Tuesday, April 21, 2009

Alfatihah untuk arwah Abdul Muluk Ejum

Written by arimi sidek

Al-Fatihah untuk saudara Abdul Muluk Ejum. Beliau telah meninggal dunia pada 10 April 2009 di sebuah Hotel di Kota Kinabalu, Sabah.


Pic from riekadier.blogspot.com

Bekerja sebagai Pegawai Pendidikan, dipercayai beliau tinggal di hotel berkenaan kerana menjalankan tugas luar kawasan.

Beliau merupakan kawan yang saya kenali sejak dari tahun 1982 lagi, kerana sama-sama merupakan pelajar tajaan program Yayasan Sabah yang menyambung pelajaran menengah di Semenanjung.



Namun itu hanya sekadar kenal. Kami menjadi rapat semasa menuntut di Universiti – kami susah senang bersama. Begitu juga dengan beberapa rakan lain seperti Bito, Foudzay, Roslan, Hashim,Yusri, Bakaq, Shida, Nora … sekadar menyebutkan beberapa nama.




Saya dimaklumkan mengenai pemergian beliau oleh Bito (Zainuddin).

Entah betul ke si Bito yang sms saya pun tak berapa pasti. Bila saja telefon bimbit bertukar nombor telefon kawan pun tertinggal di set yang lama. Agaknya si Bito lah tu.


Tidak banyak yang saya tahu mengenai beliau sejak usai pengajian dua dekad yang lampau. Agaknya sudah suratan alam, masing-masing membawa haluan hidup sendiri. Saya hanya sempat bertembung dengan beliau di lapangan terbang sekali atau dua kali.


Takziah saya ucapkan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai serta semua rakan taulan yang turut bakal merasakan ketiadaannya.

Mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.


P.S. Kepada saudara-saudari yang mungkin mengenali saya di mana-mana, silalah menghubungi saya dari semasa ke semasa. Paling tidak pun hantar le emel ka, di chat box ni ka....

Comments


mohd fodzi bin osman |2009-12-24
selamat bertemu dalam maya, terkejut dapat tau muluk meninggal---alfatihah, hang apa khabar

No comments:

Post a Comment