Ayam Masak Kunyit Kadayan Brunei

Wednesday, February 10, 2010
Author kaawai Category

Written by Ali Sofie

Untuk memeriahkan lagi blog Kedayan Universe kesayangan ani dan alum ada blog kedayan lain menulis, ada baiknya jua liau memperkenalkan masakan orang orang kedayan.

Terlintas difikiran saya mengenai sejenis hidangan yang amat dekat dengan masyarakat kita. Ini adalah mengenai masyarakat kitani terkenal dengan masakan AYAM MASAK KUNYIT KEDAYAN. Masakan ini sangat digemari oleh penduduk Brunei Darussalam.

Secara mudahnya, resepi utama yang saya tahu ialah seperti ini:

Saeokong Hayam(Ayam)
Saai (Serai)
Lada Paak (Lada Padi)
Kunyit,
Sia (Garam) dan
bahan perasa (Ajinomoto atau Veeching).

Dalam rempah ratusnya bini bini kedayan kitani lah yang pandai atu liau.

Biasanya ia ada juga di hidangkan semasa makan Doa Arwah Sekampung, Perkahwinan dan lain lain acara. Berangkali apabila merasa masakan ini antara kedayan Sabah, Brunei dan Sibuti Sarawak adalah sama. Aku sudah cuba makan masakan Ayam Masak Kunyit Kedayan ani di Sibuti Sarawak dan sama rasanya.

Kalau di Brunei sabut saja Ayam Masak Kedayan mesti ada orang tau.

0 comments:

Post a Comment