Wednesday, November 5, 2008

Musim Hujan 2: Kulat Tahun

Written by kalajiau ingaa

Oang daat juga mengamalkan sikap 'thinking out of the box'

Musim sejuk, berangin dan berkabus mengingatkan saya kepada sejenis cendawan kegemaran oang daat yang dipanggil “kulat tahun”. Maaf, saya tidak tahu apakah nama saintifik atau latin bagi cendawan ini. Puas saya cari di internet tapi belum jumpa-jumpa sampai sekarang.

Tentang namanya, saya menyimpulkan ia dinamai sedemikian kerana ianya merupakan kulat [- cendawan; yang bertumbuh di musim tertentu setiap] tahun.

Teks diperbaiki, 04 Nov 2008

Cendawan biasanya akan bercambah di musim-musim lembab seperti sekarang ini. Jika tidak, takkanlah ada simpulan bahasa “bagai cendawan di musim hujan”.


Kulat tahun dipetik pada waktu pagi jika terjumpa; dan ibu-ibu dan kakak-kakak oang daat sudah pandai mengagak masa dan kawasan cambahannya. Biasanya pagi-pagi lagi mereka akan meredah belukar di pinggir kampung untuk mendapatkannya.


Hayat cendawan ini tidak lama. Jika lambat ditemui di sebelah petang umpamanya, sebahagian daripada cendawan berkenaan telahpun diserang ulat dan akan mati.


Ukurannya lebih kurang dalam empat inci garispusat; atau kira-kira sebesar telunjuk dan ibujari kedua tangan dicantumkan bersama-sama.

Rasanya cukup enak, sedap dan mengandungi kandungan glutamic acid yang tinggi [baca: monosodium glutamate, aji nomoto]. Pedulikanlah bahagian glutamic acid ini, kami oang daat tak perlu tahu untuk merasa keenakannya.


Tetapi oleh kerana rasa kulat tahun yang digemari, harganya agak mahal di pasaran. Pada masa itu, nilai pasarannya adalah RM2 untuk 10-15 ukal [istilah bagi merujuk kepada setiap batang cambah cendawan yang kembang / mekar]; itupun payah hendak dibeli di tamu-tamu kerana orang-orang yang berminat berebut membelinya.


Ada juga masa di mana bekalan cendawan cukup banyak berbanding musim yang lain, tanda murahnya rezeki kami. Jika ini berlaku, selain dijual, kulat tahun boleh dikeringkan atau dijeruk untuk kegunaan yang akan datang. Ini termasuklah untuk dibuat gulai atau 'sapak' [ramuan tambahan] masakan lain kemudian.


Kualiti kulat tahun diukur samada ia ukal atau belum. Lazimnya yang paling disukai ialah cendawan yang mekar [sedang-sedang ukalnya], tetapi ada pula yang menyukai cendawan yang belum ukal. Namun semua ini biasanya hanya merupakan pilihan yang diketepikan. Asal terjumpa, ukal kah tidak, ambil saja semuanya...

Untuk persediaan memasak, batangnya sehingga ke bahagian kon akan dibelah memanjang.


Kulat tahun paling senang dimasak, dan ia tetap lazat walau hanya dimasak dengan ramuan yang paling minima. Cukup dengan direbus dengan air dan ditaburkan dengan garam dan sedikit serbuk perisa, dan anda masih berupaya menikmatinya.


Kulat tahun sukar untuk ditanam secara komersial. Kepakaran oang daat belum sampai ke tahap membiakkannya. Apatah lagi untuk mengembangkan penanamannya menggunakan teknik spora. Para penanam cendawan komersial sampai sekarang pun nampaknya tidak menanam kulat tahun. Mungkin anak-anak oang daat yang berpendidikan masa kini harus telah mampu untuk menghantar sampel cendawan ke makmal-makmal untuk menghasilkan bibit cendawan yang kemudiannya mampu ditanam di rumah cendawan komersial.


Kulat tahun biasanya akan bercambah di tempat yang sama setiap kali.


Saudara kami orang Lundayeh [juga oang daat] dari kampung yang berhampiran pernah membuat experimen [oang daat juga mengamalkan sikap 'thinking out of the box']. Oleh kerana ia bercambah di tempat yang sama, kenapa tidak cangkul saja tanah tempat cambahannya dan bawa balik ke halaman rumah. Namun usaha ini tidak menjadi, ia tetap bercambah di kawasan tanah yang kena cangkul, bukan tanah cangkulan yang dibawa dengan lasuk [sejenis takiding] ke halaman.


Sebenarnya saya sendiri juga pernah berbuat demikian. Ini kerana tempat cambahan kulat tahun terletak di bahumah (ba[wah r]umah) dan di bawah kandang ayam!


Tapi experimen ini juga gagal.


Comments
penyo |2008-11-04 15:41:48
Saya rasa kulat ni bagus juga dibuat kajian lebih mendalam bagaimana untuk mengkomersialkan kulat ini. Cadangan yang baik juga kalau menteri kita memberi bantuan dari segi kewangan atau menggunakan wang KWSP RM5billion di laburkan untuk kajian penanam kulat ini.

halimantang |2008-11-05 15:37:40
tapakai ku tulisan mu ni, inda banyak ooang daat yang tinggi pikian pasal kulat tahun ni,yang paling ku minat part nyangkol tanah di bawa mulih tu..mmg sakit paut ku tetawa mbaca..tapi ok jua idia mu tu..boleh pakai jua..

Mohd - Kulat taun |2008-11-08 11:46:19
Setuju ku pasal artikel ni, mulah nini pun dulu ada merista pasal kulat taun ni. Rasanya pun nda sama dengan kulat yang d tanam.


malaskuingau - nyaman |2008-12-03 20:27:45
nyaman tuk eh kulat tahun tuk...
takanang mamak mulanyak mun ai musim kulat tahun..." lain asak sajuk nyak yang, ada pakah kulat tahun..." jinyak

Anonymous |2009-05-24 19:11:22
sanang kan mehunja kulat taun ani....tuuti saja aah angin...banyak luih tu...

No comments:

Post a Comment