Tuesday, February 22, 2011

Guru-guru dari Semenanjung, Sampai Bila?

Sampai bila pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?

Datuk Pairin Kitingan menyuarakan pandangan supaya guru sandaran diwujudkan semula guna menangani masalah berterusan penghantaran guru-guru dari Semenanjung bertugas ke Sabah dan Sarawak yang telah berlarutan sekian lama. Tetapi mengadakan semula jawatan guru sandaran bukan penyelesaian yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.



Dari 1963 - 2011 sudah 48 tahun masalah kekurangan guru dijadikan alasan untuk meneruskan program penghantaran guru-guru dari semenanjung untuk bertugas ke Sabah dan Sarawak. Balik-balik alasan kekurangan guru dijadikan sebab untuk menghantar beramai-ramai guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak saban tahun. Sebarang percubaan oleh mana-mana pihak di Sabah dan Sarawak untuk bersuara dan mempersoalkan keadaan ini biasanya hampir serta-merta dianggap dan dilabel sebagai anti-semenanjung. Kononnya kita satu negara, jadi tidak harus wujud sentimen kenegerian.

Entah di bahagian mana dalam isu ini yang boleh dikategorikan sebagai sentimen anti-semenanjung. Tetapi biasa bila sudah dikaitkan sampai ke sini kebanyakan orang cuma akan memilih untuk berdiam diri sajalah. Siapa yang mahu dilabel sebagai tidak patriotik dan anti - integrasi nasional. Akan tetapi perkara ini adalah satu hakikat yang telah menghantui alam persekolahan di Sabah sekian lama tanpa sebarang penyelesaian dari pihak kerajaan selain daripada alasan yang sama dilaung-laungkan berulang kali.

Kenapa tidak ikuti contoh pasaran jururawat Malaysia?

Asas keseimbangan pasaran buruh dalam ekonomi moden ialah bersandarkan hukum permintaan dan penawaran buruh itu sendiri. Begitu juga keseimbangan pasaran guru adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran guru. Jika permintaan terhadap guru melebihi bekalan penawaran semasa yang ada, apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan tingkat penawaran guru di kedua-dua negeri berkenaan dan perkara ini sebenarnya mudah untuk diselesaikan.

Lihat saja apa polisi kerajaan terhadap kerjaya jururawat. Entah bagaimana, tetapi mula-mula potensi 'niche' pasaran ini telah tiba-tiba dikenalpasti oleh orang-orang berkepentingan di dalam kerajaan dan boleh menjadi lubuk wang mereka. Kemudian bak cendawan tumbuh, timbul sebanyak 106 kolej menjadi kilang untuk mengeluarkan jururawat. Natijahnya berpuluh-puluh ribu anak muda lepasan bidang kejururawatan membanjiri pasaran kerja sehingga berlaku lebihan penawaran jururawat dalam negara. Nisbah jururawat per penduduk di Malaysia sekarang ialah 1:490, melebihi kadar yang disyorkan oleh WHO iaitu 1:200. Pada masa ini kerajaan terpaksa membekukan penubuhan sekolah kejururawatan yang baru.

Tetapi perkembangan peningkatan penawaran jururawat tidak terhenti di situ saja.

Alang-alang telah melabur membina kolej, orang-orang yang sama telah nampak cara baru untuk membesarkan pasaran jururawat dan terus mengisi wang ke dalam kantung yang ada. Mereka dengan otak geliganya telah mencadangkan pula 'career upgrades' melalui program pensiswazahan kepada jururawat yang sudah bekerja. Secara teorinya sekarang seorang jururawat juga sudah boleh memegang jawatan Pengarah Hospital.

Bila dah beransur-ansur naik pangkat dan hirarki bidang kejururawatan akan timbul sudah tentu peluang kerja kejururawatan bertambah dengan sendirinya kerana skop kerjaya kejururawatan sudah menjadi lebih besar. Pembantu jururawat akan menjadi jururawat, jururawat menjadi ketua jururawat, ketua jururawat menjadi matron; setiap kenaikan akan mewujudkan kekosongan untuk diisi. Pensiswazahan juga bermaksud satu bentuk jaminan bahawa kolej-kolej kejururawatan akan terus mempunyai pelajar dan akan membayar yuran yang lebih mahal pula kerana tahap kursus adalah semakin tinggi. Kerajaan tidak terfikir untuk eksport ke? Kalau Filipina dan Indonesia mampu mengeksport amah, tak kan kita tak boleh eksport jururawat pula.

Nampak jalannya yang mudah untuk meningkatkan penawaran bukan? Perkembangan mendadak kerjaya kejururawatan ini berlaku dalam tempoh kurang dari satu dekad. Jadi penambahan tingkat penawaran guru di Sabah sebenarnya bukan masalah sukar untuk diselesaikan.

Soalnya ialah sama ada kerajaan BN benar-benar mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah atau hendak mengekalkan status quo. Kelihatannya kerajaan melalui kementerian pelajaran bukan ingin menjadi sebahagian dari penyelesaian, tetapi ingin kekal menjadi sebahagian dari masalah (not part of the solution, but part of the problem).

Berpuluh-puluh ribu anak-anak muda dari Sabah sekarang ini berada di Semenanjung. Ramai yang bekerja sebagai buruh di restoran, kedai-kedai dan kilang-kilang. Mereka bukan semestinya golongan tercicir daripada alam persekolahan, tetapi merantau mencari sesuap nasi kerana negeri mereka miskin dan kurang peluang kerja. Jika 10% saja daripada mereka dilatih untuk menjadi guru setiap tahun, sudah lama kekurangan guru di Sabah boleh diatasi.

Jadi sampai bilakah pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?

Guru-guru baru dari semenanjung merupakan lepasan universiti yang tidak berpengalaman sebaik ditugaskan ke Sabah dan Sarawak. Apabila tiba sebahagian besar daripada mereka akan berhempas pulas belajar memahami budaya, adat resam dan dialek tempatan dan mengasah kemahiran mengajar dari tahap sifar. Alangkah, setelah menimba pengalaman selama 5 - 10 tahun dan telah mahir serta masak dengan segala kerenah alam pendidikan kebanyakan mereka akan balik ke ke kampung halaman masing-masing di semenanjung.

Sudahnya, manaafaat yang besar diperolehi oleh pelajar di semananjung kerana diajar oleh guru-guru berpengalaman yang telah menajamkan karier perguruan di Sabah dan Sarawak selama berdekad-dekad. Sementara para pelajar di Sabah dan Sarawak pula, kitaran pembelajaran mereka sekali lagi akan bermula dengan kehadiran guru-guru baru yang lain, juga dari semenanjung dan sifar pengalaman. Tidak hairan jika jurang tahap mutu pendidikan Sabah & Sarawak dengan Semenanjung tidak berjaya dirapatkan sehingga sekarang.

Jadi apakah manafaatnya perkara seperti ini kepada alam pembelajaran di Sabah untuk jangka masa panjang?

Saturday, February 19, 2011

Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Untuk yang mengejar mimpi kesultanan Sulu, belajarlah menerima hakikat kerajaan feudal kamurang sudah luput tempoh laku [expired] sejak abad ke-18 lagi.

Juga jangan kata apa-apa tentang Sultan Sulu hendak membela agama Islam. Sebenarnya seorang sultan Sulu iaitu Sultan Azim ud-Din I (juga ditulis sebagai Alimuddin 1 yang memerintah dari 1735-1748 dan 1764-1774) dengan keluarganya sekali sukarela menjadi murtad dan menganut agama kristian. Selepas pembaptisan baginda dikenali sebagai Don Fernando De Alimuddin dan Nama pendeknya dikenali sebagai Ferdinand I.


Gadis Lundayeh Ba Kelalan

Kesultanan Brunei sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Jadi mengambilkira semua ini, kenapa pula Raja Lun Bawang tidak mungkin wujud?

Tiada tanda kewujudan sekarang bukan bermaksud ia sesuatu yang tidak pernah wujud di muka bumi. Sekali-sekala menghimbau tiada salahnya. Cuma bak kata orang yang lepas tu biarlah berlalu, hendak diungkit sangat pun tiada gunanya. Apabila Indonesia merdeka pada tahun 1945 terdapat 42 kerajaan feudal pelbagai saiz besar kecilnya berselerak di seluruh negara mereka. Pada 1947 di India pula, dianggarkan terdapat lebih dari seribu kerajaan monarki . Kerajaan-kerajaan ini tidak diiktiraf wujud di dalam perlembagaan mereka sekarang. Namun begitu keturunan mereka masih boleh dikesan di serata tempat.

Borneo pada masa lalu bukan semundur yang ada pada fikiran kebanyakan orang Malaysia moden. Ia merupakan tempat yang serba mungkin. Merujuk kepada pulau Jawa, dalam peta tua latin Borneo adalah dicartakan sebagai pulau Jawa Besar (Iava Magna) sementara pulau Jawa sebenar disebut sebagai Jawa Kecil.


Lun dayeh, bukan Lun Dayak - pix ralphmag.org

Seorang pakar bahasa profesor James T.Collin mengusulkan bahawa perkembangan bahasa melayu awal sebelum Riau Lingga sebenarnya adalah bermula dari bahagian barat daya pulau Borneo sebelum berkembang ke Sumatera.

Apabila melibatkan Borneo, bingkai kerja dan skop sejarah Malaysia tidak harus hanya berkisar kepada kerajaan dan kesultanan Islam semata-mata. Kerajaan hindu tertua di Indonesia iaitu Kutai Martadipura adalah bertapak di sungai Makaham (muara Kaman), Borneo. Ia dikesan telah wujud pada abad ke 5. Kerajaan Kutai Martadipura ini beserta dengan kerajaan Kutai Kartanegara besar kemungkinan merupakan bapa kepada orang-orang kadayan moden berdasarkan susur galur linguistik yang belum dibuktikan sepenuhnya.

Terdapat lebih dari 20 kerajaan yang pernah bertapak di Borneo, bukan hanya kerajaan Kutai, Brunei dan Banjar.

Pada waktu-waktu yang lebih ke hadapan, pada abad ke 18 orang-orang bugis masuk berkampung di Borneo dan menubuhkan kerajaan Samarinda. Pekerja-pekerja cina juga sempat menubuhkan sebuah republik yang bernama Republik Lanfang di Kalimantan barat dan bertahan selama 107 tahun (1777-1884).

Penumpuan tamadun Borneo bagaimana pun tertumpu di bahagian selatan dan barat daya pulau dan ini difahami dengan baik oleh pihak belanda. Sebab itulah semasa menandatangani perjanjian persempadanan kekuasaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang merupakan asas sempadan moden Indonesia-Malaysia mereka dengan rela hati menyerahkan bahagian pulau yang sekarang dikenali sebagai Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam kepada Inggeris. Kegiatan lanun bermaharaja lela di perairan kawasan ini selain hasil buminya paling kurang berpotensi untuk dijarah.

Di darat pula penuh dengan pengayau-pengayau tegar. Mereka ini mengamalkan 'ngayau' bukan semata-mata berani tetapi juga kerana desakan hidup masyarakat pada zaman itu. Contohnya setiap lelaki yang hendak melangsungkan perkahwinan haruslah mempersembahkan beberapa kepala manusia sebagai berian. Jadi, mengatakan bahawa kesultanan-kesultanan yang ada termasuk sultan Brunei dan Sulu pernah menjajah bahagian darat [pedalaman] Borneo sepenuhnya hatta semasa zaman kegemilangan mereka adalah satu pembohongan. Kesemua mereka hanya menumpukan penguasaan di kawasan pesisiran pantai, bukan di darat.

Apa yang membentuk raja dan kerajaan?


Lundayeh -pix vivaborneo.com

Terdapat lima senarai semak (checklist) asas yang menjadikan menjadikan sesebuah kawasan [dipanggil negeri atau negara] dianggap berkerajaan tersendiri dan pemimpinnya dianggap raja yang bertanggungjawab ke atas hidup mati rakyatnya.

Senarai semak yang berkenaan adalah seperti berikut:-

1. Terdapat penduduk yang tertakluk kepada penguasaan seseorang pemimpin.

2. Terdapat pemimpin yang berkuasa ke atas penduduk yang berkenaan. Di zaman dahulu, perkara ini dipanggil sebagai 'daulat'.

3. Pengiktirafan daripada pihak luar yang mengakui kekuasaan pemimpin serta kawasan yang dikuasainya. Pengiktirafan ini dipanggil sebagai kedaulatan. Tetapi ia tidak semestinya merupakan hubungan dan pengiktirafan setara. Contohnya, kerajaan Kelantan dan Kedah adalah diiktraf oleh kerajaan Siam, tetapi mereka harus membayar pengiktirafan ini dalam bentuk ufti tahunan. Jadi pengiktirafan yang dimaksudkan boleh datang dalam bentuk hubungan diplomatik atau pembayaran dan atau penerimaan ufti daripada pihak asing.

4. Sebarang peninggalan yang berbentuk fizikal yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Ini termasuklah seperti istana dan runtuhan bangunan-bangunan yang berkaitan, kubur-kubur dan peralatan kebesaran kerajaan berkenaan. Termasuk juga sebutan dan catatan mengenai kerajaan yang boleh disemak sama ada di kawasan berkenaan atau dari pihak luar.

5. Kelima, peninggalan keturunan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya.

Dari senarai semak di atas, Asoe boleh melepasi perkara 1, 2 dan 5 dengan mudah. Bagaimanapun, jawapan kepada perkara 3 dan 4 hanya akan boleh anda baca diakhir posting ini.

Jika diteliti pada cerita Asoe sebelum ini, terdapat petunjuk yang membolehkan kita membuat anggaran bila ia berlaku. Ada pengelibatan Native Chief (NC) dalam kisah berkenaan. Oleh itu ia adalah pasti berlaku semasa tempoh pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak dimana pemerintahannya bermula daripada tahun 1842.

Ini menjadikannya sangat manasabah untuk terjadi. Pada masa itu, kerajaan besar di Borneo yang paling hampir dengan Trusan iaitu kesultanan Brunei sudah hampir-hampir tidak lagi wujud dari peta dunia. Tiada lagi sebarang bentuk kerajaan yang berkesan kecuali ia masih mempunyai raja dan sebuah kampung. Kesultanan Brunei hanya wujud semula serta menjadi kukuh selepas 1905 dengan penemuan telaga minyak di kawasan jajahannya.

Kehancuran kerajaan Brunei bermaksud tiada lagi kerajaan yang boleh bertanggungjawab kepada rakyat walaupun ia terletak tidak terlalu jauh dari pusat pemerintahan Brunei (Jarak Trusan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah 76.1km). Pada zaman malap ini kesultanan hanya tinggal nama nama tanpa mahkamah, pasukan polis dan sistem pemerintahan yang berkesan. Setiap kelompok masyarakat termasuk lundayeh harus, malah berhak menjaga diri sendiri bagi kelangsungan hidup mereka. Sebab itu bagi penduduk Trusan yang majoritinya orang Lun Bawang, Asoe merupakan raja yang boleh disandarkan. Keadaan serupa berlaku di semenanjung Malaysia pada masa yang hampir sama. Dek kerana tiada kerajaan yang berkuasa di kawasan Negri Sembilan pekerja-pekerja lombong dari Sumatera telah menjemput Raja Melewar dari negeri asal untuk menjadi raja bagi komuniti mereka. Di Selangor pula, Raja Lumu seorang bugis telah naik takhta untuk memimpin komuniti bugis yang ada di sana sebelum berkembang tumbuh menjadi kesultanan Selangor sekarang ini.

Akan tetapi dianggarkan juga bahawa tempoh jurai pemerintahan keluarga baginda Asoe juga tidak melangkaui sehingga abad ke 20, kerana Brooke pada tahun 1851 menimbulkan kontroversi di England kerana terlalu menindas orang-orang pribumi Sarawak dan rasanya kawasan Trusan sendiri tidak terkecuali dari penjarahan dan petualangannya.

Apabila dicampur tolak 20 tahun sebelum dan selepasnya, dasar penindasan Brooke pada 1851 serta mengambilkira generasi keempat Asoe yang bertebaran di seluruh Malaysia sekarang, adalah dianggarkan bahawa kisah kelahiran Akim anak Asoe ini berlaku di antara tahun 1822- 1862, tidak lebih awal daripada itu.

Jadi berbalik kepada perkara 3. Kerajaan Lun Bawang ini sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan Brunei kerana ia merupakan kerajaan yang paling hampir. Tidak kiralah dalam bentuk hubungan diplomatik, pembayaran ufti ataupun peperangan antara keduanya yang akan memberikannya asas kewujudan sebagai kerajaan. Tetapi ketika itu pengiktirafan berkenaan adalah tidak mungkin berlaku di antara Brunei dan Trusan. Ini kerana pada masa tersebut berlakunya lompang kuasa yang amat ketara (vacuum of power). Kesultanan Brunei yang hebat sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Mengenai perkara 4, ia mungkin ada jika kajian yang mendalam dan bersungguh-sungguh dibuat. Setakat ini belum pernah ada usaha yang bersungguh-sungguh dibuat untuk membukukannya.

Raja Asoe memang wujud. Sampai sekarang cerita mengenainya masih sekali sekala diperkatakan orang-orang yang berkenaan baik dari kalangan orang Kadayan dan Lun Bawang di kawasan Sipitang dan Trusan terutamanya bagi yang berumur 40an ke atas. Cuma menjadi semakin kabur kerana hubungan mereka dengan peristiwa ini telah semakin renggang. Perkara yang berlaku di luar negara lebih dikenali berbanding dengan sejarah yang hampir dengan dunia mereka sendiri.

Bersambung. Akan datang: Asoe 3 ~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan


Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang
Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?
Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Friday, February 18, 2011

Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran?

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri.


Tidak iktiraf 'kesultanan Sulu'~PiX FreeMalaysiaToday

Mengenai perlantikan Datu Akjan sebagai 'Sultan Sulu' yang terbaru, akhirnya Musa membuat kenyataan bahawa Kerajaan negeri tidak iktiraf kesultanan Sulu. Macamlah kenyataan yang sangat mengejutkan. Tidak dapat dipastikan kenapa kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengiktirafan kesultanan sulu, sedangkan negara mereka sendiri iaitu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf mereka.

Hendak mengumumkan perkara yang sangat jelas inipun kerajaan berlengah berminggu-minggu. Ibarat hendak mencecah keting mahu mengharung sungai tengok riak di air dulu. Kalau pembangkang boleh mengocak permukaan air menjadi ombak gadang barulah ikut bergegas mencari dayung.

Akan tetapi dek kerana tidak tahu mendayung, kocak air menggunung
dayung remuk redam, harik mengilai-ngilai lalu perahu meliuk pincang.

Pembangkang buat laporan polis barulah BN tumpang sekaki buat laporan, lewat 4 jam pun tidak mengapa. Pembangkang bising sana sini dan rakyat sendiri gusar barulah dengan sumbang cuba mengatakan sesuatu.

Di mana dasar proaktif kerajaan menangani masalah rakyat? Ohh, maaf kerana tersilap tanya. Kalau sememangnya BN proaktif, Sabah tentunya tidak menjadi negeri yang termiskin hingga sekarang.

Teragak-agak? Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan persekutuan ini mempunyai kedaulatan yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB].

Apabila suruhanjaya Cabbold dihantar ke Sabah pada tahun 1962, tujuannya ialah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah untuk menyertai Malaysia, BUKAN untuk berunding dengan kerajaan Sulu. Hasil tinjauan berkenaan menunjukkan bahawa pendapat penduduk Sabah adalah jelas. Mereka mahu menyertai Malaysia. Tentunya ini langsung tidak berkenaan dengan perihal hendak menjadi rakyat kesultanan Sulu atau tidak.

Pendapat penduduk Sabah pada tahun 1962 ini perlu dihormati. Ia dilayan oleh kerajaan British sebagai suatu referendum dan menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Maksudnya itu adalah kehendak penduduk Sabah dan tiada lain daripada itu. Aspirasi ini sepatutnya sudah mampu melucutkan apa-apa tuntutan dan hubungan sejarah yang tinggal sebelumnya termasuklah perjanjian Bulan Bintang tahun 1878.

Apa lagi yang lebih besar daripada keputusan tinjauan bahawa penduduk Sabah hendak menentukan hidup mereka sendiri melalui Malaysia. Pula, mana batu bersurat dan tanda sempadan kerajaan Sulu di Sabah. Siapa wakil kerajaan Sulu [gabenor, wizurai, wazir] yang memimpin Sabah sebelum 1881, tiada. Apa rupa pentadbiran kerajaan Sulu Sabah, tidak wujud.

Kalau setakat mengaku Sabah kepunyaan mereka, siapa-siapa pun boleh. Sulu disatu pihak mengaku-ngaku saja sementara pedagang Eropah di pihak yang satu lagi merupakan penyamun tarbus yang tamak dengan igauan mencanak-canak hendak menjarah bumi Borneo Utara. Kemudian kedua-duanya menandatangani perjanjian ganjil, apa hal orang Sabah hendak dibawa-bawa.

Jangan biarkan rakyat Malaysia di Sabah menjadi gusar dalam rumah mereka sendiri. Sultan Sulukah apa sultan sekalipun jika nak sangat bertakhta, bertaktha saja dalam mimpi kamurang.

Dalam soal KEDAULATAN negara Musa Aman boleh senang-senang keluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf kesultanan Sulu.

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri. Kerajaan pimpinan Najib nampaknya menggalakkan orang yang berkebolehan rencam (multipurpose, handyman). Semenjak Najib mengambilalih kuasa isterinya yang mengaku sebagai FLOM dibenar untuk memandai-mandai mengambilalih tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan mana-mana menteri yang dia suka.

Sekarang Musa Aman tidak mengiktiraf 'Sultan Sulu'. Kerja iktiraf-mengiktiraf ini merupakan kerja kerajaan persekutuan. Apahal pula ketua kerajaan negeri hendak mengiktiraf atau tidak sebuah negeri yang memang tidak wujud dan berada pula di luar negara.



Bacaan Tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun

2. Sultan Sabah ke 23!
3. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan
4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

Wednesday, February 9, 2011

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang

Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang bernama Asoe anak Rangit



Nota: Posting kali ini adalah lain daripada kebiasaan. Jika anda merasa ia membosankan, layan sajalah. Silalah bertandang semula nanti untuk posting yang lebih menarik dan berbentuk semasa.

Asyik-asyik Raja Sulu, bila nak habis.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai Raja Lun Bawang. Ini merupakan kisah lagenda keluarga yang diceritakan turun-temurun selama empat generasi oleh sebahagian masyarakat kadayan dan lun bawang di Sipitang (Sabah) dan Trusan (Sarawak). Ceritanya begini, kisah seorang raja pribumi di daerah Trusan, Sarawak.


Raja Asoe

"Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang (disebut sebagai Aaja Muut di dalam bahasa Kadayan) bernama Asoe anak Rangit [Asoe]. Bagi orang-orangnya etnik Lun Bawang di kawasan Trusan, Sarawak yang luas itu [juga disebut secara umum sebagai Lun Dayeh di Sabah dan 'oang muut' oleh kadayan] baginda merupakan raja sebenar mereka.

Asoe merupakan raja yang disegani. Juga raja dalam segala aspek kehidupan yang sepatutnya bagi seorang pemimpin feudal pada zaman itu. Kuasa baginda termasuklah juga sebagai pemimpin bangsanya (chieftain), menjadi menentukan hukuman [sagit] (hakim), pelindung keselamatan terutama dari ancaman 'ngayau' yang berterusan dari kawasan sekitar (panglima) serta mengatur kemasylahatan komunitinya (pentadbir eksekutif).


Adalah difahamkan bahawa komuniti Lun Bawang ini tinggal berhampiran dan berhubungan baik dengan orang-orang kadayan, satu lagi etnik pribumi pulau Borneo yang telah menerima kedatangan agama Islam sezaman atau awal sedikit daripada rakyat Melaka. Hubungan dan demografi penempatan sedemikian berterusan sehingga ke hari ini.

Di masa lampau, lun bawang, kadayan bersama beberapa lagi etnik minoriti telah digelar oleh orang-orang brunei sebagai 'orang darat'. (Sila cari siri Aku Oang Daat siri 1 - 20 dalam entri kadayan universe untuk mengetahui kehidupan seharian mereka). Para pengkaji awal Eropah pula mengkategorikan mereka sebagai etnik Klemantan walaupun berbeza bahasa dan agama di antara satu dengan yang lain kerana sebab-sebab tertentu. Di antara sebabnya termasuklah kerana mereka merupakan etnik minoriti di Sarawak. Selain itu mereka tidak boleh dikelaskan dengan mana-mana etnik majoriti kerana perbezaan gaya hidup dan bahasa yang ketara.


Berbalik kepada Raja Asoe, suatu hari isteri baginda mengandung dan sampai masa untuk melahirkan cahaya mata. Sudah tentulah sang raja merasa gembira kerana bakal menimang zuriat yang akan menjadi penggantinya suatu masa kelak.

Kemudian ditakdirkan lahir seorang putera. Malang sekali, sampai masanya anak yang ditunggu-tunggu ini telah dilahirkan songsang. Bertepatan pula dengan segala kemunduran dunia perubatan pada masa itu, akibat fatal yang berlaku tentulah boleh dijangka. Ajaib kerana bayi itu hidup, tetapi permaisuri baginda meninggal dunia semasa melahirkan.

Konon mengikut adat mereka, kelahiran bayi sedemikian rupa tidak diterima kerana kelak mengundang nasib yang tidak baik. Lagi pula bila lahir saja dia telahpun 'membunuh' ibunya sendiri.

Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Membuang anak anjing pun sukar dilakukan, apatah lagi membuang anak sendiri. Sang permaisuri pula baru pergi meninggalkan baginda untuk selama-lamanya, ibarat jatuh ditimpa tangga.

Tetapi biar mati anak daripada mati adat. Lalu sang raja bermesyuarat dengan para pembesar baginda. Kesudahannya keputusan telah sepakat diambil dengan berat hati. Putera ini harus 'dibuang' jauh dari keluarga untuk mengelakkan badi yang akan berlaku.


Lalu keesokan paginya, sang putera yang baru lahir ini dengan persalinannya diletakkan di atas talam. Kemudian bayi kecil dengan tangisan hiba yang tidak tahu apa-apa ini dibawa turun ke halaman.

Diletakkan di kepala tangga bersama persalinannya, sebuah meriam kecil dan seorang hamba sahaya yang menjadi penjaga dan hanya dikenali oleh orang kadayan dengan nama 'Si Badil', mungkin bersempena dengan meriam kecil yang disertakan.
Tujuannya ialah, dia akan 'dibuang' secara diserahkan kepada sesiapa saja yang menjadi orang pertama melintas di kawasan istana raja dan terserempak dengan bayi berkenaan.

Hendak dijadikan cerita. Pada pagi kejadian itu berlangsung, orang yang mula-mula berjalan dan terserempak dengan bayi ini ialah seorang pemimpin masyarakat kadayan yang hanya dikenali sebagai Orang Kaya Kaya [OKK] Tok (datu, datuk, atok) Janggut. Beliau adalah Native Chief [NC] dari kawasan berhampiran. Pada masa lampau, NC [sekarang dipanggil Ketua Anak Negeri - KAN] merupakan jawatan pentadbir yang paling tinggi boleh dipegang oleh seseorang pribumi bagi kawasan pulau Borneo yang dijajah oleh British. Tidaklah dapat dipastikan sama ada beliau pada ketika itu sudah merupakan seorang NC atau hanya dilantik menjadi NC kemudiannya. Apa yang pasti ialah, Tok Janggut merupakan kawan baik Raja Asoe.

Sang raja yang menghadapi masalah, sudah tentulah beritanya sudah dicanang ke merata pelusuk rantau bumi Trusan. Dari sumber yang lain, diceritakan bahawa Raja Asoe sebenarnya telah terlebih dahulu memberitahu Tok Janggut tentang apa yang bakal berlaku kepada bayinya. Lagipun orang kadayan yang beragama Islam tidak terikat dengan adat yang sedemikian rupa.

Oleh itu kehadiran Tok Janggut sebagai orang pertama yang bertembung lalu memungut bayinya pada pagi berkenaan bukanlah suatu kebetulan, tetapi sebaliknya merupakan sesuatu yang telah dirancang rapi demi kebaikan semua pihak yang terlibat.
Akim, anak Asoe a.k.a Abdul Hakim

Dipendekkan cerita, putera ini membesar sebagai orang kadayan. Beragama Islam dan dikenali selama hayatnya dengan nama Akim (Abdul Hakim). Sampai jodohnya, dikahwinkan oleh ayah angkatnya Tok Janggut dengan wanita kadayan bernama Murah, anak kepada OKK Bongsu, juga seorang lagi NC di Sarawak ketika itu.

Tetapi bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah juga hubungan Akim dengan bapa kandungnya, Asoe. Beliau tidak pernah menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai seorang lun bawang. Ini jelas apabila kemudian Akim berpindah ke daerah Mangalong, Raja Asoe menitahkan beberapa orang rakyatnya berserta keluarga mereka untuk mengiringi dan membuka tanah untuk beliau di sana. Sumber cerita yang lain mengatakan seramai 40 keluarga, malah cukup dengan keluarga si anu si polan yang tidak akan disebut di sini kerana entah benar atau tidak tiada siapa lagi yang boleh memastikannya sampai bila-bila. Takut nanti salah sebut kena saman pula, tidakkah naya.


Diceritakan juga bahawa Akim pernah tinggal berkampung di beberapa tempat di Mangalong yang sekarang ini dikenali sebagai daerah Sipitang. Di antaranya ialah kawasan Marintaman, Banting dan Luagan. Merupakan seorang kadayan (sebenarnya seorang Lun Bawang!) yang berilmu dan mempunyai lagendanya yang tersendiri. Apabila disebut sebagai 'berilmu' mengikut definisi orang kadayan, ia bermaksud memiliki gabungan ilmu kesufian dan kebatinan yang saling berkait dengan begitu erat di antara satu dengan yang lain. Adunan ini amat popular di kalangan mereka sehingga ke akhir alaf yang lepas.

Mengikut cucunya yang bernama Tusop (beliau masih hidup sehingga ke hari ini - semasa artikel ini disiapkan), 'batu mainan' Akim yang beratnya bertan-tan masih boleh dilihat di sungai Marintaman, Sipitang. Adalah menjadi tabiat Akim untuk menimang batu berkenaan, selain dari diangkat untuk disorongkan sebagai titi kepada sesiapa yang kebetulan ingin menyeberang sungai semasa beliau mandi.
Bahar bin Akim


Salah seorang anak Akim bernama Bahar (Baha-uddin, Baharuddin), seorang jagoan Mengalong pada zamannya. Memiliki ilmu pendekar yang amat tinggi. Bahar disifatkan oleh seorang anaknya, Daud, sebagai seorang yang berjiwa bebas, panas baran dan tidak suka dikongkong. Mengikut Daud, bapanya pernah ditangkap oleh British dan dipenjarakan sebulan serta denda sebanyak $80 (dianggar berlaku pada sekitar lewat tahun 1920an) di Mempakul (sekarang Kuala Penyu) iaitu sebuah pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara British kerana suatu kesalahan yang dilakukannya di Sualai, Sarawak.

Gandingannya ialah sepupunya yang juga bernama Bahar [OT (Orang Tua / Ketua Kampung) Bahar bin Bangkul ~ Info daripada Sdr. Kadayan Mangalung, terima kasih]. Pasangan '2 Bahar' ini juga dikenali sebagai 'Bahar Muut-Bahar Kadayan'. Gelaran lain ialah 'Bahar Kaya-Bahar Miskin'. Bahar kaya ialah sepupunya, manakala Bahar miskin pula ialah Bahar bin Akim. Miskin kerana jiwanya yang bebas dan tidak endah untuk bercucuk tanam serta bekerja mengumpul harta seperti orang lain. Kegemarannya ialah bergelandangan ke sana ke mari tanpa tujuan tertentu untuk tempoh yang lama sebelum kembali ke Mangalong. Antara tempat yang pernah beliau menetap ialah di sekitar Lingkungan, Marintaman, Labuan, Mempakul, Marapok, Lawas, Miri dan sudah tentulah Trusan untuk bertemu sanak saudaranya.

Kedua-duanya memiliki upacara sendiri apabila bersua. Sebaik berjumpa masing-masing akan menghunus parang panjang lalu bertarung dengan ilmu yang dimiliki. Setelah terselamat selepas tujuh langkah pertarungan, konon barulah dianggap bersaudara semula.

Bahar kemudian mengambil keputusan menetap di kampong Pantai, Sipitang setelah didesak oleh sepupunya. Bahar kayalah yang menyuruh orang-orangnya memugar satu kawasan pamah di seberang halaman rumahnya untuk disediakan sebagai tapak rumah sepupunya. Kawasan ini masih didiami oleh anak-anak Bahar sehingga sekarang.

Akan tetapi walaupun telah menjadi orang kadayan; sama ada Akim, atau Bahar serta kemudian anak-anaknya tetap tidak putus hubungan dengan saudara-mara Lun Bawang. Kedua-dua mereka adalah disayangi (ditakuti?) oleh saudara-mara serta orang-orang sama ada daripada etnik kadayan dan lun bawang. Misalnya setiap kali apabila tiba musim padi, sawah kepunyaan Akim dan Bahar akan dibersihkan dan dipastikan sedia untuk ditanam. Apabila kenduri-kendara diadakan, mereka tetap dikunjungi oleh saudara-mara dari Trusan. Persaudaraan ini adalah terjalin dengan baik sehingga sekarang malah diperkukuhkan lagi dengan kahwin campur di antara beberapa keluarga yang berkenaan.

Cuma mengikut anak sulung Bahar, bapanya berpesan bahawa anak cucunya tidak lagi harus mengikuti adat pemberian berian dan menerima berian seumur hidup daripada saudara lun bawang. Entah apa sebabnya wasiat ini dikeluarkan tidaklah pula diketahui dengan pasti."


Inilah cerita yang menjadi buah mulut kami sejak kecil dulu.

Kisah ini merupakan cerita kegemaran dalam tradisi lisan keluarga. Ia adalah 'bed time story', cerita penggerak semangat, dan juga bahan kegemaran sesi bercerita selepas makan malam di zaman tanpa TV yang menjadi hiburan saban malam. Silih berganti dan berulang-ulang, dari mulut arwah ayah, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sehingga ia merupakan cerita yang masih segar diingatan hingga ke hari ini.

Saya merasa bertanggungjawab untuk menulis cerita di atas bukan untuk apa-apa tujuan yang tersembunyi. Sebaliknya semata-mata untuk tatapan generasi akan datang supaya tidak melupakan asal-usul mereka. Jika tidak ia akan hilang begitu saja ditelan oleh arus zaman.

Ketepatan cerita lagenda ini tidak diketahui, kalau salah sila betulkan. Yang pasti keturunan Asoe pada hari ini telah pun bertebaran di seluruh pelusuk pulau Borneo.

Bersambung. Akan datang: Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang
Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?
Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Tuesday, January 11, 2011

Kubur "Misteri" Di perkarangan Masjid Kampung Gum-gum Bt.16, Sandakan.

Masjid Darul Aman yang terletak di Kampung Gum-gum Batu (bt) 16, Sandakan Sabah.


Video Kubur "Misteri".

Besar, agak baru dibina dan tersergam di pinggir jalan utama bandar Sandakan. Namun Masjid ini mengundang kontroversinya sendiri di kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya, tiba-tiba dijadikan tapak perkuburan.

Video di atas diperolehi daripada youtube, mengenai kubur yang dimaksudkan.Tonton terus dari youtube.

Kontroversi kerana perkarangan masjid ini bukan tanah perkuburan.
Kontroversi kerana di kawasan sekitar kampung juga ada tanah perkaburan yang sepatutnya boleh dijadikan tapak pengkebumian.

"Misteri" kerana kerana jenazah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seseorang yang berpengaruh di kawasan berkenaan dikebumikan tanpa pengetahuan penduduk kampung di sekitar bulan Jun, 2009 yang lepas.

Mengikut seorang penduduk kampung yang tidak mahu dikenali, pengkebumian berkenaan telah dibuat di waktu malam ketika orang kampung sedang nyenyak tidur. Berikutan itu, aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa mengenainya. Berita mengenai kubur ini dan kemungkinan berlaku perkara-perkara yang tidak beres telah pernah diceritakan di sini.

Malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat. Adalah disaran supaya pihak berkuasa membuka mata dan lebih pro-aktif untuk menangani masalah ini.

Sunday, January 9, 2011

Kalau Iyapun Hantu, Ambillah Gambar Hantu Betul-Betul


Sampai bilalah masyarakat kita ni berselubung dengan hantu-hantu.

Sejadah sembahyanglah, hantulah. Sesi memanggil jin pun dah jadi berita komersial di TV. Kalau betul tidak mengapalah juga, ini gambar yang kena edit pun boleh mendapat tempat di dada akhbar dan disensasikan. Terbaru ialah gambar ini, yang disiarkan dengan tajuk "Hantu Malam Jumaat" oleh Harian Kosmo. Kononnya hantu, iyalah tu. Hantu Photoshop.



Pix 1. Gambar Hantu Malam Jumaat


Perhatikan gambar di atas betul-betul. Pemerhatian kasar pun tak lepas, apa lagi kalau diperincikan.

Ada seorang wanita muda mengambil gambar.

Di belakangnya terdapat sebuah TV berwarna hitam dalam jarak 10 - 15 kaki ke belakang dan kelihatan kelabu kerana simbahan cahaya lampu bilik.

Sekarang, perhatikan gambar lembaga berselubung hitam di sebelah kiri. Berbanding TV, jarak kedudukannya juga lebih kurang sama di antara 10 - 15 kaki, tetapi tona warna hitamnya terlalu terang untuk menjadi lembaga misteri. Sama ada hantu ataupun bukan, hukum cahaya tetap sama.

Nak tengok lebih terperinci?



Pix 2. Sempadan selubung hantu

Lihat gambar ini, perhatikan betapa tajamnya garisan sempadan hitam di hujung selubung selubung "hantu" ini. Bahagian ini sepatutnya lebih kabur dari mana-mana bahagian lain kerana ia paling kurang terkena simbahan cahaya lampu bilik atau lampu flash kamera.

Masih tak percaya?

Kita buat acid test, menggunakan kaedah zoom in dan mencari pixel yang hilang.

Pix 3 menunjukkan bahagian-bahagian yang bakal dizoom in menjadi pix 4, 5 dan 6. Pada pix 3 juga, perhatikan tona warna hitam bahagian telefon bimbit yang digunakan oleh perempuan ini sama dengan selubung lembaga hitam.



Pix 3. Bahagian yang di zoom in.

Sila lihat kehilangan pixel pelbagai warna (multicolor pixel) yang tertera pada pix 4 dan pix 5. Warna pixel yang hilang ini ditanda kuning pada kedua-dua gambar berkenaan. Ia senang dicari kerana ia wujud disebabkan oleh aktiviti cut and paste dan bucket fill (opps... ini rahsia jurueditlah)


Pix 4. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna


Pix 5. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna

Bagaimana pula lembaga ini yang dikatakan berselubung tanpa muka?



Pix 6. Selubung "tanpa muka"?

Inilah yang paling menarik, bahagian "tanpa muka" berkenaan tidak lain dan tidak bukan merupakan gambar dinding bilik / sesuatu objek yang tergantung pada dinding bilik sebelum dilapis dengan layer selubung.

Ha ha ha....

Lain kali jangan menipu lagi. Cukuplah tu, hari tu heboh dengan sejadah ajaib yang pandai solat
Tukang buat pun menipu, akbar pun menipu untuk melariskan jualan. Asyik bersikap masabodoh, asal ada cerita sensasi siarkan tanpa soal selidik.

Berita mengenai "Hantu Malam Jumaat"- Kosmo


TESTING: Hello World! [Just ignore this post]

Just wanna make sure that my facebook-twitter-blogspot link is ok. If you can read this on Facebook & Twitter, it means all of them connected, ty

Saturday, January 8, 2011

Ted Williams - You Inspire Me

Yes. his story inspires me a lot. Not the story of what he did from 1993 to 2010, it's the other one, the headlines he made from 04 Jan 2011 until now. That is what I'm talking about.



He was an ex-radio announcer "who has fallen the hard times", that what he said, but it is true. He got into alcohols, drugs, theif, robbery and forgery kind of things. All the dark paths he walked into, eventually left him as a homeless guy - begging on the street - asking for money from the passerby motorists.

Then a reporter from Colombus Dispatch by the name of Dorel Chenoweth found him and reported it on the news portal. Subsequently an anonymous youtube user known only as "Ritchey" posted the video on Youtube on 4 Jan 2011. The rest is history.

I came accross Ritchey's Youtube posting when the traffic hits was only at about 100k. I was busy trying to make my Thunderbird email client to retrieve Yahoo free email without having to login to Yahoo website as I dumped it for quite a while. Thunderbird can do this with the help of webmail addon / hotpops / ypops, but we need to do some workaround before that. I took a glance to it and did'nt bother to listen to what it is inside the video. Comes the next day, I was still strugling to find a way to get rid the "negative vibes" message from yahoo email. Then again, I bumped with the news, also on Yahoo. But that time, after 24 hours - Ted is already becomes internet celebrity with the video hits over than 7 millions.



On the third day, I read somewhere that Ritchey's original posting has been removed by youtube due to copyright claim from Colombus Dispatch. The hits was already around 13 millions when this happened. Right, the Dispatch owns the video. But I believe they made a huge mistake by turning down a lifetime opportunity to made their brand known to the whole world ~ nobody knows about Colombus Dispatch on this side of the world, I'm sure. And since the original video has been removed, I wonder how Colombus Dispatch goes on pursuing the copyright claim on thousands of subsequent postings of Ted William videos on the internet.



Whatever.

But Ted William's life will never be the same again, I suppose. Financially, whatever he is getting in the last 72 hours may be able to compensate the lost of income he experienced since 1996. So whenever your life hit the rock bottom, just remember Ted William.

God Bless you all. And happy new year 2011


Thursday, December 9, 2010

So Long Kadayan Universe!

Enam tahun pengalaman atas talian cukup berwarna warni, tetapi malangnya hayat kadayan universes telah berakhir. Anda bakal dialih ke laman penggantinya dalam masa 15 saat.

Six years is quite an online experience, but sadly the life of kadayan universe is now over. You will be diverted to it's natural successor in 15 seconds.

Kaawai Tanah a.k.a Kenshiroe.

So Long, KadayanUniverse.Com

Started from today 09 December 2010, I hereby announce that I no longer maintain these domain names:

kadayanuniverse.com (2005 - 2010)
kedayan.org (2005 - 2009)
arimi.ath.cx (2005 - 2009)
sabahlinux.hopto.org (2006 - 2009)
sufiway.ath.cx (2006 - 2009)

Read full announcement here

So Long, KadayanUniverse.Com - Part 1

Started from today 09 December 2010, I am no longer maintaining the following domain names:

kadayanuniverse.com (2005 - 2010)
kedayan.org (2005 - 2009)
arimi.ath.cx (2005 - 2009)
sabahlinux.hopto.org (2006 - 2009)
s
ufiway.ath.cx (2006 - 2009)





All the above domain names are toward to the end of their shelf life, some has been expired by now. Perhaps the last will be the kadayan universe domain name, as you can see on the above screenshot.

For most of you that never come to know about, kadayanuniverse.com is a successor of Kedayan Online (KoL) (2000 - 2002). This is the way I see it when I came up with the idea of setting up a complete a Borneo ethnic-based portal five years ago. It was meant to replace a free web site hosted on now defunct geocities.com. It was on pre-blogging era, and updating a pure html website on regular process wasn't as easy as it is now.

But regardless of being hosted as www.geocities.com/kenshiroe or as kadayanuniverse.com, I spent tremendous amount of time in maintaining them, especially kadayanuniverse.com. This site is special and always stay above the rest. Its online existence reached the peak sometime in 2008 when, at that time, it attracts daily traffic at 10,000 hits more or less.

Some articles were quoted in various websites, including malaysia-today.net. A certain site was also picking up every update available on kadayan universe via rss aggregator.

But after 5 years, I think it is best to just let go. I mean all of them, except this blog, kadayanuniverse.blogspot.com which is also accessible via arimi.co.cc .

Nevertheless, almost all of kadayanuniverse.com archives can still be found at kadayanuniverse.blogspot.com but regretfully there will be no more update from there on.

I believe that no efforts were wasted in service. Over to you, people, from now on.

Thank you for being with us for more than 5 years.

So long kadayan universe!

Arimi Sidek

Benevolent Dictator for Life (BDFL)
of
Kadayan Universe dot Com (2005 - 2010)


Wednesday, November 24, 2010

Sebuah Negeri Termiskin dengan 22 Orang Sultan

Tajuk di atas ada iras-iras cerita "Alibaba dengan 40 orang penyamun", tetapi ceritanya adalah berlainan. Apa pun, jika Rodinood Julaspi merupakan Sultan Sulu & North Borneo, maka saya pun ingin menceritakan rahsia yang sudah lama terpendam ini.

kemaskini terakhir: 13 Mac 2013

"Sebenarnya beta merupakan Sultan Arimi dari Kerajaan Antartika dan Kutub Utara. Keturunan beta merupakan raja agung yang memerintah empayar benua Antartika selama 10 abad sebelum ia hanyut ke kutub selatan dari kutub utara.

Sultan Arimi
Sultan Negara Antartik Dar-El Salj.

Satu-satunya bukti yang beta ada ialah lakaran fotostet peta dari muzium Tokapi di Turki, peninggalan Piri [laksamana] Reis yang dihukum bunuh pada tahun 1570 dulu".

Ramainya Sultan!

22 orang sultan dan malangnya tiada satupun kerajaan di dunia yang bernama "Kesultanan Sulu dan North Borneo". Tolong cari di peta dunia dan sila semak senarai keahlian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tiada. Tiada kerajaan Sulu di dunia. Apalagi yang namanya Kerajaan Sulu dan North Borneo.

Tiada kerajaan bermaksud tiada kedaulatan (sovereignty).

Tiada kedaulatan bermaksud tidak boleh membuat tuntutan kedaulatan (sovereignty claim) ke atas mana-mana wilayah walaupun sebesar habuk di dalam dunia ini. Termasuklah juga lautan Atlantik, lautan Pasifik, gurun Kalahari, gurun Taklamakan, gurun Sahara dan wilayah yang manusia lain tak hingin serta wilayah yang jin ifrit pun tak selesa hendak tinggal.

Apa lagi Sabah. Tidak layak.

Jika anda terus juga menuntut walaupun telah mengetahui diri sendiri tidak layak berbuat demikian, maka satu-satunya orang yang mengiktiraf dan melayan tuntutan berkenaan adalah diri anda sendiri. "Negara" ciptaan anda hanya akan menjadi salah satu dari beribu-ribu micronation di dunia ini. Sesiapa pun boleh mencipta micronation mereka sendiri sebagai suatu fantasi. Tetapi ia akan hanya diiktiraf oleh diri si pencipta selain dari dibuai oleh angan-angan yang tiada kesudahan. Orang lain tidak tahu menahu pun.

Ramai sungguh Sultan.

Kalau ikut tradisi di Malaysia, setiap tahun akan dibuat perayaan bagi menyambut harijadi raja-raja. Urusan di sini senang kerana hanya orang raja bagi setiap negeri. Tetapi bagi "Kesultanan Sulu dan North Borneo" ada dua puluh dua orang sultan tersenarai sebagai ketua kerajaan:

1. Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram - anak kepada Muhammad Esmail E. Kiram.




2. Sultan Mudarasulail Kiram @Datu Paijal
 
Rakyat Malaysia
Merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Melaka / Johor dan membesar di kawasan penempatan pelarian Kinarut. Dilihat begitu obses dengan 'kesultanan Sulu' siap dengan membuat balairong segala di kediamannya sendiri di semenanjung Malaysia.


3. Sultan Jamalul Kiram III . Sebelum ini dikenali sebagai "
Sultan Jamalul Dalus Kiram"~ anak kepada Datu Pujungan. Tidak perasan bagaimana nama baginda ini bertukar. Pernah belajar undang-undang, dan menjadi calon senator dalam pilihanraya umum Filipina pada 2007, tapi tewas. 


Sekarang menjadi sultan sulu yang paling popular kerana segerombolan 100++  militia miliknya menceroboh wilayah Malaysia di Lahad Datu. Amat menghairankan bagaimana baginda tiba-tiba mempunyai pasukan "Angkatan Tentera Diraja" kerana di dalam masa yang sama dia mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan paling miskin di dunia. Maksudnya, dengan pengakuan begitu dia tentu lebih miskin dari Sultan #21 iaitu Sultan Butch Kiram.

4. Sultan Bantilan Esmail Kiram II. Dulu baginda dikenali sebagai SultanEsmail Dalus Kiram., tidak dipastikan bagaimana baginda sekarang memakai nama Bantilan. Merupakan adik beradik Sultan Jamalul Kiram III. Pernah menjadi calon pilihanraya ahli lembaga daerah pada 1992, juga tewas. Beberapa tahun lepas beliau pernah membuat sidang akhbar di sebuah restoran di bandar Lahad Datu menegaskan tentang kesultanannya.

Sultan Bantilan Esmail Kiram II


5. Sultan Aghbimuddin Dalus Kiram. Dia dikenali juga sebagai Azziemuddie di Filipina dan kini memakai gelaran 'Raja Mudah'. Adik beradik Sultan Jamalul Dalus Kiram. Ketiga-tiga mereka menaiki takhta menjadi sultan ikut suka masing-masing. Sekarang (2013) masih berada di Malaysia kerana menguruskan tuntutan ke atas Sabah bersama 100 orang tentera.

6. Sultan Rodinood Julaspi Kiram. Sultan yang paling aktif di facebook. Beliau mendakwa pernah bekerja di Yayasan Sabah, merupakan pemegang pasport Filipina. Sultan Fuad (Sultan #1) mendakwa bahawa Rodinood adalah cucu kepada Hadjirul gembala kuda di kandang kuda diraja.

Sultan Rodinood

Saya telah mengingatkan melalui laman facebook jika pakai kain samping, lurutkan sedikit ke bawah. Baginda murka lalu me"remove" saya dari "friend" facebook baginda. Tetapi nampaknya satu akaun facebook utama baginda sedang "gering" sekarang.







7. Sultan Kudar Julaspi Kiram. Adik beradik Sultan Rodinood yang didakwa oleh Sultan Esmail (Sultan #4) telah menipu seorang pesara sebanyak USD50,000 di Australia.

8. Sultan Sharif Ibrahim Pulalun. Ketua (Sharif) Sultan Sulu. Mengikut Sultan Fuad (Sultan #1), dia bekerja sebagai penjaja di pasar dan hampir-hampir buta huruf. Bersekongkol dengan seorang rakyat Amerika bernama Stan C. Brandenburg untuk menuntut harta Sultan Sulu di luar negara.

Sultan Sharif Ibrahim Pulalun
 9. Sultan Dignim Pulalun. Anak kepada Sultan Ibrahim Pulalun, masing-masing menjadi sultan.

10. Sultan Agung Dr. Ibrahim Bahjin. Konon beliau merupakan keturunan Sultan Shakir ul lah (1816 - 1823), mendakwa dirinya sebagai Sultan Agung Sulu (Paramount Sultan of Sulu).

Sultan Dr. Ibrahim Shakirullah II
Juga disokong sebanyak dua kali oleh Stan C. Brandenburg setelah kerjasamanya dengan Sultan Ibrahim Pulalun dalam cubaan menuntut harta sultan di bank-bank Amerika termasuk di Well Fargo bank yang kononnya berjumlah US47.5 billion menemui kegagalan.

11. Sultan Aliuddin Haddis Pabila @ Adinda. Keturunan tidak dapat dipastikan.

12. Sultan Aydal Aliuddin. Konon pernah ditangkap dan dipenjarakan di Brunei kerana menyamar sebagai sultan Sulu.

13. Sultan Muhd. Yahcub Alimuddin V. Keturunan tidak dapat dipastikan, tetapi beliau merupakan rakyat Indonesia.

14. Sultan Haji Muhd. Al Sagov Van Eldik - Rakyat Belanda. Merupakan adik beradik angkat Rodinood dan Kudar Julaspi.

15. Sultan Akijal Attih. Sarjan Polis. Keturunan tidak dapat dipastikan. Yang penting dia pun sultan jugalah.

16. Sultan Demetria Omar Kiram. Sebuah hotel di Zamboanga sedang mencari beliau kerana gagal menjelaskan sewa hotel.

17. Sultan Muedzul-lail T. Kiram. Pendekan 'T' adalah merujuk kepada Tan, berdarah bangsawan Sulu. Juga pernah bersekongkol dengan Stan C. Brandenburg. Adik beradik kepada kepada sultan #2.


18. Sultan Juan T. Dela Cruz. Kononnya dicari ramai orang kerana menipu.

19. Sultan Alfonso Sagun Bautista @ Alawi Mohammad Karim @ Alawi Jurkarnain Azam Kiram.

20. Sultan Abdullah Azam Atalad. Pernah berusaha mendapatkan pengiktirafan dari Kongress Amerika Syarikat walaupun tidak dilayan.

21. Sultan Muidzul Lail @ Butch Kiram.Anak saudara kepada Esmail Kiram.





22. Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin. Ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina. Entah kenapa dia kemudian berkembang menjadi Sultan Sulu, kabarnya ditangkap dan ditahan di pusat pelarian di Sabah.

Sultan MohammadAidal M.Ali-Uddin
Maksudnya, dua puluh dua perayaan harijadi yang perlu disambut setiap tahun oleh rakyat Sulu dan North Borneo. Secara purata untuk sepuluh bulan kami akan merayakan dua harijadi sebulan, manakala untuk dua bulan yang selebihnya satu majlis harijadi setiap bulan. Jika dicongak-congak, besar juga belanja kerajaan untuk menguruskan perayaan rasmi harijadi tahunan. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan rasmi untuk dua puluh dua orang sultan ...

Banyaknya wang Sultan Sulu di seberang laut!

Kononnya harta Sultan Sulu dianggarkan berjumlah USD45 billion di Amerika Syarikat.

Banyaknya.

US45 billion.

Jadi janganlah tuanku tuanku semua menjadi kelam kabut. Bak kata orang one step at a time, please. Mengikut harga tukaran semasa, kalau ditukar US45 billion itu kepada matawang peso jumlahnya lebih kurang akan menjadi P1,988,550,000,000.00 (1.9 trilion peso). Mak ooii... wang bertimbun-timbun. Get yourself organized first and then, tuntutlah wang berkenaan. Apabila telah berjaya kelak, tubuhkanlah kelab ekslusif sultan-sultan sulu supaya semua 22 orang tuanku-tuanku boleh bersemayam ikut suka, pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Ini merupakan kenyataan terbuka saya kepada semua baginda sultan,

Janganlah menuntut negeri termiskin di Malaysia

Tuanku semua harus mempunyai senarai keutamaan di dalam mengurus negara. Tuntutan ke atas 2 trilion peso itu jauh lebih penting dari wang bayaran cession tahunan RM5,300 (P74,335.25). Tuanku tuanku harus menunggu sebanyak 26,751,104 kali pembayaran, yakni 27 juta tahun barulah jumlah wang cession yang diterima sama jumlah dengan harta sultan sulu yang sedia ada di seberang laut.

Buat apa lagi hendak menuntut Sabah. Bayaran cession tahunan pun cuma RM5,300 sahaja. Jika dibahagikan 22 orang sultan seorang cuma dapat RM240.90. Lebih kurang RM20 sebulan manalah tuanku tuanku cukup belanja.

Selain itu untuk pengetahuan semua tuanku, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia akibat dijarah oleh Barisan Nasional.

Andailah tuanku semua telah berjaya mendapat wang sebanyak 2 trilion peso itu dan kemudian berjaya pula menuntut Sabah, ini umpamanya samalah seperti mendukung biawak hidup. Alamatlah semua wang tuanku-tuanku akan habis begitu saja kerana dibelanjakan untuk membangunkan negeri termiskin ini.


Bacaan tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran
3. Sultan Sabah ke 23!

4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

-----------------------------------------------
 

Sekiranya anda berminat, ini merupakan sumber bacaan & video lanjutan dari pautan luar:
a) Mereka yang tidak akan berhenti menuntut
b) Senarai Sultan-Sultan Sulu Semasa
c) Rodinood dituduh menipu
d) Sulu Datus Reject the candidacy of Sultan Kiram III
e) Jamalul, Esmail & Aghbimuddin Comedy
f) Istana Merah Sultan Sulu
g) Siapa Waris Sebenar Sultan Sulu?
h) Kenakan ISA untuk penyamar Sultan Sulu
i) Pertabalan Sultan Esmail
j) Sultan Butch Kiram & Istananya

Sunday, April 4, 2010

A superblog for East Malaysians

Written by Arimi Sidek



Sasa Superblog aims to achieve the following objectives:

- To foster cordial ties amongst Sabah and Sarawak bloggers
- To become a main listing for Sabah and Sarawak bloggers
- To update online readers with news by Sabahans and Sarawakians, from their point of view and perspectives.

Why sasa superblog?

It is all about blogging horizon expansion. In my case, all this while, I had spent too much time only on certain issues and matters, for example, on kadayans. After more than a decade, it is about time for me to move on, I presumed. And after a long due and lots of consideration, I decided to explore Sasa Superblog concept. Full article here

Sasa Superblog

Written by Arimi Sidek

Introducing Sabah and Sarawak Superblog, or in short, Sasa Superblog. ‘Sasa’ in malay language is also coincides with the meaning of ‘tough’ word in English.



Sasa Superblog aims to achieve the following objectives:

- To foster cordial ties amongst Sabah and Sarawak bloggers
- To become a main listing for Sabah and Sarawak bloggers
- To update online readers with news by Sabahans and Sarawakians, from their point of view and perspectives.

Why sasa superblog?

It is all about blogging horizon expansion, especially in my case. For all this while, I had spent too much time only on certain issues and matters, for example, on kadayans. But after more than a decade, it is about time for me to move on, I presumed. And after a long due and lots of consideration, I decided to explore Sasa Superblog concept.

The target are Sabah and Sarawak bloggers as they need more space online. This is not only about freedom to write, but also about creating a space to be heard. Luckily in pursuing this, we don’t have to squeeze here and there in order to be seen. There are abundant of space on the internet, you bet, and it is also expanding.

FACT: There is always one diehard fan of your blog!

Of course, even without networking your blogging life may also survive. No matter who you are and the type of blog that you might have, there must be at least one die hard fan that follow every word that you wrote, and keep visiting your blog every minute, every day. The person is none other than yourself. But in a long run, you definitely don't want read things that your write in your blog all by yourself!

That is why Sasa project comes about. I believe that blogging isn’t just about writing what we want freely, it is also involves networking and expanding our audience.

On the other hand, I started to think that Sabah and Sarawak bloggers are overly exposed to peninsula’s news, opinion and updates rather than our own backyard. I realize that this is the area that we, Malaysians from Sabah and Sarawak are lacking. It is very easy to access the news on what happen in Perak, Selangor, Kelantan, etc., for example. But what about news that tell us what happen in Tuaran, Beaufort, Selangau, Sibuti, etc.?

Everybody seems to focus on national and peninsula’s news. Those include of mainstream media and newspaper (MSM), online portals, bloggers, and Sabah and Sarawak bloggers as well. So, actually what is happening to us? Aren’t we in Sabah and Sarawak, at the distance of 1,200 km apart from peninsula, also have something to tell the world or not? Is there news about us too?

Join Sasa Network ~ It doesn’t really ask much if you wanna become a member (please click)

For the time being this is the personal project and initiative by me and me alone. But I do not rule out the possibility of collaboration effort in future as I already invited several bloggers to participate as writers. If anyone of you interested to become part of the Sasa team and managing this project altogether, please do not hesitate to contact me. The more the merrier and, I welcome you to jump over the wagon. Thank you.


Arimi Sidek
Kota Kinabalu



Thursday, April 1, 2010

Kedayan Brunei: Menyiut Mangkutut / Bangkutut (udang)

Written by Ali Sofie

Jaga jaga angang, nanti masuk ke dalam seluar!




Orang-orang kedayan kitani suka menyiut mangkutut1. Kegiatan ini biasanya dilakukan di anak-anak sungai, wasai atau arah anak sungai hiliran permandian burung parak, selangkir, kungkot, mantis, sakak dan lainnya.

Menyiut paling digemari semasa musim kemarau kerana anak-anak sungai banyak putus putus dan semasa aing baru naik. Bah, masa-masa begini biasanya ikan BANTANG timbul ke permukaan dan mudah untuk disiut.



1Terdapat variasi sebutan dan ejaan, termasuklah mangkutut, mengkutut, bangkutut dan bengkutut, semuanya merujuk kepada udang air tawar - editor.

Peralatan yang diguna oleh puak Kedayan semasa menyiut termasuklah BAYUNG, BAHAI, PARANG dan SIUT. Bayung adalah diperbuat dari daun mengkuang, buluh yang diraut dan kulit bamban yang sama bentuk dan kualitinya sebagai tempat menyimpan mangkutut yang dapat disiut. Siut pula adalah alat penangkap ikan atau udang. Batang siut biasanya dibuat dari pohon BELUBUH, PAOK, JELAYAN, AKAR PUTIH, DAHANAN dan apa jua yang menyerupai atau sama dengan kualiti kayu-kayu ini. Rawa siut pula diperbuat dari benang nylon dan berbagai bagai jenis.

Semasa menyiut BAHAI jarang ketinggalan sebagai tempat membawa bekalan makanan. Biasanya di dalam bahai atu macam-macam isinya, termasuklah nasi berlauk ikan masin dalam bungkusan UPIH PINANG, ini pun ada.

Disamping digunakan untuk umpan untuk mengail ikan DALAK/TOMAN, haruan dan lain-lain mangkutut juga sedap dimasak tumis serta untuk djadikan SAPAK, yakni sebagai ramuan tambahan dalam masakan sayur. Apalagi kalau dicampur dengan HUMBUT LUBA, BAYAM NOWUR, PUCUK UBI KAYU dan sebagainya.

Mangkutut juga disebut Jangkang

Kalau di Negara Brunei Darussalam khususnya di KAMPUNG SUBOK kedayan di sini menamakan mangkutut besar sebagai JANGKANG. Jangkang anitah yang selalu dicari, biasanya mudah didapati dalam lubang batu dan GEROMBONG BULUH. Sepitnya lebih besar daripada mangkutut biasa kerana usianya yang lebih tua.

Selain mangkutut, yang dapat di siut juga ialah HARAMA GABUK (ketam air tawar). Biasanya bila nenek nenek menyiut, anak cucu selalu minta harama dan mereka jadikan mainan.

Kadangkala, lain yang dicari lain pula yang ditemui. Menyiut mangkutut, tersiutlah pula ANGANG (cicak air). Apabila tersiut binatang angang ani, sipenyiut selalunya bertempiaran melompat ke tebing kerana terkejut dan takut pula kalau-kalau ia menyusup masuk ke dalam seluar atau kain ~walaupun yang namanya KEDAYAN, tetap ada juga yang geli geleman.

Menggetah Parak

Selain kerja menyiut di musim kemarau, sebenarnya ada lagi kerja sampingan puak Kedayan dan mungkin juga ada pada masyarakat lain. Kerja yang dimaksudkan ini ialah menggetah burung Parak yang mandi di anak sungai mengunakan GETAH TIKUS dicampur dengan getah manungan / tarap /nangka. Getah campuran ini dililit pada kayu lurus sebesar pensel dan panjangnya mengikut sesukahati, di Brunei dipanggil Bantiyai. Kayu bergetah ini kemudian dipacakkan di tempat hinggap burung yang bermandi manda. Tempat mandian ini biasanya sama setiap kali dan lazimnya sebahagian akan hinggap ke atas batang kayu yang disimpan getah tikus berkenaan.

Berbalik semula dengan cerita menyiut ani, pada masa ani nampaknya zaman sudah berubah. Tidak hairanlah di setengah tempat kelihatan siut digantikan dengan BUBU BOTOL yang diumpan dengan ikan masin. Ada masanya hasil dari cara ini lebih lumayan daripada menyiut. Cara membuatnya agak senang. Potong kepala botol atu dan terbalikan seperti bubu biasa. Kemudian dicucuk cucuk, ditebuk lubang sedikit supaya airnya keluar dan isinya tinggal di dalam. Mengikut cerita tidak tau darimana sumbernya, BUBU BOTOL ani diperkenalkan oleh masyarakat Thailand yang bekerja di Brunei Darussalam dan jua mungkin ditempat awda (awang dan dayang) di sana.

Atu saja yang dapat aku ceritakan kepada awda mengenai siut ani.

Salam hormat dari Alisofie.

Wednesday, March 24, 2010

Laman Kadayan Universe Ver 2.0

This is actually an old Kadayan Universe mirror. It was created sometime in September, 2008 as a temporary measurement for the worst downtime in our history as the web host unable to coup with heavy traffic flows to our site. 

A sudden traffic increase at the time mainly was due to huge public interest to keep themselves abreast with the latest political development. There was a visible political uncertainty as Malaysia's opposition front launched ambitious campaign, but unsuccessful, to wrest the power from the present government. 
(Also available in Bahasa Melayu)

This blog has been idle ever since.

But with the latest development with Blogspot, we decided to revive it. 

Though unpleasant, we also decided to remain with Blogspot at the time being, so please bookmark and visit this blog for all kadayan universe future updates.

Laman ini sebenarnya merupakan laman mirror lama kadayan. Ia dibuat sekitar bulan September, 2008 bagi menampung masalah sambungan yang paling teruk dalam sejarah kami apabila server tidak menampung capaian yang besar ke blog kami.

Peningkatan capaian trafik ini terutamanya berpunca dari ketidak pastian politik pada masa itu apabila barisan pembangkang Malaysia telah melancarkan kempen yang bercita-cita tinggi tetapi tidak berjaya, iaitu cubaan menggulingkan kerajaan sekarang.

Selepas itu blog ini terbiar begitu saja.

Namun, mengambilkira perkembangan terbaru dengan Blogspot, kami memutuskan untuk memulihkannya.

Walaupun tidak menyenangkan, kami juga memutuskan untuk terus bersama-sama Blogspot pada masa ini, jadi sila bookmark dan lawati blog ini untuk semua kemaskini terbaru dari Kadayan Universe pada masa yang akan datang.