Written by KaaWai ^TaNaH^ | |
Kadayanuniverse.com mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua pengunjung muslim dari seluruh dunia. Sedikit takzirah puasa
Seperti yang kita semua ketahui, puasa adalah salah satu dari 5 rukun Islam yang diwajibkan Allah SWT kepada umat Islam. Ia termaktub sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran: يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ أَيَّامًا مَعْدُوْدَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيْضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهُ فِدْيَةُ طَعَامٌ مِسْكِيْنٌ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تـَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ َتــعْلَمُوْنَ شَهْرُ مَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتِ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمْ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كاَنَ مَرِيْضًا أَوْ علَىَ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَياَّمٍ أُخَرَ يُرِيْدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيْدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتــكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوْا اللهَ علَىَ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan sebagai sempadan (antara yang haq dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang berada (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. (Al Baqarah : 183 – 185) Terdapat banyak hadis yang menerangkan fadhilat dan keutamaan berpuasa di bulan Ramadhan samaada untuk manafaat di dunia ini dan terutamanya untuk manafaat di akhirat. Keistimewaan utama di dalam bulan ini ialah pintu pintu langit dan syurga di buka sebagai rahmat kepada orang-orang beriman mengerjakan ibadah. Pendek kata, Ramadhan merupakan bulan istimewa kepada umat Muhammad SAW. Sabda baginda yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Di dalam bulan ini, setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda sementara setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala seolah-olah amalan fardhu. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi yang berpuasa. Bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka. Di dalam hadis lain pula baginda bersabda, "Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan".
Berikut merupakan fadhilat dan kelebihan yang dimaksudkan:-
i) Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga ii) Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT iii) Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak iv) Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt v) Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga vi) Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujoh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puloh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang. Sumber penuh Kerjakanlah ibadah sebanyak-banyaknya di dalam bulan ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Ini termasuklah menjalani ibadah:-
i) Mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain. ii) Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain iii) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan. iv) Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. v) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya. Sumber |
Tuesday, September 2, 2008
Selamat menjalani ibadah puasa 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment