Saturday, July 19, 2008

Tun Mustapha & Datuk Harris: Bapak borek, anak rintik

Written by Arimi Sidek

BERJAYA, 1976

Kritikan-kritikan dan serangan pribadi ke atas Tun nampaknya berhasil. Tun Mustapha telah kalah di dalam percaturan politik, USNO tidak lagi memerintah Sabah selepas 1975.

Datuk Harris Salleh merupakan pemimpin tertinggi era Berjaya yang paling dikenali dan masih hidup sehingga sekarang.

Pada era berkenaan, apa yang pasti tiada lagi gagasan tinggi seperti membawa negeri Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia.

Namun di dalam gaya pentadbiran dan kebebasan akhbar, Datuk Harris merupakan anak didik kepada Tun Mustapha. Harris juga mengamalkan gaya pentadbiran autokratik. Bapa borek, anak rintik.

Berjaya menikmati sokongan besar dari kerajaan persekutuan sehingga ke akhir tempoh pentadbirannya. Oleh itu pemerintahan autokratik dan kawalan ke atas media ini seolah-olah direstui oleh mereka sehingga tempoh pilihanraya umum negeri Sabah 1984 yang menyaksikan Berjaya ditumpaskan oleh parti ‘hingusan’ yang mengejutkan ramai orang, Parti Bersatu Sabah (PBS).

Mengikut Kalimuthu (1985) semua berita yang dikawal oleh kerajaan di semenanjung menyokong parti Berjaya. Keadaan ini menyebabkan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengkritik media kerajaan bahawa “tiada yang disebut tentang pembangkang, mereka juga tidak diberi peluang untuk membela diri ... demokrasi, mengikut kefahaman saya, ialah diasak dengan teruk dan [menjadi] herot-merot”.

Sama seperti USNO disingkirkan kerana Tun Mustapha yang kelihatan rakus kepada kuasa yang tidak terbatas, Berjaya telah menerima akibat yang sama semasa Datuk Harris. Sebuah parti baru "underdog" yang tidak dikenali, Parti Bersatu Sabah (PBS) di bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan telah mengambilalih pemerintahan negeri sehingga sedekad yang seterusnya.


Sumber:

Kalimuthu, K.R., 1986. The Sabah State Elections of April 1985 by K. Ramanathan Kalimuthu. Asian Survey, Vol. 26, No. 7, (Jul., 1986), pp. 815-837. University of California Press.


Comments


ONAK - Andang2 Dami atu mamaintah..... |2008-08-09 15:22:17
Mamainath ni mun Pemimpinnya Kuang Jantan dan Hipokrit ada asa takut andang2 dami atu....Makahnya BERJAYA d alahkan oleh Sebuah Parti Underdog yg belum pun betumbuh bulu sayapnya mun Boong. Paangai ani sama jua dgn tingkah laku YB MP Sipitang kaang ani atu. Tahu Agama alah2 Nabi Muhammad, Tapi Sifat Pendandamnya lombo 1 eh....

No comments:

Post a Comment