Monday, December 5, 2005

Kadayan Universe berpindah!

Written by kalupis patani

KadayanUniverse.Com telah berpindah ke laman webnya sendiri yang dikenali dengan www.kadayanuniverse.com atau kadayanuniverse.com mulai dari hari ini. Berkaitan dengan perkambangan ini juga, kedua-dua web iaitu arimi.biz dan kadayanuniverse.com adalah diuruskan secara berasingan.

Pembahagian ini adalah dirasakan perlu kerana terdapat perbezaan di dalam objektif kedua laman berkenaan.

Kemaskini: arimi.biz kini dikenali dengan arimi.ath.cx – Kaawai Tanah


Di pihak KU pula, walau pun tidak menolak kemungkinan dan kesanggupan untuk memikul tanggungjawab sosial masyarakat seperti yang diharapkan, menegaskan bahawa perkembangan drastik ke arah berkenaan mungkin tidak mampu dilakukan buat masa ini kerana sumber-sumber pengurusan yang terhad. Sambutan dari para sukarelawan Kadayan untuk turut menyumbang tenaga, apatah lagi dari segi kewangan seperti yang dijangka adalah amat kurang menggalakkan sehingga kini.

Di dalam perkembangan lain, pihak pengurusan portal arimi.biz ketika mengumumkan kewujudan www.kadayanuniverse.com berharap kerjasama diantara kedua dua laman akan berterusan di masa akan datang. Pemisahan ini juga merupakan perkembangan positif kepada kedua-dua pihak memandangkan perbezaan konsep kedua-dua laman berkenaan. KU dilihat cuba untuk mengetengahkan tanggungjawab sosial masyarakat Kadayan khususnya dan Malaysia secara am, sementara portal arimi.biz merupakan portal komersial yang bermotifkan keuntungan.

Kemaskini: Berdasarkan perkembangan terbaru, semua hal ehwal domain arimi.biz telah dipindahkan kepada arimi.ath.cx. Menurut sdr Arimi Sidek, beliau telah melepaskan pemilikan beliau terhadap www.arimi.biz dan arimi.biz sejak dari bulan Jun 2007 yang lalu. – Kaawai Tanah

KU

END.

No comments:

Post a Comment