Written by kalajiau ingaa | |
Kulambu merupakan romantika pasangan oang daat, satu-satunya ruang privacy dan terlindung bagi mereka, yang rata-ratanya punya ramai anak.
AKU OANG DAAT PART 17
Kelambu: Part 1
Oang daat yang membesar sehingga di awal tahun-tahun 1980an tentu pernah ‘menetap’ dalam kulambu (kelambu). Peralatan ini adalah peralatan wajib di rumah pada era berkenaan. Tanpanya anda tentu akan menjadi pendekar malam, bersilat dengan nyamuk dan agas hingga ke pagi.
Kulambu merupakan household item yang penting.
Kulambu kami rata-rata dibuat dari kain kasa bunga-bunga atau tanpa corak plain. Ia adalah kain cotton yang paling murah dan jarang, bagi anda yang tidak tahu. Selain kulambu, ia juga sesuai dibuat sarung bantal atau seluar serta utau (apron tradisional ) bayi.
Revised text version, 24 July 2008. Tetapi, ia tetap bukannya kain untuk dibuat kulambu. Ia bukan kulambu romantik sebenar seperti yang anda tonton dalam wayang-wayang klasik atau muzium.
Kerana kainnya, kulambu oang daat adalah lebih tebal berbanding dengan kelambu biasa. Suasana di dalamnya agak gelap dan hampir tidak transparent. Selain itu ia dipenuhi habuk dan bidut pelita yang dinyalakan saban malam serta mengundang bau hapak yang sinonim dengan kehidupan malam kami.
Memandangkan kain kulambu sedemikian rupa, apabila uak (bentang) saja kulambu, anda seolah-olah bertandang ke dunia yang tersendiri. Agak misteri rasanya dalam kegelapan begitu.
Kulambu juga memberi satu perasaan yang lebih selamat bagi anak-anak berbanding dengan ruang luaran rumah. Ia lebih merupakan private domain bagi rumah oang daat tanpa bilik.
Suhu dalam kulambu mungkin mendekati suhu bilik moden masa kini yang sebenar. Ini kerana di luar, rumah kami yang berlantai buluh dan didinding dengan palupuh dan kulit kayu terlalu banyak lubang sehingga ia tidak begitu berbeza dengan suhu di halaman rumah.
Saiz kulambu kami biasanya agak besar, cukup untuk memuatkan empat lima orang tidur dengan selesa. Ia digantung pada ketinggian lebih kurang empat kaki dari paras lantai. Semuanya mempunyai empat bucu membentuk struktur semi-permanent di atas longgokan bantal-bantal tempat tidur pada siang hari.
Kulambu adalah arahan tidur.
Kulambu merupakan romantika pasangan oang daat; satu-satunya ruang privacy dan terlindung bagi mereka yang rata-ratanya punya ramai anak. Dalam hal ini, kulambu tebal dan suram memang sesuatu yang didambakan bagi memenuhi keinginan alami dan pelengkap kepada kehidupan malam mereka. |
Wednesday, July 23, 2008
Kulambu Kelambu Bangking
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment