Tarian Alai Bubu Negara Brunei Darusalam

Wednesday, February 10, 2010
Author kaawai Category

Written by Ali Sofie

Kalau dahulu setiap kali diadakan sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan mesti ada orang kedayan keluar dengan tarian ALAI BUBU mereka. Namun sekarang nampaknya sudah tiada. Mungkin kerana ada pendapat di kalangan orang-orang arif agama yang menegah tarian berkenaan kerana terdapat unsur-unsur pemujaan dan perkara-perkara bidaah.

Saya difahamkan tarian Alai Bubu ini masih ada di kalangan masyarakat Kedayan Malaysia, tetapi itupun tidak begitu meluas lagi. Tarian ini bolehlah dikatakan unik kepada masyarakat Kedayan.

Tarian Alai Bubu Kedayan...
Jika diteliti, tarian dan upacaranya tidaklah begitu berbeza dengan tarian-tarian spara mistik yang ada di Malaysia seperti tarian Kuda Kepang, Dabus dan sebagainya yang juga tidak dinafikan kaya dengan unsur-unsur mistik.

Dari maklumat yang saya perolehi, di dalam tarian ini, bubu yang terlibat akan dipakaikan baju. Kemudian jampi serapah atau mentera yang tertentu akan dibaca dan bubu berkenaan akan menari. Pernah sekali ada seorang Inggeris dari London tidak percaya bahawa bubu ini boleh menari. Jadi dipendekkan cerita, beliau terus memegang bubu berkenaan seorang diri. Berikutnya apa terjadi? Bubu berkenaan melontarkan sesuatu kepadanya dan dari itu beliau terus percaya kepada tarian bubu.

Bubu berkenaan akan terus menari sehingga diberhentikan dengan cara yang tertentu. Caranya, kepala bubu berkenaan dipegang dan tariannya akan berhenti setakat itu. Saya percaya cara tarian bubu ini sama atau hampir sama saja di Brunei dan di Malaysia.

Berbalik kita pada cerita sungai Kedayan yang saya tulis pada artikel lepas, sekarang ini pemborong masih memperbaiki tebing sungai berkenaan. Tebing sungai ini telah dinaiktaraf sebagai sebuah taman peranginan di Bandar BSB. Sebelum ini pun sudah dijadikan sebagai tempat pertunjukan Bunga Api, Gerai Perayaan dan pantas hiburan semasa hari Keputeraan DYMM Sultan sekarang pada setiap 15 Julai selama dua minggu berturut-turut. Di atas tebing sungai juga ada dibuat Tugu Kenangan sempena 25 tahun Pemerintahan DYMM Sultan.


0 comments:

Post a Comment