Written by kalajiau ingaa
Sedar tak sedar dah dekat sebulan kita menjalani ibadah puasa untuk tahun ini. Maksudnya bulan puasa telah hampir tiba ke penghujungnya. Berakhirnya bulan puasa, menjelang pula Aidil Fitri.
Di kampong Oang Daat dan juga kampong orang-orang Islam di merata ceruk Borneo sejak dari zaman-berzaman lagi tidak pernah sunyi dari aktiviti-aktiviti khusus di sepanjang bulan Ramadhan. Di masjid kampong kami terdapat dua aktiviti wajib yang berjalan iaitu bertadarus Al-Quran serta bersolat Tarawih.
Bagaimanapun dahulunya di kampong kami tadarus merupakan aktiviti yang lebih dominan berbanding solat tarawih. Hanya bermula dari awal tahun 1980an barulah solat tarawih berjemaah mula bertapak dengan subur. Perkembangan ini mungkin merupakan hasil pendedahan kepada dunia luar, menjadikan aliran ajaran agama setempat selari dengan arus Islam perdana, begitulah.
Almaklum saja, dunia oang daat kami berada di ceruk dunia. Di sini, peranan badan-badan keagamaan hanya muncul dengan nyata bermula awal tahun-tahun 1980an. Sebelum itu, soal penentuan puasa, penentuan hari raya, soal kutipan zakat fitrah dan sebagainya banyak dipengaruhi oleh keputusan dan karisma orang-orang sekampung yang arif tentang hal ehwal keagamaan. Sebelum itu jangan hairan jika kampung A berpuasa lebih awal atau, beraya lebih awal berbanding dengan kampung B.
Tak mengapalah, kita tinggalkan topik bicara yang agak sendat ini. Bukan saya tidak mahu, tetapi kita boleh membincangkannya pada masa lain yang lebih sesuai.
Mari kita bicara tentang hal yang lebih ringan, soal makan.
Bulan puasa di kampong kami juga merupakan bulan pesta makan-makan. Bermula dengan sang ibu dan adik-kakak riuh rendah dengan paluan lesung batu serta gema pengukur kelapa yang laut-laut diselang seli dengan hentakan parang ke sasaban. Ahh, semuanya khusus bagi penyediaan penyungkaian. Aromanya sungguh menyegarkan hingga perut anda yang seksi mula berdondang sayang mengikut irama paluan sendok dengan kuali dari ruang dapur.
Makan, makan, makan.
Kemudian di masjid bertadarus dan bertarawih. Selesai ritual ini, minum-minum dan makanan lagi. Tiba ke waktu sahur makan lagi. Kemudian di bahagian penghujung bulan puasa seperti sekarang, makan-makan tahun (kenduri arwah) akan diadakan di mana-mana. Maksudnya antara lain, makan lagi.
Tetapi di dalam semua ini terselit satu juadah yang seolah-olah menjadi kemestian di mana-mana majlis makan yang anda hadiri. Juadah berkenaan ialah bubur. Anda juga tentu biasa dengan segala macam bubur. Ia senang disediakan; tambahkan air, santan, gula, sedikit garam dan bahan yang hendak dijadikan bubur. Juga senang dihadam kerana sebahagian besar komponen bubur adalah air.
Namun di dunia sebelah sini setahu saya tiada bubur lambuk. Bubur campur ada, lebih kuranglah barangkali tu. Bubur kacang hijau adalah paling popular. Ada juga bubur jagung, sama ada jagung kuning (jagung ayam) dan jagung lakatan (lembut, agak melekit, lekat, pulut). Bubur ubi kayu dan ubi manjalaa (ubi jala). Bubur taigu (terigu, gandum), semua baham saja asal dihidang.
Bagaimana dengan bubur yang agak eksotika seperti bubur durian? Anda mungkin masih biasa.
Bubur mi kuning? Agak kurang biasa ya.
Ada lagi. Bubur biskut keras berbentuk oval. Biskut ini sudah lama saya tidak melihatnya, tapi masih dijual di pekan-pekan kecil. Keras, senang-senang untuk dibaling ke arah kanak-kanak nakal. Sesuai dihidang semasa kenduri kerana lambat masuk angin apabila terdedah.
Bubur buah tarap? Hanya orang Borneo yang merasa. Rakan dari semenanjung mengatakan ini buah hutan. Buah hutan pun mahallah. Tarap yang lunak dan ulasnya besar-besar cukup enak dimakan. Selain dari bubur, bijinya sedap digoreng menjadi makanan ringan. Tarap juga sesuai dimakan begitu saja dengan kelazatannya sehingga menjilat jari. Buah tarap yang muda boleh dibuat sayur santan.
Bubur cempedak? Bubur nangka? Opps, saya juga tidak biasa, tetapi mungkin ada. Tetapi ada jenis nangka yang dinamakan nangka bubur.
Bubur adalah juadah versatile jika anda bersikap exploratory. Cuba saja ide bubur yang baru. Jika bubur anda laku maka ia akan jadi ikutan di belakang hari. Sebagai contoh, baru-baru ini kami menghadiri satu majlis perkahwinan di kampong sebelahisteri saya. Tuang punya tuang, gelas kami terisi dengan jus minuman yang baru bagi saya, jus timun segar buatan sendiri. Nampaknya isi timun yang tidak dibuka kulitnya diparut halus, memanjang dan menjadi serat yang membentuk minuman jus berkenaan. “Jus apa ni, tak sedap pun” gerutu anak buah di sisi. Isteri saya lalu mencuit pinggangnya, tanda menyuruh diam …
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

No comments:
Post a Comment