Monday, October 24, 2005

Laman Kedayan Wiki Apakian?

Written by kalupis patani
Monday, 24 October 2005

Laman Wikipedia Kadayan yang dikenali sebagai Kadayan Wiki Apakian? dilancarkan hari ini. Laman wiki ini boleh diakses di URL wiki.arimi.biz

Kemaskini: Berdasarkan perkembangan terbaru, semua hal ehwal domain arimi.biz telah dipindahkan kepada arimi.ath.cx. Menurut sdr Arimi Sidek, beliau telah melepaskan pemilikan beliau terhadap www.arimi.biz dan arimi.biz sejak dari bulan Jun 2007 yang lalu. Sementara itu laman Kedayan Wiki Apakian? Project telah dipindahkan ke laman TLD nya sendiri iaitu www.kedayan.org atau kedayan.org – Kaawai Tanah


Menurut kenyataan akhbar pengurusan Kadayan Wiki Apakian? :


"Kadayan Wiki Apakian? mula beroperasi sepenuhnya. Engin Wiki ini adalah mudah berdasarkan cara pengeditan dan penulisan wiki standard. Wiki ini dibangunkan berdasarkan enjin wiki mudah, serentak dengan pelancaran laman web Kadayan Universe.

Enjin ini dianggap memadai untuk menampung saiz wikipedia kadayan semasa yang kecil, kecualilah erdapat perkembangan drastik di dalam kecenderungan masyarakat kita untuk menulis wiki secara besar-besaran".

Bagi pembaca yang masih baru dengan konsep wiki, wiki adalah sejenis bentuk ruangan penulisan bersama. Ia merupakan enseiklopedia dinamik yang mengandungi berbagai-bagai perkara yang ingin dan boleh ditulis oleh sesiapa sahaja, dengan fakta yang akan diperbetulkan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Kandungan topik-topik ditambah, ditulis, diubah dan diperbetulkan setiap masa oleh pengguna. Oleh itu secara teorinya semakin lama kandungan Wiki akan menjadi semakin baik, tepat, matang dan terkini. Maklumat lebih mengenai wiki boleh diperolehi dengan mudah di internet. Sebagai contoh: first wiki of World adalah wiki yang paling
terkenal. Wikipedia Satu lagi contoh wiki: meatball dan
infoAnarchy boleh dilawati.



Kadayan Wiki Apakian?


KU

END

Sub Domain Kadayan untuk disewakan

Written by kalupis patani

Seperti yang dijangka, satu-satunya portal kadayan di internet, arimi.biz pada hari ini dengan rasminya menyediakan perkhidmatan subdomain laman web yang berciri kadayan. Subdomain menarik ini terbuka untuk disewakan kepada masyarakat umum di seluruh dunia, terutamanya orang orang kadayan. Sewanya juga amat murah iaitu RM3 sebulan.

Kemaskini: Berdasarkan perkembangan terbaru, semua hal ehwal domain arimi.biz telah dipindahkan kepada arimi.ath.cx. Menurut sdr Arimi Sidek, beliau telah melepaskan pemilikan beliau terhadap www.arimi.biz dan arimi.biz sejak dari bulan Jun 2007 yang lalu. – Kaawai Tanah


Apa yang lebih penting ialah, semua pendapatan yang diperolehi dari sewaan subdomain ini akan diberikan kepada KU bagi membiayai kos operasi pengurusan laman. Perkhidmatan Subdomain yang ditawarkan oleh pihak arimi.biz ini adalah berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Mengikut sumber, perkhidmatan subdomain yang mereka tawarkan ini adalah berkali ganda lebih baik, cekap, dan cepat berbanding dengan mana-mana subdomain percuma seperti yang dianjurkan oleh korporat gergasi online seperti yahoo geocities, tripod dan seumpamanya.

Tiada sebarang iklan akan diletakkan diatas laman yang anda sewa. Selain itu tiada sebarang sekatan sekatan pun untuk anda mengunakan cgi , php, pearl dan sebagainya untuk mencanggihkan web anda. Sewa subdomain ini juga sangat berpatutan, iaitu RM3 sebulan untuk tempoh 12 bulan, amat sesuai untuk syarikat bersaiz sederhana dan kecil, laman perseorangan dan juga untuk kegunaan pelajar.

Berikut merupakan subdomain yang disediakan:

1. http://sindumin.arimi.biz

2. http://sipitang.arimi.biz

3. http://lawas.arimi.biz

4. http://kambayau.arimi.biz

5. http://takiding.arimi.biz

Kemaskini: Semua sub-domain laman berkenaan telah dipindahkan kepada subdomain.arimi.ath.cx menurut sdr Arimi, mulai dari bulan Jun 2007 – Kaawai Tanah

Anda juga boleh memilih nama sendiri jika nama di atas tidak menarik minat anda. hubungi webmaster melalui email sdr Arimi iaitu arimi di gawab dot com jika berminat. Dengan menyewa subdomain ini, anda juga membantu kewujudan kadayanuniverse.com secara langsung.

KU

END