Written by kalajiau ingaa | |
Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga. Musim hujan yang berterusan bakal mengundang limpahan air di kawasan lembah sungai dan kawasan pamah di sekitarnya. Dunia kami kebetulan terletak di kawasan limpahan baah [bah, banjir]. Dalam hal ini, baah bagi kami adalah seumpama keadaan “alah bisa tegal biasa”. Di sepanjang masa kami cukup dekat dengan dengan baah. Dekat maksudnya banjir boleh melanda 2 – 3 kali setahun pada waktu tertentu. Mungkin agaknya berpunca daripada kejadian peredaran monsun ataukah kitaran hujan, limpahan baah lebih kerap bermula awal pagi berbanding pada siang hari.
Tambahan [grafik], 13 November 2008
Banyak kerja tambahan pada waktu air mula melimpah naik; urutannya boleh dipermudahkan begini. Pertama penduduk kampung semuanya bersiap siaga menghadapi keadaan yang tidak menentu ini. Kedua ada penduduk kampung perihatin yang sukarela akan menjaga paras air. Mereka ini menjadi penjaga baah tidak rasmi dan memaklumkan keadaan terkini paras bahaya limpahan kepada penduduk kampung. Seterusnya berita berkenaan akan disebarkan cepat ke seluruh kampung melalui apa-apa medium yang bersesuaian seperti kokok [bukan kokok ayam, ia adalah kelui-memberi maklum secara menjerit], tawak-tawak [gong] serta ketukan pintu ke pintu. Ada juga yang terjaga akibat suasana hingar bingar jiran sebelah rumah semasa bergegas mengharung halaman. Haiwan ternakan, barang-barang dan peralatan penting harus di angkut ke tempat selamat. Kawasan selamat maksudnya termasuk ruangan dalam rumah – beranda, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, di mana saja. Jadi segala kayu api, guni padi, ayam, itik, tekukur diangkat dengan kataan dan sangkarnya sekali. Tidak hairanlah tak lama bakahau seluruh rumah. Yang paling malang ialah mereka yang tidur mati. Segala kokok, tawak-tawak, ketukan di pintu masih juga belum terjaga. Alamat buruklah bagi mereka ini kerana barang-barang serta peralatan yang ada di halaman akan hanyut. Nasiblah kan, nanti setelah surut cari balik. Mungkin adalah terdampar di mana-mana kawasan pinggir kampung... Tetapi baah adalah masa berpesta bagi anak-anak oang daat. Kami mana peduli dengan bahaya semua itu. Baah adalah air; air yang banyak; banyak sangat dengan warna seperti teh susu... Splash!!! Air di mana-mana; dengan cuaca yang sejuk segar. Anak-anak daat menjadi sangat sibuk sepanjang hari semasa baah. Bertenggek di tepi tingkap, di beranda, di muka pintu memerhati air yang berlegar-legar mengharungi tiang rumah, pokok-pokok dan serangga-serangga bertenggek menyelamatkan diri di bahagian luar dinding . Kami semua tercangak-cangak menunggu 'lampu hijau' dari ibu bapa. Biasanya ia diberikan apabila air baah mulai surut dan inda bangat [arusnya tidak lagi begitu deras]. Sebaik sahaja saja 'lampu hijau' diberikan kami semua bertempiaran bagai “anak ayam kehilangan ibu” meredah baah. Di serata kampung anda boleh melihat anak-anak berpesta dengan kepala bajangolan [timbul], salam saloo [tenggelam timbul], ba aboo [berendam sukaria]. Antara aktiviti kegemaran kami ialah ba ajung [bermain perahu kecil, jong], membuat bangkaa [rakit, bangkar] daripada batang pisang. Bagi mereka yang inginkan peralatan yang lebih mudah, pilihan yang ada ialah gaman [penimbul] dari apa saja yang sesuai seperti sebatang pisang, gelen yang ditutup, tiub tayar yang dikembungkan, besen besar dan sebagainya. Keadaan pesta ini berterusan sehingga air banjir surus sepenuhnya. Keesokan harinya, seluruh kawasa akan menjadi becak melepasi buku lali. Persekitaran halaman akan berbau hanyir dengan bau galang-galang [cacing] yang mati. Pemandangan menjadi teruk dengan seluruh kawasan tidak ubah seperti dicat dengan warna kelabu kuning. Kebun-kebun sayur akan rosak teruk, tetapi tidak pula semestinya binasa sepenuhnya. “Sekali bah sekali pantai berubah”, bak kata pepatah kita. Pepatah tersebut lahir dari kejadian semulajadi mengenai kemampuan bah untuk mengubah keseimbangan mukabumi dan ia benar-benar sentiasa dibuktikan. Jika tidak beringat dan berjaga-jaga musibah boleh melanda dengan lebih ketara. Rumah boleh hanyut, manusia boleh lemas ditelan arus, manakala harta benda pula rosak binasa. Di abad lepas, pernah ada saranan supaya kerajaan menjadikan musim baah sebagai salah satu tarikan pelancong ke negara kita. Alasannya, kalau di negeri yang bersalji; salji boleh menjadi daya tarikan, kenapa pula baah tidak boleh. Soalnya bukan semata-mata orang lain boleh kita harus boleh juga. Air baah bukannya bersih seperti salji, tambahan pula zaman sekarang ini. Air yang melimpah tidak mengira dari mana sumbernya. Air sungai, air longkang, parit, longkang besar, tangki kumbahan ... Fikir dua kalilah sebelum melaksanakannya. Commentsliau kadayan - siok jua baah atu |2009-05-15 17:23:03 Cuba tah batutuan kadayan ( tapi translet BM bagi pakataan yang hantap kalasik bunyi... sama ejaan... kadayan kami kakal jua ada R... kecauli dalam tutuaan. Tahniah.... Kitani kadayan mana kian... sipitang? Beufort, Berunai... Temburong> Labuan... atau di Sarawak.... basinglaki - banaanya kian |2009-07-11 13:08:06 iatah owang kadayan kaaang ani, payah hantap dikelalie indamau tutuan kadayan...puas sudah ku bejalan di dunia ani..da mau ngakun..inda jua baie malu kali... |
Thursday, November 13, 2008
Musim Hujan 3: Baah [bah, banjir]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment