Tuesday, September 3, 2013

Harga Petrol Naik Lagi

Hari ini bagi rakyat Malaysia ceritanya tiada lain, semuanya pasal kenaikan harga minyak petrol. 

Makcik yang ke pasar membebel kerana kenaikan harga bahanapi. Di pejabat, di kedai kopi, di masjid, di mana mana saja. Apa lagi di laman sosial, penuh dengan komen dan luahan rakyat yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan untuk menaikkan harga RON95, RON97 dan diesel.


Kenaikan ini bukan sedikit, tetapi lebih daripada 10% harga semasa.

Walaupun kerajaan telah memberi amaran supaya para peniaga tidak menaikkan harga, kesan tumpahan (spill over effect) yang berantai ke atas harga barangan pengguna akan pasti dialami sedikit masa lagi. Harga barang pasti akan meningkat.


No comments:

Post a Comment