Thursday, April 30, 2009

Mahat Gatah 2: Mahat vs Menoreh

Written by kalajiau ingaa

Pekerjaan menoreh kami kenali dengan nama “mahat”. Lebih kurang samalah ertinyanya dengan istilah baku bagi pekerjaan menoreh getah.

Menoreh maksudnya mengkelar atau melukakan. “Mahat (me + pahat)” pula bermaksud menebuk yakni mengakibatkan tebukan di batang gatah. Memahat biasanya melibatkan tekanan menyorong, sedangkan menoreh (biasanya) merupakan luka yang dibuat dari atas ke bawah.

Kebetulan pisau penoreh juga terdapat dua jenis iaitu jenis sorong dan tarik. Kedua-duanya merupakan pisau yang praktikal bagi seseorang penoreh.

Hanya di peringkat yang lebih terkemudian barulah pisau yang lebih canggih diperkenalkan. Ianya merupakan hybrid sorong dan tarik, jadi menoreh dan memahat boleh dilakukan mengikut keperluan penoreh.

Namun begitu teknik torehan adalah tetap sama; iaitu mengikuti bentuk tulang herring yang diperkenalkan oleh H.N. Ridley melalui eksperimen-eksperimen beliau sebelum getah diperkenalkan dengan lebih meluas di Malaya.

Lagi kelas sejarah…

Di bahagian Pedalaman Bawah Borneo Utara sehingga penghujung 1950an, pekan getah yang paling dikenali ialah Mesapol (Masapol). Pekan ini pernah diserang oleh Rundum, pahlawan Murut Tagol (Tagal) yang memberontak terhadap kompeni pada tahun 1915.

Di zaman itu, Mesapol merupakan pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (juga dikenali sebagai kompeni, paintah – perintah, pemerintah) bagi satu daerah yang dinamakan sebagai Mangalong; sempena sungai yang terbesar di kawasan ini.

Urusan pentadbiran daerah Mangalong dibahagikan kepada tiga buah mukim. Masing-masing mempunyai pusat kegiatan ekonomi merangkap pusat pentadbiran setempat iaitu Masapol sendiri, Malamam (bangunan kedainya telah lama berkubur) dan Sindumin (bangunan kedainya telah terbakar dua tahun lepas).

Sindumin merupakan pengkalan terakhir bagi kompeni Borneo Utara. Ia bersebelahan dengan Marapok (Merapok) yang ditadbir di bawah jajahan kerajaan Rajah Putih Sarawak. Sempadan politik ini tidak begitu jelas bagi kami kerana kawasan ini masih berada dalam ruang lingkup dunia kami – dunia daat kami. Ia terus bersambung ke Lawas, limbang dan Miri dan Brunei. Kecuali Brunei, ketika itu kesemua kawasan-kawasan yang disebut ini juga berurusan dengan getah sebagai nadi ekonomi utama.

Dari dunia kami menghala ke sebelah atas, kita akan tiba ke Beaufort iaitu pekan yang dikenali sempena nama pegawai daerahnya. Sedikit ke barat ialah Weston iaitu pelabuhan bagi Residensi pedalaman.

Terdapat laluan kereta api bermula dari Tenom, Bukau dan berakhir di Weston dari tempoh 1884 - 1972. Perlu juga disebutkan bahawa Mesapol merupakan hentian terakhir perjalanan keretapi untuk penduduk Mengalong.

Lebih ke utara kita akan menemui pekan-pekan getah lain yang juga tidak kurang pentingnya. Di antaranya ialah Bongawan dan Kimanis yang terletak di dalam daerah Papar iaitu salah sebuah dari pada tiga residensi terawal Borneo Utara bersama-sama Tuwwaran / Joowaran (Tuaran) dan Kudat.

Tuesday, April 21, 2009

Alfatihah untuk arwah Abdul Muluk Ejum

Written by arimi sidek

Al-Fatihah untuk saudara Abdul Muluk Ejum. Beliau telah meninggal dunia pada 10 April 2009 di sebuah Hotel di Kota Kinabalu, Sabah.


Pic from riekadier.blogspot.com

Bekerja sebagai Pegawai Pendidikan, dipercayai beliau tinggal di hotel berkenaan kerana menjalankan tugas luar kawasan.

Beliau merupakan kawan yang saya kenali sejak dari tahun 1982 lagi, kerana sama-sama merupakan pelajar tajaan program Yayasan Sabah yang menyambung pelajaran menengah di Semenanjung.



Namun itu hanya sekadar kenal. Kami menjadi rapat semasa menuntut di Universiti – kami susah senang bersama. Begitu juga dengan beberapa rakan lain seperti Bito, Foudzay, Roslan, Hashim,Yusri, Bakaq, Shida, Nora … sekadar menyebutkan beberapa nama.




Saya dimaklumkan mengenai pemergian beliau oleh Bito (Zainuddin).

Entah betul ke si Bito yang sms saya pun tak berapa pasti. Bila saja telefon bimbit bertukar nombor telefon kawan pun tertinggal di set yang lama. Agaknya si Bito lah tu.


Tidak banyak yang saya tahu mengenai beliau sejak usai pengajian dua dekad yang lampau. Agaknya sudah suratan alam, masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Saya hanya sempat bertembung dengan beliau di lapangan terbang sekali atau dua kali.


Takziah saya ucapkan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai serta semua rakan taulan yang turut bakal merasakan ketiadaannya.

Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.


P.S. Kepada saudara-saudari yang mungkin mengenali saya di mana-mana, silalah menghubungi saya dari semasa ke semasa. Paling tidak pun hantar le emel ka, di chat box ni ka....

Comments


mohd fodzi bin osman |2009-12-24
selamat bertemu dalam maya, terkejut dapat tau muluk meninggal---alfatihah, hang apa khabar

Friday, March 27, 2009

Stupid parents from Miri

Written by Achai

A baby boy dies because the parents forgot to feed him.

This isn't about politic. Sori lor, but don't just keep talking about politic will you? I think its bad for our heart. Afterall KJ won maaa, we still got plenty of time to blog later.

But this one aiyah, forgot to feed baby arr...

This isn't funny.

Stupid parents.

Maybe they forgot that they got baby.

Baby dies, drunk parents forgot to feed him

MIRI (Star): A baby boy, less than a month old, starved to death after his parents allegedly forgot to feed him because they were too drunk.

The baby died in the intensive-care unit of Miri Hospital yesterday morning and a police report has been lodged.

Police now want to question the parents, in their early 30s from a longhouse in southern Sarawak, who came to Miri to work and were renting a house at a low-cost housing scheme near the Sarawak-Brunei High­way, some 12km north of the city centre.

Relatives found the baby unconscious in the house and rushed him to the hospital at about 3am on Wednesday.

Thursday, March 26, 2009

Mahat Gatah 1: Orang Inggeris pencuri getah

Written by kalajiau ingaa

Dahlah mereka mencuri, anak cucu kami makan hasilnya …

Seantero dunia kami hingga ke pinggir rimba raya adalah dipagari dengan kebun kebun getah milik para penduduk kampung. Tumbuhan spesis hevea brasilia (hevea brasiliensis) ini sangat kuat melekat dengan dunia kami.

Deskripsi tumbuhan hevea brasilia

pahatan gatah

Sedikit pelajaran sejarah

Cerita ketibaan getah sebenarnya penuh dengan tipudaya orang-orang Inggeris. Lagipun yang namanya orang Inggeris, mereka adalah licik dan penuh tipu daya. Berbanding dengan orang-orang Sepanyol dan Belanda, hanya dengan bersenjatakan airliur dan putar belit, orang-orang Inggeris mampu menjajah negeri yang jauh lebih besar dari negara mereka sendiri. Bukan hanya tanaman gatah, tanaman teh yang menjadi nadi ekonomi Sri Lanka sehingga kini juga adalah bahan curian yang mereka dapat dengan menyeludupnya keluar dari negara China.


Getah bukan tumbuhan asal Borneo. Tumbuhan ‘angkat’ kesayangan yang kami kenali sebagai gatah (getah ini) berasal nun jauh dari Negara Brazil yang terletak di Amerika selatan. Sebelumnya kerajaan Brazil telah berusaha bermati-matian untuk menghalang biji-bijinya dieksport, tetapi dasar serakah peniaga-peniaga British tidak memandang itu semua.

Pada tahun 1876, Henry Wickham, seorang Inggeris telah berjaya menyeludup keluar (mencuri!) sejumlah 70,000 biji getah ke London. Atas ‘jasanya’ beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh kerajaan Inggeris. Biji-biji yang dicuri ini kemudian dikaji dan 2,800 cambahan telah dibiak di Royal Botanical Gardens di London (Kew Gardens). Seterusnya sebahagian daripadanya telah diangkut ke Perideniya Gardens di Sri Lanka (dulunya dikenali sebagai Ceylon).

--------------------------------------------------------------------------------------

'Bapak' Getah Malaya

Pokok ini merupakan satu dari 9 semaian pertama yang dibuat oleh H.N. Ridley untuk kali pertama di Kuala Kangsar, Perak. Ia berada di hadapan Pejabat Daerah Kuala Kuala kangsar, di simpang Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Raja Chulan. Merupakan pokok getah tertua di Malaysia Tourism Malaysia

--------------------------------------------------------------------------------------

Dalam tahun 1877 sejumlah 22 semaian telah tiba di Singapura dan ditanam di Singapore Botanical Garden. Pada tahun yang sama, semaian pertama tiba di negeri-negeri Malayu. Tanaman ini dipopularkan oleh H.N. Ridley, pengarah Singapore Botanical Garden yang turut mencipta teknik mahat (me + pahat, memahat, menoreh) tulang herring yang kemudian digunakan secara meluas.

Di Borneo, gatah mula diperkenalkan pada awal kurun ke 20 dengan kemunculan ladang-ladang Kompeni Borneo Utara di Beaufort, Kimanis, Bongawan, Mangalong (Lingkungan dan Malamam Estate), Tuaran dan Tawau. Selain itu, para penduduk Borneo juga digalakkan menanam getah di kebun-kebun (dikenali sebagai pekebun kecil – smallholder)


Curi pun curilah.

Jika difikirkan semula, tak sia-sia juga usaha Wickham mencuri biji getah. Setelah lebih 130 tahun, generasi oang daat masih ada yang bergantung hidup dengan gatah …

--------------------------------------------------------------------------------------

Rujukan

1. http://eh.net/encyclopedia/article/frank.international.rubber.market

2. http://fch.fiu.edu/FCH-2007/Fernandez-The%20Upper%20Amazonian%20Rubber%20Boom%20and%20Indigenous%20Rights%201900.htm

Wednesday, February 18, 2009

Pahalu - Jaluut, Jalurut

Written by kalajiau ingaa


jaluut bigi bayam,

***** **** dipatuk hayam1

Pantun dua kerat di atas merupakan nyanyian kanak-kanak di dunia oang daat, dunia kami.

Pembayangnya menyentuh tentang sejenis kuih yang amat terkenal di zaman tamu dan pahalu iaitu jaluut. Selain dari jaluut kuih-muih lain yang juga popular termasuklah kuih talam, pinyaam, kuih lapis dan kuih kacang. Tapi bagi saya jaluut tetap unik atas alasan tersendiri dan akan saya terangkan di dalam artikel ini.

Kuih jaluut (jelurut) ini merupakan kuih tradisi yang masih boleh didapati sehingga sekarang. Kami menikmatinya sebagai sejenis juadah lumrah hasil dari kewujudan tamu.

Besar kemungkinan kuih ini berasal dari dunia orang laut.

Sepanjang yang saya lalui, ia hanya diperolehi dari tamu-tamu dan pahalu yang kami kunjungi. Ini kerana masa senggang para wanita mereka jauh lebih besar berbanding dengan wanita-wanita daat. Kampung mereka terletak di persisiran pantai. Para lelaki menjadikan laut sebagai gelanggang kehidupan, keluar sama ada secara berkumpulan dan berasingan dari dini hari ke lewat senja atau sebaliknya, dari awal senja menghala ke dini hari.

Hanya para lelaki yang bekerja sepenuh masa begini. Para wanita tidak; kerana perlu menguruskan rumah tangga. Sekaligus ini bermaksud mereka juga mempunyai lebih banyak masa untuk mengurus rumah tangga; tidak seperti wanita daat yang biasanya bekerja bersama-sama suami masing-masing sepanjang hari. Banyak masa untuk mengurus rumah tangga maksudnya termasuklah di dalam soal penyediaan juadah, makanan, kuih muih dan sebagainya.

Semasa kenduri-kendara, jika ada – pembuatnya mungkin sekali adalah saudara-saudara yang berkaitan dengan orang laut, yang bersuamikan oang daat.

Mungkin juga dibeli pukal – jika majlis berkenaan kebetulan bertepatan dengan hari tamu atau pahalu. Malah pembalutnya juga menggunakan bahan dari laut pucuk nipah.

Dinamakan demikian kerana balutannya mudah dibaluut (balurut, ba + lurut, diburai).

Pucuk Nipah ini dilerai dari bilahnya dan kemudian digulung memanjang menjadi kon yang berongga. Balutan (gulungan yang dililitkan memanjang) pucuk nipah membentuk kon yang panjang seolah-olah cengkerang siput yang panjang.

Ia dibuat dari tepung yang diadun dan dikukus.

Setelah masak, teksturnya lembut dan semakin lembut semakin ke atas kon. Di hujung kon, teksturnya paling lembut – walaupun lebih keras dari dadih kacang soya yang telah beku (taufu). Warnanya kekuning-kuningan dan rasanya agak manis.

Saya suka kuih ini. Memakannya merupakan suatu seni. Anda akan memakannya secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit kulit luarnya dilerai untuk tujuan ini.

1Diharap para pembaca tertentu tidak tersinggung dengan pantun yang dipaparkan di atas. Artikel ini sekadar merekodkan pengalaman hidup penulis di masa lalu dan tidak mengandungi sebarang maksud untuk menyinggung sesiapa.

Saturday, January 31, 2009

Learn a bit about this part of Borneo, please

6. There are alot of things we got learn out of the agreement between Sabah, Sarawak, Singapore and Tanah Melayu before Malaysia was formulated. I suppose guys back then were so good at negotiation skills to arrive at such a marvellous geopolitical joint venture. Lands were separated thousand miles and yet connected.



Map of Borneo by Valentijn (1726)

7. Then it was agreed for sabah and sarawak to catch up with the development, but at no time will their pace and interest be disturbed. Of course it has to be done that way. Otherwise sabah and sarawak will be swallowed by greedy people. And there are perculiar things like ketua hakim borneo. They have to experience being independent in the federated malaysia. Beritadarigunung.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2008

Rumbia, hambulong, hambuyat – Part 3

Written by kalajiau ingaa

Kelazatannya hambuyat dengan sambal bambangan masam adalah bak "candas lickin' good"

Makan hambuyat

Hambuyat dimakan semasa masih panas. Jarang orang memakannya setelah sejuk. Sebaik saja diuntal, ianya direndam seketika ke dalam cacahan sebagai penyejuk semulajadi. Jangan gelojoh memakan hambuyat kerana ia harus ditelan tanpa mengunyah. Bahagian luar mungkin telah menjadi agak sejuk akibat direndam, tetapi bahagian dalam untalan kanji mungkin masih panas. Habanya semasa melalui kerongkong dan bahagian dada mungkin membuat anda berasa tidak keruan beberapa saat setelah menelannya.

Sos cacah hambuyat nombor wahid ialah sambal bambangan yang digaul dengan belacan beserta cili padi. Bagi kebanyakan oang daat kelazatannya adalah bak "candas lickin' good" [kelazatan sehingga menjilat candas]. Tetapi saya lebih mengemari cacah yang lebih mudah iaitu sambal belacan cair digaul dengan asam limau dan cili. Di sini saya awal-awal mengingatkan anda, resepi begini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Baba's atau rempah kari Adabi.


"hangat-hangat nakul batang pisang"

Hendak dijadikan cerita, suatu masa dulu ada seorang hamba Allah yang gelojoh menelan hambuyat panas. Tidak tahu apa yang dilakukan semasa keadaan huru hara berkenaan; beliau lalu meluru turun ke halaman rumah dan memeluk batang pisang. Beliau bernasib baik kerana kebetulan pokok pisang adalah sejuk kerana batangnya banyak mengandung air. Sekaligus ini berupaya meredakan kesengsaraannya.

Tetapi kejadian berkenaan kemudiannya dijadikan peringatan, petua serta paambahan [peribahasa] oang daat supaya berhati-hati ketika memakan hambuyat. Dengan begini, kejadian "hangat-hangat nakul batang pisang" berkenaan dapat dielakkan dari berulang.

Satu perkara yang anda perlu ketahui jika bersantap dengan hambuyat ialah; rasa kenyangnya adalah lebih sekejap berbanding dengan makan nasi. Ini kerana kandungan air hambuyat adalah tinggi. Ini sama keadaannya seperti anda makan bubur nasi sebagai makanan utama sewaktu tengahari. Mungkin ini merupakan punca kenapa di kampung kami, nasi tetap merupakan santapan pilihan setelah mencandas hambuyat.

Hambuyat ubikayu

Selain batang rumbia, ubikayu [tapioca] juga mempunyai kandungan kanji yang tinggi.

Proses mendapatkan hambulong ubi kayu jauh lebih mudah berbanding dengan hambulong umbia. Malah pekerjaan ini biasanya dilakukan oleh anak-anak oang daat sambil separuh bermain. Biasanya ia bermula dengan menggali setakiding [bakul yang digalas di belakang, sejenis 'hover sack” tradisi yang dianyam dari kulit bamban atau buluh].

Ubikayu yang diperolehi kemudian dibuka kulitnya dan dicuci. Selepas itu ia digaut [garut, parut] dan dibancuh bersama air di dalam besen untuk beberapa ketika. Kemudian, bancuhan ini akan diperah ke dalam tapisan dan dibiarkan mendak sehingga serdak hambulong akan mendap di dasar bekas berkenaan. Itu saja, hambulong segar ini sudah boleh ditumpahi menjadi hambuyat.

Hambulong yang dihasilkan kelihatan lebih putih dan cantik bak salju. Hambuyatnya juga lebih jernih, lembut dan nipis. Namun penggunaan candas semasa memakannya tidak begitu praktikal kerana keadaan hambuyat ubikayu lebih cair untuk diuntal. Agaknya di sini kita harus mengenepikan SOP [Standard Operating Procedure] hambuyat, pakai saja sudu sebagai penyuap – habis cerita.

Sifat hambulong ubikayu yang disebutkan di atas merupakan sebab kenapa ia lebih sesuai dijadikan untuk dijadikan perekat; selain bebas dari sebarang bau seperti yang terdapat pada hambuyat umbia. Suatu ketika dulu, kanji ubikayu juga diberitakan sesuai sebagai bahan pengeras baju sebelum diseterika.

Tuesday, December 9, 2008

Rumbia, hambulong, hambuyat - Part 2

Written by kalajiau ingaa

Ahh, hambuyat memang sukar. Setelah bertahun-tahun saya masih gagal memasak hambuyat dengan baik. Dalam 10 tumpahan, 8 daripadanya paling sesuai untuk makanan itik sahaja.


Hambuyat di dalam besen untuk santapan oang daat

Hambuyat adalah sejenis kanji dan boleh dijadikan gam pelekat kertas. Dengan adanya hambulung, jika setakat hendak melekatkan setem dan sampul surat kami tidak perlu risau. Dijamin memang tiada masalah. Sekali masak kanjinya boleh bertalam-talam. Berbanding dengan kanji jenis lain, sari hambuyat adalah lebih tebal dan keras. Bagaimana pun ini bukan merupakan masalah jika pandai mencairkannya dengan menggunakan sukatan air yang tertentu.

Makan kanji menggantikan nasi?


Hambuyat dengan Chopstick Borneo

Ya betul, sagu rumbia boleh dijadikan makanan ruji [makanan harian, staple food] bersama-sama sayur mayur dan lauk pauk. Satu tambahan yang pasti iaitu cacahan [sejenis sos ramuan ringkas tempat mencicah hambuyat sebelum ditelan]. Saya difahamkan suatu ketika dulu orang-orang bisaya dan tatana (juga merupakan oang daat yang hidup berhampiran) di kawasan Beaufort pernah menjadikan hambuyat sebagai makanan ruji.


Di negeri Sabah yang bermasyarakat majmuk ini, agak sukar untuk mendakwa bahawa hambuyat ini si anu punya, atau hambulung itu pula kami yang punya. Hambuyat ada di dalam kehidupan oang kadayan, juga didapati dalam kehidupan etnik lain. Di sana ada, di sini pun ada juga. Siapa yang benar-benar empunya hambulung ini, entahlah. Lihat saja contohnya tarian magunatip. Di Sabah tarian ini sinonim dengan etnik Murut. Namun ia juga terdapat di dalam budaya penduduk Filipina serta penduduk asli Taiwan. Pendeknyaa hambuyat adalah harta kehidupan kepunyaan bersama [common property] masyarakat di pantai barat Borneo.

---------------------------------------------------------------------------------------

Hambuyat (brunei: ambuyat). Sagu rumbia, pati sagu, pokok royong, Metroxylon sagus / rumphii Family : Palmae)

--------------------------------------------------------------------------------------

Kami seisi kampong juga menggemari hambuyat. Tetapi bagi kami hambuyat jarang dijadikan makanan tunggal, sebaliknya lebih merupakan pembuka selera dan makanan tambahan. Selepas memakannya, kami tetap akan menjamah nasi walau sedikit.

Proses memasaknya dipanggil numpahi aing hangat [air panas yang baru mendidih akan ditumpahkan] sedikit demi sedikit ke atas ketulan hambulong yang tersedia di dalam besen sederhana besar. Sebenarnya bukan sekadar menuang air panas; kemahiran tinggi perlu untuk menukar hambulong menjadi hambuyat yang sesuai untuk dimakan. Proses mencairkan kanji untuk menjadi gam lebih senang kerana asal cair, bolehlah dilekatkan.

Jika anda melihat orang memasak hambulong, pasti akan kagum. Orang yang memasak hambulung akan memegang cerek berisi air panas secukupnya dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang gagawi [senduk khas pengaut nasi]. Air akan dituang sedikit demi sedikit sementara gagawi pula digunakan untuk memusing bancuhan hambulung. Hasilnya, bancuhan di dalam besen akan berputar dan berpusar. Kemudian semakin sedikit air dituangkan dan pusingan gagawi semakin lambat sehingga pada tahap yang paling sesuai pusaran akan terhenti sendiri.

Pada ketika ini cecair mula menjadi separa beku umpama agar-agar yang melekit. Warna putih hambulung bertukar menjadi jernih sebagai tanda ia telah masak dan menjadi hambuyat. Jika sedikit air dari yang sepatutnya dituangkan, hambulung tidak akan masak. Terlebih air pula, kanji tidak akan menjadi separa beku. Terlebih pusing gagawi, anda akan sukar mengimbangi jumlah air yang dituang. Jika kurang pusing, lompang-lompang [bubbles] putih hambulung mentah akan terbentuk di dalam hambuyat. Ahh, numpahi hambuyat memang sukar. Setelah bertahun-tahun saya masih gagal memasak hambuyat dengan baik. Dalam 10 tumpahan, 8 daripadanya paling sesuai untuk makanan itik.


Hambuyat [kanji masak] adalah bahan separa cecair yang agak melekit. Jaga mulut! Anda tidak boleh menyuapnya begitu saja kerana ianya dimakan semasa masih panas. Peralatan khas digunakan untuk tujuan ini dan walaupun sudu dan garfu boleh diguna untuk menyuap ke dalam mulut, ia tidak termasuk di dalam modus operandi memakan hambuyat. Tidak ada kelas makan hambuyat dengan sudu dan garfu.


Hambuyat diuntal

Ia biasanya dimakan menggunakan candas [chopstick] yang khas. Kita namakan saja candas ini sebagai Chopstik Borneo kerana memang boleh dikatakan begitu. Kegunaan utamanya khusus untuk memakan hambuyat. Namun, memandangkan ia merupakan penyepit yang mudah, ia juga sesuai untuk kegunaan lain seperti mengangkat ikan dari tempat salaian api dan sebagainya. Hambuyat akan diuntal [digulung] dan dipilas sebelum membentuk ketulan lembut sebesar yang kita selesa untuk muluk [menelan sekaligus tanpa mengunyah].

Friday, December 5, 2008

Rumbia, hambulong, hambuyat – Part 1

Written by kalajiau ingaa

Hambataa (ulat sagu) merupakan santapan yang digemari oleh sesetengah oang daat!

mun inda dipacahakan batang umbia apa ulah kan luih hambulong”

[kalau tak dipecahkan rayong manakan dapat sagunya]

Lebih kurang maksudnya, kita harus berusaha sedaya upaya jika hendak mendapatkan sesuatu hasil yang baik. Ungkapan di atas menggambarkan keakraban pokok sagu dengan kehidupan orang-orang Borneo, terutamanya oang daat di belahan dunia kami yang tinggal sekitar pantai barat dari kawasan Papar sehingga ke Miri. Malah, misi utama program Syarikat berpiagam Borneo Utara British pada awal abad ke 20 (1900 – 1914) ialah mengkomersilkan penghasilan sagu di kawasan Beaufort dan Papar.

Pokok Umbia (rumbia) dikenali dengan banyak nama. Walaupun kami hanya mengenalinya sebagai umbia, pokok dari spesis palma ini sebenarnya terkenal di serata pelusuk dunia variasi nama “sagu (arab)” yang terkenal. Di antaranya ialah Sago palm (English), Sagoutier (Perancis), Sagopalme (Jerman), Sago (Itali), Sago yashi (Jepun), Thagu bin (Burma), Sa khu (Thai), Sagu (Vietnam) dan lumbia (Tagalog). Orang-orang jawa mengenalinya dengan nama Ambulung, manakala bagi kami hambulong adalah merujuk kepada pati sagu yang telah diproses.


Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan paya air tawar dan batangnya mempunyai kandungan kanji yang sangat tinggi.


Hambulong [Brunei - ambulung] mengandungi sehingga 90% kanji tulin iaitu karbohidrat. Setelah dimasak ia dipanggil hambuyat (kanji masak) dan ia boleh dimakan untuk menggantikan nasi.


Berikut merupakan cara tradisi untuk mendapatkan hambulung. Terlebih dahulu pokok umbia yang matang ditebang dan dipenggal sekira-kira tiga hingga empat kaki panjang. Kulit luarnya yang keras dan berwarna gelap akan disisi (dibuang, dilapah, dikupas secara belahan sisi). Bahagian serabut di sebelah dalam yang lebih lembut akan diparut menggunakan gergaji parut khas dan hasil parutan akan dimasukkan ke dalam pelantar penapis yang dipenuhi air. Penyisihan kanji dari serabut umbia dibuat menggunakan kaki sebelum diayak. Kemudian air berkanji berwarna putih akan dibiarkan beberapa ketika supaya kandungan kanji yang ada di dalamnya mendap. Mendapan ini merupakan mendak kanji tulin yang berwarna putih bersih seperti tepung yang telah diuli dengan air, tetapi warnanya lebih putih dan terasa mulus apabila dipegang.


Kenali Sagu dari aspek yang lain!

A. Hambataa – Ulat Umbia

Sebenarnya kegunaan batang umbia bukan hanya terhad kepada penghasilan sagu. Bagi oang-daat yang bukan beragama Islam (orang dusun, orang dayak dan sebagainya) selain menghasilkan hambulung, batang dan tunggul pokok umbia yang dibiarkan mereput akan menjadi pusat pembiakan kumbang dalam jumlah amat banyak. Akan tetapi sebelum proses metamorphosis berjalan dengan lengkap, kumbang-kumbang ini adalah merupakan ulat umbia bersih yang kami kenali sebagai hambataa (tetapi orang kadayan tidak memakannya, sejauh yang saya ketahui). Hambataa tinggal di dalam pokok umbia dan bergantung kepada kanji mentah di dalam pokok berkenaan sebagai makanan utama. Saiznya sebesar ibujari setiap satu dan apabila dikumpulkan berbakul-bakul, hambataa merupakan santapan yang digemari. Sehingga sekarang, ada masanya ulat-ulat umbia ini kelihatan dijual di tamu-tamu kawasan yang tertentu di Borneo.


B. Sagu Tradisi dihasilkan Secara Injakan


Sagu dihasilkan dengan menginjak hasil parutan serabut menggunakan kaki, tidak kotorkah?

Ya, menggunakan kaki. Oleh kerana kuantiti parutan serabut pokok umbia yang banyak, biasanya injakan kaki diperlukan, bukan tangan. Suatu ketika dulu padi juga diinjak menggunakan kaki, bezanya padi masih berkulit dan kulitnya hanya diasingkan untuk menghasilkan beras setelah ditumbuk di dalam lesung kayu. Proses pembuatan wain tradisi juga memerlukan injakan untuk memerah cecair dari buah anggur; sebelum diperam.


Pada sekitar tahun 1997, saya pernah mengikut rombongan lawatan ke sebuah kampong untuk melihat bagaimana sagu dihasilkan. Saya tertarik untuk melawat tapak perusahaan tradisi sagu di kampong berkenaan kerana penghasilan sagunya begitu putih bersih dan agak terkenal. Setibanya kami di sana, satu demi satu proses pembuatan sagu diperlihatkan secara terperinci. Ini termasuklah daripada proses pembuangan kulit luar, memarut dan semuanya berjalan lancar sehingga tiba ke proses menginjak. Agaknya pakcik pengusaha berkenaan ada sedikit kesilapan teknik. Untuk demonstrasi injakan, dengan selamba beliau berjalan, memasuki ruang dan kemudian terus menginjak serabut umbia tanpa meninggalkan boot plastik hitam yang dipakainya. Pada masa itulah saya perasan raut muka kebanyakan ahli rombongan menjadi berkerut dan di akhir sesi, tiada seorang pun yang membeli sagu yang dihasilkan.

Wednesday, November 19, 2008

Who is Aling? Part 2

Who is Aling? No longer has anyone known, and nobody cares.

Except for the caring few; and that consists of her late mum, a brother, four sisters and perhaps, some nieces and nephews – not sure either. The fact is that, they formed the innermost circle of the family. The team later joined by the sister in law.



This small wagon acted as the only bridge for Aling and our world, and becomes a life support system for her. This way, her misfortunate endeavor in the hideout continues till the day she dies.

But whatever it is, I am quite sure it doesn’t even include all family members. For example, one of the brothers can’t remember he ever met Aling since 1970s.

On the day she passed away, the undertaker service immediately called upon to the village. The servicemen then asked a villager where about the location of the deceased. The man responded, he knew the location well, but can’t remember there is any members of the family in the said house had just died, if any.

He clearly excluded lonely Aling from the list!

As for me, it was my wife who woke me up at 6 o’clock in the morning, and informed me about the news. “We have to go back”, I replied immediately.

Its quite disturbing on the way back as my maid asked too many questions to whom actually had just passed away, where did she lived, why the funeral is going to take place in grandma's house, etc.,etc.,. At the end I simply lied to her to keep the mouth shut.

That was the first time I saw her, upon my arrival. O my God, this must be Aling. A middle age with small, built, thin, toothless, and lifeless body with short hairs; lied down on the mattress. Her eyes sunk deep inside the sockets - as if to tell everyone that’s how exactly she was hiding deep inside the house for most of her life. She clearly wasn’t in a good shape when God called upon her. The face implied misery, lots of them. The expression on her face contained a mystery that is known only to her. And to God, who dictates the unique path for her in this world.

Imagine the will of God, and how He dictates Aling on how to live her life in this world. It lies well beyond my apprehension, as well as my poor imagination.

It is a lonely world, no matter how we look at it. It is terribly slow, everything moves at a snail pace. Time is incredibly abundant when it’s all about living in a room, if I must describe here. Every moment goes nowhere. Everywhere it’s all about gazing on the wooden floor, wooden wall and a tin roof. With unlimited time in possession, eventually you will be able to recognize every crack on the wall, or to memorize every hole atop, or to pinpoint every pattern and color around you. For every second you tend to submerge in limitless wild imagination, the mind ocean of yourself. Your heart beat, your breath becomes perpetual life music. The heat of the rooftop becomes the permanent crowd, and the wind’s whirling sound becomes your only friend. Once or twice a day the door squeaks open, and a familiar somebody enter your domain as their duty call. This is the only time when your infinitive wandering takes a break. Perhaps is serves as a reminder that there is still another world apart from your own mind; that you corporeal body must still eat and nursed in order to survive.

But what if it’s actually the other way around? Aling may in the wonderland for all these while, ours' too preoccupied and materialistic mind simply couldn’t understand. From this perspective, what we may see as misery may not misery after all. She may love her tiny world that we see as a pitiful cage like no other; and the old house had fulfilled whatever desires she may had in her lifetime. Maybe she treated every break whenever somebody enters the room as unnecessary disturbance that she hated most; who knows? Perhaps this is why, according to the auntie – do not undermine her ability to badmouth anybody who happens to visit her once and a while.

"I couldn’t remember how she like, I can only recap the glimpse of her past by looking at the photo”, said the brother. Whatever.

But I honestly still don’t understand to why she did not move to grandma’s [then] new house instead of staying in the old one. Why she never had been exposed to other family members; she deserved it, like it or not. Why there were no further efforts to cure her on the first place. And why they never openly discuss about Aling, she was a family member, and should be treated as one. These question marks will be buried together with Aling, I suppose. As for me, I won’t ask again from this point on. No heart feeling, sorry; I just speak up my mind.

Looking back, I now realize that whatever God had determined on Aling’s fate, actually it is for us to ponder upon. In my view, it’s all about God’s mercy. It is the mercy that rules, well above anything else. For if God’s judgment is actually based on bad, or good deeds of every human being, Aling are clearly an exception to the rule. What are there to judge when Aling did neither good nor bad for 37 years?

The brother swears that he saw something extraordinary on Aling’s final moments. His spiritually untrained eyes caught the bright white, yellow, green and red lights, akin to firework on display minus the cracking sound, well above the old house for several minutes. However he doesn’t understand what it’s all about, he even drives to work as usual; only to be informed later that the sister had gone forever.

To all the good bountiful souls that taking a good care of her for decades, as a fellow human being, I humbly praise your all.

Praise to you bapa & mama Jojo, mummy, mama, mama Ijam, auntie Alan, Ida, Ali and others, whoever you are, for the distinctive long service of humane effort. All of you are worth mentioning here.

May God bless us all, and rest in peace Aling!


So that's what I mean, my friend's story is exceptionally interesting - Arimi.

Comments

your fan - 37 real |2008-11-17
WoW
is this real?

Tuesday, November 18, 2008

Who is Aling? Part 1

This is an interesting story of a woman named Aling, as told by a friend of mine.

While in a coffee shop over ‘teh tarik’ last week, he suddenly posed a strange question to me, “How does it like if you live in a deserted island, all by yourself for 37 years?”

I then replied, “If Robinson Crusoe's story of living in isolation for two years or so can be foretold in a book; I can write about my 37 years of experience in 20 books!”

Yes, Aling lived in a near-complete isolation for nearly four decades; except it did not take place in an island but rather, in an old house!

This is a true story; no matter how strange it may sounds.


Here my friend’s story goes.

I am related to her not by blood, but rather; by marriage. I am married to one of her nieces, so she is my wife’s auntie to be exact.

I never had a chance to see her face, let alone talking to her, in her life time.

First time when I became part of this family, I noticed the remnant of an old house about 10 meters away from the grandma’s house. Strange enough this old house, it is well maintained and tidy, as if somebody lives there.

My instinct always told me that somebody must have been in the house, but I choose not to ask much. Nor that I don’t want to know, but my wife and even the whole family doesn’t talk about it. And as a newcomer, I can’t demand much, can I?

Therefore, I don’t know much about her. But since Aling isn’t with us anymore, I will tell you [almost] everything I know about her.

Aling was born in 1957. On the same year Malaya was freed from colonial rule; it was the year of independence, and the date that is well guarded by nearly all Malaysians.

She was the prettiest among the sisters, I was told on the funeral day. An active young girl with athletic built of sort. And she lived a healthy life until she was fourteen. That is until she was in secondary school; form two to be exact – circa 1971.

By the time, then misery struck upon her. It was raining on the way back from school one day. As the result, she was fallen sick; maybe high fever of a kind, I never knew. The sickness recovered in the matter of days, but mentally she hadn’t from that very unfortunate moment.

From there on, she was completely transformed into different persona. Yes, changed. And change for bad and later, for worse.

She had chosen to stay in her room. Refused to go out perhaps; refuse to meet people; refuse to talk; refuse to communicate; refused everything. She kept herself into a living exile, in her own bedroom.

According to Mr. Anis, one of her cousins [and my wife’s uncle], the isolation cycle wasn’t actually completed overnight. Rather it was a gradual process. She was still quite a normal person for some time after the sickness.

But of course, more and more time was spent inside the room until the cycle completed, and the room became the world on its own. I m not sure how far the medication process took her, but apparently the isolation stays.

It was on a later stage that Aling’s family built a new house adjacent to where she lived. Supposedly this house was to replace the existing, only to saw that Aling wasn’t part of the moving process eventually, not sure why. Her mum reluctant to bring her along on safety reasons, maybe. Or she may persist to live where she lives, and persistently had chosen to remain there. Whatever it was, she lived there till the end.

Life had become a full circle for Aling and her room. So complete that, as the time goes by, Aling completely vanished from the real world, our world. For 37 years.

Who is Aling? For decades, no longer has anyone known, and nobody cares.

Thursday, November 13, 2008

Musim Hujan 3: Baah [bah, banjir]

Written by kalajiau ingaa

Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga.

Musim hujan yang berterusan bakal mengundang limpahan air di kawasan lembah sungai dan kawasan pamah di sekitarnya.

Dunia kami kebetulan terletak di kawasan limpahan baah [bah, banjir]. Dalam hal ini, baah bagi kami adalah seumpama keadaan “alah bisa tegal biasa”.

Di sepanjang masa kami cukup dekat dengan dengan baah.

Dekat maksudnya banjir boleh melanda 2 – 3 kali setahun pada waktu tertentu.

Mungkin agaknya berpunca daripada kejadian peredaran monsun ataukah kitaran hujan, limpahan baah lebih kerap bermula awal pagi berbanding pada siang hari.

Tambahan [grafik], 13 November 2008

Banyak kerja tambahan pada waktu air mula melimpah naik; urutannya boleh dipermudahkan begini. Pertama penduduk kampung semuanya bersiap siaga menghadapi keadaan yang tidak menentu ini. Kedua ada penduduk kampung perihatin yang sukarela akan menjaga paras air. Mereka ini menjadi penjaga baah tidak rasmi dan memaklumkan keadaan terkini paras bahaya limpahan kepada penduduk kampung.

Seterusnya berita berkenaan akan disebarkan cepat ke seluruh kampung melalui apa-apa medium yang bersesuaian seperti kokok [bukan kokok ayam, ia adalah kelui-memberi maklum secara menjerit], tawak-tawak [gong] serta ketukan pintu ke pintu. Ada juga yang terjaga akibat suasana hingar bingar jiran sebelah rumah semasa bergegas mengharung halaman.

Haiwan ternakan, barang-barang dan peralatan penting harus di angkut ke tempat selamat. Kawasan selamat maksudnya termasuk ruangan dalam rumah – beranda, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, di mana saja. Jadi segala kayu api, guni padi, ayam, itik, tekukur diangkat dengan kataan dan sangkarnya sekali. Tidak hairanlah tak lama bakahau seluruh rumah.

Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga. Alamat buruklah bagi mereka ini kerana barang-barang serta peralatan yang ada di halaman akan hanyut. Nasiblah kan, nanti setelah surut cari balik. Mungkin adalah terdampar di mana-mana kawasan pinggir kampung...

Tetapi baah adalah masa berpesta bagi anak-anak oang daat. Kami mana peduli dengan bahaya semua itu. Baah adalah air; air yang banyak; banyak sangat dengan warna seperti teh susu... Splash!!!

Air di mana-mana; dengan cuaca yang sejuk segar.

Anak-anak daat menjadi sangat sibuk sepanjang hari semasa baah. Bertenggek di tepi tingkap, di beranda, di muka pintu memerhati air yang berlegar-legar mengharungi tiang rumah, pokok-pokok dan serangga-serangga bertenggek menyelamatkan diri di bahagian luar dinding .

Kami semua tercangak-cangak menunggu 'lampu hijau' dari ibu bapa. Biasanya ia diberikan apabila air baah mulai surut dan inda bangat [arusnya tidak lagi begitu deras]. Sebaik sahaja saja 'lampu hijau' diberikan kami semua bertempiaran bagai “anak ayam kehilangan ibu” meredah baah. Di serata kampung anda boleh melihat anak-anak berpesta dengan kepala bajangolan [timbul], salam saloo [tenggelam timbul], ba aboo [berendam sukaria].

Antara aktiviti kegemaran kami ialah ba ajung [bermain perahu kecil, jong], membuat bangkaa [rakit, bangkar] daripada batang pisang. Bagi mereka yang inginkan peralatan yang lebih mudah, pilihan yang ada ialah gaman [penimbul] dari apa saja yang sesuai seperti sebatang pisang, gelen yang ditutup, tiub tayar yang dikembungkan, besen besar dan sebagainya. Keadaan pesta ini berterusan sehingga air banjir surus sepenuhnya.

Keesokan harinya, seluruh kawasa akan menjadi becak melepasi buku lali. Persekitaran halaman akan berbau hanyir dengan bau galang-galang [cacing] yang mati. Pemandangan menjadi teruk dengan seluruh kawasan tidak ubah seperti dicat dengan warna kelabu kuning. Kebun-kebun sayur akan rosak teruk, tetapi tidak pula semestinya binasa sepenuhnya.

Sekali bah sekali pantai berubah”, bak kata pepatah kita.

Pepatah tersebut lahir dari kejadian semulajadi mengenai kemampuan bah untuk mengubah keseimbangan mukabumi dan ia benar-benar sentiasa dibuktikan. Jika tidak beringat dan berjaga-jaga musibah boleh melanda dengan lebih ketara. Rumah boleh hanyut, manusia boleh lemas ditelan arus, manakala harta benda pula rosak binasa.

Di abad lepas, pernah ada saranan supaya kerajaan menjadikan musim baah sebagai salah satu tarikan pelancong ke negara kita. Alasannya, kalau di negeri yang bersalji; salji boleh menjadi daya tarikan, kenapa pula baah tidak boleh. Soalnya bukan semata-mata orang lain boleh kita harus boleh juga. Air baah bukannya bersih seperti salji, tambahan pula zaman sekarang ini. Air yang melimpah tidak mengira dari mana sumbernya. Air sungai, air longkang, parit, longkang besar, tangki kumbahan ...

Fikir dua kalilah sebelum melaksanakannya.

Comments

liau kadayan - siok jua baah atu |2009-05-15 17:23:03
Cuba tah batutuan kadayan ( tapi translet BM bagi pakataan yang hantap kalasik bunyi... sama ejaan... kadayan kami kakal jua ada R... kecauli dalam tutuaan. Tahniah....
Kitani kadayan mana kian... sipitang?
Beufort, Berunai... Temburong> Labuan... atau di Sarawak....

basinglaki - banaanya kian |2009-07-11 13:08:06
iatah owang kadayan kaaang ani, payah hantap dikelalie indamau tutuan kadayan...puas sudah ku bejalan di dunia ani..da mau ngakun..inda jua baie malu kali...

Wednesday, November 5, 2008

Musim Hujan 2: Kulat Tahun

Written by kalajiau ingaa

Oang daat juga mengamalkan sikap 'thinking out of the box'

Musim sejuk, berangin dan berkabus mengingatkan saya kepada sejenis cendawan kegemaran oang daat yang dipanggil “kulat tahun”. Maaf, saya tidak tahu apakah nama saintifik atau latin bagi cendawan ini. Puas saya cari di internet tapi belum jumpa-jumpa sampai sekarang.

Tentang namanya, saya menyimpulkan ia dinamai sedemikian kerana ianya merupakan kulat [- cendawan; yang bertumbuh di musim tertentu setiap] tahun.

Teks diperbaiki, 04 Nov 2008

Cendawan biasanya akan bercambah di musim-musim lembab seperti sekarang ini. Jika tidak, takkanlah ada simpulan bahasa “bagai cendawan di musim hujan”.


Kulat tahun dipetik pada waktu pagi jika terjumpa; dan ibu-ibu dan kakak-kakak oang daat sudah pandai mengagak masa dan kawasan cambahannya. Biasanya pagi-pagi lagi mereka akan meredah belukar di pinggir kampung untuk mendapatkannya.


Hayat cendawan ini tidak lama. Jika lambat ditemui di sebelah petang umpamanya, sebahagian daripada cendawan berkenaan telahpun diserang ulat dan akan mati.


Ukurannya lebih kurang dalam empat inci garispusat; atau kira-kira sebesar telunjuk dan ibujari kedua tangan dicantumkan bersama-sama.

Rasanya cukup enak, sedap dan mengandungi kandungan glutamic acid yang tinggi [baca: monosodium glutamate, aji nomoto]. Pedulikanlah bahagian glutamic acid ini, kami oang daat tak perlu tahu untuk merasa keenakannya.


Tetapi oleh kerana rasa kulat tahun yang digemari, harganya agak mahal di pasaran. Pada masa itu, nilai pasarannya adalah RM2 untuk 10-15 ukal [istilah bagi merujuk kepada setiap batang cambah cendawan yang kembang / mekar]; itupun payah hendak dibeli di tamu-tamu kerana orang-orang yang berminat berebut membelinya.


Ada juga masa di mana bekalan cendawan cukup banyak berbanding musim yang lain, tanda murahnya rezeki kami. Jika ini berlaku, selain dijual, kulat tahun boleh dikeringkan atau dijeruk untuk kegunaan yang akan datang. Ini termasuklah untuk dibuat gulai atau 'sapak' [ramuan tambahan] masakan lain kemudian.


Kualiti kulat tahun diukur samada ia ukal atau belum. Lazimnya yang paling disukai ialah cendawan yang mekar [sedang-sedang ukalnya], tetapi ada pula yang menyukai cendawan yang belum ukal. Namun semua ini biasanya hanya merupakan pilihan yang diketepikan. Asal terjumpa, ukal kah tidak, ambil saja semuanya...

Untuk persediaan memasak, batangnya sehingga ke bahagian kon akan dibelah memanjang.


Kulat tahun paling senang dimasak, dan ia tetap lazat walau hanya dimasak dengan ramuan yang paling minima. Cukup dengan direbus dengan air dan ditaburkan dengan garam dan sedikit serbuk perisa, dan anda masih berupaya menikmatinya.


Kulat tahun sukar untuk ditanam secara komersial. Kepakaran oang daat belum sampai ke tahap membiakkannya. Apatah lagi untuk mengembangkan penanamannya menggunakan teknik spora. Para penanam cendawan komersial sampai sekarang pun nampaknya tidak menanam kulat tahun. Mungkin anak-anak oang daat yang berpendidikan masa kini harus telah mampu untuk menghantar sampel cendawan ke makmal-makmal untuk menghasilkan bibit cendawan yang kemudiannya mampu ditanam di rumah cendawan komersial.


Kulat tahun biasanya akan bercambah di tempat yang sama setiap kali.


Saudara kami orang Lundayeh [juga oang daat] dari kampung yang berhampiran pernah membuat experimen [oang daat juga mengamalkan sikap 'thinking out of the box']. Oleh kerana ia bercambah di tempat yang sama, kenapa tidak cangkul saja tanah tempat cambahannya dan bawa balik ke halaman rumah. Namun usaha ini tidak menjadi, ia tetap bercambah di kawasan tanah yang kena cangkul, bukan tanah cangkulan yang dibawa dengan lasuk [sejenis takiding] ke halaman.


Sebenarnya saya sendiri juga pernah berbuat demikian. Ini kerana tempat cambahan kulat tahun terletak di bahumah (ba[wah r]umah) dan di bawah kandang ayam!


Tapi experimen ini juga gagal.


Comments
penyo |2008-11-04 15:41:48
Saya rasa kulat ni bagus juga dibuat kajian lebih mendalam bagaimana untuk mengkomersialkan kulat ini. Cadangan yang baik juga kalau menteri kita memberi bantuan dari segi kewangan atau menggunakan wang KWSP RM5billion di laburkan untuk kajian penanam kulat ini.

halimantang |2008-11-05 15:37:40
tapakai ku tulisan mu ni, inda banyak ooang daat yang tinggi pikian pasal kulat tahun ni,yang paling ku minat part nyangkol tanah di bawa mulih tu..mmg sakit paut ku tetawa mbaca..tapi ok jua idia mu tu..boleh pakai jua..

Mohd - Kulat taun |2008-11-08 11:46:19
Setuju ku pasal artikel ni, mulah nini pun dulu ada merista pasal kulat taun ni. Rasanya pun nda sama dengan kulat yang d tanam.


malaskuingau - nyaman |2008-12-03 20:27:45
nyaman tuk eh kulat tahun tuk...
takanang mamak mulanyak mun ai musim kulat tahun..." lain asak sajuk nyak yang, ada pakah kulat tahun..." jinyak

Anonymous |2009-05-24 19:11:22
sanang kan mehunja kulat taun ani....tuuti saja aah angin...banyak luih tu...