Monday, October 24, 2005

Sub Domain Kadayan untuk disewakan

Written by kalupis patani

Seperti yang dijangka, satu-satunya portal kadayan di internet, arimi.biz pada hari ini dengan rasminya menyediakan perkhidmatan subdomain laman web yang berciri kadayan. Subdomain menarik ini terbuka untuk disewakan kepada masyarakat umum di seluruh dunia, terutamanya orang orang kadayan. Sewanya juga amat murah iaitu RM3 sebulan.

Kemaskini: Berdasarkan perkembangan terbaru, semua hal ehwal domain arimi.biz telah dipindahkan kepada arimi.ath.cx. Menurut sdr Arimi Sidek, beliau telah melepaskan pemilikan beliau terhadap www.arimi.biz dan arimi.biz sejak dari bulan Jun 2007 yang lalu. – Kaawai Tanah


Apa yang lebih penting ialah, semua pendapatan yang diperolehi dari sewaan subdomain ini akan diberikan kepada KU bagi membiayai kos operasi pengurusan laman. Perkhidmatan Subdomain yang ditawarkan oleh pihak arimi.biz ini adalah berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Mengikut sumber, perkhidmatan subdomain yang mereka tawarkan ini adalah berkali ganda lebih baik, cekap, dan cepat berbanding dengan mana-mana subdomain percuma seperti yang dianjurkan oleh korporat gergasi online seperti yahoo geocities, tripod dan seumpamanya.

Tiada sebarang iklan akan diletakkan diatas laman yang anda sewa. Selain itu tiada sebarang sekatan sekatan pun untuk anda mengunakan cgi , php, pearl dan sebagainya untuk mencanggihkan web anda. Sewa subdomain ini juga sangat berpatutan, iaitu RM3 sebulan untuk tempoh 12 bulan, amat sesuai untuk syarikat bersaiz sederhana dan kecil, laman perseorangan dan juga untuk kegunaan pelajar.

Berikut merupakan subdomain yang disediakan:

1. http://sindumin.arimi.biz

2. http://sipitang.arimi.biz

3. http://lawas.arimi.biz

4. http://kambayau.arimi.biz

5. http://takiding.arimi.biz

Kemaskini: Semua sub-domain laman berkenaan telah dipindahkan kepada subdomain.arimi.ath.cx menurut sdr Arimi, mulai dari bulan Jun 2007 – Kaawai Tanah

Anda juga boleh memilih nama sendiri jika nama di atas tidak menarik minat anda. hubungi webmaster melalui email sdr Arimi iaitu arimi di gawab dot com jika berminat. Dengan menyewa subdomain ini, anda juga membantu kewujudan kadayanuniverse.com secara langsung.

KU

END

No comments:

Post a Comment