Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri.
Tidak iktiraf 'kesultanan Sulu'~PiX FreeMalaysiaToday
Mengenai perlantikan Datu Akjan sebagai 'Sultan Sulu' yang terbaru, akhirnya Musa membuat kenyataan bahawa Kerajaan negeri tidak iktiraf kesultanan Sulu. Macamlah kenyataan yang sangat mengejutkan. Tidak dapat dipastikan kenapa kerajaan negeri harus mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan pengiktirafan kesultanan sulu, sedangkan negara mereka sendiri iaitu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf mereka.
Hendak mengumumkan perkara yang sangat jelas inipun kerajaan berlengah berminggu-minggu. Ibarat hendak mencecah keting mahu mengharung sungai tengok riak di air dulu. Kalau pembangkang boleh mengocak permukaan air menjadi ombak gadang barulah ikut bergegas mencari dayung.
Akan tetapi dek kerana tidak tahu mendayung, kocak air menggunung
dayung remuk redam, harik mengilai-ngilai lalu perahu meliuk pincang.
Pembangkang buat laporan polis barulah BN tumpang sekaki buat laporan, lewat 4 jam pun tidak mengapa. Pembangkang bising sana sini dan rakyat sendiri gusar barulah dengan sumbang cuba mengatakan sesuatu.
Di mana dasar proaktif kerajaan menangani masalah rakyat? Ohh, maaf kerana tersilap tanya. Kalau sememangnya BN proaktif, Sabah tentunya tidak menjadi negeri yang termiskin hingga sekarang.
Teragak-agak? Sedangkan Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan persekutuan ini mempunyai kedaulatan yang diakui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu [PBB].
Apabila suruhanjaya Cabbold dihantar ke Sabah pada tahun 1962, tujuannya ialah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah untuk menyertai Malaysia, BUKAN untuk berunding dengan kerajaan Sulu. Hasil tinjauan berkenaan menunjukkan bahawa pendapat penduduk Sabah adalah jelas. Mereka mahu menyertai Malaysia. Tentunya ini langsung tidak berkenaan dengan perihal hendak menjadi rakyat kesultanan Sulu atau tidak.
Pendapat penduduk Sabah pada tahun 1962 ini perlu dihormati. Ia dilayan oleh kerajaan British sebagai suatu referendum dan menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Maksudnya itu adalah kehendak penduduk Sabah dan tiada lain daripada itu. Aspirasi ini sepatutnya sudah mampu melucutkan apa-apa tuntutan dan hubungan sejarah yang tinggal sebelumnya termasuklah perjanjian Bulan Bintang tahun 1878.
Apa lagi yang lebih besar daripada keputusan tinjauan bahawa penduduk Sabah hendak menentukan hidup mereka sendiri melalui Malaysia. Pula, mana batu bersurat dan tanda sempadan kerajaan Sulu di Sabah. Siapa wakil kerajaan Sulu [gabenor, wizurai, wazir] yang memimpin Sabah sebelum 1881, tiada. Apa rupa pentadbiran kerajaan Sulu Sabah, tidak wujud.
Kalau setakat mengaku Sabah kepunyaan mereka, siapa-siapa pun boleh. Sulu disatu pihak mengaku-ngaku saja sementara pedagang Eropah di pihak yang satu lagi merupakan penyamun tarbus yang tamak dengan igauan mencanak-canak hendak menjarah bumi Borneo Utara. Kemudian kedua-duanya menandatangani perjanjian ganjil, apa hal orang Sabah hendak dibawa-bawa.
Jangan biarkan rakyat Malaysia di Sabah menjadi gusar dalam rumah mereka sendiri. Sultan Sulukah apa sultan sekalipun jika nak sangat bertakhta, bertaktha saja dalam mimpi kamurang.
Dalam soal KEDAULATAN negara Musa Aman boleh senang-senang keluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf kesultanan Sulu.
Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan negeri adalah jelas dan soal kedaulatan negara BUKAN salah satu daripada urusan kerajaan negeri. Kerajaan pimpinan Najib nampaknya menggalakkan orang yang berkebolehan rencam (multipurpose, handyman). Semenjak Najib mengambilalih kuasa isterinya yang mengaku sebagai FLOM dibenar untuk memandai-mandai mengambilalih tugas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar dan mana-mana menteri yang dia suka.
Sekarang Musa Aman tidak mengiktiraf 'Sultan Sulu'. Kerja iktiraf-mengiktiraf ini merupakan kerja kerajaan persekutuan. Apahal pula ketua kerajaan negeri hendak mengiktiraf atau tidak sebuah negeri yang memang tidak wujud dan berada pula di luar negara.
Bacaan Tambahan yang disarankan
1. Ketegangan di Lahad Datu: Teruskan Melayan Penyamun
2. Sultan Sabah ke 23!
3. Negeri Termiskin Dengan 22 Orang Sultan
4. PTI 'Warga Sultan Sulu' Dipenjara dan 3 Sebatan

mimangla kalau org umno..dorg2 jg baitu..bikin rosak sabah saja, kan bagus kalau umno tdk msk sbh.mau tuntut sabah kunun ini pilak2..ikut cerita nenek moyang, pilak2 ni adlh lanun2 laut yg cuba mguasai sabah tapi tdk berjaya kerana tdk dpt lawan itu 'headhunter2' pahlawan2 momogun.bukti nya, bkaitan dengn simpang mengayau dikudat, tempat pertempuran lanun2 sulu ini,bila terjumpa dengan 'org2 putih' pandai2 pula diorang buat pjanjian jual ini borneo kpd diorang..tiada jalan mau lwn kalau diorg pki sinapang.."sultan sulu ini paling afdal dipanggil sultan lanun
ReplyDeletetdk sedar diri punya bangsa2 sultan, sukur2 suda idup dsabah..dala kaya raya sudah.. tamaha lg mau jadi sultan..kanapa tidak mau jadi otromen hahaha..kalau ko balik zamboanga atau basilan dan yg sewaktu dengannya, tentu ko kana sembelih idup2 disana oleh bangsa2 ko juga wahai hamba Allah yg mengaku sultan sulu..
ReplyDeletekalau orang UMNO mana dia orang mahu siasat,sebab takut kalah pilihan raya nanti sebab sultan ini banyak ahli yang mengundi mereka....wahai rakyaat sabah yang asli sedar lah kamu dari sekarang....
ReplyDelete