Tuesday, September 3, 2013

Harga Petrol Naik Lagi

Hari ini bagi rakyat Malaysia ceritanya tiada lain, semuanya pasal kenaikan harga minyak petrol. 

Makcik yang ke pasar membebel kerana kenaikan harga bahanapi. Di pejabat, di kedai kopi, di masjid, di mana mana saja. Apa lagi di laman sosial, penuh dengan komen dan luahan rakyat yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan untuk menaikkan harga RON95, RON97 dan diesel.