Sebuah Negeri Termiskin dengan 22 Orang Sultan

Wednesday, November 24, 2010
Author kaawai Category , , , ,

Tajuk di atas ada iras-iras cerita "Alibaba dengan 40 orang penyamun", tetapi ceritanya adalah berlainan. Apa pun, jika Rodinood Julaspi merupakan Sultan Sulu & North Borneo, maka saya pun ingin menceritakan rahsia yang sudah lama terpendam ini.

kemaskini terakhir: 13 Mac 2013

"Sebenarnya beta merupakan Sultan Arimi dari Kerajaan Antartika dan Kutub Utara. Keturunan beta merupakan raja agung yang memerintah empayar benua Antartika selama 10 abad sebelum ia hanyut ke kutub selatan dari kutub utara.

Sultan Arimi
Sultan Negara Antartik Dar-El Salj.

Satu-satunya bukti yang beta ada ialah lakaran fotostet peta dari muzium Tokapi di Turki, peninggalan Piri [laksamana] Reis yang dihukum bunuh pada tahun 1570 dulu".

Ramainya Sultan!

22 orang sultan dan malangnya tiada satupun kerajaan di dunia yang bernama "Kesultanan Sulu dan North Borneo". Tolong cari di peta dunia dan sila semak senarai keahlian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tiada. Tiada kerajaan Sulu di dunia. Apalagi yang namanya Kerajaan Sulu dan North Borneo.

Tiada kerajaan bermaksud tiada kedaulatan (sovereignty).

Tiada kedaulatan bermaksud tidak boleh membuat tuntutan kedaulatan (sovereignty claim) ke atas mana-mana wilayah walaupun sebesar habuk di dalam dunia ini. Termasuklah juga lautan Atlantik, lautan Pasifik, gurun Kalahari, gurun Taklamakan, gurun Sahara dan wilayah yang manusia lain tak hingin serta wilayah yang jin ifrit pun tak selesa hendak tinggal.

Apa lagi Sabah. Tidak layak.

Jika anda terus juga menuntut walaupun telah mengetahui diri sendiri tidak layak berbuat demikian, maka satu-satunya orang yang mengiktiraf dan melayan tuntutan berkenaan adalah diri anda sendiri. "Negara" ciptaan anda hanya akan menjadi salah satu dari beribu-ribu micronation di dunia ini. Sesiapa pun boleh mencipta micronation mereka sendiri sebagai suatu fantasi. Tetapi ia akan hanya diiktiraf oleh diri si pencipta selain dari dibuai oleh angan-angan yang tiada kesudahan. Orang lain tidak tahu menahu pun.

Ramai sungguh Sultan.

Kalau ikut tradisi di Malaysia, setiap tahun akan dibuat perayaan bagi menyambut harijadi raja-raja. Urusan di sini senang kerana hanya orang raja bagi setiap negeri. Tetapi bagi "Kesultanan Sulu dan North Borneo" ada dua puluh dua orang sultan tersenarai sebagai ketua kerajaan:

1. Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram - anak kepada Muhammad Esmail E. Kiram.




2. Sultan Mudarasulail Kiram @Datu Paijal
 
Rakyat Malaysia
Merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Melaka / Johor dan membesar di kawasan penempatan pelarian Kinarut. Dilihat begitu obses dengan 'kesultanan Sulu' siap dengan membuat balairong segala di kediamannya sendiri di semenanjung Malaysia.


3. Sultan Jamalul Kiram III . Sebelum ini dikenali sebagai "
Sultan Jamalul Dalus Kiram"~ anak kepada Datu Pujungan. Tidak perasan bagaimana nama baginda ini bertukar. Pernah belajar undang-undang, dan menjadi calon senator dalam pilihanraya umum Filipina pada 2007, tapi tewas. 


Sekarang menjadi sultan sulu yang paling popular kerana segerombolan 100++  militia miliknya menceroboh wilayah Malaysia di Lahad Datu. Amat menghairankan bagaimana baginda tiba-tiba mempunyai pasukan "Angkatan Tentera Diraja" kerana di dalam masa yang sama dia mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan paling miskin di dunia. Maksudnya, dengan pengakuan begitu dia tentu lebih miskin dari Sultan #21 iaitu Sultan Butch Kiram.

4. Sultan Bantilan Esmail Kiram II. Dulu baginda dikenali sebagai SultanEsmail Dalus Kiram., tidak dipastikan bagaimana baginda sekarang memakai nama Bantilan. Merupakan adik beradik Sultan Jamalul Kiram III. Pernah menjadi calon pilihanraya ahli lembaga daerah pada 1992, juga tewas. Beberapa tahun lepas beliau pernah membuat sidang akhbar di sebuah restoran di bandar Lahad Datu menegaskan tentang kesultanannya.

Sultan Bantilan Esmail Kiram II


5. Sultan Aghbimuddin Dalus Kiram. Dia dikenali juga sebagai Azziemuddie di Filipina dan kini memakai gelaran 'Raja Mudah'. Adik beradik Sultan Jamalul Dalus Kiram. Ketiga-tiga mereka menaiki takhta menjadi sultan ikut suka masing-masing. Sekarang (2013) masih berada di Malaysia kerana menguruskan tuntutan ke atas Sabah bersama 100 orang tentera.

6. Sultan Rodinood Julaspi Kiram. Sultan yang paling aktif di facebook. Beliau mendakwa pernah bekerja di Yayasan Sabah, merupakan pemegang pasport Filipina. Sultan Fuad (Sultan #1) mendakwa bahawa Rodinood adalah cucu kepada Hadjirul gembala kuda di kandang kuda diraja.

Sultan Rodinood

Saya telah mengingatkan melalui laman facebook jika pakai kain samping, lurutkan sedikit ke bawah. Baginda murka lalu me"remove" saya dari "friend" facebook baginda. Tetapi nampaknya satu akaun facebook utama baginda sedang "gering" sekarang.







7. Sultan Kudar Julaspi Kiram. Adik beradik Sultan Rodinood yang didakwa oleh Sultan Esmail (Sultan #4) telah menipu seorang pesara sebanyak USD50,000 di Australia.

8. Sultan Sharif Ibrahim Pulalun. Ketua (Sharif) Sultan Sulu. Mengikut Sultan Fuad (Sultan #1), dia bekerja sebagai penjaja di pasar dan hampir-hampir buta huruf. Bersekongkol dengan seorang rakyat Amerika bernama Stan C. Brandenburg untuk menuntut harta Sultan Sulu di luar negara.

Sultan Sharif Ibrahim Pulalun
 9. Sultan Dignim Pulalun. Anak kepada Sultan Ibrahim Pulalun, masing-masing menjadi sultan.

10. Sultan Agung Dr. Ibrahim Bahjin. Konon beliau merupakan keturunan Sultan Shakir ul lah (1816 - 1823), mendakwa dirinya sebagai Sultan Agung Sulu (Paramount Sultan of Sulu).

Sultan Dr. Ibrahim Shakirullah II
Juga disokong sebanyak dua kali oleh Stan C. Brandenburg setelah kerjasamanya dengan Sultan Ibrahim Pulalun dalam cubaan menuntut harta sultan di bank-bank Amerika termasuk di Well Fargo bank yang kononnya berjumlah US47.5 billion menemui kegagalan.

11. Sultan Aliuddin Haddis Pabila @ Adinda. Keturunan tidak dapat dipastikan.

12. Sultan Aydal Aliuddin. Konon pernah ditangkap dan dipenjarakan di Brunei kerana menyamar sebagai sultan Sulu.

13. Sultan Muhd. Yahcub Alimuddin V. Keturunan tidak dapat dipastikan, tetapi beliau merupakan rakyat Indonesia.

14. Sultan Haji Muhd. Al Sagov Van Eldik - Rakyat Belanda. Merupakan adik beradik angkat Rodinood dan Kudar Julaspi.

15. Sultan Akijal Attih. Sarjan Polis. Keturunan tidak dapat dipastikan. Yang penting dia pun sultan jugalah.

16. Sultan Demetria Omar Kiram. Sebuah hotel di Zamboanga sedang mencari beliau kerana gagal menjelaskan sewa hotel.

17. Sultan Muedzul-lail T. Kiram. Pendekan 'T' adalah merujuk kepada Tan, berdarah bangsawan Sulu. Juga pernah bersekongkol dengan Stan C. Brandenburg. Adik beradik kepada kepada sultan #2.


18. Sultan Juan T. Dela Cruz. Kononnya dicari ramai orang kerana menipu.

19. Sultan Alfonso Sagun Bautista @ Alawi Mohammad Karim @ Alawi Jurkarnain Azam Kiram.

20. Sultan Abdullah Azam Atalad. Pernah berusaha mendapatkan pengiktirafan dari Kongress Amerika Syarikat walaupun tidak dilayan.

21. Sultan Muidzul Lail @ Butch Kiram.Anak saudara kepada Esmail Kiram.





22. Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin. Ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina. Entah kenapa dia kemudian berkembang menjadi Sultan Sulu, kabarnya ditangkap dan ditahan di pusat pelarian di Sabah.

Sultan MohammadAidal M.Ali-Uddin
Maksudnya, dua puluh dua perayaan harijadi yang perlu disambut setiap tahun oleh rakyat Sulu dan North Borneo. Secara purata untuk sepuluh bulan kami akan merayakan dua harijadi sebulan, manakala untuk dua bulan yang selebihnya satu majlis harijadi setiap bulan. Jika dicongak-congak, besar juga belanja kerajaan untuk menguruskan perayaan rasmi harijadi tahunan. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan rasmi untuk dua puluh dua orang sultan ...

Banyaknya wang Sultan Sulu di seberang laut!

Kononnya harta Sultan Sulu dianggarkan berjumlah USD45 billion di Amerika Syarikat.

Banyaknya.

US45 billion.

Jadi janganlah tuanku tuanku semua menjadi kelam kabut. Bak kata orang one step at a time, please. Mengikut harga tukaran semasa, kalau ditukar US45 billion itu kepada matawang peso jumlahnya lebih kurang akan menjadi P1,988,550,000,000.00 (1.9 trilion peso). Mak ooii... wang bertimbun-timbun. Get yourself organized first and then, tuntutlah wang berkenaan. Apabila telah berjaya kelak, tubuhkanlah kelab ekslusif sultan-sultan sulu supaya semua 22 orang tuanku-tuanku boleh bersemayam ikut suka, pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Ini merupakan kenyataan terbuka saya kepada semua baginda sultan,

Janganlah menuntut negeri termiskin di Malaysia

Tuanku semua harus mempunyai senarai keutamaan di dalam mengurus negara. Tuntutan ke atas 2 trilion peso itu jauh lebih penting dari wang bayaran cession tahunan RM5,300 (P74,335.25). Tuanku tuanku harus menunggu sebanyak 26,751,104 kali pembayaran, yakni 27 juta tahun barulah jumlah wang cession yang diterima sama jumlah dengan harta sultan sulu yang sedia ada di seberang laut.

Buat apa lagi hendak menuntut Sabah. Bayaran cession tahunan pun cuma RM5,300 sahaja. Jika dibahagikan 22 orang sultan seorang cuma dapat RM240.90. Lebih kurang RM20 sebulan manalah tuanku tuanku cukup belanja.

Selain itu untuk pengetahuan semua tuanku, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia akibat dijarah oleh Barisan Nasional.

Andailah tuanku semua telah berjaya mendapat wang sebanyak 2 trilion peso itu dan kemudian berjaya pula menuntut Sabah, ini umpamanya samalah seperti mendukung biawak hidup. Alamatlah semua wang tuanku-tuanku akan habis begitu saja kerana dibelanjakan untuk membangunkan negeri termiskin ini.


Bacaan tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran
3. Sultan Sabah ke 23!

4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

-----------------------------------------------
 

Sekiranya anda berminat, ini merupakan sumber bacaan & video lanjutan dari pautan luar:
a) Mereka yang tidak akan berhenti menuntut
b) Senarai Sultan-Sultan Sulu Semasa
c) Rodinood dituduh menipu
d) Sulu Datus Reject the candidacy of Sultan Kiram III
e) Jamalul, Esmail & Aghbimuddin Comedy
f) Istana Merah Sultan Sulu
g) Siapa Waris Sebenar Sultan Sulu?
h) Kenakan ISA untuk penyamar Sultan Sulu
i) Pertabalan Sultan Esmail
j) Sultan Butch Kiram & Istananya

14 comments:

Anonymous said...

Salam sdr. Arimi,
Artikel sdr. memang menarik dibaca, tahniah. Mengenai sultan sulu ini, saya ada terbaca penuntutnya bukan setakat 22 orang, tapi 97 orang. Mungkin mereka ini ada sedikit sakit mental!!!

Ilham Baiduri said...

Salam sejahtera, mengikut pembacan yg d laku kn oleh saya, kesemua penuntut2 yang menggelarkn diri mereka sultan atau ditabalkn menjadi sultan adalah bkn dari keturunan2 sultan2 yang mewarisi sabah. Terdapat 5 kesultanan sulu yg memerintah secara monarki dan mempunyai pusat pemerintahan yg berlainan. Tidak kira brapa banyak penuntut sekalipn, sekiranya terdapat bukti2 yang nyata, kedaulatan sultan tersebut boleh dikembalikan.

Namun sekiranya tidak ada, adalah tidak wajar untuk menuntut Sabah. Sekalipun mereka berupaya menuntut, kredibiliti baginda sultan akan dipertikaikn juga. Untk membangunkn sebuah kerajaan bukan lah mudah, banyak perkara harus diambil kira juga.

Anonymous said...

Salam sejahtera sdr. Arimi, Dimana kerajaan sultan sulu ketika perang dunia ke-2, ketika sabah di serang tentera jepun. Siapa yang selamankan negeri sabah? Setahu saya tentera England, Australia,New ziland. Dimana tentera sultan sulu? Tiada berita pun? Hilang entah kemana tiba-tiba muncul mau claim sabah. Tiada dalam sejarah sabah!!! Jangan mimpi laaaaaaa....pulang kampung masing-masing tanam sayur...SULTAN sulu la konon...nahh saya ni QUEEN MARY dari sabah!!! Amacam...saya pun mau claim sabah...ok bah kan..

Anonymous said...

Apa sudah jadi nie? banyak betul sultan sulu ini, yg. jealous pun banyak, yg. envy pun banyak juga. Yg. busy body lagi ramai. Yg. heran, sudah tau sultan-sultan tu tidak betul, mengapa kita orang pula ni yang menggalabah? cakap macam-macam. Mengutuk orang yang tidak buat salah dengan kita adalah salah dari segi moral dan ugama. Lainlah klu diorang rampas tanah dan robohkan ruma kita orang, bolehlah kita kutuk. Diorang cipta fantasy, diorang punya hal lah.

Anonymous said...

Salam untuk semua,saya juga amat tertarik dengan artikel sdr Arimi.apa akan terjadi jikalau benar mereka ni adalah pewaris kesultanan sulu? bayangkan setakat ini sudah ada 22 org yang hendak mengaku keturunan sultan sulu,dan jika mereka ini masing2 mahu merebut untuk menjadi sultan,maka akan timbul/cetus perselisihan faham antara satu dengan yg lain (Pendik kata GADUH)...Dan jikalau mereka ini juga hendak menuntut SABAH. Saya tidak setuju..jangan cuba hendak menuntut SABAH,saya lahir di SABAH,Nenek,Moyang,Atuk saya lahir dan mati di Negeri Sabah ini.....Jangan Harap hendak menuntut Negeri Sabah Ini.

sumbiling man said...

bro ni sultan tarang2 suda menipu bah..jadi kita sebagai rakyat sabah yg tulin jgn terpedaya..saya sokong dengan pendapat saudara annymous..cuma fantasy ja..jgn harapla dia mau king control disini...sudahlah "PATI","PADI" lagi tu, mau jadi sultan lagi, jgn dia mimpi lah..

sumbiling man said...

bro,bah ni kali lah sultan arr..bikin panas,,istihar diri dia sendiri jadi sultan..ni baru lah nda tau malu..sudah "PATI" disini "PADI" lagi..syukul nah toe dapat makan & minum disini..jgn harap mau jadi sultan..!!

Anonymous said...

Fakta sejarah memberitahu bahawa Kerajaan kesultanan sulu memang pernah wujud dulu. Sekarang tidak lagi, Sultan-sultan Sulu sekarang ini ada juga yg. cuba mengambalikan kegemilangan kerajaan kesultanan Sulu, tapi telah menemui kegagalan sehingga mendapat cemuhan, kutukan, ejekan dari orang-orang jahil yang jeles dan iri hati. Soalnya, mengapa Syarikat Brtish dulu saggup menentang badai ke Sulu untuk memajak Sabah dari Sultan Sulu dang bukan dari orang Sabah? Kenapa kerajaan malaysia sampai sekarang membayar pajakan Sabah kepada waris Sultan Sulu dan bukan kepada Sultan Arimi?

Anonymous said...

Fakta sejarah memberitahu bahawa Kerajaan kesultanan sulu memang pernah wujud dulu. Sekarang tidak lagi, Sultan-sultan Sulu sekarang ini ada juga yg. cuba mengambalikan kegemilangan kerajaan kesultanan Sulu, tapi telah menemui kegagalan sehingga mendapat cemuhan, kutukan, ejekan dari orang-orang jahil yang jeles dan iri hati. Soalnya, mengapa Syarikat Brtish dulu saggup menentang badai ke Sulu untuk memajak Sabah dari Sultan Sulu dang bukan dari orang Sabah? Kenapa kerajaan malaysia sampai sekarang membayar pajakan Sabah kepada waris Sultan Sulu dan bukan kepada Sultan Arimi?

manukhansam said...

Waktu perang dulu..mat salleh yg berketurunan bajau suluk..dia dan pengikutnya mempertahankan sabah...kaum kadazan pge mana waktu tu..dlm sejarah pun tiada seorang kaum kadazan yg msuk dlm sejarah diorang me dari mana? And sultan sulu dr keturunan bajau suluk...sy nk tanya kat sabah tu kaum yg terbesar adalah dr kaum bajau suluk......yg kaum kadazan pulak duduk berkelompok je....

Arimi Sidek said...

Anon Januari, 2011.

Di dalam bahasa Inggeris ada istilah begini, "overtaken by event". Bahasa melayu maksud kasarnya ketinggalan kapal.

Cuba lihat tentang dua kes penting kesultanan Malaysia.
1. Tuntutan Tengku Ali ke atas Takhta Terengganu.

2. Tuntutan Tengku Iskandar bin Tengku Ahmad ke atas Taktha Kelantan.
Mereka mempunyai kes yang kuat, tapi ke mana tuju tuntutan ni? Ia tidak akan ke mana-mana pun, kerana terlalu banyak kejadian berlaku selepasnya untuk dirombak semula.

Arimi Sidek said...

manukhansam,
terima kasih kerana sudi bertandang. Sdr kena banyak membaca lagi pasal Sabah.
1. Bajau Suluk bukan kaum majoriti sabah, setakat yang saya tau.
2. Terlalu tinggi untuk meletakkan Mat Salleh sebagai memperjuangkan Sabah. Beliau adalah pejuang tempatan yang menentang kompeni Inggeris, tapi skala perjuangan tidak sampai untuk seluruh negeri. Seperti Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau, skalanya kecil dan bersikap setempat.
3. Di mana pula kaum lain, kenapa tidak menentang? Inilah masalahnya. Orang lain yang bukan tinggal di pesisir pantai tiada urusan apa-apa pun dengan penjajah Sulu dan Brunei yang ketika itu langsung tidak berkuasa atau Inggeris Inggeris, yang mengambil kesempatan. Penjajah-penjajah ini syok sendiri tandatangan perjanjian, buat trading-post di Sandakan, Kudat, Pulau Gaya dan Kimanis tetapi apa-kena mengena mereka dengan orang-orang darat? Orang-orang kompeni mula masuk ke daratan pada permulaan abad ke 20, dan orang darat mula memberontak juga. Antanum tokoh ternama dalam hal ini < dia bukan orang Bajau Suluk. 1962, orang-orang kadayan ikut memberontak mengikuti gagasan Kalimantan Raya.
Jadi tidaklah sekitar Mat Salleh saja ceritanya.

Arimi Sidek said...

Anon Januari 25, 2011.
Sekarang dah buat kacau, so macamana la?

Rhadz Akp said...

semuaY poyo....berlagak pndai.tp sememangY poyo..berlagak tahu sejarah.tp semuaY poyo...nk membebel kat cni pn xde guna.msing2 mngatakn betul...sy ngatkn kpda masyarakat suluk.bg la sabah 2 kat mereka semua.biarlah pjuang2 negara 2 kdazan ke.dayak,bugis,murut,pe je.yg pnting nma mat saleh jga yg terkenal dlm sejara sabah..nk tahu sejarah melaka,pndekar hang tuah hang jebat n saudara saudaraY,mat kilau,ha jan nk ckap yg x psti,tnya p melaka sejarahY,mngapa ada nma2 kmpung suluk.sungai suluk,n mat kilau tnya la warisY.tau snak saudaraY asal usul dari mne,snjata mat kilau buatan dari mne?dekat sabah bah d ambi dari bhasa mne,klau ckap melayu smua ru ada slalu bah.tp lau bhasa msing2 ada yg xde bah,mejoriti sabahan pratus pling bnyak msyarakat suluk,tp bila da jd tampatan warga negara,x mngaku suluk,ckap bajau la,pas 2 kwin bngsa lain ckap bngsa bajau.kwin kadazan dusun,ank bajau kadazan dusun,kwin melayu,ank bajau melayu,krna mreka x mngaku bngsa suluk,bap suku kaum lain ckap suluk ganas,jahat,pnyamun,lanun,tp sbg2 rmai suluk kat sabah x habis jga hrta bnda suku kaum lain suluk samun rompak,x jga ada hari2 mati suluk bonoh,jd ape ke ini pngganas,pmbonoh,pnyamun,prompak,lanun,sss,jika 1 lidi patah,jan la patahkn yg lain,jika ada suluk yg wat salah,jan la salahkn semuaY..krna smua bngsa pn sma,x kira islam, kristian.smuaY ada meruah, hrg diri,hati n prasaan,hukum yg brsalah jan hukum yg x brdosa,,sesungguhY kita semua adalh anak cucu adam n hawa,umat nabi,mahkluk tuhan,ngan kelimah laa ilaha illaulah muhammadur rasulullah,terbntuk dunia,nabi muhammad sallaulah alai issalam pernah brfirman..barang siapa yg menyebut kelimah laa ilaha illaulah muhammadur rasulullah.dalah umatY.jd ngan kelimah ini umat islam semua bersaudara..n ngan agama lain ngat kita ini adalh keturunan dari adam n hawa...wsslm..

Post a Comment