Friday, February 26, 2010

Politik Facebook

Written by Arimi Sidek

Ya, politik facebook. Yang saya maksudkan ialah "facebook's politics" bukannya "politics on facebook".

kalaulah kejadian bercakap sorang-sorang jadi ukuran masalah mental seseorang, agaknya Facebook merupakan tempat pesakit mental paling ramai

Facebook dengan nilai semasanya USD15 billion tidak syak lagi adalah laman web 2.0 yang paling berjaya setakat ini, jauh melangkaui kejayaan Myspace. Friendster yang berpengkalan di Filipina nampaknya telah masuk ke fasa senja. Apabila perkembangannya semakin perlahan, tahun lepas sebuah syarikat dari Malaysia pula mengambil keputusan untuk mengambilalih. Samaada tindakan pengambilalihan berkenaan berbaloi atau tidak hanya masa yang menentukan, kerana tren keahlian Friendster adalah steady decreasing, bukannya steady increasing.



Mengikut ranking Alexa.Us, Facebook sekarang membuntuti Google sebagai laman paling popular di dunia.

Kenapa dan apa web 2.0?

Ia adalah kaedah HyperText Transfer Protocol (http) dengan ciri laman web yang semakin meluas dan sudah pun menggabungkan forum, guest book, shout box, chat dan email sekaligus dan boleh dikembangkan (expandable). Jadi, ciri utamanya ialah Interaktif dan Networking.

Twitter menjadi emerging web, dengan ciri yang ringkas dan mudah tanpa mak nenek fungsi yang dikomersialkan. Kabarnya juga gergasi no.1 internet Google dan Facebook sudah berura-ura untuk mengambilalih Twitter, tetapi sehingga kini belum ada tanda-tanda sahih ke arah itu.

Saya berjinak-jinak ke web 2.0 melalui Friendster dan Twitter. Tetapi Facebook adalah baru bagi saya, sejak bulan ogos 2009. Kawan-kawan punya kerja dan dalam masa yang sama saya juga tidak mahu jadi dinasour. Ehem, dinasour. Satu zaman lampau, merupakan raja di seluruh pelusuk dunia. Zaman berubah, lambat berevolusi, akhirnya hanya spesis buaya yang tinggal menjadi pewaris ke hari ini.

Jadi begitulah saya ke Facebook, untuk belajar. Supaya kemahiran internet yang tidak seberapa ini tidak pupus.

Ada tiga jenis keahlian asas di Facebook. Bermula dengan mendaftar sebagai individu. Dari sana akan terdapat pilihan baru, untuk membuka laman komuniti (group) atau pun laman peminat (fan). Perkembangan dunia Facebook anda akan berpacu ke mana-mana.

Politik Facebook ~
jangan terpedaya dengan bilangan pengikut yang beribu-ribu

Berbalik ke cerita asal politik Facebook. Ini yang didapati sejak bulan Ogos, 2009, merupakan perkara-perkara yang saya ertikan dengan politik Facebook.

Pertama, jika ingin serius berblog, menulis dan menyebar idea serius, anda tidak harus meninggalkan laman blog yang telah dibina bertahun-tahun. Facebook lebih sesuai untuk meninggalkan jejak ~leaving your footprints~ mengenai apa yang telah ditulis. Maksudnya selepas menulis di blog, sebarkan ringkasan ide berkenaan di Facebook - promote, promosi di sana.

Kedua, Facebook menternak sikap "masuk bakul angkat sendiri" ke aras paling anggun dengan beberapa cirinya. Ramai kawan, ramai ahli komuniti, ramai peminat dan anda merasa hebat. Kehebatan diukur dengan lajunya dinding (wall) anda bergerak. Anda menulis sesuatu. Ahli menulis sesuatu. Peminat menulis sesuatu. Anda membalas. Ahli membalas. Peminat membalas. Ramai ahli bercerita, ramai peminat membalas, ramai kawan anda. Anda rasa HEBAT sangat.

Ketiga, politik Facebook adalah demokratik pada permulaannya. Tetapi akhirnya semua orang cenderung untuk menjadi diktator. Ibaratkan Facebook adalah sebuah negeri. Anda bermula dengan mencipta negeri sendiri sesuka hati di mana-mana. Selepas itu akan mula memujuk rayu orang di sekitar untuk menjadi rakyat. Hampir semuanya berakhir dengan pemerintahan yang ganas sebagai mana layaknya pemerintahan sebagai seorang diktator. Senang untuk mendaftar di Facebook, paling lambat dalam 15 minit urusan pendaftaran selesai. Masa yang diperlukan untuk membuat laman komuniti (group) dan laman peminat (page) pula kurang dari itu. Selepas itu bolehlah memujuk rayu di mana-mana untuk menambah ahli. Bila sudah ramai, apalagi, tunjuklah temberang.

Gunakan kumpulan yang berbilangan ramai itu untuk meneruskan misi tersembunyi - Anda jadi pemimpin.
Lantik ahli-ahli yang disukai jadi "Officer" - Anda jadi perdana menteri.
Hanya orang yang mengkeluarkan pendapat sehaluan yang anda benarkan - Anda jadi Hakim.
Ban / block sesiapa yang tidak disukai - Anda jadi polis.

Keempat, Apabila melihat seseorang, atau kumpulan, atau laman peminat jangan terpedaya dengan bilangan beribu-ribu kawan, atau ahli, atau peminat yang ada di sana. Boleh jadi juga ia berkembang dan mendapat bilangan beribu-ribu orang secara semulajadi. Akan tetapi yang paling biasa ialah hanyalah bertujuan untuk angkat bakul sendiri. Pakat kawan-kawan suruh kempen seorang sedikit dan berkempen di Facebook amatlah senang. Hanya tekan "Invite People to Join" dah pun siap kerja. Kemudian jika kawan anda sendiri (friends) ada 100 orang, cukuplah 10 orang ikut serta dalam berkempen dan ahli anda akan jadi 1,000 orang!



Inilah kunci kenapa jika kena gayanya, kumpulan anda akan tiba-tiba meletup-letup ahlinya. Perkara ini sudah dirancang oleh Facebook. Apa bila anda meng"invite", ia akan dijumpai oleh orang yang di"invite"setiap kali log
in. Selagi respon yang diperlukan belum dibuat, selagi itulah "invite" anda akan terus nagging, hintu-hintu, asi-asi, ulang tayang di kawasan dinding Facebooknya. Katalah dia respon, maka kumpulan anda akan bertambah satu ahli baru. Jika tidak pun apa susahnya, invite lagilah...

Tetapi jika ada masa, cuba perhatikan perkembangan dinding facebook mana-mana kumpulan yang kononnya terkenal dan amati aliran dindingnya setiap hari. Orang yang aktif ialah taik-taik Facebook yang sama, dan bilangannya kembali kepada 10, 20 orang. Maksudnya, hanya yang empunya laman dan tukang kempen tegarnya saja yang bercerita setiap hari. Itu belum termasuk orang yang suka bercakap seorang diri. Sendiri soal, sendiri jawab. J
ika begini, angkatlah bakul berkenaan sepuas-puas hati. Asal bahagia.

Kelima, kalaulah kejadian bercakap sorang-sorang (bercakap seorang sendiri) jadi ukuran yang menentukan masalah mental seseorang, agaknya Facebook merupakan tempat pesakit mental paling ramai dan bakal memenuhi Hospital Bukit Padang dan Tanjung Rambutan. Demi memenuhi syarat "angkat bakul sendiri" ada individu yang sanggup mendaftar berpuluh-puluh akaun keahlian di Facebook. Orang yang sama, tetapi menggunakan nama yang berlainan. Satu akaun mulakan sesuatu topik, kemudian menggunakan akaun lain untuk menjawab topik yang telah dikemukakan. Tujuannya supaya kumpulan atau laman peminat yang dikendalikan kelihatan segar bugar, nampak aktif dan sentiasa mempunyai pengaruh. Ada lagi yang lebih parah. Akaun-akaun Facebook yang berlainan tetapi dimiliki oleh orang yang sama ini boleh saling berbantah di antara "satu dengan yang lain"...

Keenam, Facebook amat sesuai untuk orang-orang yang egonya meletup-letup tetapi tidak mampu berbahas dan menyuarakan pendapat dengan baik. Jika ada pendapat yang bertentangan, kawan-kawan yang juga merupakan tukang kempen boleh membantu - kawan-kawan boleh support, and support comes in handy! Tambah-tambah lagi Facebook ini amat popular di kalangan remaja dan belia, kerja-kerja ini menjadi lebih mudah. Suruh saja mereka maki hamun orang-orang yang masih hendak berbahas dengan anda. Atau boleh saja klon nama mana-mana orang yang tidak disukai untuk menjatuhkan maruahnya. Jika kawan-kawan juga tidak dapat bantu, paling senang ialah Ban / Block saja, habis cerita.



Tepuk dada tanya selera, itulah Facebook. Love it or hate it.



2 comments:

  1. Aik!!!! Bahaya juga ni face book ataupun MUKABUKU......

    ReplyDelete
  2. Hebat juga tulisan ko ni, kawan...

    Bagi saya facebook banyak kebaikan bila orang yang menggunakannya itu "bersifat mulia". Contohnya, dapat berhubung family and friends..terutamanya long lost friends... Macam kita lah. Satu lagi ialah "games" di facebook dapat ajar orang tolol macam saya ni makna "projection". Misalnya games farm Town atau cafe World, kita dibagi modal 500 coins... boleh jadi berjuta-juta... Konsep itu kalau diterjemah dalam dunia nyata plus sedikit panas mentari dan elemen manusia yang yg lain, boleh mengajar minda yang susah diajar dalam kelas tuk mengerti erti dan nilai "berusaha" hehehe (Jubilie Apin)

    ReplyDelete