Thursday, June 14, 2007

Catatan pelayaran Capt. Bethune, 1846

Written by Arimi Sidek

Catatan Pelayaran Capt. Bethune, 1846

Capt. Bethune (1846)1 telah membuat catatan mengenai pelayaran beliau menyusuri pantai Borneo dari Tanjung Datu sehingga ke Teluk Marudu.

" Bahagian pantai Borneo yang saya saya berpeluang melawat sebahagiannya adalah meliputi dari Tanjong Datu, di lat. 2o N. long. 109o E., sehingga ke Teluk Malludu, di lat. 7o N. dan long. 117o E., suatu jarak kira-kira 600 batu mengarah di dalam BaratDaya ke arah Timur."2

Catatan ini dilampirkan dengan beberapa carta mengenai taburan hujan dan suhu kawasan yang beliau layari. Satu daripada catatan yang dimaksudkan boleh anda lihat di dalam gambar di atas. Sila klik gambar berkenaan untuk melihat gambar yang lebih besar.

------------------------------

Orang-orang Kadayan menduduki kawasan kejiranan Berunai; mereka merupakan orang tidak banyak cakap dan tidak suka bermusuhan (Capt. Bethune, 1846).

------------------------------

Beberapa pengamatan beliau saya petik di dalam artikel ini.

Beliau telah membahagikan kawasan-kawasan yang disusuri berdasarkan potensi komersial dan kependudukan kawasan berkenaan. Kelas pertama adalah kawasan yang paling berpotensi, manakala kelas ketiga adalah samaada tidak berpotensi menurut pandangan beliau ataupun, tidak / belum diketahui.

Berikut merupakan catatan beliau ke atas beberapa tempat di perairan berkenaan:

"
1. Bintulu - Kelas kedua atau ke tiga; dihalang; sedikit diketahui, kaya dengan keluaran; camphor, sarang burung; dll.
2. Meri - Kelas ketiga; sedikit diketahui; sedikit penduduk.

3. Bera, Belahit, Kadayan, Tutong - Semuanya kecil dan sedikit diketahui

"3

Dari segi pembahagian politik dan penduduk pula, beliau menerangkan bahawa " penduduk asal di kawasan berkenaan adalah termasuk di dalam nama-nama Dayak, Kadayan, Milanau, Kayan, Murut dan Dusun."4

Menyentuh mengenai Kadayan, beliau menulis bahawa "orang-orang Kadayan menduduki kawasan kejiranan Berunai; mereka merupakan orang tidak banyak cakap dan tidak suka bermusuhan; sebahagian besarnya merupakan orang-orang Islam."1


---------------------
End Note:

1Captain C. D. BETHUNE, Royal Navy of Great Britain (R.N).

2Teks asal

"That part of the coast of Borneo which I have had an opportunity of partially visiting extends from Tanjong Datu, in lat. 2o N. long. 109o E., to Malludu Bay, in lat. 7o N. and long 117o E., a distance of about 600 miles in N.E. By E. direction."

3Teks asal

"
1. Bintulu - Second or third class; barred; little known; rich in produce; camphor, nest, &c.

2. Meri - Third class; little known; small population.

3. Bera, Belahit, kadayan, Tutong - All small and little known.

"

4Teks Asal

"
Political Divisions - Population, &c.

...

The indigeneous population is included under the names of Dayak Kadayan Milanau Kayan Murut Dusun"


5Teks asal

"The Kadayan inhabit the neighbourhood of Brune; a quiet inoffensive people; chiefly Mohammedans."

Source:
Bethune, C.D, 1846. Notes on Part of the West Coast of Borneo. 109° to 117° E. Long by C. D. Bethune. Journal of the Royal Geographical Society of London, Vol. 16. (1846), pp. 294-3.

No comments:

Post a Comment