Friday, September 1, 2006

Atlantis Kadayan Siri 9

Written by codec cadaianicus


Penjelajahan Agung Ibu Tamadun


Pada zaman di mana aras laut adalah cetek dan berada 200 kaki lebih rendah dari sekarang, permukaan daratan bukanlah seperti yang kita kenali pada hari ini. “Di Asia, pentas Sunda adalah merupakan dataran kering yang luas meliputi kawasan seluas 1.8 juta kilometer persegi dan mengunjur dari Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, Jawa, Borneo dan Palawan. Di sebelah Australia pula, pentas Sahul adalah juga terdedah, memanjang sehingga New Guinea, sebahagian dari Celebes dan kumpulan pulau-pulau luar berdekatan dengan kepulauan Timur. Kedua-dua pentas ini mungkin diliputi oleh tumbuh-tumbuhan tropika tebal, dari hutan hujan sehinggalah dataran rumput”1.




Selain dari itu “Satu sungai yang agung mengalir merentasi pentas Sunda. Kebanyakan sungai-sungai yang ada di Borneo dan Sumatra sekarang merupakan anak kepada sungai ini. Hubungan system sungai inilah yang mungkin boleh menjelaskan kenapa begitu banyak persamaan di dalam taburan ikan di Sumatra, Borneo dan kepulauan Filipina”2a.

Perkara-perkara di ataslah yang mendorong para pengkaji memikirkan kemungkinan daerah pentas sunda merupakan pusat tamadun manusia yang aktif di masa lampau. Selain itu, penemuan-penemuan baru, sebahagiannya bersifat kontroversi, telah [membuatkan para akademik] mengundurkan tarikh [permulaan] penempatan manusia di daerah in selain meluaskan pengetahuan kita mengenai rangkaian awal pulau [pulau di sini]. Penemuan ini menerangkan mengenai langkah pertama bagi sebahagian ddari perjalanan laut terbuka pra-sejarah yang terpanjang di dalam rekod -- dari Asia Tenggara ke kepulauan Polynesia seperti [pulau] Hawaii, Pulau Easter, dan New Zealand dan mungkin juga dari Indonesia [tempat yang sama – pengarang] ke Madagascar -- pada alaf pertama selepas Masihi2b.

Penduduk ibu tamadun di Borneo menjelajah ke serata dunia, menjadikan segala pelusuk dunia sebagai tempat tinggal mereka yang baru.

Para pengkaji yang lebih konvensional dan lebih diterima umum juga berpendapat bahawa

"Pada banyak alaf yang selepasnya, daerah Indo-Malaysia [pulau Borneo dan kawasan sekitarnya – pengarang] sekali lagi menyaksikan pemindahan hebat bagi penduduk dan kebudayaan kebendaan3.

"Kita juga mempunyai bukti baru yang dramatik mengenai kebolehan pelayaran di dalam tempoh awal sejarah Asia Tenggara, dalam hal ini mungkin melibatkan penggunakan angin monsoon yang bertiup mengikut musim di sepanjang teluk Benggala”4.

"Lebih kurang 2,000 tahun yang lalu, sifat-sifat seni tembikar di kawasan Indo-Roman di Arikamedu, Tamil Nadu yang terletah di pantai India,Telah ditemui di kawasan Sembiran, Bali (digali oleh I.W. Ardika dari Universiti Udayana Bali), suatu jarak menakjubkan [sejauh] 2,700 batu …”5.

Perkara ini membuktikan bahawa para pengkaji yang tidak radikal juga mengakui bahawa Borneo dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan penting yang mempengaruhi perkembangan tamadun manusia di kawasan lain secara jelas.

Apa yang lebih penting ialah pendapat umum mengenai perkembangan manusia secara beransur-ansur dari zaman batu menuju zaman gangsa dan zaman besi juga tidak semestinya betul. “Idea mengenai pembangunan masyarakat [manusia] secara linear mudah dari paleolithic (Zaman batu lama) melalui peringkat silih berganti kepada neolithic (Zaman batu Baru), Gangsa dan zaman besi mestilah dimansuhkan. Sekarang ini [pun, setelah manusia di merata tempat di dunia memasuki zaman teknologi] kita [masih] melihat budaya primitif hidup bersama-sama dengan masyarakat moden di semua benua – orang Bushmen di Australia, orang Bushmen di Afrika Selatan, orang-orang yang benar-benar primitif di Amerika Selatan, dan di New Guinea; [malah] beberapa puak di Amerika Syarikat [sendiri]6. Oleh itu, zaman purba yang mundur tidak bermaksud semuanya mundur di zaman berkenaan, kemunduran dan kemajuan akan berlaku dan hidup bersama-sama di seluruh kawasan dunia7.

Pengetahuan penduduk ibu tamadun mengenai dunia mereka adalah sangat menarik. Terdapat bukti bahawa orang-orang ibu tamadun telah menjelajahi setiap inci kawasan dunia di kala penduduk zaman purba di tempat lain berpendapat dunia adalah rata, empat segi, berada di tanduk lembu, di belakang kura-kura dan berbagai lagi pendapat lain yang karut marut.

Di antara bukti yang menarik ialah melalui pengamatan para pengkaji terhadap banyak peta-peta dunia yang dilukis di zaman purba. Menurut mereka, peta-peta berkenaan walaupun dihasilkan pada zaman purba ia adalah merupakan salinan kepada sumber yang lebih asli di zaman purba. Peta-peta berkenaan tidak mungkin dapat dilukis jika mengambilkira pengetahuan dan teknologi yang ada pada zaman berkenaan. Tiga dari peta-peta berkenaan akan dibincangkan di bawah ini.

---------------------------------------

1. Peta Piri Re’is8


Peta yang dibuat pada tahun 1513 ini menarik minat ramai orang kerana ia merupakan salah sebuah peta yang paling awal memetakan benua Amerika9. Tetapi ia jauh berbeza dengan peta-peta lain yang sezaman, lebih awal atau selepasnya sebelum awal abad ke 20 kerana ia meletakkan benua Amerika Selatan dan Afrika di dalam longitud yang betul. Pada masa ia di buat iaitu pada abad ke 16, para pelaut belum lagi mengetahui tentang longitud.



"Piri Re’is membuat beberapa kenyataan menarik mengenai sumber-sumber [yang digunakan untuk melukis] petanya. Beliau menggunakan lebih kurang dua puluh, katanya, dan menyatakan bahawa beberapa [sumber berkenaan] telah dilukis pada zaman Alexander The Great[Setengah ahli sejarah merujuk Alexander sebagai Iskandar Zulkarnain, tetapi sekarang ini kedua nama ini mungkin orang yang berbeza]. Para pengkaji peta berkenaan pada tahun 1930 tidak dapat membuktikan kenyataan ini, tetapi nampaknya sekarang kenyataan beliau adalah benar”10.

Apa yang menakjubkan ialah peta Piri Re’is memasukkan Benua Antartika secara terperinci sebelum benua berkenaan diliputi ais sepenuhnya. Perkara ini merupakan satu misteri yang besar kerana dianggarkan benua ini telah diliputi ais sejak berjuta tahun dahulu. Selain itu, benua Antartika hanya dijumpai pada tahun 1818. “Adalah jelas bagi Hapgood [nama pengkaji peta ini] bahawa ianya [peta benua Antartika di dalam peta berkenaan] bukan ciptaan imaginasi seseorang. Banjaran-banjaran gunung dipetakan secara berasingan, sebahagiannya di kawasan pantai manakala yang lain bukan. Sungai-sungai yang mengalir darinya ke laut kelihatan sangat semulajadi dan mempunyai corak pengairan yang meyakinkan”11.

A. E. Nordenskiöld12 menyimpulkan bahawa mereka [sumber pengetahuan yang diguna untuk melukis peta berkenaan] datang dari zaman yang lebih purba [ibu tamadun – pengarang].


2. Peta Dunia Haji Ahmad13

Peta ini dilukis pada tahun 1550. “Di dalam beberapa hal, Hapgood14 mendapati bahawa peta Haji Ahmad sangat mengkagumkan”15. Di antaranya kerana peta ini menunjukkan bahagian Hemisfera Barat dunia secara paling tepat malah lebih tepat berbanding dengan peta Piri Re'is sekalipun. Ini membuatkan para pengkaji berpendapat bahawa beliau mempunyai sumber yang luarbiasa di dalam membuat peta berkenaan. “Bentuk [benua] Amerika Utara dan Amerika Selatan kelihatan sangat moden, kawasan pantai barat terutamanya amat menarik. Ia seperti berada dua ratus tahun di hadapan berbanding dengan bidang kartografi zaman itu. Lebih-lebih lagi, nampaknya ia dilukis dengan “spherical projection” yang canggih. Bentuk yang sekarang ini dikenali sebagai Amerika Syarikat adalah hampir sempurna. Adalah sangat susah untuk membayangkan bagaimana satu peta boleh melakar pantai Pasifik, dengan ketepatan yang mengkagumkan, di pertengahan abad ke 16, lebih dari dua ratus tahun sebelum masalah longitud dapat diselesaikan”16.



Perincian lain, juga menakjubkan terdapat di dalam peta berkenaan ialah ia memperlihatkan mengenai daratan yang bersambung di antara kawasan Alaska dan Siberia. “Mr, Derek S. Alan, seorang saintis British dari Oxford, mengulas mengenai peta [peta berkenaan – Piri Reis, Hadji Ahmad dan Camy King]: “Ia seolah-olah, mungkin, samaada aras laut adalah rendah atau daratan berkenaan telah tenggelam sejak peta yang pertama dilakarkan. Kawasan laut Laptev – termasuk kepulauan Siberia Baru? - kelihatan seperti satu daratan kering (dan ianya mungkin benar kerana di dataran laut zaman ini merupakan kawasan kubur mammoth yang luarbiasa) dan juga [kawasan] Novya Semlya adalah bersambung dengan kawasan pantai Siberia ... Seseorang pasti memerhati dengan kagum kerana tidak terdapat sebarang tanda-tanda liputan ais di kawasan berkenaan [Alaska dan Siberia adalah berdekatan dengan Kutub Utara. Pada masa ini kawasan berkenaan adalah diliputi ais]”17.

1. Carta Hamy – King pada tahun 1502

Asas pelakaran peta ini sebahagiannya berdasarkan kaedah Ptolemy, manakala yang lainnya menggunakan tradisi Portolano18 dengan bahagian daratan yang baru dijumpai oleh penjelajah awal dimasukkan ke dalamnya. Carta ini pada umumnya dikaitkan dengan Amerigo Vespucci19. “Tetapi, Hapgood dan para pelajar beliau kemudian meyakini bahawa, sementara [kerja] pengumpulan peta berkenaan dilakukan oleh Vespucci, lakaran sebenar peta berkenaan tidak mungkin dilakukan oleh beliau. Vespucci mendakwa beliau boleh mengira longitud berdasarkan pemerhatian astronomi. Tetapi pada satu masa beliau menyatakan bahawa longitud pelayarannya ialah pada arah barat 150º meridian di Alexandria, yang meletakkan beliau di kawasan Santa Barbara, California, sangat berlebihan ke arah Barat berbanding dengan apa yang pernah dijelajahinya”20.

Carta ini menarik minat kerana “Hapgood mengambilkira bahawa kemungkinan besar [lakaran] bahagian Mediterranean peta ini secara aslinya dibuat sebelum berlakunya letusan Thera sebelum 1400 sebelum Masihi. Carta portolano juga menunjukkan lebih banya sungai berbanding dengan apa yang wujud pada hari ini di Eropah dan Afrika Utara. Ini bertepatan dengan perubahan iklim yang diketahui secara amnya berlaku di masa yang lebih dekat [dengan zaman sekarang ini]”21.



Satu dari teka-teki besar carta Hamy-King ialah India. Ia ditunjukkan sebagai semenanjung yang terputus-putus, dengan dataran besar terletak sebagai sebuah pulau ke arah selatan. Hapgood dan para pelajar beliau menyedari kemungkinan bahawa ini bukan kerana kerja-kerja kartografi yang tidak baik, tetapi lebih menunjukkan pengaruh di masa purba dimana dataran India adalah dibanjiri air dan menjadikan bahagian selatan semenanjung, [dinamakan sebagai] Dravida purba merupakan sebuah pulau. Oleh kerana kuala sungai Ganges yang menyeberangi seluruh bahagian India dilakarkan dengan betul dan peta berkenaan memaparkan latitud dan longitud dengan agak baik, mereka [Hapgood dan pasukan pelajarnya] mencadangkan bahawa "Dravida itu merupakan pusat bagi tamadun maritim yang agung, dan satu tamadun yang maju semasa [ketamadunan] Mesir masih lagi di peringkat awal"22. Ini bertepatan dengan bukti-bukti geologi mengenai banjir di bahagian dataran utara India yang dikemukakan oleh A.K. Dey dari Jabatan Pemetaan Geologi India23.

Rumusannya, para penduduk ibu tamadun telah menjelajah setiap inci mukabumi ini dan bukan setakat itu sahaja. Mereka merekodkan pengetahuan mereka dengan baik sekali sehingga menjadi panduan kepada penduduk dunia beribu-ribu tahun selepas mereka.


Bersambung pada siri 10: Cerita-cerita Rakyat Mengenai Banjir di Ibu Tamadun
-------------------------------

Nota Kaki

1iraia.net, 2002. Philipine History. Geological Periods. Accessed on 12 Jul 2005. http://www.iraia.net/history/history_geological.htm

2aIbid.

2bBellwood, P., 1997.Special Report: Ancient Seafarers. Volume 50 Number 2, March/April 1997 by Peter Bellwood. Archaeological Institute of America. Accessed on 21 Jul 2004. www.archaeology.org/9703/etc/specialreport.html

3Three thousand years ago, Neolithic people exchanged New Britain obsidian across 2,400 miles to the site of Bukit Tengkorak in Sabah, northern Borneo. The Lapita people moved it for 2,100 miles eastward from New Britain to as far as Fiji in Bellwood, P., 1997.

4Bellwood, P., 1997.

5Ibid.

6Glover, D., 1999. Maps Of The Ancient Sea Kings; Evidence Of Advanced Civilization In The Ice Age by Dr. Charles Hapgood. Reviewed by Dan Glover 3/3/99. Accessed on 14 August 2006. http://members.tripod.com/~Glove_r/Hapgood.html

7Ibid. “We shall assume now that, some 20,000 years or more ago, while paleolithic peoples held out in Europe, more advanced cultures existed elsewhere on the earth, and that we have inherited a part of what they once possessed, passed down from people to people”.

8Ibid. “In 1929, a map was found, painted on parchment, and dated in the month of Murharrem in the Muslim calendar year 919, which is 1513 by the Christian calendar. This map was signed with the name Piri Ibri Haji Memmed, a Turkish admiral ("Re'is") and became known as the Piri Re'is”.

9Ibid.

10Ibid.

11Ibid. A. E. Nordenskiöld is the person who compiled an atlas of these charts (which Hapgood and his students used) also wrote an essay on their history.

12Ibid.

13Ibid. The Hadji Ahmed World Map of 1550 – Peta yang berasal dari Turki.

14Ibid.

15Ibid.

16Ibid.

17Ibid.

18Carta-carta nautikal yang dibuat oleh pelaut bagi memberi maklumat mengenai pelayaran dan arah tujuan ke pelabuhan. Secara tradisinya kemahiran kaedah ini datang dari Itali.

19Amerigo Vespucci (1454 - 1512). Pelayar dari Florentine, Italy yang menjelajah pantai Amerika Selatan. Benua Amerika diberi nama bersempena dengan nama beliau.

20Glover, D., 1999.

21Ibid.

22Ibid.

23Ibid. Geological Survey of India. In a paper entitled "The Shores of India", he followed elevated beaches into the interior as far north as the estuaries of the Indus. There is also literary evidence, traditions of ancient Indian literature, the Vedas, which tells of a time when Dravidia was an island.



Comments

dealova - Mana lagi sambungan ni bos? |2007-06-11 12:50:52
tunggu tunggu balum ada lagi sambungannya kah caita atlantis kadayan ni?

No comments:

Post a Comment