berair cetek dan di atas arus, ia tidak begitu mendapat perhatian seperti mana bubu biasa. Satu selidik di daerah Miri, Sarawak (yang terletak di antara Teluk Breaker dan sungai Baram (Bakam?)), menjumpai tiga jenis yang berlainan. Penduduk-penduduk di sini ialah orang-orang Melanau, Penan, Kadayan dan sejumlah orang-orang Melayu, sejumlah kecil orang-orang Iban yang bekerja di lapangan minyak kepunyaan kerajaan Sarawak. Kesemua suku-suku in adalah biasa menggunakan perangkap, tetapi sebenarnya perangkap ini hanya benar-benarnya digunakan di sungai Suai (Penan),sungai Sebuti (Sibuti) (Kadayan) dan sungai Bakam (Baram?) (Swayne, 1927)"2.

Pada umumnya, kelemahan pasoo ialah ia kurang "versatile" berbanding dengan bubu. Ia disasar untuk menangkap ikan jenis tertentu terutamanya "Butong", pada saiz yang bersesuaian. Terlalu kecil, ikan akan malasut dan terlalu besar duri pasoo mungkin tidak cukup untuk memerangkapnya di dalam pasoo. Selain itu ikan yang masuk harus dari jenis yang bersisik.

Produktiviti pasoo adalah rendah. Pasoo hanya boleh memerangkap seekor ikan pada satu-satu masa.
Berdasarkan artikel ini, nampaknya pasoo orang Kadayan di zaman dahulu adalah lebih kompleks berbanding dengan pasoo biasa yang berbentuk kon.

Ia dengan sendirinya menjadi bubu, bukan injap, dan ia lebih berkesan untuk menangkap ikan berbanding dengan bubu biasa kerana rangkanya adalah dibuat daripada tumbuh-tumbuhan berduri.

Lebih dari itu, diantara ketiga-tiga variasi perangkap berduri yang diperolehi oleh pengarang di Miri pada ketika itu, "pasuu unak" Kadayan merupakan perangkap yang paling kumpleks dan "canggih".

Nota: Anda boleh melihat semua variasi perangkap berduri dengan mengklik gambar "pasuu unak" di atas.

---------------------------------------------------------
End Note:

1Teks asal

"Fig. 3a was made by a Kadayan at Sebuti and is of a much more elaborate technique than the others. The rotan weft for the sides are undressed. The length is 3 feet 7 inches and the width at the mouth, 7 inches. The Kadayan name is "passu unak" (a thorn trap)".

2Teks asal

"Traps of this kind appear to be known to most of the tribes of Borneo, though, as they are used in shallow streams and above tidal water, they do not attract much attention as commoner types. An enquiry in the Miri district, Sarawak (which lies between Breaker Bay and the Baram river), produced three distinct varieties. The inhibitants are Melanaus, Penans, Kadayans, with a number of Malays, and a few Ibans, the last employed by the government or the Sarawak Oilfields. All these people are familiar with the traps, but it was found that only in the Suai (Penan),Sebuti (Kadayan) and Bakam (Melanau) Rivers they were actually in use (Swayne, 1927).



Source:

Swayne, J.C., 1927. 93. Thorn-Lined Traps. Original Articles. With Plate H. Borneo: Technology. Thorn-Lined Traps by J. C. Swayne. Man (Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland), Vol. 27. (Aug., 1927), p. 141

Tidong dan Kadayan, 1908


Written by Arimi Sidek

Tidong dan Kadayan, 1908


Pada kali ini saya mengutarakan satu artikel yang merupakan ulasan kepada tulisan Mervyn W.H. Beech pada tahun 1908 bertajuk "The Tidong Dialects of Borneo". Ulasan mengenai tulisan beliau dibuat pada tahun 1909 oleh Stephen Henry Rigby (lebih dikenali sebagai S.H.R atau S.H. Rigby).

Menurut Beech di dalam artikel beliau,

"Orang-orang Tidong "menduduki bahagian pantai timur Borneo di antara Lahad-Dato dan "negeri yang agak ke selatan Bolongan, sungguhpun mereka jarang memasuki lebih dari "tigapuluh batu" ke arah daratan (pedalaman)"".1

"Dia (Beech) menganggap mereka sebagai serpihan Melayu, di mana orang-orang Tidong in merupakan keturunan kepada imigran Melayu ke kawasan Bolongan yang kemudian berkahwin campur dengan penduduk asal. Sebahagian dari penduduk campuran ini berpindah kepulau Tarakan, dimana ungkapan-ungkapan Tidong dikekalkan, tetapi orang-orang di Bolongan sendiri telah menyerap lebih perkataan-perkataan Melayu".2

Saya tidak ingin mengulas lebih banyak mengenai orang-orang Tidong kerana saya sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Namun apa yang menarik ialah Beech berpendapat bahawa

"... bagi perkataan-perkataan bahasa Tidong yang berbeza dengan bahasa Melayu hampir serupa dengan dialek-dialek orang yang dikenali di Sarawak sebagai "Orang Bukit" (orang-orang bukit, Kadayan, dan Bekiau di hulu Sungai Belait dan Sungai Tutung) dan Bisaya di sungai Limbang."3

Beliau malah menyenaraikan berberapa senarai pendek perkataan-perkataan yang dikutipnya di Sarawak pada tahun 1899 bagi menguatkan hujahnya.

Senarai asal beliau adalah seperti jadual yang dipaparkan di atas. Anda boleh mengklik paparan berkenaan untuk melihat perbandingan secara lebih lengkap.

Terdapat beberapa persoalan yang boleh kita lihat berdasarkan senarai yang disebutkan:

Pertama, sejauhmanakah bahasa Kadayan berkembang di dalam masa satu abad?

Berdasarkan pengamatan penulis, hanya dua perkataan yang tersenarai masih digunakan oleh orang Kadayan, iaitu "pandai" dan "pasau (piasau". Perkataan-perkataan yang lain adalah asing bagi orang Kadayan. Perkataan-perkataan berkenaan digunakan oleh orang Kadayan pada tahun 1899 dan tidak lagi diketahui pada tahun 20074, apa yang berlaku adalah samaada bahasa Kadayan mempunyai kedinamikan yang tinggi atau menghadapi kepupusan secara drastik. Bayangkan jika fenomena ini berlak, bagaimana pula rupa bahasa kita pada tahun 2107?

Kedua,benarkah perkataan-perkataan yang terdapat di dalam senarai itu merupakan perkataan Kadayan?

Sehingga sekarang perkataan yang tersenarai digunakan dikalangan suku kadazandusun / bisaya / Tidong, tetapi TIDAK ada satu pun perkataan berkenaan digunakan di dalam perbualan orang-orang Kadayan. Mungkinkah Beech tersilap atau bersikap serkap jarang di dalam pengutipan data beliau?

----------------------------------------------------
End Note:

1Teks asal,
"The Tidongs "occupy the east coast of Borneo between Lahad-Dato and the " country a little to the south of Bolongan, though they seldom penetrate more than "thirty miles inland".

2Teks asal,
"He regards them as of Malay extraction, the present Tidongs being descendants of Malay immigrants to Bolongan, who intermarried with the aboriginar population. Part of this mixed population emigrated to the island of Tarakan, where the Tidong speech was retained, but in Bolongan it assimilated more Malay word."

3Teks asal,
"... for the Tidong words which differ from Malay are almost identical whth those in the dialects of the people who are called in Sarawak "Orang Bukit" (hillmen, Kadayan, and Bekiau on Upper Belait and Tutung rivers) and bisaya on the Limbang river".

4Selain dari dua perkataan iaitu "pandai" dan "pasau", semua perkataan di dalam senarai berkenaan tidak digunakan oleh orang-orang Kadayan. Sekurang-kurangnya pendapat ini berdasarkan pengamatan penulis di kalangan orang-orang Kadayan di Sabah.

Source:
Beech, Mervyn W.H., 1908.The Tidong Dialects of Borneo. Review: 93. Reviewed Work(s): The Tidong Dialects of Borneo. by Mervyn W. H. Beech. Review by S. H. R. Man (Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland), Vol. 9. (1909), pp. 159-160.

Monday, June 11, 2007

Sindumin: Coretan-Coretan Siber

Written by Arimi Sidek


Sipitang Siri 2

Sindumin (Lat.4.85, Long. 116.2166667) merupakan salah sebuah daripada tiga pekan (Mesapol, Sipitang dan Sindumin) yang terletak di dalam daerah Sipitang. Pekan kecil ini, kira-kira 300 meter dari sempadan Sabah-Sarawak, terletak di dalam Mukim Sindumin yang terdiri dari 12 kampung dengan penduduk seramai 5,774 orang penduduk. Ia merupakan pintu masuk pertama dan pintu keluar terakhir sempadan darat Sabah ke Sarawak / Brunei.





Kewujudannya bermula dengan pembinaan sederet kedai kayu pada tahun 1948 dan siap sepenuhnya pada tahun 1951.



Berikut in merupakan beberapa catatan yang didapati dari internet yang menyentuh mengenai sindumin.



Sindumin was part of British Semut Operation during Japanese Occupation


"... Lamsau Laungan came from Muaya near Sipitang. He was very young when he worked for Tuan Mac (Warrant Officer McPherson) and he was armed with a Lee Enfield. He initially met Semut operatives in Sipitang before going to Miri by sea. He then returned to Merapok then Mendalong, and he fought the Japs at Pulau Bunting near Sindumin. He remembers Tuan Ric and difficult times when it was hard to get food." " Balang Laya was 11 years old when he carried a Lee Enfield for Tuan Ric, Tuan Mac and Tuan Yud (CorporalGriffiths-Marsh). He met Tuan Mac in Eburu and fought the Japanese at Sindumin where two guerrillas, Achang and Jamal, and many Japanese where killed. He returned to Meligan after the war, and thanks Tuan Mac, although he said that his salary never reached him. Tuan Mac gave it to the native chief, but he never passed it on. He never received his medals either, but he felt very humble to be a part of Semut and would like to see Tuan Mac again."1

Catatan lain mengenai Sindumin dan zaman pendudukan Jepun

"By the end of July patrols from the 2/15th Battalion had reached up the Temburong River as far south as Anggun, and to the northeast one of the patrols based on Lawas had made contact with troops of the 2/3rd Tank Attack Regiment at Sindumin, thirty-five miles across the map from Limbang and on the boundary of the two brigade areas~





Despite the continuous and vigorous long-range patrolling which had been maintained throughout the whole brigade area during this period there had been little contact with the enemy, and it was evident that the Japs had decided on a policy of evacuation of their areas as they came within the range of our patrols."2

Sindumin wetland?

"CONTRIBUTIONS OF PRIVATE SECTOR TO WETLAND MANAGEMENT Private ownership of wetlands is quite limited. The biggest relevant sector is the private ownership of land for wet paddy cultivation. This is an important biological resource in such areas as Sindumin, the Klias Peninsula, Papar, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu and Pitas, with limited areas elsewhere in Sabah."3
Sindumin is considerably known in the internet thanks to Papar-Sindumin Highway. This highway mentioned in many writings, these are some of them.

Framing The Picture4.




Being the first or the last. For Sindumin, this is the advantage (or rather a disadvantage) of being a border town. It serves both entry and exit point...

"KAPIT : More than 2,000 people took part in a Merdeka Walk and a mass aerobics exercise that were held to welcome a 10 member delegation from Biro Tatanegara that is currently touring the state with the national flag as part of the activities to mark the National Day celebration. Kapit was the 25th destination for the delegation led by Awang Ahmad Bin Awang Kassim. The month long programme was launched by the Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud in Kuching on 17 August. From here the contingent will carry the Jalur Gemilang to other divisions before handing it over to Sabah s delegation at Sindumin on 1 September."5.

" The journey to Kota Kinabalu is perfect for a short holiday. Only the form filling detracts from the luxuriance of the low-lying hills beyond Limbang. After the ferry, the road becomes picturesque and varied. One is soon back on Bruneian soil. Coffee at a riverside table in Bangar breaks the journey. There are few houses on the long straight road to Labu and the silent trees are undisturbed by human activity. After Trusan we pass more hills and cross the bridges over brown, sluggish rivers flowing out of the interior. Crossing into Sabah at Sindumin, human habitation reappears and one is on the road to Kota Kinabalu."6


Darker side of Sindumin?


"Bilateral meetings have been set up with Sarawak and neighbouring Brunei to discuss ways to prevent the smuggling of drugs through Sabah. Police believe that drug dealers are using Sindumin in Sipitang as a gateway to smuggle drugs to Lawas in Sarawak and thereon to Brunei. State Police Commissioner Datuk Mangsor Ismail disclosed this during a briefing for the media on the crime, narcotics and traffic statistics for the duration of January to April of this year at the Kepayan police headquarters on Monday."7


End Note:

1clarsys.com.au, 1997. Voices From Borneo. The Japanese War. Major Jim Truscott et. al. Accessed on 12 June 2007. http://www.clarsys.com.au/jt/VfromBor1.pdf

2Chapter 11. Bougainville to Borneo (Pt. 3).Accessed on 12 June 2007. http://www.diggerhistory2.info/army/1945/chapter11.htm

3Davidson, G.W.H, 2001. EFFORTS IN WETLANDS MANAGEMENT IN SABAH. Seminar, 13- 14 September 2001. 6 t h SITE Research. G.W.H. Davison.WWF Malaysia. P.O. Box 14393. 88850 Kota Kinabalu,Sabah.

4trafficj.org,2004. FRAMING THE PICTURE. Ramin Trade Report 2004. Accessed on 12 June 2007.www.trafficj.org/scripts/download/dl.cgi?down=publication/ramin_report2004_J.pdf

5kapitro.gov.my, 2003. Over 2,000 take part in Merdeka Walk. 26 August 2003. Accessed on 12 June 2007. http://www.kapitro.sarawak.gov.my/php/main/english/tourism/news.php?nID=n78 as retrieved on 4 May 2007 06:53:30 GMT

6Price, John, 2007. LIFE.Historian's holiday never done. John Price. Brunei Times. 04 June 2007.
http://www.bruneitimes.com.bn/details.php?shape_ID=32173

7accordplan.net, 2005. Counterdrug Press Summary. 12 - 18 May 2005. Anti-Drug Rapport With Neighbours. Accessed on 12 June 2007. http://www.accordplan.net/press/20050518.htm as retrieved on 10

Sipitang Sepintas Lalu

Written by Arimi Sidek


Sipitang Siri 1


Sipitang ( Lat. 5.0833, Long. 115.5500 / 5o 4' 60N, 115o 32' 60E) terletak kira-kira 180 km dari Kota Kinabalu, Ibu negeri Sabah.

Bandar-bandar berhampiran ialah Beaufort yang terletak 48 km ke Utara dan Lawas (Sarawak) yang terletak 53 km ke Selatan.

Sipitang bersempadan dengan daerah Beaufort di Utara, Tenom di Timur, Kalimantan dan Sarawak di Selatan. Manakala kawasan Barat daerah ini adalah mengadap Teluk Brunei.




Daerah ini meliputi kawasan seluas 2,732.49 km persegi.

Berdasarkan banci 1991, penduduk Sipitang adalah berjumlah 24,439 orang dengan 86% merupakan bumiputera. Kaum terbesar di kawasan ini adalah orang Kadayan dengan dianggarkan melebihi 60% penduduk kawasan ini, diikuti oleh orang Lundayeh dan selebihnya kaum lain seperti Murut Tagol, Kadazan-Dusun dan orang-orang Brunei.

---------------------------------------------------------------------

10 Fakta Yang Anda Patut Tahu Mengenai Daerah Sipitang
1. Daerah Sipitang adalah 30 kali ganda LEBIH BESAR dari Pulau Labuan1.

2. Saiz daerah Sipitang adalah 4 kali ganda LEBIH BESAR dari Republik Singapura2.

3. Saiz Daerah Sipitang adalah 3 1/2 ganda LEBIH BESAR dari Negeri Perlis3.

4. Negeri Melaka dan Pulau Pinang apabila digabungkan bersama-sama adalah LEBIH KECIL berbanding dengan daerah Sipitang4

5. Lebih dari 60% penduduk Sipitang merupakan orang Kadayan.

6. Sipitang asalnya mempunyai 3 buah pekan kecil iaitu Mesapol, Malamam dan Sindumin.

7. Hanya terdapat TIGA buah kampong petempatan orang - orang Brunei di Sipitang5.

8. Kampung Banting / Luagan di Mukim Sindumin merupakan kawasan pembalakan penting pada zaman British.

9. Mesapol merupakan pekan dimana gagasan awal mengenai Yayasan Sabah dicetuskan pada tahun 1965.

10. Pekan Mesapol pernah terbabit di dalam pergolakan Antanum melawan Kompeni Inggeris pada tahun 1908.

-----------------------------------------------------------------------

Daerah Sipitang mempunyai 36 buah kampung dan dibahagikan kepada tiga buah Mukim iaitu Mukim Mesapol, Sindumin dan Malamam. Kawasan pentadbiran ini telah wujud sejak pentadbiran British.

Mesapol merupakan pusat pentadbiran yang tertua bagi daerah Sipitang.

Pekan ini telah wujud sejak akhir kurun ke 19.

Mesapol ini pernah diserang oleh Antanum, pemimpin Murut Tagol yang berpengkalan di Pensiangan dan bersengketa dengan Kompeni di sekitar tahun 1908.

Apa yang menarik ialah, pekan Sipitang yang ada sekarang ini mungkin belum wujud wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Pusat pentadbiran kawasan pekan Sipitang sekarang ini adalah di bawah pentadbiran mukim Mesapol.

Ketiga-tiga mukim ini sebenarnya mempunyai pekan kecil yang tersendiri. Tetapi hanya Mesapol dan Sindumin yang masih bertahan sehingga kini, manakala pekan Malamam telah lama berkubur tanpa nisan.

Peta pada tahun 1945 iaitu zaman pendudukan Jepun di Borneo menunjukkan kepentingan dua pusat pentadbiran mukim ketika itu, iaitu mukim Malamam dan Mukim Sindumin yang terletak 300 meter dari sempadan Sabah - Sarawak sebagai post-post yang terlibat di dalam pentadbiran Jepun.





End Note:

1"Labuan is part of Malaysia and is well located in the centre of the ASEAN region. 92 sq km in size, with a population of 78,000..." lawtax.net, 2007. Accessed on 9 June 2007. http://www.lowtax.net/lowtax/html/jlbnews.html

2"Republic of Singapore, the second smallest country in Asia, consists of Singapore Island and several smaller adjacent islets. Situated in the Indian Ocean off the southern tip of the Malay Peninsula, Singapore has an area of 693 sq km (268 sq mi)" nationcencylopedia.com, 2002. Singapore. Location, Size and Extent. Accessed on 10 Jun 2007. http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Singapore-LOCATION-SIZE-AND-EXTENT.html

3Keluasan Negeri Perlis ialah 795 km persegi. ms.wikipedia.org, 2006. Senarai Penduduk Dan Keluasan Negeri-Negeri Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2007. http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_penduduk_dan_keluasan_negeri-negeri_Malaysia

4Keluasan Negeri Melaka ialah 1,658 km persegi, manakala pulau pinang ialah 1,033 km persegi. Ibid.

5Kampung rasmi yang dimasukkan di dalam Jentera pentadbiran dan pembangunan daerah dan mempunyai ketua kampung. Berdasarkan kriteria ini, kampung-kampung yang berkenaan ialah kampung Menengah, kampung Kuala Mengalong dan kampung Tanjung Pagar. Satu kampung lagi ialah Siputol, tetapi kampung ini merupakan petempatan majmuk. Malah jika diteliti, kampung Tanjung Pagar juga merupakan petempatan majmuk. Profail Daerah dan Pejabat Daerah (1995). Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Sipitang.


Comments

ankJati_Luagan - mantap! |2009-04-25 23:57:53
assalamualaikum..hemm,stlh berbls thun aq hdup(cheewaah...)ni la 1st time ku buka web tntg sipitang.jaang2 on9 kan biani..
huhu..tp baik lah.pisinnya sipitang ani akn smkin maju dn insyaAllah akan dikenali suatu hri nnti..chaiyok,chaiyok CPtang!!!!!

Tuesday, June 5, 2007

Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak Kedayan? [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak Kedayan?

kaawai (Admin)

Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak Kedayan? 2 Years, 9 Months ago Karma: 0
Thread yang terpaksa dibina semula kerana masalah "Bot-Post"

------------------
WaJiD Manis
Visitor

Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak terkemuka -

2006/11/14 19:52 Topic: Gol, gol, gol..... siapa pemain bolasepak terkemuka kadayan?

WaJiD Manis
« on: June 14, 2006, 08:44:29 am »
Aku kan nulis pasal bola, masalahnya indaku tahu pemain kadayan yang handal dari borneo [ sabah, sarawak dan brunei]. siapa - siapa yang tahu pasal pemain bola kadayan, padah akan ok
IP: 202.188.73.217 Reply Quote Delete Move Edit Sticky Lock

--------------

johan mcalister abdullah
Visitor

Re:Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak terkem - 2006/11/14 19:53 johan mcalister abdullah
« Reply #1 on: June 14, 2006, 05:30:35 pm »
Hi,

It will be very interesting to see if a Kadayan football team or may be two (under 18) can be formed. One interesting thing about Kadayan footballers is that they are very skillful PLUS the cutting edge competency viz. SPIRITUAL COMPETENCY.

Again, if my memory serves me right, the Kadayan spiritual leader can do wonders at the football field. A few examples are as follows: -
1. Weaken the opponents (lamah)
2. The opponents feel that they are playing on a slunting field, in other words the opponents feel that they are at down hill trying to dribble the ball uphill (sounds freaky)
3. The Kadayan spiritual leader can install some form of invisible "protective shield" at their goal posts to avoid the opponents from scoring goals (guis);
4. If the opponents are non-Muslim or a combination of Muslim & non-Muslim, the Kadayan spiritual leader can mhread yang terpaksa dibina semula kerana masalah "Bot-Post"

------------------
WaJiD Manis
Visitor

Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak terkemuka -

2006/11/14 19:52 Topic: Gol, gol, gol..... siapa pemain bolasepak terkemuka kadayan?

WaJiD Manis
« on: June 14, 2006, 08:44:29 am »
Aku kan nulis pasal bola, masalahnya indaku tahu pemain kadayan yang handal dari borneo [ sabah, sarawak dan brunei]. siapa - siapa yang tahu pasal pemain bola kadayan, padah akan ok
IP: 202.188.73.217 Reply Quote Delete Move Edit Sticky Lock

--------------

johan mcalister abdullah
Visitor

Re:Gol, gol, gol ... siapa pemain bolasepak terkem - 2006/11/14 19:53 johan mcalister abdullah
« Reply #1 on: June 14, 2006, 05:30:35 pm »
Hi,

It will be very interesting to see if a Kadayan football team or may be two (under 18) can be formed. One interesting thing about Kadayan footballers is that they are very skillful PLUS the cutting edge competency viz. SPIRITUAL COMPETENCY.

Again, if my memory serves me right, the Kadayan spiritual leader can do wonders at the football field. A few examples are as follows: -
1. Weaken the opponents (lamah)
2. The opponents feel that they are playing on a slunting field, in other words the opponents feel that they are at down hill trying to dribble the ball uphill (sounds freaky)
3. The Kadayan spiritual leader can install some form of invisible "protective shield" at their goal posts to avoid the opponents from scoring goals (guis);
4. If the opponents are non-Muslim or a combination of Muslim & non-Muslim, the Kadayan spiritual leader can make the former helpless by reciting "asal sikapiee" (sounds scary);

I think other group members would like to add more to the list. If all the four items listed above can be adopted in this modern days, I am absolutely sure even England or Brazil can be tamed by the Kadayan Football teams.

How about that for the Kadayan Football Teams???

johan mcalister abdullah
surrey, england

Monday, January 15, 2007

Selamat Menyambut Tahun 2007

Written by Arimi Sidek


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Selamat Tahun Baru 2007

Belum terlambat untuk kadayanuniverse mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007 kepada semua. Agak lama juga, lebih kurang empat bulan kadayanuniverse tidak dikemas kini, sejak kemaskini terakhir pada bulan September 2006.

"Mangkali samuha tukang tulis kadayan kapayahan di hujung tahun”

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Keadaan yang boleh diterima dan diambil maklum; di bulan-bulan pengakhiran setiap tahun biasanya banyak perkara yang perlu dibereskan. Ini terutamanya persiapan perayaan demi perayaan, musim cuti sekolah yang biasanya digunakan untuk bercuti bersama keluarga, merancang perbelanjaan untuk bersekolah dan seribu satu macam lagi pergerakan dan perbuatan yang harus dilakukan oleh anak-anak kadayan di seluruh dunia [kebanyakannya tinggal manatap di Borneolah].

Bagaimana agaknya perkembangan kadayan dan dunia sepanjang 2006?

kadayanuniverse.com mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Hj Maidan bin Hj Jais, bekas wakil rakyat [USNO] Sipitang.

Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Hj Rashid Hj Jais, bekas wakil rakyat [ADUN USNO] yang terawal di daerah Sipitang, dan lebih dikenali berbanding dengan Hj Maidan.

Menurut orang-orang yang mengenali beliau, Hj Maidan seorang yang peramah, ”humble” dan tidak tamakkan kuasa.

Marilah kita menghadiahkan fatihah dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau, Amin.


Persatuan Kedayan Sabah nampaknya menarik perhatian masyarakat kerana mengadakan mesyuarat tahunan di balairaya kampung Ulu Sipitang, tempat terpencil dan pada amnya dianggap ganjil sebagai tempat bagi mengadakan persidangan peringkat kebangsaan. Ramai juga ahli-ahli persatuan merungut kerana tidak dimaklumkan mengenai persidangan berkenaan. Apa pun, kita harap pemimpin persatuan tidak menikuskan diri dan menjadikan komuniti kerdil kadayan semakin terkucil, melambangkan minda orang-orang terpinggir.

Diperingkat kebangsaan pula, negara dikejutkan dengan kejadian banjir di kawasan pantai timur semenanjung, khususnya Kelantan dan Johor.

Banjir yang melanda dilaporkan begitu teruk, bencana yang mencuri pandangan diakhir tahun 2006. Kita berbangga dan terharu melihat reaksi masyarakat samaada di pihak kerajaan dan bukan kerajaan berganding bahu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat yang ditimpa musibah.

Kadayanuniverse.com berharap keperihatinan yang sama dapat ditonjolkan di Sabah dan di Sarawak apabila berlaku musibah.

Di Sabah contohnya, banjir samaada kecil atau besar adalah perkara lumrah terutamanya di kawasan Kinabatangan, Lembah Padas [ Beaufort dan sekitarnya] malah di Sipitang.

Saddam Hussin dihukum Gantung!

Perkara ini mengejutkan kerana dua perkara. Pertama ”upacara” penggantungan beliau dipertontonkan ke seluruh dunia. Kedua hukuman gantung beliau ”diselaraskan” dengan ketibaan hari raya aidil adha yang juga dikenali sebagai hari raya korban.

Kadayanuniverse.com tidak menyokong keganasan yang telah beliau lakukan semasa memerintah Iraq.

Tetapi jika kekejaman semasa memerintah menjadi alasan untuk menggantung beliau, ramai juga pemimpin dunia yang lain, sama ada telah dan sedang memerintah, termasuklah George Bush Jr., yang sedang memerintah Amerika syarikat layak untuk digantung.

Bagi masyarakat Islam pula, selepas peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintah untuk menyembelih anak baginda Nabi Ismail AS, hari raya korban digunakan untuk menyembelih binatang ternakan, bukan manusia.

Mudah-mudahan tahun 2007 yang mendatang ini menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih aman, rasional dan selamat untuk didiami. Sekali lagi........


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Selamat Tahun Baru 2007


Arimi Sidek.

Tuesday, January 2, 2007

www.kedayan.org [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: www.kedayan.org

arimi (Visitor)


www.kedayan.org 3 Years, 2 Months ago
wikiapakian berpindah ke laman sendiri bermula hari ini. Perpindahan ini sudah lama dirancang, tetapi baru dapat dilaksanakan. Laman web wikiapakian yang baru baru boleh saudara saudari lawati di kedayan.org. Perhatikan perbezaan ejaan kAdayan dan kEdayan (kEdayan.org) adalah disengajakan, kerana kedua-dua ejaan berkenaan adalah digunapakai di seluruh dunia (he..he..) bagi merujuk nama kedayan. kami tidak mahu mengelirukan saudara-saudari jadi, kedua-duanya kami gunapakai terutamanya untuk kegunaan penyenaraian di enjin carian.

Silalah menyumbang apa-apa yang patut

Monday, January 1, 2007

Arimi Sidek Online Blog Contact Form



Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]




Powered by Emailmeform

Thank You

Thank you for your interest in Arimi Sidek Online Blog.

I will reply to your enquiriy as soon as possible.

Arimi Sidek

Tuesday, December 12, 2006

Jokes saja ni... menghiburkan siau... [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Jokes saja ni... menghiburkan siau...

dama sutra (Visitor)

Jokes saja ni... menghiburkan siau... 3 Years, 3 Months ago
ini untuk hiburan saja, nda ada maksud tertentu. kalau tersinggung maap tah [aku dapat dari sms bah ni]

bagi mengikuti perubahan semasa, beberapa orang ternama di Malaysia sudah mengambil keputusan menukar nama mereka:

siti nurhaliza takut nampak macam miskinselepas kawin dengan datuk K sekarang dikenali dengan nama siti norgozilla.

abdullah badawi takut hilang popular selepas dikritik oleh tun dr mahathir. beliau mengambil keputusan menukar nama beliau menjadi abdullah bamawi...

Tuesday, November 14, 2006

Kadayan vs Banjar [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Kadayan vs Banjar

johan mcalister abdullah
« on: April 01, 2006, 12:52:25 pm »
Much has been said about the similarities between Kadayan and Banjar and the possibility of the origin of Kadayan was from Kalimantan rather than from Jawa or Sumatera.

There are several Banjar related sites and I found the following site interesting. Check it out.
http://www.geocities.com/tuhalus/

Wassalam.

johan mcalister abdullah
surrey, england


WaJiD Manis (Visitor)

Re:Kadayan vs Banjar 3 Years, 4 Months ago
WaJiD Manis
« Reply #1 on: June 14, 2006, 08:55:46 am »
Ada yang mengatakan banjar terpisah dari komuniti brunei-kadayan sejak 450 tahun yang lalu.

Mun banaa, siapa yang terpisah dari siapa?

sudah register tapi tak dapat berforum?

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: sudah register tapi tak dapat berforum?


arimi
Administrator
« on: June 14, 2006, 11:01:23 pm »
Kalau ada saudara dan saudari yang telah mendaftar tetapi :

kena suruh verify tapi verification email inda datang datang, email saya di arimiDIkadayanuniverse.com. Sebab; kalau sdr pakai email yahoo dan hotmail terutamanya verification email terus pergi ke bulk atau spam folder kerana laman kita ini menggunakan autoresponder dan builtin sendmail, program email. sendmail dianggap sebagai spammer oleh yahoo dan hotmail Angry kesian kan.

Tak boleh berforum?

jan la manyamal, kalau ada masalah nak masuk ke forum pakai la browser mozilla firefox, gerenti boleh masuk. bukan susah tu, download paling paling 10 - 15 minit lepas tu install and boleh masuk internet dengan lebih baik kerana firefox conform to industry standard

namaKU@kadayanuniverse.com [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: namaKU@kadayanuniverse.com

arimi (Visitor)

« on: June 14, 2006, 11:10:48 pm »
Semua anda yang mendaftar dengan kadayan universe sebelum bulan mac 2006 secara otomatik boleh menggunakan loginname anda sebagai email forwarding kepada email yang berdaftar di kadayanuniverse.

contohnya
seorang bernama x-men telah mendaftar di kadayanuniverse.com bulan mac 2006.
Emel yang beliau gunakan ialah x-men@yahoo.com login name beliau di kadayanuniverse.com ialah x-menpurapura.

Jadi email forwarding si x-men ialah e-menpurapura@kadayanuniverse.com si x-men boleh memberikan alamat emel baru beliau ini x-menpurapura@kadayanuniverse.com dan setiap email yang dikirim ke email x-menpurapura@kadayanuniverse akan diforward [dihantar] ke alamat emel sebenar beliau di x-men@yahoo.com maaflah kalau sdr nda faham, tolong ulang baca k...

kenapa kadayanuniverse.com tidak menggunakan mail server penuh?
Belum lagi... nantilah

Bolehkah kadayan jadi Ketua Menteri? [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: Bolehkah kadayan jadi Ketua Menteri?

Bolehkah kadayan jadi Ketua Menteri? 2 Years, 9 Months ago Karma: 0
Thread Starter: Jaumbun Punai (Thread ini terpaksa saya bina semula kerana dipenuhi oleh bot-post
------------------------------------------
jaumbun punai
Visitor

Bolehkan kadayan jadi Ketua Menteri? - 2006/11/14 19:45

jaumbun punai
« on: December 29, 2005, 11:58:44 pm »
Aku kan malihat kadayan jadi Ketua Menteri. Ketua Menteri Sabah ka, Ketua Menteri Sarawak ka, Perdana Menteri Malaysia ka...

Selalunya kalau soalan macamni di tanya aah orang kita, jawapannya payah pasal orang kedayan sedikit / minoriti saja, kuasa undi tak banyak...
Betul ka?

Aku nda berapa berkenan dengan alasan tu, sebab banyak faktor sejarah pemimpin Sabah / Malaysia tidak menyokongnya. Kadayan ni dikira etnik bah, jadi ia berkaitan dengan keturunan, bangsa dan diwarisi dai mama bapa kita.

Bagaimana dengan

1) Allahyarham Tun Datu Mustapha - Keturunan Bajau Suluk ---- minoriti di Sabah
2) Datuk Harris Salleh - Keturunan India / Brunei ---- minoriti di Sabah
3) Datuk Musa Hj Aman - Keturunan Pakistan / Bumiputra Sabah ---- minoriti di Sabah
4) Allahyarham Tun Hussin Onn - Keturunan Arab / Melayu ----- minoriti di semenanjung Malaysia
5) Tun Dr Mahathir Muhammad - Keturunan India / Melayu ----- minoriti di Semenanjung Malaysia
6) Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi - Keturunan Arab / Melayu ----- minoriti di Semenanjung Malaysia

Semuanya pemimpin di atas berketurunan minoriti ba kalau mau dikira, jadi apahal yang kadayan inda boleh jadi katua menteri?

Re:Bolehkan kadayan jadi Ketua Menteri? 3 Years, 4 Months ago
arimi
« Reply #1 on: January 19, 2006, 11:51:51 pm »
Antam saja liau, juluk tia saang tabuan tu...


WaJiD Manis (Visitor)

Re:Bolehkan kadayan jadi Ketua Menteri? 3 Years, 4 Months ago
WaJiD Manis
« Reply #2 on: June 14, 2006, 08:54:03 am »
Boleh bah tu, sekurang - kurangnya pada anggapan kita kan.. semuapun boleh.

Tapi basaa damitnya kemungkinan tu bergantung la kepada realiti yang ada sekarang.

Bunga di lihat daii biluluk bah.

Mun di Sabah di lihat dai biluluk ada batah sikit lah mangkali, nda tahu di Saawak

Friday, November 3, 2006

kadayanwikiapakian di apakian.co.nr [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: kadayanwikiapakian di apakian.co.nr

arimi (Visitor)

kadayanwikiapakian di apakian.co.nr 3 Years, 4 Months ago
mulai dari 15 Nov 2006, laman wiki kadayan, kadayan wikiapakian telah berpindah ke domainnya sendiri iaitu link: [url=http://www.apakian.co.nr/]www.apakian.co.nr[/url. Saudara saudari diharap dapat membantu membesarkan sumber wiki ini, termasuk membangunkan data wiki dengan menulis di sana. siapa-siapa pun boleh menulis mengenai apa saja.

Paling tidak pun, saudara-saudari boleh mengembangkan stub [senarai perkataan kadayan] yang ada didalam wiki berkenaan.

sekian, harap maklum

Thursday, October 5, 2006

payahnya kan mencari kerja [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: payahnya kan mencari kerja

payahnya kan mencari kerja 3 Years, 2 Months ago
sudah kan dua tahun aku graduate, balum jua dapat karaja... kalau dibilang aku memilih kerja nda jua patut, musim getah naik harga hari tu aku ikut jua mahat.

kabarnya ramai jua orang-orang kadayan yang berpangkat di borneo ani... tolong-tolong bah, kasihan kan kami ni, PTPTN kan kana bayar suda


johan_mcalister (User)
Fresh Boarder

Re:payahnya kan mencari kerja 3 Years, 1 Month ago Karma: 0
Kindly contact my friend in KL thru' his e-mail ask@mymillenniumjobs.com Probably he can help you find suitable job. Do it immediately.