Saturday, September 27, 2008

Streamyx oooo Streamyx!

Written by KaaWai ^TaNaH^
Saturday, 27 September 2008

Streamyx turut berpuasa di bulan Ramadhan

Maaf kerana kadayanuniverse.com mengalami gangguan perkhidmatan sekali lagi.

Pengalaman dengan perkhidmatan TM streamyx di bulan Ramadhan ini cukup menyayat hati. Agaknya bukan saja kakitangan TM yang berpuasa, tetapi juga dengan talian-taliannya sekali jika mengambilkira kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di kawasan Luyang Kota Kinabalu ini.

Cukup menyedihkan.

Di sepanjang bulan September ini, setiap minggu mesti ada gangguan. Tiada Internet dalam dua tiga jam masih boleh diterima, tetapi ini sudah lebih. Dalam seminggu gangguan satu hingga tiga hari, tak berbaloi rasanya dengan bayaran RM88 yang mesti dijelaskan setiap bulan.

Teks dikemaskini, 28 September 2008

Yang paling teruk ialah minggu ini. Dari 25 haribulan sehingga hari ini 27 September 2008 belum lagi pulih. Panggilan ke 1300 88 9515 dah lebih dari hafal kerana terlalu sering menelefon perkhidmatan pelanggan TM. Tekan 1 untuk Bahasa Malaysia. Anda akan dipaksa mendengar pengumuman yang berjela-jela sebelum ke langkah yang seterusnya (tiada cara untuk escape kah?). Tekan 1 lagi untuk perkhidmatan Streamyx. Kemudian tekan 3 untuk bantuan teknikal.

"Ye Encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?”

"Encik ada di depan komputer?”

"Lampu ADSL ada menyala?”

"Dah cuba buat direct connection?”

"Apa error bila encik dail”

Pertanyaan-pertanyaan bangang dari kakitangan TM yang cuma menghafal skrip bodoh bantuan pelanggan. Bilalah agaknya mereka cuba memahami bahawa bukan semua pengguna Streamyx sedangkal pengetahuan mereka sendiri.

Pengguna-pengguna Streamyx yang mahir tidak memerlukan itu semua. Untuk mengetahui samada LAN berjalan dengan baik atau tidak cukup dengan hanya meluncurkan dos console / unix terminal.

Ping komputer sendiri 192.168.1.X - Mampu mempastikan ethernet NIC PC sendiri OK

Ping gateway 192.168.1.1 - Router OK

Ping DNS 202.188.1.5 - Streamyx OK

Apa pula yang hendak ditanyakan mengenai apa error yang keluar?

Semua error-error ini hanya berguna jika pelanggan berkenaan menggunakan sistem operasi Microsoft Windows. Nombor error rekaan Microsoft tidak laku di Linux, tidak laku juga di Mac. Lain sistem operasi lain nombor error. Pengguna OS Linux dan Mac tiada maklumat dan tidak memerlukan nombor-nombor error berkenaan.

Lagi pula, setiap kali masalah capaian streamyx berlaku, situasi sebenar yang terjadi adalah kerana liputan perkhidmatan streamyx yang tidak baik, bukan masalah di dalam rumah. Malah tidak perlu menjadi pengguna mahir, anda juga boleh menyemak di mana masalah berkenaan berlaku menggunakan kaedah pinger. Jika anda menggunakan Microsoft Window sila pergi ke Start menu, klik run dan taip "cmd". Kekotak Dos akan keluar sedia dengan command prompt yang diperlukan. Teruskan dengan menaip perkataan yang bold di bawah

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 192.168.1.1
Pinging 192.168.1.1 with 32 byte of data:

Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254
Reply from 192.168.1.1: bytes=32 time=ms TTL=254

Ping statistics for 192.168.1.1:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 2ms, Maximum = 3ms, Average = 2ms

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Hasil keputusan pinger menunjukkan bahawa LAN di dalam keadaan baik. Komputer boleh berhubung dengan gateway / router / ADSL modem seperti biasa. Pendek kata TIADA masalah berlaku di dalam rumah!

Untuk mengetahui masalahnya, sila teruskan dengan melakukan pinging ke secondary domain nameserver (DNS) TM, atau mana-mana IP di luar rumah.

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>ping 202.188.1.5

Pinging 202.188.1.5 with 32 byte of data:

Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.
Request timed out.

Ping statistics for 202.188.1.5:
Packets: Sent = 4, Received = 0, Lost = 4 (100% loss),

C:\Documents and Settings\DamnStreamyx>

Haaaa, Request timed out maksudnya ping anda tidak dijawab dengan wajar sehingga habis masa yang diperuntukkan. Jika anda membayar bil dengan tepat, password dan login tidak bermasalah, dan anda tidak pernah menjadi tikus membaiki labu mengubah sebarang setting di ADSL modem anda; ertinya ialah connection streamyx sedang bermasalah. Mungkin kambing hitam TM yang cemerlang, gemilang dan terbilang sedang berpuasa.

Di sini router tidak boleh berhubung keluar dari access pointnya. Perkhidmatan Streamyx yang buruk sedang mengalami gangguan dan akan menjadi reput jika anda tidak menelefon 1300 88 9515.

Cukup menyakitkan hati.

Cukup teruk.

Jangankan hendak mengemaskini laman web, nak melayari internet pun tak dapat. Sampai terpaksa ke Cyber Cafe untuk melangsungkan kesinambungan laman web dan urusan-urusan lain seperti pembayaran bil-bil yang perlu seperti yang saya lakukan sejak dua hari lepas. Malangnya Web KadayanUniverse.Com juga tidak dapat dicapai kerana sebab yang lain pula.

Mana lagi nak menyelesaikan masalah Streamyx, mana lagi nak menyelesaikan masalah server, mana lagi nak berpuasa ....

Puasa dah nak habis. Harap-harap selepas Raya TM boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Jika tidak, alamatlah TM akan kehilangan beberapa orang pelanggan lama. Masalahnya beberapa pelanggan ini ialah pelanggan yang bermulut celupar!

Celcom broadband ada, Digi pun ada. Apa yang nak disusahkan untuk bertahan dengan perkhidmatan teruk begini.


Comments


zmk |2008-09-28 17:28:16
betul tu,kalu streamyxx bertebiat lg,aku disconnect tukar pg broadband

kaawai - Macam ok suda sekarang ini... |2008-09-28 19:27:32
Sekarang ni macam ok suda, cuma tak tahu berapa lama sebelum dia balik rosak.

Dua kali call streamyx, siap buat report.

Minta tolong diorang reset connection dua kali tak dapat, kononnya port di luar tak stabil.

Stabil-stabilkanlah kalau boleh.

Kalau tidak lepas raya ni tukar pegi kombo rm60, sama saja teruknya yang pakej paling bagus ni.

Atau celcom broadband? rm60 juga, unlimited juga coma modem dia mahal dalam rm3xx.

Selamat hari raya zmk dan semua para pembaca
kaawai tanah

babun - TM Streamyx masih monopoli! |2008-09-28 19:02:38
Inilah masalahnya monopoli. Perkhidmatan tidak baik tiada masalah, perkhidmatan buruk tiada problem.

Mungkin kalau sudah celcom, digi, jaring dan lain-lain perkhidmatan sudah berjaya menyaingi mereka, barulah bergegas ke sana sini untuk meningkatkan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment