Written by Arimi Sidek
Populasi Kadayan di Borneo Utara pada tahun 1911, F.L.H 1916
Berikut merupakan abstrak kepada banci penduduk di North Borneo pada tahun 1911, menunjukkan agihan berdasarkan jantina dan dengan perbezaan penduduk dewasa dan kanak-kanak. Pernyataan ini menunjukkan populasi yang sangat kompleks, dan menyatakan fakta yang amat menganjurkan bahawa dari jumlah populasi sebanyak 208,183, hanya 355 orang Eropah dan 57 orang Erusia.
Ringkasan keputusan banci berkenaan boleh dilihat pada Jadual di bawah.
Nota: Klik rajah-rajah berkenaan untuk melihat jadual banci yang lebih terperinci.
Nampaknya pada tahun 1911, populasi orang-orang Kadayan di North Borneo hanya berjumlah 2,455 orang.
Sudah tentu keputusan banci ini boleh dipersoalkan jika diteliti dengan lebih terperinci. Jumlah orang-orang Brunei misalnya, lebih sekali ganda besarnya berbanding dengan orang Kadayan.
Manakala jumlah populasi orang orang Tagal (Murut) hanya pada 1,212 orang, jauh lebih kecil dari populasi orang Sungei iaitu 9,165.
Apa yang lebih meragukan, tiada seorang pun orang-orang Lun Dayeh / Lun Bawang termasuk di dalam banci berkenaan.
Tetapi satu perkara yang jelas ialah, kuasa dan kekuasaan tidak merujuk kepada jumlah populasi di North Borneo pada tahun 1911. Orang Eropah yang berjumlah hanya 355 orang berjaya menjajah lebih 208,183 penduduk-penduduk North borneo untuk 52 tahun yang mendatang iaitu sehingga 1963.
Source:
F. L. H. Publications of the American Statistical Association, Vol. 15, No. 113. (Mar., 1916), p. 127.

No comments:
Post a Comment