Scabies, scabies ... Cakap ler Kudis Buta

Friday, April 27, 2012
Author Arimi Sidek Category , , , ,

Tiba-tiba seorang kawan macam cemas saja.

Anaknya kena penyakit bahaya scabies. “Scabies ni akibat mites”, katanya. Bahaya! Nak diubati pun ambil masa sebulan. Macam-macam lagilah diluahkannya.



Aku tanya dia apa tu scabies, apa tu mites. Mites tu dia fahamlah, sejenis parasit, hama. Akan tetapi pasal scabies tu dia mengaku dia pun tak tau.Tapi dia bersikeras, doktor kata merbahaya. Cepat merebak, jangan ada binatang peliharaan, jangan ada kucing di rumah.

Scabies, scabies penyakit kritikal serba barukah? Tapi macam pernah dengar. Kepalaku terus mencongak. Alamak, tahun lepas pun doktor bagi krim sapu “Scaboma lotion” takut aku terkena kudis buta. Ditulis dalamnya “treatment for scabies …” Aku bagitau dialah, “kudis buta bah tu”. Ha ha ha…



Masa sekolah menengah, satu asrama budak-budak tingkatan 1 - 3 terutamanya kena kudis buta. Sampai kalau terlampau teruk kena suruh balik. Memang cepat merebak, sungguh tidak selesa akibat rasa gatal dan susah diubati dalam keadaan begitu. Kiri,kanan, depan dan belakang pun ada kudis buta. Guru penyelia asrama ada penyelesaian sendiri. Pagi-pagi dia akan menyediakan sebaldi air suam yang ditaburi serbuk belerang. Setiap murid yang dijangkiti kudis buta akan merendamkan kaki dan tangan mereka di dalam baldi untuk mengubati kudis.

Sama ada doktor atau si kawan itu cakaplah kudis buta, jadi orang lebih senang faham.

Scabies konon. Selain dari kesedapan menggaru berpanjangan, luka-luka dan cepat merebak, di zaman moden ini kudis buta tidaklah kritikal mana.



------------------------------------------------------
Comments (via disqus):

Kay Masingan 27 Apr 2012
hahaha..scabies oh. dia mau kedengaran orang yang kebandaran kali kan? atau dia malu mengaku kudis buta, so bila orang dengar scabies, bunyi saintifik lah, jadi penyakitnya sesuatu yang baru kali?

mie4life  27 Apr 2012
Tu belum lagi tu Kay, mangarasi bah. Bahaya kunu ni penyakot. Siap bagitau lagi tu mites dia ialah sejenis hama yg tinggal di bawah kulit. Klau bertelur mcm telur ikan dan itulah yang bikin jadi scabies. :)

Kay Masingan 28 Apr 2012
hahaha...mcm telur ikan ah..nah sandi tu orang tu..hehhe

Mamula 01 May 2012
Uinaa kau, butul macam telur ikan pula ne

0 comments:

Post a Comment