Kubur "Misteri" Di perkarangan Masjid Kampung Gum-gum Bt.16, Sandakan.

Tuesday, January 11, 2011
Author kaawai Category , ,

Masjid Darul Aman yang terletak di Kampung Gum-gum Batu (bt) 16, Sandakan Sabah.


Video Kubur "Misteri".

Besar, agak baru dibina dan tersergam di pinggir jalan utama bandar Sandakan. Namun Masjid ini mengundang kontroversinya sendiri di kalangan penduduk setempat. Mana tidaknya, tiba-tiba dijadikan tapak perkuburan.

Video di atas diperolehi daripada youtube, mengenai kubur yang dimaksudkan.Tonton terus dari youtube.

Kontroversi kerana perkarangan masjid ini bukan tanah perkuburan.
Kontroversi kerana di kawasan sekitar kampung juga ada tanah perkaburan yang sepatutnya boleh dijadikan tapak pengkebumian.

"Misteri" kerana kerana jenazah seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan seseorang yang berpengaruh di kawasan berkenaan dikebumikan tanpa pengetahuan penduduk kampung di sekitar bulan Jun, 2009 yang lepas.

Mengikut seorang penduduk kampung yang tidak mahu dikenali, pengkebumian berkenaan telah dibuat di waktu malam ketika orang kampung sedang nyenyak tidur. Berikutan itu, aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa mengenainya. Berita mengenai kubur ini dan kemungkinan berlaku perkara-perkara yang tidak beres telah pernah diceritakan di sini.

Malangnya sehingga kini tiada sebarang tindakan dibuat. Adalah disaran supaya pihak berkuasa membuka mata dan lebih pro-aktif untuk menangani masalah ini.

3 comments:

Pilaku sayang said...

Kalu bgini bkn mistri oh ji.. Yb slhguna kuasa ne tukar mlk tanah, kuburkn ibu sdr dia di kwsn msjid smp mblkgkn agama :-(

yang benar said...

DARI SEGI AGAMA DAN HUKUM TIDAK ADA MASALAH,CUMA ORANG BUSUK HATI JA YANG MEMBELAKANGKAN AGAMA,ORANG YANG MENGATAKAN DIKEBUMIKAN SEWAKTU ORANG TIDUR ADALAH ORANG BUTA DAN BISU YANG SUKA MEMFITNAH. TAHU HUKUM MEMFITNAH APA BALASANNYA? ALAYARHAMA DIKEBUMIKAN SELEPAS SOLAT ASAR, MASIH SIANG TU...

yang tidak benar said...

saudara yang benar,
saya ingin berkongsi masalah ini dengan mengambil pendapat ini

Menurut Zainuddin, Hajjah Maskunah Bte Pangiran Badarun yang dilahirkan pada 30 Oktober 1927 telah meninggal dunia pada 9 Jun 2009 dan tanpa sebarang persetujuan Ketua Kampung dan penduduk kampung Gum-Gum, ‘Sultan’ Zakaria telah mengarah kaum kerabatnya mengkebumikan jenazah ibu saudaranya itu di perkarangan masjid berkenaan.

Zainuddin menarik perhatian bahawa Qadi al_Baidhawi Rahimullah berfatwa tentang haramnya amalan ‘kuburi’ iaitu antaranya solat menghadap kubur atau menjadikan (menanam mayat) di hadapan masjid atau surau.

Amalan ini kata Zainuddin ialah amalan Orang Yahudi kerana mereka suka sujud kepada kubur nabi mereka bertujuan untuk memuliakannya dengan menjadikan kubur-kubur tersebut di sebelah kiblat dengan cara menghadapkan solat mereka ke kubur. Akhirnya kubur tersebut menjadi berhala. Oleh itu, mereka dilaknat oleh Allah. Maka ditegah orang-orang Islam dari melakukan seperti mereka (Yahudi).

Menurut Zainuddin, Ulama Islam Mazhab Syafie di seluruh dunia telah memfatwakan bahawa umat Islam dilarang mengerjakan solat di masjid yang ada ‘atau di masjid yang dibina di atas perkuburan atau di masjid yang tanahnya bersambung dengan kubur dan berhampiran dengan kubur.

bagaimana pandangan anda?

Post a Comment