Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Asoe 3 ~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Pekida harus menyingkirkan Akjan untuk memulihkan imejnya di Sabah



Akjan pengerusi Pekida Sabah sendiri yang telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat Malaysia di Sabah apabila menabalkan dirinya menjadi Sultan Sulu. Sekarang sudah mula meraba-raba hendak mencari kambing hitam bagi menutup kesalahan dengan hendak membabitkan sensitiviti orang-orang kristian Sabah pula. Angin tiada, ribut apatah lagi.

Dari awal dia sebagai seorang bakal 'sultan' patut sudah boleh mengagak natijah tindakannya sebelum berpatah arang. Terlebih afdal Pekida harus berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan. Cara terbaik untuk memulihkan imejnya ialah dengan menyingkirkan Akjan dari menjadi pengerusi.

Sidang akhbar Perdana Menteri Sulu dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah?

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bahagian Wilayah Persekutuan beberapa hari lepas membatalkan sidang akhbarnya pada saat akhir atas alasan boleh memberi ancaman terhadap keselamatan negara. Apa yang menarik kononnya terdapat individu yang menghantar SMS bahawa sidang akhbar berkenaan agama Islam di Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah. SMS itu berbunyi: “Sidang Akhbar Perdana Menteri Sulu berkenaan agama Islam Sulu telah dipolitikkan oleh orang Kristian Sabah terhadap Kesultanan Sulu.”

Kecualilah jika Pekida mempunyai capaian ke atas maklumat sulit negara hasil jaringan perisikan yang kita sebagai orang awam tidak mampu mengetahuinya maka kenyataan di atas pun dengan sendirinya boleh dianggap berbaur hasutan.

Walaupun hidup dalam kemiskinan, secara amnya penduduk Sabah sudah lama belajar bagaimana hidup dalam suasana majmuk berbilang bangsa dan agama dengan harmoni.

Berikut merupakan contoh yang klasik kehidupan orang Sabah.

-----------------------------------------------

Hidup dengan dua identiti, kadayan atau lundayeh

Semasa hayatnya arwah bapa saya sangat dikenali di kalangan saudara-mara orang-orang lundayeh di Sipitang. Di kampung Ranau-ranau contohnya, dari hujung ke hujung kampung beliau akan disapa dengan panggilan 'Tua' (Pak Tua) oleh sesiapa saja tidak mengira tua atau muda setiap kali terjumpa. Lebih daripada itu, tiada seorang daripada mereka yang akan berbicara dengan 'Tua' dalam bahasa melayu.

Bapa sangat fasih berbahasa lundayeh. Bahasa lundayeh dikuasainya semahir bahasa kadayan. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengatakan, ini memang sepatutnya berlaku kerana orang kadayan dan lundayeh tingal bersebelahan kampung. Tidak hairanlah orang kadayan boleh berbahasa lundayeh dan sebaliknya, orang lundayeh mampu menguasai bahasa kadayan.

Tapi saya rasa tidak.

Bagi saya, bapa mempunyai dua identiti. Dia adalah lundayeh, juga kadayan. Bagi orang kadayan, beliau adalah seorang kadayan. Tetapi bagi orang lundayeh pula, beliau seorang lundayeh dan saya percaya keadaan ini dirasai sendiri oleh beliau.

Dua orang adik-beradik kami yang lain dicatit sebagai berbangsa 'lundayeh' dalam surat beranak / sijil kelahiran mereka.

Seperti bapanya, Bahar dan datuknya iaitu Akim, bapa juga rapat dengan saudara-mara dari Trusan, Sarawak.

Malah sebagai anak sulung, beliaulah yang paling rapat dengan saudara-mara lundayeh. Dia sebenarnya disayangi oleh pakcik [atau sepupu ~ saya sendiri sudah tidak pasti lagi] yang dikenalinya dengan panggilan mesra "Baliau Apok". Baliau [panggilan untuk orang tua, pakcik atau orang yang dihormati, beliau] Apok biasanya membawa beberapa orang saudara jika datang ke rumah dan bermalam dalam seminggu lebih kurang, setiap kali bertandang. Kali terakhir yang saya ingat ialah semasa sekolah rendah.

Saya sukar bercakap dengan mereka kerana mereka sendiri tidak fasih berbahasa melayu, apa lagi berbahasa kadayan. Pun saya sukalah juga pada masa itu. Setiap hari ke sekolah duit yang diterima lebih banyak dari biasa kerana dibekalkan oleh pakcik-pakcik yang berkenaan.


Bersama bapa dan dua orang abang, pada tahun 1990 kami pernah menziarahi Pangiran Bakar. Beliau merupakan seorang lagi keturunan Asoe yang menetap di Trusan dan kini berbangsa brunei [kami pula orang kadayan]. "Kalau diikutkan, nasab keturunan daripada sebelah kamulah yang kuat tu wang Sidek, sebab datang daripada sebelah laki-laki", terang beliau merujuk kepada Akim, anak Asoe.

Terus terang, saya tidak begitu mengenali saudara-mara lundayeh. Tetapi keadaan ini adalah dinyatakan tanpa prasangka. Bukan yang lundayeh sahaja kurang dikenali, akan tetapi saudara-mara yang lain serupa juga. Saya telah meninggalkan kampung sejak berumur 13 tahun dan membesar jauh dari keluarga sejak itu. Tidak banyak kenangan di kampung yang ada kecuali kenangan zaman kanak-kanak bersama adik-beradik, sepupu dan rakan-rakan sekolah.

Pun begitu saya kenal juga beberapa orang seperti mendiang cikgu Ellie, auntie Alau, mendiang Sago dan sudah tentu cikgu Robert dan cikgu Patrick. Saya pernah menjadi guru sementara di Mandulong, Sipitang pada tahun 1986 selama lebih kurang 4 bulan. Kawasan ini merupakan perkampungan lundayeh dan di sana juga saya menemui saudara-mara yang mengenali keluarga kami. "Saya ini adalah pangkat nini (atok) kepada kamu. Panggil saya 'Ya Fu'", kata cikgu Patrick. "Saya ini adalah pakcikmu", kata cikgu Robert. "Saya pun pakcik kamu juga", kata seorang cikgu lagi. Sebagai anak buahnya, cikgu Robert betul-betul menjaga saya sepanjang tinggal di sana.

Mendiang Sago banyak menghabiskan masa melepak di kedai dengan motorsikal 'scambler'nya. Setiap kali bersua dengan saya sapaan beliau selalunya begini, "Aku ni pakcik kamu" juga "kamu ni muut baini. ngakun-ngakun nganya tu kadayan, dikiit nganya kadayan kamu ni" [kamu ini sebenarnya lundayeh. kamu cuma mengaku sebagai orang kadayan, 'bahagian' kadayan kamu cuma sedikit saja], sehinggakan isteri Tauke Akuan [juga merupakan seorang lundayeh saudara bapa] pemilik kedai runcit mengenali saya sebagai anak kepada 'Tua'.

Dikenali sebagai seorang yang kuat berpegang kepada agama, ayah meninggal dunia pada tahun 1991. Pada masa itu memang cukup ramai orang menziarahi untuk memberikan penghormatan terakhir, lebih ramai daripada kenduri kahwin. Pada masa itulah juga identiti bapa amat terserlah. Saudara-mara kadayan dan lundayeh bertali arus menjengah ke rumah hingga berhari-hari selepas dikebumikan.

Beberapa bulan selepas meninggal pun masih datang saudara-mara dari Trusan. Yang terakhir dengan sedu sedan melahirkan kekesalan kerana tidak diberitahu yang bapa telah meninggal dunia. Terus terang bagaimana hendak memberitahu? Selepas beredar kemudian saya tanyakan pada ibu, pakcik dan makcik yang ada dan mereka langsung tidak mengenali siapa tetamu berkenaan. "Ahh senang saja tu jangan tah dipaduli, paadian pamu bah itu [siapa lagi kalau bukan saudara bapamu]", kata pak su Nawas.

Tidak syak lagi bapa adalah lundayeh, juga kadayan.


Oleh itu sebagai anaknya saya pun lundayeh, juga kadayan.
------------------------------------------------

Bagaimana hendak berdakwah jika tidak mahu belajar bagaimana rupa kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Sabah sedangkan kerja-kerja mulia seperti ini sudah tentu melibatkan orang-orang bukan islam. Pengerusi Pekida sendiri mengidam hendakkan benda bukan-bukan. Bila sudah huru hara, hendak menyalahkan orang lain pula. Dasar sultan luar negara.



Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang
Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?
Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Saturday, February 19, 2011

Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Untuk yang mengejar mimpi kesultanan Sulu, belajarlah menerima hakikat kerajaan feudal kamurang sudah luput tempoh laku [expired] sejak abad ke-18 lagi.

Juga jangan kata apa-apa tentang Sultan Sulu hendak membela agama Islam. Sebenarnya seorang sultan Sulu iaitu Sultan Azim ud-Din I (juga ditulis sebagai Alimuddin 1 yang memerintah dari 1735-1748 dan 1764-1774) dengan keluarganya sekali sukarela menjadi murtad dan menganut agama kristian. Selepas pembaptisan baginda dikenali sebagai Don Fernando De Alimuddin dan Nama pendeknya dikenali sebagai Ferdinand I.


Gadis Lundayeh Ba Kelalan

Kesultanan Brunei sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Jadi mengambilkira semua ini, kenapa pula Raja Lun Bawang tidak mungkin wujud?

Tiada tanda kewujudan sekarang bukan bermaksud ia sesuatu yang tidak pernah wujud di muka bumi. Sekali-sekala menghimbau tiada salahnya. Cuma bak kata orang yang lepas tu biarlah berlalu, hendak diungkit sangat pun tiada gunanya. Apabila Indonesia merdeka pada tahun 1945 terdapat 42 kerajaan feudal pelbagai saiz besar kecilnya berselerak di seluruh negara mereka. Pada 1947 di India pula, dianggarkan terdapat lebih dari seribu kerajaan monarki . Kerajaan-kerajaan ini tidak diiktiraf wujud di dalam perlembagaan mereka sekarang. Namun begitu keturunan mereka masih boleh dikesan di serata tempat.

Borneo pada masa lalu bukan semundur yang ada pada fikiran kebanyakan orang Malaysia moden. Ia merupakan tempat yang serba mungkin. Merujuk kepada pulau Jawa, dalam peta tua latin Borneo adalah dicartakan sebagai pulau Jawa Besar (Iava Magna) sementara pulau Jawa sebenar disebut sebagai Jawa Kecil.


Lun dayeh, bukan Lun Dayak - pix ralphmag.org

Seorang pakar bahasa profesor James T.Collin mengusulkan bahawa perkembangan bahasa melayu awal sebelum Riau Lingga sebenarnya adalah bermula dari bahagian barat daya pulau Borneo sebelum berkembang ke Sumatera.

Apabila melibatkan Borneo, bingkai kerja dan skop sejarah Malaysia tidak harus hanya berkisar kepada kerajaan dan kesultanan Islam semata-mata. Kerajaan hindu tertua di Indonesia iaitu Kutai Martadipura adalah bertapak di sungai Makaham (muara Kaman), Borneo. Ia dikesan telah wujud pada abad ke 5. Kerajaan Kutai Martadipura ini beserta dengan kerajaan Kutai Kartanegara besar kemungkinan merupakan bapa kepada orang-orang kadayan moden berdasarkan susur galur linguistik yang belum dibuktikan sepenuhnya.

Terdapat lebih dari 20 kerajaan yang pernah bertapak di Borneo, bukan hanya kerajaan Kutai, Brunei dan Banjar.

Pada waktu-waktu yang lebih ke hadapan, pada abad ke 18 orang-orang bugis masuk berkampung di Borneo dan menubuhkan kerajaan Samarinda. Pekerja-pekerja cina juga sempat menubuhkan sebuah republik yang bernama Republik Lanfang di Kalimantan barat dan bertahan selama 107 tahun (1777-1884).

Penumpuan tamadun Borneo bagaimana pun tertumpu di bahagian selatan dan barat daya pulau dan ini difahami dengan baik oleh pihak belanda. Sebab itulah semasa menandatangani perjanjian persempadanan kekuasaan Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang merupakan asas sempadan moden Indonesia-Malaysia mereka dengan rela hati menyerahkan bahagian pulau yang sekarang dikenali sebagai Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darusalam kepada Inggeris. Kegiatan lanun bermaharaja lela di perairan kawasan ini selain hasil buminya paling kurang berpotensi untuk dijarah.

Di darat pula penuh dengan pengayau-pengayau tegar. Mereka ini mengamalkan 'ngayau' bukan semata-mata berani tetapi juga kerana desakan hidup masyarakat pada zaman itu. Contohnya setiap lelaki yang hendak melangsungkan perkahwinan haruslah mempersembahkan beberapa kepala manusia sebagai berian. Jadi, mengatakan bahawa kesultanan-kesultanan yang ada termasuk sultan Brunei dan Sulu pernah menjajah bahagian darat [pedalaman] Borneo sepenuhnya hatta semasa zaman kegemilangan mereka adalah satu pembohongan. Kesemua mereka hanya menumpukan penguasaan di kawasan pesisiran pantai, bukan di darat.

Apa yang membentuk raja dan kerajaan?


Lundayeh -pix vivaborneo.com

Terdapat lima senarai semak (checklist) asas yang menjadikan menjadikan sesebuah kawasan [dipanggil negeri atau negara] dianggap berkerajaan tersendiri dan pemimpinnya dianggap raja yang bertanggungjawab ke atas hidup mati rakyatnya.

Senarai semak yang berkenaan adalah seperti berikut:-

1. Terdapat penduduk yang tertakluk kepada penguasaan seseorang pemimpin.

2. Terdapat pemimpin yang berkuasa ke atas penduduk yang berkenaan. Di zaman dahulu, perkara ini dipanggil sebagai 'daulat'.

3. Pengiktirafan daripada pihak luar yang mengakui kekuasaan pemimpin serta kawasan yang dikuasainya. Pengiktirafan ini dipanggil sebagai kedaulatan. Tetapi ia tidak semestinya merupakan hubungan dan pengiktirafan setara. Contohnya, kerajaan Kelantan dan Kedah adalah diiktraf oleh kerajaan Siam, tetapi mereka harus membayar pengiktirafan ini dalam bentuk ufti tahunan. Jadi pengiktirafan yang dimaksudkan boleh datang dalam bentuk hubungan diplomatik atau pembayaran dan atau penerimaan ufti daripada pihak asing.

4. Sebarang peninggalan yang berbentuk fizikal yang boleh dilihat sehingga ke hari ini. Ini termasuklah seperti istana dan runtuhan bangunan-bangunan yang berkaitan, kubur-kubur dan peralatan kebesaran kerajaan berkenaan. Termasuk juga sebutan dan catatan mengenai kerajaan yang boleh disemak sama ada di kawasan berkenaan atau dari pihak luar.

5. Kelima, peninggalan keturunan, kebudayaan, bahasa dan sebagainya.

Dari senarai semak di atas, Asoe boleh melepasi perkara 1, 2 dan 5 dengan mudah. Bagaimanapun, jawapan kepada perkara 3 dan 4 hanya akan boleh anda baca diakhir posting ini.

Jika diteliti pada cerita Asoe sebelum ini, terdapat petunjuk yang membolehkan kita membuat anggaran bila ia berlaku. Ada pengelibatan Native Chief (NC) dalam kisah berkenaan. Oleh itu ia adalah pasti berlaku semasa tempoh pemerintahan Rajah Brooke di Sarawak dimana pemerintahannya bermula daripada tahun 1842.

Ini menjadikannya sangat manasabah untuk terjadi. Pada masa itu, kerajaan besar di Borneo yang paling hampir dengan Trusan iaitu kesultanan Brunei sudah hampir-hampir tidak lagi wujud dari peta dunia. Tiada lagi sebarang bentuk kerajaan yang berkesan kecuali ia masih mempunyai raja dan sebuah kampung. Kesultanan Brunei hanya wujud semula serta menjadi kukuh selepas 1905 dengan penemuan telaga minyak di kawasan jajahannya.

Kehancuran kerajaan Brunei bermaksud tiada lagi kerajaan yang boleh bertanggungjawab kepada rakyat walaupun ia terletak tidak terlalu jauh dari pusat pemerintahan Brunei (Jarak Trusan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah 76.1km). Pada zaman malap ini kesultanan hanya tinggal nama nama tanpa mahkamah, pasukan polis dan sistem pemerintahan yang berkesan. Setiap kelompok masyarakat termasuk lundayeh harus, malah berhak menjaga diri sendiri bagi kelangsungan hidup mereka. Sebab itu bagi penduduk Trusan yang majoritinya orang Lun Bawang, Asoe merupakan raja yang boleh disandarkan. Keadaan serupa berlaku di semenanjung Malaysia pada masa yang hampir sama. Dek kerana tiada kerajaan yang berkuasa di kawasan Negri Sembilan pekerja-pekerja lombong dari Sumatera telah menjemput Raja Melewar dari negeri asal untuk menjadi raja bagi komuniti mereka. Di Selangor pula, Raja Lumu seorang bugis telah naik takhta untuk memimpin komuniti bugis yang ada di sana sebelum berkembang tumbuh menjadi kesultanan Selangor sekarang ini.

Akan tetapi dianggarkan juga bahawa tempoh jurai pemerintahan keluarga baginda Asoe juga tidak melangkaui sehingga abad ke 20, kerana Brooke pada tahun 1851 menimbulkan kontroversi di England kerana terlalu menindas orang-orang pribumi Sarawak dan rasanya kawasan Trusan sendiri tidak terkecuali dari penjarahan dan petualangannya.

Apabila dicampur tolak 20 tahun sebelum dan selepasnya, dasar penindasan Brooke pada 1851 serta mengambilkira generasi keempat Asoe yang bertebaran di seluruh Malaysia sekarang, adalah dianggarkan bahawa kisah kelahiran Akim anak Asoe ini berlaku di antara tahun 1822- 1862, tidak lebih awal daripada itu.

Jadi berbalik kepada perkara 3. Kerajaan Lun Bawang ini sepatutnya diiktiraf oleh kerajaan Brunei kerana ia merupakan kerajaan yang paling hampir. Tidak kiralah dalam bentuk hubungan diplomatik, pembayaran ufti ataupun peperangan antara keduanya yang akan memberikannya asas kewujudan sebagai kerajaan. Tetapi ketika itu pengiktirafan berkenaan adalah tidak mungkin berlaku di antara Brunei dan Trusan. Ini kerana pada masa tersebut berlakunya lompang kuasa yang amat ketara (vacuum of power). Kesultanan Brunei yang hebat sendiri hampir-hampir lenyap dari muka bumi, apatah lagi hendak mengiktiraf orang lain.

Mengenai perkara 4, ia mungkin ada jika kajian yang mendalam dan bersungguh-sungguh dibuat. Setakat ini belum pernah ada usaha yang bersungguh-sungguh dibuat untuk membukukannya.

Raja Asoe memang wujud. Sampai sekarang cerita mengenainya masih sekali sekala diperkatakan orang-orang yang berkenaan baik dari kalangan orang Kadayan dan Lun Bawang di kawasan Sipitang dan Trusan terutamanya bagi yang berumur 40an ke atas. Cuma menjadi semakin kabur kerana hubungan mereka dengan peristiwa ini telah semakin renggang. Perkara yang berlaku di luar negara lebih dikenali berbanding dengan sejarah yang hampir dengan dunia mereka sendiri.

Bersambung. Akan datang: Asoe 3 ~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan


Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang
Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?
Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Friday, February 18, 2011

Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran?

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri.


Tidak iktiraf 'kesultanan Sulu'~PiX FreeMalaysiaToday

Mengenai perlantikan Datu Akjan sebagai 'Sultan Sulu' yang terbaru, akhirnya Musa membuat kenyataan bahawa Kerajaan negeri tidak iktiraf kesultanan Sulu. Macamlah kenyataan yang sangat mengejutkan. Tidak dapat dipastikan kenapa kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengiktirafan kesultanan sulu, sedangkan negara mereka sendiri iaitu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf mereka.

Hendak mengumumkan perkara yang sangat jelas inipun kerajaan berlengah berminggu-minggu. Ibarat hendak mencecah keting mahu mengharung sungai tengok riak di air dulu. Kalau pembangkang boleh mengocak permukaan air menjadi ombak gadang barulah ikut bergegas mencari dayung.

Akan tetapi dek kerana tidak tahu mendayung, kocak air menggunung
dayung remuk redam, harik mengilai-ngilai lalu perahu meliuk pincang.

Pembangkang buat laporan polis barulah BN tumpang sekaki buat laporan, lewat 4 jam pun tidak mengapa. Pembangkang bising sana sini dan rakyat sendiri gusar barulah dengan sumbang cuba mengatakan sesuatu.

Di mana dasar proaktif kerajaan menangani masalah rakyat? Ohh, maaf kerana tersilap tanya. Kalau sememangnya BN proaktif, Sabah tentunya tidak menjadi negeri yang termiskin hingga sekarang.

Teragak-agak? Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan persekutuan ini mempunyai kedaulatan yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB].

Apabila suruhanjaya Cabbold dihantar ke Sabah pada tahun 1962, tujuannya ialah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah untuk menyertai Malaysia, BUKAN untuk berunding dengan kerajaan Sulu. Hasil tinjauan berkenaan menunjukkan bahawa pendapat penduduk Sabah adalah jelas. Mereka mahu menyertai Malaysia. Tentunya ini langsung tidak berkenaan dengan perihal hendak menjadi rakyat kesultanan Sulu atau tidak.

Pendapat penduduk Sabah pada tahun 1962 ini perlu dihormati. Ia dilayan oleh kerajaan British sebagai suatu referendum dan menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Maksudnya itu adalah kehendak penduduk Sabah dan tiada lain daripada itu. Aspirasi ini sepatutnya sudah mampu melucutkan apa-apa tuntutan dan hubungan sejarah yang tinggal sebelumnya termasuklah perjanjian Bulan Bintang tahun 1878.

Apa lagi yang lebih besar daripada keputusan tinjauan bahawa penduduk Sabah hendak menentukan hidup mereka sendiri melalui Malaysia. Pula, mana batu bersurat dan tanda sempadan kerajaan Sulu di Sabah. Siapa wakil kerajaan Sulu [gabenor, wizurai, wazir] yang memimpin Sabah sebelum 1881, tiada. Apa rupa pentadbiran kerajaan Sulu Sabah, tidak wujud.

Kalau setakat mengaku Sabah kepunyaan mereka, siapa-siapa pun boleh. Sulu disatu pihak mengaku-ngaku saja sementara pedagang Eropah di pihak yang satu lagi merupakan penyamun tarbus yang tamak dengan igauan mencanak-canak hendak menjarah bumi Borneo Utara. Kemudian kedua-duanya menandatangani perjanjian ganjil, apa hal orang Sabah hendak dibawa-bawa.

Jangan biarkan rakyat Malaysia di Sabah menjadi gusar dalam rumah mereka sendiri. Sultan Sulukah apa sultan sekalipun jika nak sangat bertakhta, bertaktha saja dalam mimpi kamurang.

Dalam soal KEDAULATAN negara Musa Aman boleh senang-senang keluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf kesultanan Sulu.

Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri. Kerajaan pimpinan Najib nampaknya menggalakkan orang yang berkebolehan rencam (multipurpose, handyman). Semenjak Najib mengambilalih kuasa isterinya yang mengaku sebagai FLOM dibenar untuk memandai-mandai mengambilalih tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan mana-mana menteri yang dia suka.

Sekarang Musa Aman tidak mengiktiraf 'Sultan Sulu'. Kerja iktiraf-mengiktiraf ini merupakan kerja kerajaan persekutuan. Apahal pula ketua kerajaan negeri hendak mengiktiraf atau tidak sebuah negeri yang memang tidak wujud dan berada pula di luar negara.



Bacaan Tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun

2. Sultan Sabah ke 23!
3. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan
4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

Wednesday, February 9, 2011

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang

Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang bernama Asoe anak Rangit



Nota: Posting kali ini adalah lain daripada kebiasaan. Jika anda merasa ia membosankan, layan sajalah. Silalah bertandang semula nanti untuk posting yang lebih menarik dan berbentuk semasa.

Asyik-asyik Raja Sulu, bila nak habis.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai Raja Lun Bawang. Ini merupakan kisah lagenda keluarga yang diceritakan turun-temurun selama empat generasi oleh sebahagian masyarakat kadayan dan lun bawang di Sipitang (Sabah) dan Trusan (Sarawak). Ceritanya begini, kisah seorang raja pribumi di daerah Trusan, Sarawak.


Raja Asoe

"Pada suatu masa dahulu, bersemayam seorang raja Lun Bawang (disebut sebagai Aaja Muut di dalam bahasa Kadayan) bernama Asoe anak Rangit [Asoe]. Bagi orang-orangnya etnik Lun Bawang di kawasan Trusan, Sarawak yang luas itu [juga disebut secara umum sebagai Lun Dayeh di Sabah dan 'oang muut' oleh kadayan] baginda merupakan raja sebenar mereka.

Asoe merupakan raja yang disegani. Juga raja dalam segala aspek kehidupan yang sepatutnya bagi seorang pemimpin feudal pada zaman itu. Kuasa baginda termasuklah juga sebagai pemimpin bangsanya (chieftain), menjadi menentukan hukuman [sagit] (hakim), pelindung keselamatan terutama dari ancaman 'ngayau' yang berterusan dari kawasan sekitar (panglima) serta mengatur kemasylahatan komunitinya (pentadbir eksekutif).


Adalah difahamkan bahawa komuniti Lun Bawang ini tinggal berhampiran dan berhubungan baik dengan orang-orang kadayan, satu lagi etnik pribumi pulau Borneo yang telah menerima kedatangan agama Islam sezaman atau awal sedikit daripada rakyat Melaka. Hubungan dan demografi penempatan sedemikian berterusan sehingga ke hari ini.

Di masa lampau, lun bawang, kadayan bersama beberapa lagi etnik minoriti telah digelar oleh orang-orang brunei sebagai 'orang darat'. (Sila cari siri Aku Oang Daat siri 1 - 20 dalam entri kadayan universe untuk mengetahui kehidupan seharian mereka). Para pengkaji awal Eropah pula mengkategorikan mereka sebagai etnik Klemantan walaupun berbeza bahasa dan agama di antara satu dengan yang lain kerana sebab-sebab tertentu. Di antara sebabnya termasuklah kerana mereka merupakan etnik minoriti di Sarawak. Selain itu mereka tidak boleh dikelaskan dengan mana-mana etnik majoriti kerana perbezaan gaya hidup dan bahasa yang ketara.


Berbalik kepada Raja Asoe, suatu hari isteri baginda mengandung dan sampai masa untuk melahirkan cahaya mata. Sudah tentulah sang raja merasa gembira kerana bakal menimang zuriat yang akan menjadi penggantinya suatu masa kelak.

Kemudian ditakdirkan lahir seorang putera. Malang sekali, sampai masanya anak yang ditunggu-tunggu ini telah dilahirkan songsang. Bertepatan pula dengan segala kemunduran dunia perubatan pada masa itu, akibat fatal yang berlaku tentulah boleh dijangka. Ajaib kerana bayi itu hidup, tetapi permaisuri baginda meninggal dunia semasa melahirkan.

Konon mengikut adat mereka, kelahiran bayi sedemikian rupa tidak diterima kerana kelak mengundang nasib yang tidak baik. Lagi pula bila lahir saja dia telahpun 'membunuh' ibunya sendiri.

Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Membuang anak anjing pun sukar dilakukan, apatah lagi membuang anak sendiri. Sang permaisuri pula baru pergi meninggalkan baginda untuk selama-lamanya, ibarat jatuh ditimpa tangga.

Tetapi biar mati anak daripada mati adat. Lalu sang raja bermesyuarat dengan para pembesar baginda. Kesudahannya keputusan telah sepakat diambil dengan berat hati. Putera ini harus 'dibuang' jauh dari keluarga untuk mengelakkan badi yang akan berlaku.


Lalu keesokan paginya, sang putera yang baru lahir ini dengan persalinannya diletakkan di atas talam. Kemudian bayi kecil dengan tangisan hiba yang tidak tahu apa-apa ini dibawa turun ke halaman.

Diletakkan di kepala tangga bersama persalinannya, sebuah meriam kecil dan seorang hamba sahaya yang menjadi penjaga dan hanya dikenali oleh orang kadayan dengan nama 'Si Badil', mungkin bersempena dengan meriam kecil yang disertakan.
Tujuannya ialah, dia akan 'dibuang' secara diserahkan kepada sesiapa saja yang menjadi orang pertama melintas di kawasan istana raja dan terserempak dengan bayi berkenaan.

Hendak dijadikan cerita. Pada pagi kejadian itu berlangsung, orang yang mula-mula berjalan dan terserempak dengan bayi ini ialah seorang pemimpin masyarakat kadayan yang hanya dikenali sebagai Orang Kaya Kaya [OKK] Tok (datu, datuk, atok) Janggut. Beliau adalah Native Chief [NC] dari kawasan berhampiran. Pada masa lampau, NC [sekarang dipanggil Ketua Anak Negeri - KAN] merupakan jawatan pentadbir yang paling tinggi boleh dipegang oleh seseorang pribumi bagi kawasan pulau Borneo yang dijajah oleh British. Tidaklah dapat dipastikan sama ada beliau pada ketika itu sudah merupakan seorang NC atau hanya dilantik menjadi NC kemudiannya. Apa yang pasti ialah, Tok Janggut merupakan kawan baik Raja Asoe.

Sang raja yang menghadapi masalah, sudah tentulah beritanya sudah dicanang ke merata pelusuk rantau bumi Trusan. Dari sumber yang lain, diceritakan bahawa Raja Asoe sebenarnya telah terlebih dahulu memberitahu Tok Janggut tentang apa yang bakal berlaku kepada bayinya. Lagipun orang kadayan yang beragama Islam tidak terikat dengan adat yang sedemikian rupa.

Oleh itu kehadiran Tok Janggut sebagai orang pertama yang bertembung lalu memungut bayinya pada pagi berkenaan bukanlah suatu kebetulan, tetapi sebaliknya merupakan sesuatu yang telah dirancang rapi demi kebaikan semua pihak yang terlibat.
Akim, anak Asoe a.k.a Abdul Hakim

Dipendekkan cerita, putera ini membesar sebagai orang kadayan. Beragama Islam dan dikenali selama hayatnya dengan nama Akim (Abdul Hakim). Sampai jodohnya, dikahwinkan oleh ayah angkatnya Tok Janggut dengan wanita kadayan bernama Murah, anak kepada OKK Bongsu, juga seorang lagi NC di Sarawak ketika itu.

Tetapi bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah juga hubungan Akim dengan bapa kandungnya, Asoe. Beliau tidak pernah menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai seorang lun bawang. Ini jelas apabila kemudian Akim berpindah ke daerah Mangalong, Raja Asoe menitahkan beberapa orang rakyatnya berserta keluarga mereka untuk mengiringi dan membuka tanah untuk beliau di sana. Sumber cerita yang lain mengatakan seramai 40 keluarga, malah cukup dengan keluarga si anu si polan yang tidak akan disebut di sini kerana entah benar atau tidak tiada siapa lagi yang boleh memastikannya sampai bila-bila. Takut nanti salah sebut kena saman pula, tidakkah naya.


Diceritakan juga bahawa Akim pernah tinggal berkampung di beberapa tempat di Mangalong yang sekarang ini dikenali sebagai daerah Sipitang. Di antaranya ialah kawasan Marintaman, Banting dan Luagan. Merupakan seorang kadayan (sebenarnya seorang Lun Bawang!) yang berilmu dan mempunyai lagendanya yang tersendiri. Apabila disebut sebagai 'berilmu' mengikut definisi orang kadayan, ia bermaksud memiliki gabungan ilmu kesufian dan kebatinan yang saling berkait dengan begitu erat di antara satu dengan yang lain. Adunan ini amat popular di kalangan mereka sehingga ke akhir alaf yang lepas.

Mengikut cucunya yang bernama Tusop (beliau masih hidup sehingga ke hari ini - semasa artikel ini disiapkan), 'batu mainan' Akim yang beratnya bertan-tan masih boleh dilihat di sungai Marintaman, Sipitang. Adalah menjadi tabiat Akim untuk menimang batu berkenaan, selain dari diangkat untuk disorongkan sebagai titi kepada sesiapa yang kebetulan ingin menyeberang sungai semasa beliau mandi.
Bahar bin Akim


Salah seorang anak Akim bernama Bahar (Baha-uddin, Baharuddin), seorang jagoan Mengalong pada zamannya. Memiliki ilmu pendekar yang amat tinggi. Bahar disifatkan oleh seorang anaknya, Daud, sebagai seorang yang berjiwa bebas, panas baran dan tidak suka dikongkong. Mengikut Daud, bapanya pernah ditangkap oleh British dan dipenjarakan sebulan serta denda sebanyak $80 (dianggar berlaku pada sekitar lewat tahun 1920an) di Mempakul (sekarang Kuala Penyu) iaitu sebuah pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara British kerana suatu kesalahan yang dilakukannya di Sualai, Sarawak.

Gandingannya ialah sepupunya yang juga bernama Bahar [OT (Orang Tua / Ketua Kampung) Bahar bin Bangkul ~ Info daripada Sdr. Kadayan Mangalung, terima kasih]. Pasangan '2 Bahar' ini juga dikenali sebagai 'Bahar Muut-Bahar Kadayan'. Gelaran lain ialah 'Bahar Kaya-Bahar Miskin'. Bahar kaya ialah sepupunya, manakala Bahar miskin pula ialah Bahar bin Akim. Miskin kerana jiwanya yang bebas dan tidak endah untuk bercucuk tanam serta bekerja mengumpul harta seperti orang lain. Kegemarannya ialah bergelandangan ke sana ke mari tanpa tujuan tertentu untuk tempoh yang lama sebelum kembali ke Mangalong. Antara tempat yang pernah beliau menetap ialah di sekitar Lingkungan, Marintaman, Labuan, Mempakul, Marapok, Lawas, Miri dan sudah tentulah Trusan untuk bertemu sanak saudaranya.

Kedua-duanya memiliki upacara sendiri apabila bersua. Sebaik berjumpa masing-masing akan menghunus parang panjang lalu bertarung dengan ilmu yang dimiliki. Setelah terselamat selepas tujuh langkah pertarungan, konon barulah dianggap bersaudara semula.

Bahar kemudian mengambil keputusan menetap di kampong Pantai, Sipitang setelah didesak oleh sepupunya. Bahar kayalah yang menyuruh orang-orangnya memugar satu kawasan pamah di seberang halaman rumahnya untuk disediakan sebagai tapak rumah sepupunya. Kawasan ini masih didiami oleh anak-anak Bahar sehingga sekarang.

Akan tetapi walaupun telah menjadi orang kadayan; sama ada Akim, atau Bahar serta kemudian anak-anaknya tetap tidak putus hubungan dengan saudara-mara Lun Bawang. Kedua-dua mereka adalah disayangi (ditakuti?) oleh saudara-mara serta orang-orang sama ada daripada etnik kadayan dan lun bawang. Misalnya setiap kali apabila tiba musim padi, sawah kepunyaan Akim dan Bahar akan dibersihkan dan dipastikan sedia untuk ditanam. Apabila kenduri-kendara diadakan, mereka tetap dikunjungi oleh saudara-mara dari Trusan. Persaudaraan ini adalah terjalin dengan baik sehingga sekarang malah diperkukuhkan lagi dengan kahwin campur di antara beberapa keluarga yang berkenaan.

Cuma mengikut anak sulung Bahar, bapanya berpesan bahawa anak cucunya tidak lagi harus mengikuti adat pemberian berian dan menerima berian seumur hidup daripada saudara lun bawang. Entah apa sebabnya wasiat ini dikeluarkan tidaklah pula diketahui dengan pasti."


Inilah cerita yang menjadi buah mulut kami sejak kecil dulu.

Kisah ini merupakan cerita kegemaran dalam tradisi lisan keluarga. Ia adalah 'bed time story', cerita penggerak semangat, dan juga bahan kegemaran sesi bercerita selepas makan malam di zaman tanpa TV yang menjadi hiburan saban malam. Silih berganti dan berulang-ulang, dari mulut arwah ayah, pakcik-pakcik dan makcik-makcik sehingga ia merupakan cerita yang masih segar diingatan hingga ke hari ini.

Saya merasa bertanggungjawab untuk menulis cerita di atas bukan untuk apa-apa tujuan yang tersembunyi. Sebaliknya semata-mata untuk tatapan generasi akan datang supaya tidak melupakan asal-usul mereka. Jika tidak ia akan hilang begitu saja ditelan oleh arus zaman.

Ketepatan cerita lagenda ini tidak diketahui, kalau salah sila betulkan. Yang pasti keturunan Asoe pada hari ini telah pun bertebaran di seluruh pelusuk pulau Borneo.

Bersambung. Akan datang: Asoe 2 ~ Betulkah pernah ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?

Bacaan-bacaan dalam siri ini

Asoe 1 ~ Raja Lun Bawang
Asoe 2~ Betulkah Pernah Ada Raja Lun Bawang (Lun Dayeh)?
Asoe 3~ Aku Lundayeh, Juga Kadayan

Thursday, December 9, 2010

So Long, KadayanUniverse.Com - Part 1

Started from today 09 December 2010, I am no longer maintaining the following domain names:

kadayanuniverse.com (2005 - 2010)
kedayan.org (2005 - 2009)
arimi.ath.cx (2005 - 2009)
sabahlinux.hopto.org (2006 - 2009)
s
ufiway.ath.cx (2006 - 2009)





All the above domain names are toward to the end of their shelf life, some has been expired by now. Perhaps the last will be the kadayan universe domain name, as you can see on the above screenshot.

For most of you that never come to know about, kadayanuniverse.com is a successor of Kedayan Online (KoL) (2000 - 2002). This is the way I see it when I came up with the idea of setting up a complete a Borneo ethnic-based portal five years ago. It was meant to replace a free web site hosted on now defunct geocities.com. It was on pre-blogging era, and updating a pure html website on regular process wasn't as easy as it is now.

But regardless of being hosted as www.geocities.com/kenshiroe or as kadayanuniverse.com, I spent tremendous amount of time in maintaining them, especially kadayanuniverse.com. This site is special and always stay above the rest. Its online existence reached the peak sometime in 2008 when, at that time, it attracts daily traffic at 10,000 hits more or less.

Some articles were quoted in various websites, including malaysia-today.net. A certain site was also picking up every update available on kadayan universe via rss aggregator.

But after 5 years, I think it is best to just let go. I mean all of them, except this blog, kadayanuniverse.blogspot.com which is also accessible via arimi.co.cc .

Nevertheless, almost all of kadayanuniverse.com archives can still be found at kadayanuniverse.blogspot.com but regretfully there will be no more update from there on.

I believe that no efforts were wasted in service. Over to you, people, from now on.

Thank you for being with us for more than 5 years.

So long kadayan universe!

Arimi Sidek

Benevolent Dictator for Life (BDFL)
of
Kadayan Universe dot Com (2005 - 2010)


Wednesday, November 24, 2010

Sebuah Negeri Termiskin dengan 22 Orang Sultan

Tajuk di atas ada iras-iras cerita "Alibaba dengan 40 orang penyamun", tetapi ceritanya adalah berlainan. Apa pun, jika Rodinood Julaspi merupakan Sultan Sulu & North Borneo, maka saya pun ingin menceritakan rahsia yang sudah lama terpendam ini.

kemaskini terakhir: 13 Mac 2013

"Sebenarnya beta merupakan Sultan Arimi dari Kerajaan Antartika dan Kutub Utara. Keturunan beta merupakan raja agung yang memerintah empayar benua Antartika selama 10 abad sebelum ia hanyut ke kutub selatan dari kutub utara.

Sultan Arimi
Sultan Negara Antartik Dar-El Salj.

Satu-satunya bukti yang beta ada ialah lakaran fotostet peta dari muzium Tokapi di Turki, peninggalan Piri [laksamana] Reis yang dihukum bunuh pada tahun 1570 dulu".

Ramainya Sultan!

22 orang sultan dan malangnya tiada satupun kerajaan di dunia yang bernama "Kesultanan Sulu dan North Borneo". Tolong cari di peta dunia dan sila semak senarai keahlian negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tiada. Tiada kerajaan Sulu di dunia. Apalagi yang namanya Kerajaan Sulu dan North Borneo.

Tiada kerajaan bermaksud tiada kedaulatan (sovereignty).

Tiada kedaulatan bermaksud tidak boleh membuat tuntutan kedaulatan (sovereignty claim) ke atas mana-mana wilayah walaupun sebesar habuk di dalam dunia ini. Termasuklah juga lautan Atlantik, lautan Pasifik, gurun Kalahari, gurun Taklamakan, gurun Sahara dan wilayah yang manusia lain tak hingin serta wilayah yang jin ifrit pun tak selesa hendak tinggal.

Apa lagi Sabah. Tidak layak.

Jika anda terus juga menuntut walaupun telah mengetahui diri sendiri tidak layak berbuat demikian, maka satu-satunya orang yang mengiktiraf dan melayan tuntutan berkenaan adalah diri anda sendiri. "Negara" ciptaan anda hanya akan menjadi salah satu dari beribu-ribu micronation di dunia ini. Sesiapa pun boleh mencipta micronation mereka sendiri sebagai suatu fantasi. Tetapi ia akan hanya diiktiraf oleh diri si pencipta selain dari dibuai oleh angan-angan yang tiada kesudahan. Orang lain tidak tahu menahu pun.

Ramai sungguh Sultan.

Kalau ikut tradisi di Malaysia, setiap tahun akan dibuat perayaan bagi menyambut harijadi raja-raja. Urusan di sini senang kerana hanya orang raja bagi setiap negeri. Tetapi bagi "Kesultanan Sulu dan North Borneo" ada dua puluh dua orang sultan tersenarai sebagai ketua kerajaan:

1. Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram - anak kepada Muhammad Esmail E. Kiram.




2. Sultan Mudarasulail Kiram @Datu Paijal
 
Rakyat Malaysia
Merupakan rakyat Malaysia yang menetap di Melaka / Johor dan membesar di kawasan penempatan pelarian Kinarut. Dilihat begitu obses dengan 'kesultanan Sulu' siap dengan membuat balairong segala di kediamannya sendiri di semenanjung Malaysia.


3. Sultan Jamalul Kiram III . Sebelum ini dikenali sebagai "
Sultan Jamalul Dalus Kiram"~ anak kepada Datu Pujungan. Tidak perasan bagaimana nama baginda ini bertukar. Pernah belajar undang-undang, dan menjadi calon senator dalam pilihanraya umum Filipina pada 2007, tapi tewas. 


Sekarang menjadi sultan sulu yang paling popular kerana segerombolan 100++  militia miliknya menceroboh wilayah Malaysia di Lahad Datu. Amat menghairankan bagaimana baginda tiba-tiba mempunyai pasukan "Angkatan Tentera Diraja" kerana di dalam masa yang sama dia mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan paling miskin di dunia. Maksudnya, dengan pengakuan begitu dia tentu lebih miskin dari Sultan #21 iaitu Sultan Butch Kiram.

4. Sultan Bantilan Esmail Kiram II. Dulu baginda dikenali sebagai SultanEsmail Dalus Kiram., tidak dipastikan bagaimana baginda sekarang memakai nama Bantilan. Merupakan adik beradik Sultan Jamalul Kiram III. Pernah menjadi calon pilihanraya ahli lembaga daerah pada 1992, juga tewas. Beberapa tahun lepas beliau pernah membuat sidang akhbar di sebuah restoran di bandar Lahad Datu menegaskan tentang kesultanannya.

Sultan Bantilan Esmail Kiram II


5. Sultan Aghbimuddin Dalus Kiram. Dia dikenali juga sebagai Azziemuddie di Filipina dan kini memakai gelaran 'Raja Mudah'. Adik beradik Sultan Jamalul Dalus Kiram. Ketiga-tiga mereka menaiki takhta menjadi sultan ikut suka masing-masing. Sekarang (2013) masih berada di Malaysia kerana menguruskan tuntutan ke atas Sabah bersama 100 orang tentera.

6. Sultan Rodinood Julaspi Kiram. Sultan yang paling aktif di facebook. Beliau mendakwa pernah bekerja di Yayasan Sabah, merupakan pemegang pasport Filipina. Sultan Fuad (Sultan #1) mendakwa bahawa Rodinood adalah cucu kepada Hadjirul gembala kuda di kandang kuda diraja.

Sultan Rodinood

Saya telah mengingatkan melalui laman facebook jika pakai kain samping, lurutkan sedikit ke bawah. Baginda murka lalu me"remove" saya dari "friend" facebook baginda. Tetapi nampaknya satu akaun facebook utama baginda sedang "gering" sekarang.







7. Sultan Kudar Julaspi Kiram. Adik beradik Sultan Rodinood yang didakwa oleh Sultan Esmail (Sultan #4) telah menipu seorang pesara sebanyak USD50,000 di Australia.

8. Sultan Sharif Ibrahim Pulalun. Ketua (Sharif) Sultan Sulu. Mengikut Sultan Fuad (Sultan #1), dia bekerja sebagai penjaja di pasar dan hampir-hampir buta huruf. Bersekongkol dengan seorang rakyat Amerika bernama Stan C. Brandenburg untuk menuntut harta Sultan Sulu di luar negara.

Sultan Sharif Ibrahim Pulalun
 9. Sultan Dignim Pulalun. Anak kepada Sultan Ibrahim Pulalun, masing-masing menjadi sultan.

10. Sultan Agung Dr. Ibrahim Bahjin. Konon beliau merupakan keturunan Sultan Shakir ul lah (1816 - 1823), mendakwa dirinya sebagai Sultan Agung Sulu (Paramount Sultan of Sulu).

Sultan Dr. Ibrahim Shakirullah II
Juga disokong sebanyak dua kali oleh Stan C. Brandenburg setelah kerjasamanya dengan Sultan Ibrahim Pulalun dalam cubaan menuntut harta sultan di bank-bank Amerika termasuk di Well Fargo bank yang kononnya berjumlah US47.5 billion menemui kegagalan.

11. Sultan Aliuddin Haddis Pabila @ Adinda. Keturunan tidak dapat dipastikan.

12. Sultan Aydal Aliuddin. Konon pernah ditangkap dan dipenjarakan di Brunei kerana menyamar sebagai sultan Sulu.

13. Sultan Muhd. Yahcub Alimuddin V. Keturunan tidak dapat dipastikan, tetapi beliau merupakan rakyat Indonesia.

14. Sultan Haji Muhd. Al Sagov Van Eldik - Rakyat Belanda. Merupakan adik beradik angkat Rodinood dan Kudar Julaspi.

15. Sultan Akijal Attih. Sarjan Polis. Keturunan tidak dapat dipastikan. Yang penting dia pun sultan jugalah.

16. Sultan Demetria Omar Kiram. Sebuah hotel di Zamboanga sedang mencari beliau kerana gagal menjelaskan sewa hotel.

17. Sultan Muedzul-lail T. Kiram. Pendekan 'T' adalah merujuk kepada Tan, berdarah bangsawan Sulu. Juga pernah bersekongkol dengan Stan C. Brandenburg. Adik beradik kepada kepada sultan #2.


18. Sultan Juan T. Dela Cruz. Kononnya dicari ramai orang kerana menipu.

19. Sultan Alfonso Sagun Bautista @ Alawi Mohammad Karim @ Alawi Jurkarnain Azam Kiram.

20. Sultan Abdullah Azam Atalad. Pernah berusaha mendapatkan pengiktirafan dari Kongress Amerika Syarikat walaupun tidak dilayan.

21. Sultan Muidzul Lail @ Butch Kiram.Anak saudara kepada Esmail Kiram.





22. Sultan Mohammad Aidal M. Ali-Uddin. Ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi pada 5 Mei 2000 di Bongao, Tawi-Tawi Filipina. Entah kenapa dia kemudian berkembang menjadi Sultan Sulu, kabarnya ditangkap dan ditahan di pusat pelarian di Sabah.

Sultan MohammadAidal M.Ali-Uddin
Maksudnya, dua puluh dua perayaan harijadi yang perlu disambut setiap tahun oleh rakyat Sulu dan North Borneo. Secara purata untuk sepuluh bulan kami akan merayakan dua harijadi sebulan, manakala untuk dua bulan yang selebihnya satu majlis harijadi setiap bulan. Jika dicongak-congak, besar juga belanja kerajaan untuk menguruskan perayaan rasmi harijadi tahunan. Ini belum lagi termasuk perbelanjaan rasmi untuk dua puluh dua orang sultan ...

Banyaknya wang Sultan Sulu di seberang laut!

Kononnya harta Sultan Sulu dianggarkan berjumlah USD45 billion di Amerika Syarikat.

Banyaknya.

US45 billion.

Jadi janganlah tuanku tuanku semua menjadi kelam kabut. Bak kata orang one step at a time, please. Mengikut harga tukaran semasa, kalau ditukar US45 billion itu kepada matawang peso jumlahnya lebih kurang akan menjadi P1,988,550,000,000.00 (1.9 trilion peso). Mak ooii... wang bertimbun-timbun. Get yourself organized first and then, tuntutlah wang berkenaan. Apabila telah berjaya kelak, tubuhkanlah kelab ekslusif sultan-sultan sulu supaya semua 22 orang tuanku-tuanku boleh bersemayam ikut suka, pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Ini merupakan kenyataan terbuka saya kepada semua baginda sultan,

Janganlah menuntut negeri termiskin di Malaysia

Tuanku semua harus mempunyai senarai keutamaan di dalam mengurus negara. Tuntutan ke atas 2 trilion peso itu jauh lebih penting dari wang bayaran cession tahunan RM5,300 (P74,335.25). Tuanku tuanku harus menunggu sebanyak 26,751,104 kali pembayaran, yakni 27 juta tahun barulah jumlah wang cession yang diterima sama jumlah dengan harta sultan sulu yang sedia ada di seberang laut.

Buat apa lagi hendak menuntut Sabah. Bayaran cession tahunan pun cuma RM5,300 sahaja. Jika dibahagikan 22 orang sultan seorang cuma dapat RM240.90. Lebih kurang RM20 sebulan manalah tuanku tuanku cukup belanja.

Selain itu untuk pengetahuan semua tuanku, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia akibat dijarah oleh Barisan Nasional.

Andailah tuanku semua telah berjaya mendapat wang sebanyak 2 trilion peso itu dan kemudian berjaya pula menuntut Sabah, ini umpamanya samalah seperti mendukung biawak hidup. Alamatlah semua wang tuanku-tuanku akan habis begitu saja kerana dibelanjakan untuk membangunkan negeri termiskin ini.


Bacaan tambahan yang disarankan

1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Kesultanan Sulu ~ Berapa Lama Hendak Meneran
3. Sultan Sabah ke 23!

4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

-----------------------------------------------
 

Sekiranya anda berminat, ini merupakan sumber bacaan & video lanjutan dari pautan luar:
a) Mereka yang tidak akan berhenti menuntut
b) Senarai Sultan-Sultan Sulu Semasa
c) Rodinood dituduh menipu
d) Sulu Datus Reject the candidacy of Sultan Kiram III
e) Jamalul, Esmail & Aghbimuddin Comedy
f) Istana Merah Sultan Sulu
g) Siapa Waris Sebenar Sultan Sulu?
h) Kenakan ISA untuk penyamar Sultan Sulu
i) Pertabalan Sultan Esmail
j) Sultan Butch Kiram & Istananya

Thursday, June 4, 2009

Terang Bulan, Mamula Moon & Negaraku

Written by arimi sidek

Adalah diberitakan bahawa Pierre-Jean de Béranger (1780 – 1857), seorang komposer dan penyair Perancis merupakan pencipta asal melodi lagu “Negara Ku”, Lagu Kebangsaan Malaysia.



De Beranger

De Béranger hidup dan berkarya di zaman Napoleon Bonaparte (1769 – 1821).

Irama titipan De Béranger tersebar ke Kepulauan Seychelles

Sebagai salah sebuah kuasa imperialis utama pada zaman itu, Perancis mempunyai jajahan yang luas, termasuklah kepulauan Seychelles yang terletak di Lautan Hindi.

Sang penjajah bermaharaja lela bersama unsur-unsur budaya mereka termasuklah muzik. Bertolak dari inilah kemudiannya irama (melodi) santai berjudul “La Rosalie” ciptaan De Béranger menjadi popular di kepulauan Seychelles terutamanya di pulau Mahe.

Pulau ini penting kerana ia merupakan tempat buangan politik bagi sejumlah orang-orang Nusantara yang tidak menepati citarasa penjajah Inggeris, Belanda dan Perancis pada masa itu.

Indonesia dan Malaysia kemudian diberi nama, pada masa itu kawasan-kawasan ini semuanya dikuasai sama ada oleh Belanda dan Inggeris.

Bagaimana irama “La Rosalie” bertandang ke Nusantara?

Ia merupakan irama yang popular di Seychelles. Ini kerana ia merupakan satu daripada lagu pencaragam askar-askar semasa berkawat. Daya tarikan iramanya diminati ramai termasuklah di kalangan para tahanan politik yang ada di sana.

Apabila dibebaskan, mereka membawa serta mempopularkan irama ini ke tanahair mereka.

Paling awal direkodkan ia telah digemari oleh kerajaan Perak sehingga dijadikan sebagai lagu kebangsaan negeri seawal 1901. Ceritanya kerana raja Perak iaitu Sultan Abdullah Muhammad Shah (memerintah dari 1874 – 1877 dan lebih dikenali sebagai Raja Abdullah) telah dibuang negeri ke Seychelles kerana peranan baginda di dalam peristiwa pembunuhan Residen British yang pertama, J.W.W. Birch.

Dipercayai irama ini “dijumpai” oleh Raja Chulan, seorang kerabat diraja ketika menziarahi baginda di sana.

Namun memandangkan irama “La Rosalie” popular dimana-mana pada masa itu, ianya bukanlah hak ekslusif Negeri Perak. Bekas-bekas tahanan dari Indonesia juga telah mempopularkannya di tempat mereka dengan alat-alat muzik keroncong yang agak berpengaruh dan disenangi oleh masyarakat se nusantara.

“La Rosalie” menjadi “Terang Bulan”

Irama ini terus hidup subur di Nusantara sehingga abad ke 20.

Di sekitar tahun 1920an, kumpulan bangsawan Indonesia dengan muzik keroncong telah mempopularkannya ini di Singapura sebagai lagu lengkap dengan senikata yang tersendiri. Judulnya ialah “Terang Bulan (Terang Boelan)” dan senikata penuhnya ada dipaparkan dibawah ini.

Terang bulan

Terang bulan di kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang
Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama


"Terang Bulan", 1947 - 1960an Rudy Van Dalm (Duet)

Tips untuk mendengar dengan berkesan: Biarkan audio dipasang tersekat-sekat sehingga habis. Kemudian tekan PLAY semula untuk mendengar dengan lancar. Anda juga boleh scroll ke bawah artikel ini untuk mendownload semua lagu yang dipapar dalam artikel ini.

Ketika itu kumpulan-kumpulan hiburan massa dalam bentuk opera bergerak yang dikenali sebagai “kumpulan bangsawan /begawan indonesia / jenaka Istambul” tumbuh di mana-mana dan merupakan perniagaan hiburan (showbiz) sezaman yang menguntungkan.

Kesimpulannya di dalam tempoh 1920an – 30an malah sehingga awal tahun 1960an, lagu “Terang Bulan” merupakan lagu yang popular di Singapura. Bagi ramai orang ianya adalah merupakan lagu klasik tempatan dan bukan irama yang berasal dari luar.

Sehingga kini “Terang Bulan” dianggap sebagai lagu klasik rakyat Indonesia setaraf dengan lagu “Selendang mayang”, “Nina Bobo”, “Burung kakak Tua”, "Suriram", “Nona Manis” dan “Ajun-Ajun", sekadar menyebutkan beberapa contoh.

“Terang Bulan” dan “Mamula Moon”, siapa tiru siapa?

Irama “La Rosalie” telah bertapak Tanah Melayu sejak abad ke 19. Di Singapura pula, lagu “Terang Bulan” telah diberi nafas keroncong melalui kedatangan kumpulan bangsawan ke sana dan dinyanyikan silih berganti oleh penyanyi penyanyi tempatan.

"Mamula Moon", Felix Mendelssohn - 1947

Sila bandingkan dengan dendangan Rudy Van Dalm

"Terang Bulan" lyrics both in Indonesian & Dutch

Berkenaan dengan lagu “Mamula Moon”, setakat ini tiada catatan jelas dari mana ianya bermula kerana kekurangan usaha untuk menjejaki asal usulnya. Apa yang diketahui ia dinyanyikan oleh Felix Mendelssohn dengan kugirannya bernama “Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders” pada tahun 1947. Tajuk albumnya pula ialah “Paradise Isle”.

Namun tidak syak lagi, iramanya adalah merupakan irama “La Rosalie”. Malah tajuknya juga menerangkan mengenai bulan. Tetapi perlu juga difahami bahawa dalam tahun 1920an – 1950an (malah sehingga kini), Singapura adalah kosmopolitan dan metropolitan tercanggih di Asia Tenggara. Ia merupakan entrepot perdagangan, kebudayaan dan kehidupan termoden, malah lebih moden dari Hawaii sekalipun.

Kononnya gabungan genre musik keroncong dan “hawaiian music” membentuk genre “Indo-rock” Belanda yang lebih moden dan popular sekitar 1940an - 1960an. Jadi tidak mustahil "Mamula Moon" ditiru dari genre muzik "Indo-Rock" Belanda dan / atau ditiru terus dari Singapura yang merupakan pusat kebudayaan serantau pada masa itu.

Pengaruh lagu “Terang Bulan” terus bertahan dan berterusan sehingga ke tahun 1960an malah sempat diberikan nafas genre “Pop Yeh Yeh” (1963).

Lagu "Terang Bulan" di dalam pop yeh yeh

Rudy Van Dalm, 1963

Di Indonesia, lagu klasik ini terus dinyanyikan ke hari ini. Sebagai contoh, ia dinyanyikan juga oleh penyanyi kontemporari Indonesia (Aneke Gronloh, Endang Setyawati). Tetapi di Malaysia, nyanyian lagu ini di dalam bentuk popular oleh mana-mana penyanyi berkubur sejak 1963. Besar kemungkinan ianya berkaitan dengan polisi kerajaan sebagai menjaga statusnya sebagai lagu kebangsaan negara.

"La Rosalie" menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak

Irama "La Rosalie" diangkat menjadi lagu kebesaran negeri secara kebetulan semasa sultan Perak, Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (1887 – 1916) menghadiri pertabalan King Edward VII pada tahun 1901.

Istiadat Inggeris memerlukan lagu kebesaran negeri dimainkan ketika keberangkatan turun mana-mana ketua Negara. Malangnya ketika itu negeri Perak tidak mempunyai lagu rasmi negerinya. Sebagai menutup malu, pembantu sultan mengatakan bahawa nota lagu tertinggal di Istana dan secara bidan terjun menyiulkan irama "La Rosalie" kepada pemimpin pancaragam konon merupakan lagu rasmi negeri.

Idea beliau digunapakai, dan kemudian irama ini benar benar menjadi lagu kebesaran negeri Perak berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.

"La Rosalie" Menjadi Lagu Negaraku

Pada tahun 1963, di peringkat awal pembentukan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman mengambil bahagian yang aktif di dalam usaha mendapatkan lagu kebangsaan negara. Untuk tujuan itu, kerajaan telah menganjurkan pertandingan mencipta lagu kebangsaan dengan penyertaan terbuka dari seluruh dunia.

Malangnya tiada yang berjaya menambat hari jawatankuasa yang diterajui oleh Tunku. Sebagai usaha terakhir, mereka merujuk kepada lagu kebesaran negeri Perak untuk dijadikan lagu kebangsaan kerana ia dianggap sebagai lagu kebesaran yang tertua bagi semua negeri di dalam persekutuan Tanah Melayu.

Pada masa itu, lagu “Terang Bulan” oleh Rudy Van Dalm (penyanyi Indonesia) juga popular di bandaraya Singapura, pusat pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Tidak mustahil juga lagu inggeris “Mamula Moon” juga merupakan lagu yang Tunku minati berdasarkan tarikh piring hitam berkenaan dikeluarkan.

Setelah mereka beralih pandang kepada lagu kebesaran Perak yang berjudul "Allah lanjutkan Usia Sultan", liriknya telah diubah menjadi seperti apa yang kita hafal sekarang ini.

Negaraku

Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahkta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertahkta



Rujukan dan bacaan lanjutan yang disarankan
1. Malaysian Monarchy
2. Sabri Zain
3. Allah Lanjutkan Usia Sultan
4. Pierre_Jean_de_Beranger
5. Blimbin_Hilversum

Download koleksi lagu-lagu Terang Bulan & Mamula Moon di sini. PERHATIAN:Lagu-lagu berkenaan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pengarang dan laman web arimi.ath.cx selain dari paparan hyperlink. Kesemuanya juga mungkin tertakluk di bawah mana-mana akta hakcipta yang berkuat kuasa di negara anda. Oleh itu segala implikasi berbangkit dari tindakan memuat turun lagu-lagu ini adalah di atas tanggungan anda sendiri - Pengarang
Comments

urfrenz |2009-06-04
Eh... rimi, best lah keroncong duet ni... mana ko dapat ekk ?

amde Sidik - Terang Bulan |2009-06-04
Pengelaman saya tenatng terang bulan, lebih kurang tahun 1977-78. Saya berpindah ke London daripada Aberdeen, Scotland untuk meneruskan pengajian saya. Jadi banyak masa untuk menunggu pengal baru
bermula (UK called term not semester in those days) Saya pun mengambil tution belajar memandu kereta, samalah seperti di Malaysia.Cuma ada stringent sedikit contohnya, tidak boleh pandu dijalan raya
sebelum lulus mengenal symbol2 jalan raya. Dan tutor saya pula yang sudah berumur ketika itu mungkin lebih lima puluh tahun dengan janggut yang panjang. Bila dia kenali saya dari Malaysia, dia pun
temberang dan naik syok, pertama-tama untuk menyakinkan saya yang dia pernah berada di Malaya sebagai askar British dia akan nyanyikan lagu terang bulan setiap sebelum memandu maupun sesudah
tution.Deang suara yang meradu walau perkataan Melayu memang Inggeris.Bila saya tanya lagu Melayu ini siapa cipta dia kata dia kurang pasti tapi lagu ini bukan saja orang Melayu tau bangsa lain pun ada.

Amde
amde Sidik |2009-06-04
ya yang saya tulis pun potong...

Anonymous |2009-06-04
heh! cerita yang saya tulis ini ada panjang sedikit tapi yang keluar dikolumn ini macam kena potong... nanti cerita lagi.

arimi - sori... |2009-06-04
anon,
sorry, saya belum tahu lagi bagaimana nak memanjangkan teks komen ni... patut boleh dipanjangkan. tq

arimi |2009-06-04
oh ya, mungkin boleh email dgn saya, saya akan siarkan ...

ibrahim - good piece! |2009-06-05
artikel yang bagus. Bung karno juga pernah menggunakan lagu terang bulan dalam usahanya mngganyang Malaysia pada tahun 1960an...

sekurang2nya anak2 muda boleh memahami sejarah lagu negaraku.

arimi - ok, dah jumpa |2009-06-05
dah jumpa masalah kenapa komen terpotong, sekarang dah tak kena potong lagi. tq kerana sudi bertandang -

malon bodoh - Malon Bodon |2009-08-29
Bodoh...itu satu kata yang tepat untuk malingsia...malon