Sunday, January 9, 2011

Kalau Iyapun Hantu, Ambillah Gambar Hantu Betul-Betul


Sampai bilalah masyarakat kita ni berselubung dengan hantu-hantu.

Sejadah sembahyanglah, hantulah. Sesi memanggil jin pun dah jadi berita komersial di TV. Kalau betul tidak mengapalah juga, ini gambar yang kena edit pun boleh mendapat tempat di dada akhbar dan disensasikan. Terbaru ialah gambar ini, yang disiarkan dengan tajuk "Hantu Malam Jumaat" oleh Harian Kosmo. Kononnya hantu, iyalah tu. Hantu Photoshop.



Pix 1. Gambar Hantu Malam Jumaat


Perhatikan gambar di atas betul-betul. Pemerhatian kasar pun tak lepas, apa lagi kalau diperincikan.

Ada seorang wanita muda mengambil gambar.

Di belakangnya terdapat sebuah TV berwarna hitam dalam jarak 10 - 15 kaki ke belakang dan kelihatan kelabu kerana simbahan cahaya lampu bilik.

Sekarang, perhatikan gambar lembaga berselubung hitam di sebelah kiri. Berbanding TV, jarak kedudukannya juga lebih kurang sama di antara 10 - 15 kaki, tetapi tona warna hitamnya terlalu terang untuk menjadi lembaga misteri. Sama ada hantu ataupun bukan, hukum cahaya tetap sama.

Nak tengok lebih terperinci?



Pix 2. Sempadan selubung hantu

Lihat gambar ini, perhatikan betapa tajamnya garisan sempadan hitam di hujung selubung selubung "hantu" ini. Bahagian ini sepatutnya lebih kabur dari mana-mana bahagian lain kerana ia paling kurang terkena simbahan cahaya lampu bilik atau lampu flash kamera.

Masih tak percaya?

Kita buat acid test, menggunakan kaedah zoom in dan mencari pixel yang hilang.

Pix 3 menunjukkan bahagian-bahagian yang bakal dizoom in menjadi pix 4, 5 dan 6. Pada pix 3 juga, perhatikan tona warna hitam bahagian telefon bimbit yang digunakan oleh perempuan ini sama dengan selubung lembaga hitam.



Pix 3. Bahagian yang di zoom in.

Sila lihat kehilangan pixel pelbagai warna (multicolor pixel) yang tertera pada pix 4 dan pix 5. Warna pixel yang hilang ini ditanda kuning pada kedua-dua gambar berkenaan. Ia senang dicari kerana ia wujud disebabkan oleh aktiviti cut and paste dan bucket fill (opps... ini rahsia jurueditlah)


Pix 4. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna


Pix 5. Kehilangan Pixel Pelbagai Warna

Bagaimana pula lembaga ini yang dikatakan berselubung tanpa muka?



Pix 6. Selubung "tanpa muka"?

Inilah yang paling menarik, bahagian "tanpa muka" berkenaan tidak lain dan tidak bukan merupakan gambar dinding bilik / sesuatu objek yang tergantung pada dinding bilik sebelum dilapis dengan layer selubung.

Ha ha ha....

Lain kali jangan menipu lagi. Cukuplah tu, hari tu heboh dengan sejadah ajaib yang pandai solat
Tukang buat pun menipu, akbar pun menipu untuk melariskan jualan. Asyik bersikap masabodoh, asal ada cerita sensasi siarkan tanpa soal selidik.

Berita mengenai "Hantu Malam Jumaat"- Kosmo


3 comments:

  1. Selalu membangkang kerajaan, sekarang menyiasat hantu pula... Dh habis modal kot sdr? Melawak jer.. Apa-apa pun penerangan sdr mmg lojik gak erk

    ReplyDelete
  2. Hantu tu bos. Hantu mana yg ikut hukum cahaya. Wlupun dah moden jgn nafikan perkara2 diluar kemampuan akal fikiran kita.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih kerana sudi berkunjung dan membaca artikel di blog saya.

    Anon 3:01 PM,

    Mempelbagaikan artikel, tak boleh ke? :^)

    Anon 8:32 PM,

    Jangan salah sangka pula, sebenarnya saya bukan hendak menafikan perkara ghaib / di luar logika. Masalahnya gambar ini menurut hemat saya memang kena ubahsuai, itu saja.

    ReplyDelete