Dek kerana bodoh atau ingin menjadi taat pada abang-abangnya, si kecil yang telah remaja, mengikut sahaja, malah hampir pula menempah tali gantung dengan membantu abangnya meproses ganja.
About two weeks ago I received an email from a lady who claimed that she is an avid reader of my blog, asking why there aren't any updates for quite sometime now. I replied to her like this (partly I just wanna poke pun at her), "Well maam, sorry if I hurt you by saying this. Blogging can be fun and addictive too. But at the same time I need to eat. Too much blogging for years nearly ruin my family, I must say, because they felt I sunk too deep in virtual world and eventually drowned".
I thought thats the end of the story, but no, it isn't. Earlier this morning, I received another email from Mimie (not her real name I suppose) again and with some interesting writeup about her. "Its all yours to share", she said.
I read it and I deeply, deeply touched by her story. Please read and I'm sure you can feel how innocent, genuine and authentic the story is.
CERITA 1- ASAL KELUARGA
Ada la sorang bayi ni, emak dia mati masa umur dia 2 tahun, lepas tu, kakak dia yang bela hingga umur 5 tahun. Bila kakak kahwin, tinggal la dengan bapa dan 3 orang abang. Kebiasaan la, bapa pasti kawin lagi, alasan kukuh amat, siapa nak jaga baby ni dan abang-abangnya kan, dah tak ada orang nak jaga makan pakai.
Bapa pun kerja nelayan saja, kata bapa, itu umpama peminta sedekah di lautan, hari ini ada ikan, mungkin sekadar buat makan, atau dapat la lebihan untuk dijual. Masalah mula menimpa si kanak-kanak kecil yang belum tahu erti hidup ini bilamana pada hari bapa dia kawin, dia telah pun dipersogokkan istilah si ibu tiri, walhal, kalau diikutkan, muka mak kandungpun dia tak pernah tengok, tak ada walau sekeping gambar pun sebagai kenangan, rupa sebenar seorang emak.
Bermula pula episod kelana dalam hidup kanak-kanak tersebut apabila sentiasa dibawa lari oleh si abang-abang bila mana timbul sengketa. Membesar tanpa kasih sayang mahupun dididik seperti seorang gadis yang pasti akan meningkat remaja dan menjadi wanita. Mungkin tiada dalam kamus keluarga yang lain, semua abangnya pasti dihalau keluar rumah bila sahaja bapa mendapat berita buruk dari tetangga mengenai perangai anak-anaknya. Pada bapa, orang lain benar belaka. Namun sikecil yang terluka, tidak dihalau sama hanya mungkin kerana dia bakal membawa aib yang lebih ketara jika dihalau juga, senang cakap, takut jadi bohsia.
Semasa tingkatan 3, perceraian bapanya berlaku, dan rujuk semula, sedang dia bergelut menghadapi SRP pada masa itu. Dek kerana bodoh atau ingin menjadi taat pada abang-abangnya, sikecil yang telah remaja, mengikut sahaja, malah hampir pula menempah tali gantung dengan membantu abangnya meproses ganja. Bila si remaja mula berani bersuara, mudah saja jawab si abang, apa yang kau makan semua hasil duit curi aku tu la. Abang yang di atasnya pula dalam kepayahan, berjaya juga ke menara gading, sayangnya terkandas kerana menjadi “doktot” tak bertauliah, entah hidup mati sekarang tiada siapa yang tahu. Sukar nak dibaca fikiran si dara, tinggal dia seorang diri, memendam segala kata nista, cuba sedaya upaya agar aib keluarga tidak diketahui oleh sesiapa jua, baik guru, rakan apatah lagi para jejaka di luar sana.
Dalam hidupnya, dia sentiasa diperingatkan, engkau bukan siapa-siapa, tidak punya rupa apatah lagi harta. Tingkatan 4 pula, kerana sekeping gambar jejaka, dia telah diselar anak derhaka dan hampir diberhentikan sekolah. Mampukah sigadis meneruskan hidupnya kalau dia tidak kuatkan jiwa? Kata abangnya pula, andai kujumpa engkau berpacaran dimana-mana, pasti engkau aku terajang sampai ke tangga. Beranikah lagi dia? Memang pelajarannya tidak seberapa, malah dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, biar berkali-kali kaunselor mencuba mengorek rahsia, dia teguh menyimpan semua derita, biar pecah di dada. Apa yang ada dalam hatinya? hanya ingin lari jauh dari semuanya, tapi tiada upaya, lalu dia berwayang dengan semua yang ada, hidupnya bahagia dan gila-gila malah menyebabkan kebanyakan salah sangka pada tingkahnya.
CERITA 2 – REMAJA
Keputusan SPM tidak sebaik mana, tapi merayu untuk tinggal di asrama. Tujuannya satu, ingin lari dari dilemma. Tapi, ceria tidak lama, berita keluarga tersebar juga di antara beberapa kenalan di sana. Sigadis kembali seperti sediakala, tidak lagi peduli pelajaran atau apa-apa, dan pasti tidak berani mengucapkan kata cinta. Naluri remaja, perasaan hadir bukan keinginan sendiri mahupun dipaksa.
Benarkah si jejaka ingin mengisi hati si dara? Ketakutan pada pesanan keluarga, membuatkan si dara cuma mampu bergurau senda walau hati ingin menyambutnya. Bila hati ingin berbicara dan menyahut huluran sidia, sang gadis terlewat sudah , jika diteruskan, dia hanya menjadi orang ketiga atau si jejaka memang sengaja ingin bercanda……
Jangan, itu tak mungkin dibiarkan.
Cerita tentang orang ketiga, semestinya amat difahaminya. Abangnya juga mempunyai dua orang isteri. Jelak lah, asyik menjadi orang tengah bila mereka bersengketa, baik semasa menaiki kereta, siapa didepan atau siapa penumpangnya. Apatah lagi bila tiba giliran malamnya, muak melihat wajah-wajah yang duka salah seorang darinya. Tanpa sedar, persekolahan tamat, dan terpaksa kembali lagi ketempat asalnya.
Rindu? Tapi pada siapa?
Tiba-tiba dua pucuk surat datang berselang, tak pasti yang mana dulu kemudiannya. Hati kembali berbunga, bila mana diakui oleh seorang teman, betapa si jejaka benar-benar ingin mengisi hatinya. Sayangnya, kiriman surat kali ketiga, tiada lagi balasan datang bertandang. Tahukah betapa luka hati si dara? Riang-riang yang berseloka dan bercahaya, kini entah di mana. Maka jadilah ia bahan ketawa, sudahlah hidup umpama cerita P.Ramlee si Penarik Beca, berangan-angan menjadi bagai cinderela. Akui akhirnya kata keluarga, aku bukan siapa-siapa yang tak punya rupa apatah lagi harta dan budi bahasa, mengapa bermimpi disunting sang jejaka yang kaya dan bijaksana.
Walau sedar kebenarannya, tapi hati tetap lara, yang tinggal kini sikurus yang hanya tinggal tulang dan kulit membalut diri, 10 kilo entah kemana perginya. Entah dari mana datang keberanian dalam diri, si jejaka dihubungi untuk ke akhir kali, Jawapannya? Aku sudah punya isteri, sedang berbahagia dan menanti kelahiran sibayi.
2 dekad telah berlalu, hati masih ingin mencari jawapan kenapa ia diperlaku sedemikian rupa. Benarkah aku dulu pernah mengisi taman hatinya? Atau sekadar membalas dendam dan ingin menunjukkan yang dia menang juga akhirnya?
Siapa sangka, teknologi mampu merealisasi impian yang terpadam selama ini. Tapi, bila dilihat bahagianya keluarga mereka, maka kutahu, kenapa Allah tidak membiarkan impian dulu terjadi, aku memang tidak sepadan dengannya. Si hina takkan sama dengan orang “ada-ada’. AMIN.
CERITA 3 – RUMAHTANGGA
Hina sangat ke aku ni, dalam ramai yang datang merisik, keluarga hanya maklumkan para sang duda?
Kerana simpati, aku terima juga lamaran seorang darinya. Tapi, aku memang tak mampu berdiam selamanya, entah apa silapnya, kata-kataku mengguris hati mereka. Terpustus sudah satu ikatan, cincin tanda mohon dikembalikan kepada mereka. Tidak mengapa, aku pun tidak pernah memakainya.
Entahlah, minta kerja tak juga diterima, nak belajar lagi, bapa kata, usaha sendiri, dia tak mampu menanggung bayarannya. Pengalaman abang membuatkan dia tak percaya lagi pada anak-anaknya, agaknyalah. Mohon IKM, pegawai temuduga bertanya, kenapa tak minta ITM? Jawabku selamba, IKM bayar saya. ITM saya yang bayar mereka, dan saya tak punya apa-apa, sebelum boleh dapat apa-apa biasiswa.
Kalau bukan rezeki kita, buatlah macamana, tetap bukan kita punya. Dapat tawaran IKM, tapi di Pekan, Pahang sana, kata bapa lagi, minta lah duit pada abang-abang kalau diorang ada. Dalam poket aku, hanya RM20, tambang pun tak lepas untuk kesana. Maka biarkan saja.
Apa lagi daya yang ada? Aku mesti keluar juga, tapi macamana? Ha.Kahwin, tapi dengan siapa pula? Entah kekuatan apa, datang tiba-tiba, hilang segala rasa malu, konon ingin menjadi seperti Khadijah, aku berdialog dengan bapa:-
Aku : Si A dah bertunang ke belum?
Bapa : Belum
Aku : Bagi kat saya je
Bapa : ?????? tak terkata
Rupanya perigi yang mencari timba telah diterima. Aku telah menjadi seorang yang tidak punya deria rasa agaknya, aku beritahu keluarga, jangan letak sebarang belanja, cukup aku minta mas kahwinnya, dan bertunang tidak boleh lama. Hari bertunang, aku tak adapun dirumah, bukan sebuah majlis berwarna-warni yang sidara disarungkan cincin oleh keluarga teruna. Yang aku tahu, sepulangnya kerumah, aku ditunjukkan sebentuk cincin tanda, takpa lah, kusimpan saja dalam laci meja.
Semasa sesi temuduga di pejabat kadhi, ini pula dialog nya.
Kadhi : Awak kenal Si A?
Aku : Tidak
Kadhi : Ha, kena paksa ke?
Aku : Tidak, saya terima
Kadhi : Ohhh….
Pesan ku pada keluarga, di hari nikah nanti, jangan sesiapa berani datang bertanya, aku sudi atau tidaknya kalau mahu semuanya sempurna. Tidak kusediakan pun persalinan indah diraja, hanya sekadar pakaian biasa yang boleh dipakai pada bila-bila masa. Aku tak bertanya juga tentang rupa si A ataupun meminta gambarnya, hanya berhubung surat memaklumkan sebarang perkembangan, bukan ayat-ayat cinta, maka kata si A padaku kemudiannya, kawan-kawanya kata, aku sidara yang sombong orangnya. BIARKAN SAJA.
Selesai akad nikah, aku terus berkain batik dan berbaju T, anak-anak tetangga yang datang riuh bertanya, mana anak dara, jawapanku senang.TIADA.
Aku jengah mengintai-ngintai semasa rombongan ingin beredar, manakah orangnya yang sah menjadi suamiku kini. Maklum, nikah gantung, kenduri belum ditentukan hari, takut pula berselisih, tak kenal suami sendiri.
Mengapa dia yang ku pilih? Mudah saja, kerana dia dan keluarganya mengenali aku dan keluargaku. Jadi aku tak perlu risau untuk menyembunyikan aib kisah cerita pertama tadi. Lagipun, dia memang sekelas dengan abangku yang tersasar. Jangan nanti kisah keluarga menjadi ungkitan dalam rumahtangga kami.
Bak kata orang, apa-apa yang ingin ditanya, biarlah pada masih indahnya berkeluarga. Lalu kutanya, sejauh mana harapannya pada ikatan kami, adakah ia mampu bertahan sampai ke mati? Dengan senyum simpul, dia hanya menggelengkan kepala.
Maka aku persiapkan diri, bagai sebuah pilihanraya, setiap 5 tahun sekali, adakah aku masih diundi? Aku tidak mahu menangis lagi. Rupanya dia juga punya cerita sama. Bezanya, dia memang benar-benar bercinta tapi tidak direstui keluarga, sedang aku, tak pasti bercinta atau hanya berimaginasi. Namun, terima kasih kerana menerima aku apa adanya.
Cerita 4 – MIMPI
Angka usia memang dah tua Kalau diterbalikan pula, kena tambah perkataan bangka. Tua+bangka?
Masih ingin bermimpi, menyimpan rindu kisah lama yang tak termeteri. Walhal, masing-masing sudah punya keluarga sendiri. Hanya igauan ngeri, agak-agaknyalah, kala usia dah masuk isyak, yang ada cuma gusi tanpa gigi kelak. Bilamana dah tinggal sendiri-sendiri, bolehkah sejarah tercipta? Kasih lama tersulam kembali, hari ini bersatu, esoknya dah kembali ke sisi Ilahi?
Namun, satu yang aku tak dapat hindar hingga kini. Rasa sakit hati, biar sekadar ucapan balas mereka hanya salam dan terima kasih, hati ini rabak tak terperi. Aku masih ingin mengetahui jawapan sebenar. Adakah aku dulu hanya sekadar sebuah boneka, yang menjadi bahan wayang mereka berdua? Atau aku benar-benar pernah dicintainya? Ya Allah, jangan sampai aku kehilangan jiwa akibat cerita lama yang tidak memberi sebarang untungnya.
As I always reiterate, this blog of mine isn't a political blog nor it is too personal and becoming a love story's blog. Mimie's story is more about how she struggling and trying to fit into this world, on her own way.
Thank you mimie!
No comments:
Post a Comment