Monday, January 15, 2007

Selamat Menyambut Tahun 2007

Written by Arimi Sidek


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
Selamat Tahun Baru 2007

Belum terlambat untuk kadayanuniverse mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha dan selamat menyambut tahun baru 2007 kepada semua. Agak lama juga, lebih kurang empat bulan kadayanuniverse tidak dikemas kini, sejak kemaskini terakhir pada bulan September 2006.

"Mangkali samuha tukang tulis kadayan kapayahan di hujung tahun”

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Keadaan yang boleh diterima dan diambil maklum; di bulan-bulan pengakhiran setiap tahun biasanya banyak perkara yang perlu dibereskan. Ini terutamanya persiapan perayaan demi perayaan, musim cuti sekolah yang biasanya digunakan untuk bercuti bersama keluarga, merancang perbelanjaan untuk bersekolah dan seribu satu macam lagi pergerakan dan perbuatan yang harus dilakukan oleh anak-anak kadayan di seluruh dunia [kebanyakannya tinggal manatap di Borneolah].

Bagaimana agaknya perkembangan kadayan dan dunia sepanjang 2006?

kadayanuniverse.com mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Hj Maidan bin Hj Jais, bekas wakil rakyat [USNO] Sipitang.

Beliau merupakan adik kepada Allahyarham Hj Rashid Hj Jais, bekas wakil rakyat [ADUN USNO] yang terawal di daerah Sipitang, dan lebih dikenali berbanding dengan Hj Maidan.

Menurut orang-orang yang mengenali beliau, Hj Maidan seorang yang peramah, ”humble” dan tidak tamakkan kuasa.

Marilah kita menghadiahkan fatihah dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau, Amin.


Persatuan Kedayan Sabah nampaknya menarik perhatian masyarakat kerana mengadakan mesyuarat tahunan di balairaya kampung Ulu Sipitang, tempat terpencil dan pada amnya dianggap ganjil sebagai tempat bagi mengadakan persidangan peringkat kebangsaan. Ramai juga ahli-ahli persatuan merungut kerana tidak dimaklumkan mengenai persidangan berkenaan. Apa pun, kita harap pemimpin persatuan tidak menikuskan diri dan menjadikan komuniti kerdil kadayan semakin terkucil, melambangkan minda orang-orang terpinggir.

Diperingkat kebangsaan pula, negara dikejutkan dengan kejadian banjir di kawasan pantai timur semenanjung, khususnya Kelantan dan Johor.

Banjir yang melanda dilaporkan begitu teruk, bencana yang mencuri pandangan diakhir tahun 2006. Kita berbangga dan terharu melihat reaksi masyarakat samaada di pihak kerajaan dan bukan kerajaan berganding bahu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat yang ditimpa musibah.

Kadayanuniverse.com berharap keperihatinan yang sama dapat ditonjolkan di Sabah dan di Sarawak apabila berlaku musibah.

Di Sabah contohnya, banjir samaada kecil atau besar adalah perkara lumrah terutamanya di kawasan Kinabatangan, Lembah Padas [ Beaufort dan sekitarnya] malah di Sipitang.

Saddam Hussin dihukum Gantung!

Perkara ini mengejutkan kerana dua perkara. Pertama ”upacara” penggantungan beliau dipertontonkan ke seluruh dunia. Kedua hukuman gantung beliau ”diselaraskan” dengan ketibaan hari raya aidil adha yang juga dikenali sebagai hari raya korban.

Kadayanuniverse.com tidak menyokong keganasan yang telah beliau lakukan semasa memerintah Iraq.

Tetapi jika kekejaman semasa memerintah menjadi alasan untuk menggantung beliau, ramai juga pemimpin dunia yang lain, sama ada telah dan sedang memerintah, termasuklah George Bush Jr., yang sedang memerintah Amerika syarikat layak untuk digantung.

Bagi masyarakat Islam pula, selepas peristiwa Nabi Ibrahim AS diperintah untuk menyembelih anak baginda Nabi Ismail AS, hari raya korban digunakan untuk menyembelih binatang ternakan, bukan manusia.

Mudah-mudahan tahun 2007 yang mendatang ini menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih aman, rasional dan selamat untuk didiami. Sekali lagi........


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Selamat Tahun Baru 2007


Arimi Sidek.

Tuesday, January 2, 2007

www.kedayan.org [Kadayan Universe Forum]

Kadayan Universe Community Hall: Kedai Kopi General Discussion

TOPIC: www.kedayan.org

arimi (Visitor)


www.kedayan.org 3 Years, 2 Months ago
wikiapakian berpindah ke laman sendiri bermula hari ini. Perpindahan ini sudah lama dirancang, tetapi baru dapat dilaksanakan. Laman web wikiapakian yang baru baru boleh saudara saudari lawati di kedayan.org. Perhatikan perbezaan ejaan kAdayan dan kEdayan (kEdayan.org) adalah disengajakan, kerana kedua-dua ejaan berkenaan adalah digunapakai di seluruh dunia (he..he..) bagi merujuk nama kedayan. kami tidak mahu mengelirukan saudara-saudari jadi, kedua-duanya kami gunapakai terutamanya untuk kegunaan penyenaraian di enjin carian.

Silalah menyumbang apa-apa yang patut

Monday, January 1, 2007

Arimi Sidek Online Blog Contact Form



Your Name
Your Email Address
Subject
Message
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]




Powered by Emailmeform

Thank You

Thank you for your interest in Arimi Sidek Online Blog.

I will reply to your enquiriy as soon as possible.

Arimi Sidek