Sampai bila pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?
Datuk Pairin Kitingan menyuarakan pandangan supaya guru sandaran diwujudkan semula guna menangani masalah berterusan penghantaran guru-guru dari Semenanjung bertugas ke Sabah dan Sarawak yang telah berlarutan sekian lama. Tetapi mengadakan semula jawatan guru sandaran bukan penyelesaian yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.
Dari 1963 - 2011 sudah 48 tahun masalah kekurangan guru dijadikan alasan untuk meneruskan program penghantaran guru-guru dari semenanjung untuk bertugas ke Sabah dan Sarawak. Balik-balik alasan kekurangan guru dijadikan sebab untuk menghantar beramai-ramai guru-guru dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak saban tahun. Sebarang percubaan oleh mana-mana pihak di Sabah dan Sarawak untuk bersuara dan mempersoalkan keadaan ini biasanya hampir serta-merta dianggap dan dilabel sebagai anti-semenanjung. Kononnya kita satu negara, jadi tidak harus wujud sentimen kenegerian.
Entah di bahagian mana dalam isu ini yang boleh dikategorikan sebagai sentimen anti-semenanjung. Tetapi biasa bila sudah dikaitkan sampai ke sini kebanyakan orang cuma akan memilih untuk berdiam diri sajalah. Siapa yang mahu dilabel sebagai tidak patriotik dan anti - integrasi nasional. Akan tetapi perkara ini adalah satu hakikat yang telah menghantui alam persekolahan di Sabah sekian lama tanpa sebarang penyelesaian dari pihak kerajaan selain daripada alasan yang sama dilaung-laungkan berulang kali.
Kenapa tidak ikuti contoh pasaran jururawat Malaysia?
Asas keseimbangan pasaran buruh dalam ekonomi moden ialah bersandarkan hukum permintaan dan penawaran buruh itu sendiri. Begitu juga keseimbangan pasaran guru adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran guru. Jika permintaan terhadap guru melebihi bekalan penawaran semasa yang ada, apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan tingkat penawaran guru di kedua-dua negeri berkenaan dan perkara ini sebenarnya mudah untuk diselesaikan.
Lihat saja apa polisi kerajaan terhadap kerjaya jururawat. Entah bagaimana, tetapi mula-mula potensi 'niche' pasaran ini telah tiba-tiba dikenalpasti oleh orang-orang berkepentingan di dalam kerajaan dan boleh menjadi lubuk wang mereka. Kemudian bak cendawan tumbuh, timbul sebanyak 106 kolej menjadi kilang untuk mengeluarkan jururawat. Natijahnya berpuluh-puluh ribu anak muda lepasan bidang kejururawatan membanjiri pasaran kerja sehingga berlaku lebihan penawaran jururawat dalam negara. Nisbah jururawat per penduduk di Malaysia sekarang ialah 1:490, melebihi kadar yang disyorkan oleh WHO iaitu 1:200. Pada masa ini kerajaan terpaksa membekukan penubuhan sekolah kejururawatan yang baru.
Tetapi perkembangan peningkatan penawaran jururawat tidak terhenti di situ saja.
Alang-alang telah melabur membina kolej, orang-orang yang sama telah nampak cara baru untuk membesarkan pasaran jururawat dan terus mengisi wang ke dalam kantung yang ada. Mereka dengan otak geliganya telah mencadangkan pula 'career upgrades' melalui program pensiswazahan kepada jururawat yang sudah bekerja. Secara teorinya sekarang seorang jururawat juga sudah boleh memegang jawatan Pengarah Hospital.
Bila dah beransur-ansur naik pangkat dan hirarki bidang kejururawatan akan timbul sudah tentu peluang kerja kejururawatan bertambah dengan sendirinya kerana skop kerjaya kejururawatan sudah menjadi lebih besar. Pembantu jururawat akan menjadi jururawat, jururawat menjadi ketua jururawat, ketua jururawat menjadi matron; setiap kenaikan akan mewujudkan kekosongan untuk diisi. Pensiswazahan juga bermaksud satu bentuk jaminan bahawa kolej-kolej kejururawatan akan terus mempunyai pelajar dan akan membayar yuran yang lebih mahal pula kerana tahap kursus adalah semakin tinggi. Kerajaan tidak terfikir untuk eksport ke? Kalau Filipina dan Indonesia mampu mengeksport amah, tak kan kita tak boleh eksport jururawat pula.
Nampak jalannya yang mudah untuk meningkatkan penawaran bukan? Perkembangan mendadak kerjaya kejururawatan ini berlaku dalam tempoh kurang dari satu dekad. Jadi penambahan tingkat penawaran guru di Sabah sebenarnya bukan masalah sukar untuk diselesaikan.
Soalnya ialah sama ada kerajaan BN benar-benar mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sabah atau hendak mengekalkan status quo. Kelihatannya kerajaan melalui kementerian pelajaran bukan ingin menjadi sebahagian dari penyelesaian, tetapi ingin kekal menjadi sebahagian dari masalah (not part of the solution, but part of the problem).
Berpuluh-puluh ribu anak-anak muda dari Sabah sekarang ini berada di Semenanjung. Ramai yang bekerja sebagai buruh di restoran, kedai-kedai dan kilang-kilang. Mereka bukan semestinya golongan tercicir daripada alam persekolahan, tetapi merantau mencari sesuap nasi kerana negeri mereka miskin dan kurang peluang kerja. Jika 10% saja daripada mereka dilatih untuk menjadi guru setiap tahun, sudah lama kekurangan guru di Sabah boleh diatasi.
Jadi sampai bilakah pelajar-pelajar Sabah hendak dijadikan 'guinea pig'?
Guru-guru baru dari semenanjung merupakan lepasan universiti yang tidak berpengalaman sebaik ditugaskan ke Sabah dan Sarawak. Apabila tiba sebahagian besar daripada mereka akan berhempas pulas belajar memahami budaya, adat resam dan dialek tempatan dan mengasah kemahiran mengajar dari tahap sifar. Alangkah, setelah menimba pengalaman selama 5 - 10 tahun dan telah mahir serta masak dengan segala kerenah alam pendidikan kebanyakan mereka akan balik ke ke kampung halaman masing-masing di semenanjung.
Sudahnya, manaafaat yang besar diperolehi oleh pelajar di semananjung kerana diajar oleh guru-guru berpengalaman yang telah menajamkan karier perguruan di Sabah dan Sarawak selama berdekad-dekad. Sementara para pelajar di Sabah dan Sarawak pula, kitaran pembelajaran mereka sekali lagi akan bermula dengan kehadiran guru-guru baru yang lain, juga dari semenanjung dan sifar pengalaman. Tidak hairan jika jurang tahap mutu pendidikan Sabah & Sarawak dengan Semenanjung tidak berjaya dirapatkan sehingga sekarang.
Jadi apakah manafaatnya perkara seperti ini kepada alam pembelajaran di Sabah untuk jangka masa panjang?

kita bercerita berkenaan dengan penghantaran guru-guru dari semananjung,ini kita tidak pertikaikan kerana mungkin kementerian telah nampak kekurangannya tapi pada masa sekarang yang sedang hangat di pertikaikan oleh sebahagian pendidik dan rakyaat sabah ada lah penghantaran juruteknik komputer dari semananjung ke jabatan pelajaran sabah, adakah ini pun disabah ada kekurangannya,sedangkan berratus -ratus atau ribuan belia sabah yang mahir dan punya kelulusan dengan kerja-kerja begini masih belum mendapat kan kerja...saya rasa ada yang tidak kena dengan kementerian pelajaran atau pemerintah sekarang jadi jangan lah beranggapan jika satu masa nanti ledakan kebencian akan timbul...fikir-fikir lah tepuk dada tanya selera....
ReplyDeletejangankan guru2 dari smananjung pekerja untuk jabatan kerajaan seperti RISDA pun ambil pekerja dari semanjung contoh RISDA keningau rata2 pekerjanya orang semanjung ini berkaitan ladang takan orang sabah tiada kepakaran lagi saya dengan untuk pemandu traktor pun orang semanjung apa orang sabah tidak tahu pandukah? mana semua ex-KPD staff yg takdak kerja ambillah ini jabatan kerajaan dari semanjung saja staff pun ambil dari semanjung.Kebanjiran pekerja2 seperti ini dari semanjung bukan pasal tiada orang sabah yg layak tapi memang tabiat diorang bagi dulu orang diorang yg tiada kerja dan kalau ada lebh baru bagi orang sabah macam anak tirilah, ini semua berlaku kalau melibatkan jabatan kerajaan orang sabah last choice ,sepatutnya kalau kekosongan di sabah bagi peluang orang sabah untuk jawatan tersebut.SABAHKAN FIXED DEPOSIT UMNO..rasalah kamurang undilah lagi UMNO
ReplyDeleteBetul tu ramai oarng sabah pegi luar negeri cari kerja pasal sabah miskin peluang kerja pun kurang,kita tau kita kurang guru apa salah kita ambil mereka ini masuk maktab perguruan atau tambah pengambilan guru dari sabah kalau kurang maktab adakan kolej2 perguruan macam kolej masha saya yakin masaalh kekurang guru dari sabah dapat diatasi,ketua menteri,ADUN,MP mintalah tolong rakyat kan masalah sudah ada cuba anda sebagai wakil rakyat selasaikan kalau boleh biar sabah jadi pengeluar guru terlatih terkenal di malaysia,sampai bila kita mau bagi orang kita punya cari makan kita sendiri macamana.kalau kerajaan sabah sekarang tidak membantu rakyat sabah bilamana masalah telah di kenalpasti rakyat sabah kena tukarlah kerajaan tersebut.SUDAH LEBIH 40 TAHUN DI BAWAH BN APA ORANG SABAH MASIH (PALUI-PALUI)KURANG TENAGA MAHIRKAH...SAMPAI CIGKU PUN TIDAK CUKUP MAU JUGA ORANG MALAYA JADI TUAN...Chehh
ReplyDeletesya heran btl la pemimpin2 sabaha ni... wlupn sya org sabah trus terang sya ckp 101% sya benci btl apabila mereka sering pertikaikan apa2 yg 'disediakan' utk sabah. Knp memang dasarnya segelintir pimpinan sabah ni x reti nk ucap terima kasi...h ka? sya bknnya pro-sjung @ por-kjaan akn tetapi jika ianya disediakan utk ank2 sabah seharusnya kita BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIBERIKAN BUKAN MEMPERSOALKAN...
ReplyDeleteAtau2 'kerabat' pembangkang sabah ni jns yg x sedar diri serta x reti bersyukur. Tau ka itu 'pekerjaan' lbh2 yg bertaraf pendidikan d malaysia ni. Wlupn mereka org2 sjung (bkn semua yg suka ke sabah ni) tapi mereka tetap ke sini utk BAGI PANDAI ANAK2 SABAH!
Dan begitu juga la dgn guru2 yg asl nya dari sabah @ swak mereka akn dipindahkn ke sjung utk mengajar. Pindaan tempat2 ini baik utk menambah pengalaman. Oh ya sya lupa yg bahawa pembangkang2 sabah LAKNATULLAH ini sejak kecil mereka 'dibawah ketika mak bapa' sb tu TIDAK KENAL apa itu erti pengalaman, btl tak?
Skit2 menganjing teriak2 nk hak itu sja. Kjaan berhati murni bgi skola mereka provoke! kjaan tlg hantar guru utk mengajar pn sma provoke juga... apsal kmu semua ni huh! klu nk sgt 'hak2' tu pergi ke parlimen debat tuntut hak bkn merayu2 dlm newspaper la... dlm fb la...
Patutla ank2 kmu jadi 'santapan tangan' etnik lain sb BODOH perkara2 kecil pn nk diperbesar2kn... SAH!!! MEMANG TAMAK pimpinan sabah (bkn semua tapi 50% darinya)
Fiqh,
ReplyDeleteHarap2 kamu sudah baca artikel di atas, jika tidak kita akan bercakap rambang mengenai hal2 yang berlainan kerana saluran tidak sama.
Sistem demokrasi termasuk d Malaysia ini terbentuk daripada penyokong & pembangkang. Bentuk check & balance ini membentuk konsep asal kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Kalau pembangkang dilaknat, penyokong juga harus dilaknat, dan sistem demokrasi juga harus dilaknat kerana semua ini adalah sistem pemerintahan yang dianuti oleh Malaysia.
Syukur atau tidak itu masing2 punya cerita. Ada orang bersyukur dapat kerja tukang sapu, ada orang bersyukur jadi barua, ada pula yg bersyukur jadi bini PM.
Tapi mana boleh kita terima saja apa yang orang kasi tanpa sebarang persoalan selama-lamanya. Apa punya sistem kamu pakai ni?
Hmm~ bgs reply kmu mempertahankn sabahan tapi kmu mesti ingat juga, konsep 'demokrasi' d msia hanya pda 'sistem' shj tapi x pda bgimna ianya dilakukn kerana apa yg menjadi amalan kebykn dari kita xkira apa bangsa sekalipn iaitu formal 'kapitalis'.
ReplyDeleteDulu sya x perasan tapi apabila sya hayati perlakuan masyarakat ianya seakn2 1 kenyataan. Kita ambil cth mudah, d msia siapa yg pndi @ kaya sentiasa diatas. Spt halnya kaya, wlupn x berpendidikan tinggi namun jika byk harta (kekayaan) bole juga jadi menteri sabah. Ini kenyataan kmu bole kaji sdri. Bgi yg bijak pndi pula, kdg2 'talent' jarang dikembangkn. Sbg 1 cth, sya pernah study di cosmopoint dlu, keramaian dari lepasan2 diploma lebih blk 'mengharapkan' kerja2 mkn gaji, utk sampingan sementara mendapat pekerjaan tetap kerja kdg2 ada kerja sbg penjual kraf tangan tingkat 3. Bygkn, betapa lunturnya hati sya ketika melihat 'jadahnya' spt itu. Knp x tubuhkn 1 kumpulan terutamanya utk kembangkn ilmuwan2 sabah berkembang pesat dgn ilmu2 mereka? tanyalah mereka sdri (lepasan2 tsbt)? sdgkn perkara sebegini mg ada berlaku d sjung. Jadi bgimna utk kita bersaing?
1 persoalan yang perlu kite fikirkan..adakah guru-guru atau pekerja profesional lain yg asal dari sabah mahu pulang ke sabah berkhidmat setelah tamat pengajian???
ReplyDeletesya seorang guru tempatan, kalau ada org sbh yg meyebelahi org malaya ni terpulang diala..mmg di anak tirikan..adaka patut elaun2 tdk sama ngn org sbh, sdgkn sama jg ada spm,diploma, degree,..swk ok ckit,tembirang lg tu..tdk malu btl kasi tau yg senang2 berurusan diputrajaya 'saudara' jg kunu.pgjrn jg tym sa skula dulu ada itu guru smnjg ckp org2 sbh ni budu2..kana tumbuk oleh itu cikgu satu org hahaha..reality lg cuti hjg tahun awal2 lg suda blk smnjg,alasan tiket da tempah awal kunu..apa mau takut org2 atasan saudara2,bkn stakat guru2 kawan..cuba buat kajian jumlh org smnjg yg bkerja dsabah..tahnia kpd Datuk Seri Pairin kerana lantang dan tegas memperjuangkan hak sbh.bkn mcm pemimpin2 YB2 lain tu..diam suda kalau kana bg projek mega2 heheh
ReplyDeleteTo fiqh
ReplyDeleteBgs ko keluar dr Sabah..kin panas!!
mangaku kunu org sabah..tdk malu, mimangla kalau suda tali barut malaya hahaha..harimau malaya la katakan, org bumiputera sendiri dipinggir, tspi kalau itu india2 cina2 dsmnjg, demo ckit dah tunai segala permintaan dorg..kikis abis sgala sumber bumi sbh utk kasi makan org2 yg ko puja2 itu, apala sangat sumber ekonomi bagi negeri2 yg kici2 dsmnjg itu..tapi peruntukan punya besar biasala budjet utk negeri punya tau2 besar lg itu pulau banggi hehehe..kalau adil kasi sama ratala itu peruntukn..1malaysia kunu, sekerang itu pilak2 org umno pun mau tuntut sbh.apa kau rasa, debat2 dparlimen buli saja tp mcmana ka,org umno yg jd YB2 luas mcm kg taun gusi pun 2 3 yb dia hehe..kalau hrp suarakan dparlimen siapa mau dgr aaa..lainla kalau naik gula, minyak ckit dah demonstrasi..lg teruk bikin malu btl dsbh ok ja..sdgkn yg kasi naik pakcik2 dorg..
ReplyDelete