Pantan ialah sejenis kebolehan menghentikan pengaliran darah. “Bla bla bla”, pooh kanan, pooh kiri, pegang tempat luka dan terus darah berhenti. Jika tidak pandai? Tabur saja dengan serbuk kopi kering! AKU OANG DAAT – PART 15
Kopi I: Serbuk Kopi'pamantan' luka oang daat Oang daat sangat akrab dengan kopi, tidak syak lagi kopi adalah “pokok angkat”1 kesayangan mereka. Kopi adalah minuman ruji. Ia juga merupakan satu-satunya first aid kit yang amat praktikal bagi oang daat. Kopi merupakan ubat cum minuman. Jika tiada apa-apa yang berlaku semasa bekerja, ia boleh dibuat minuman - idea 2-in-1 yang sudah lama dalam kepala manusia di dunia sini.
Katakan anda sedang bekerja dan tiba-tiba nasib malang menimpa – anda terkena tetakan parang, kapak, beliung; palis-palis, apa nak buat dah nasib. Lalu terbit luka panjang sebuku atau dua buku jari dan darah mula mengalir keluar tanpa henti. Di mana hendak mengadu di dalam hutan begitu. Ahh, oang daat ada satu jenis jampi yang diperlukan ketika ini. Ia di panggil pamantan2, iaitu sejenis kebolehan untuk menghentikan darah daripada terus mengalir keluar. Biasanya ia adalah sejenis jampi. “Bla bla bla”, lalu tiup pooh kanan, pooh kiri, pegang tempat luka dan terus darah berhenti. Luka berkenaan kemudian dibalut dengan apa-apa kain yang dapat dicapai. Tetapi bukan semua pandai memantan. Jangan anggap semua oang daat champin (pandai, champion). Dalam keadaan kritikal begitu, apa yang paling cepat ialah anda sendiri (pabila berseorangan; atau kawan anda, akan mencarik baju kerja atau paling kerap, kain pembungkus parang; DAN mengambil serbuk kopi kering! Serbuk kopi ini akan ditabur di kawasan luka dan kemudian akan dibabat (balut, bebat) menggunakan kain. Perkakasan kerja yang bersepah akan dikemaskan selepas anda didukung ke tempat selamat. Itu bagaimanapun bergantung kepada seriusnya luka yang terbit. Jika tidak, memadai anda hanya berehat seketika dan menyambung kerja semula tidak lama kemudian. Tetapi pendek kata, kopi merupakan pamantan yang berkesan. Saya tidak tahu dari mana oang daat mengetahui hal sebegini, pengetahuan ini mungkin diperolehi kerana inferens dan eksperimen sendiri. Yang penting, hampir semua kami mengetahuinya. Luka sikit, kopi. Luka sederhana besar, kopi. Luka yang agak-agak sampai 5 jahitan (stitches), kopi. Luka besar, sebelum di bawa ke daisa3, kopi. Luka yang amat besar? Adeh... matilah, mana boleh cukup dengan kopi saja! Endnote: 1Sebagai tukar ganti perkataan 'anak' angkat. Kopi bukan tumbuhan asal di Borneo. Sila ikuti artikel kopi yang akan datang untuk penerangan yang lebih lanjut.
2juga dipanggil pantan - memantan, mantan. 3pusat kesihatan setempat, diketuai oleh pembantu kesihatan sebagai officer-in-charge (dresser).
|
No comments:
Post a Comment