Written by kalajiau ingaa | |
Dahlah mereka mencuri, anak cucu kami makan hasilnya … Seantero dunia kami hingga ke pinggir rimba raya adalah dipagari dengan kebun kebun getah milik para penduduk kampung. Tumbuhan spesis hevea brasilia (hevea brasiliensis) ini sangat kuat melekat dengan dunia kami.
Deskripsi tumbuhan hevea brasilia
pahatan gatah
Sedikit pelajaran sejarah
Cerita ketibaan getah sebenarnya penuh dengan tipudaya orang-orang Inggeris. Lagipun yang namanya orang Inggeris, mereka adalah licik dan penuh tipu daya. Berbanding dengan orang-orang Sepanyol dan Belanda, hanya dengan bersenjatakan airliur dan putar belit, orang-orang Inggeris mampu menjajah negeri yang jauh lebih besar dari negara mereka sendiri. Bukan hanya tanaman gatah, tanaman teh yang menjadi nadi ekonomi Sri Lanka sehingga kini juga adalah bahan curian yang mereka dapat dengan menyeludupnya keluar dari negara China.
Getah bukan tumbuhan asal Borneo. Tumbuhan ‘angkat’ kesayangan yang kami kenali sebagai gatah (getah ini) berasal nun jauh dari Negara Brazil yang terletak di Amerika selatan. Sebelumnya kerajaan Brazil telah berusaha bermati-matian untuk menghalang biji-bijinya dieksport, tetapi dasar serakah peniaga-peniaga British tidak memandang itu semua. Pada tahun 1876, Henry Wickham, seorang Inggeris telah berjaya menyeludup keluar (mencuri!) sejumlah 70,000 biji getah ke London. Atas ‘jasanya’ beliau telah dianugerahkan pingat kebesaran oleh kerajaan Inggeris. Biji-biji yang dicuri ini kemudian dikaji dan 2,800 cambahan telah dibiak di Royal Botanical Gardens di London (Kew Gardens). Seterusnya sebahagian daripadanya telah diangkut ke Perideniya Gardens di Sri Lanka (dulunya dikenali sebagai Ceylon).
--------------------------------------------------------------------------------------
'Bapak' Getah Malaya Pokok ini merupakan satu dari 9 semaian pertama yang dibuat oleh H.N. Ridley untuk kali pertama di Kuala Kangsar, Perak. Ia berada di hadapan Pejabat Daerah Kuala Kuala kangsar, di simpang Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Raja Chulan. Merupakan pokok getah tertua di Malaysia Tourism Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------------- Dalam tahun 1877 sejumlah 22 semaian telah tiba di Singapura dan ditanam di Singapore Botanical Garden. Pada tahun yang sama, semaian pertama tiba di negeri-negeri Malayu. Tanaman ini dipopularkan oleh H.N. Ridley, pengarah Singapore Botanical Garden yang turut mencipta teknik mahat (me + pahat, memahat, menoreh) tulang herring yang kemudian digunakan secara meluas. Di Borneo, gatah mula diperkenalkan pada awal kurun ke 20 dengan kemunculan ladang-ladang Kompeni Borneo Utara di Beaufort, Kimanis, Bongawan, Mangalong (Lingkungan dan Malamam Estate), Tuaran dan Tawau. Selain itu, para penduduk Borneo juga digalakkan menanam getah di kebun-kebun (dikenali sebagai pekebun kecil – smallholder) Curi pun curilah. Jika difikirkan semula, tak sia-sia juga usaha Wickham mencuri biji getah. Setelah lebih 130 tahun, generasi oang daat masih ada yang bergantung hidup dengan gatah …
-------------------------------------------------------------------------------------- Rujukan 1. http://eh.net/encyclopedia/article/frank.international.rubber.market 2. http://fch.fiu.edu/FCH-2007/Fernandez-The%20Upper%20Amazonian%20Rubber%20Boom%20and%20Indigenous%20Rights%201900.htm |
Thursday, March 26, 2009
Mahat Gatah 1: Orang Inggeris pencuri getah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment