Wednesday, June 13, 2007

Tidong dan Kadayan, 1908


Written by Arimi Sidek

Tidong dan Kadayan, 1908


Pada kali ini saya mengutarakan satu artikel yang merupakan ulasan kepada tulisan Mervyn W.H. Beech pada tahun 1908 bertajuk "The Tidong Dialects of Borneo". Ulasan mengenai tulisan beliau dibuat pada tahun 1909 oleh Stephen Henry Rigby (lebih dikenali sebagai S.H.R atau S.H. Rigby).

Menurut Beech di dalam artikel beliau,

"Orang-orang Tidong "menduduki bahagian pantai timur Borneo di antara Lahad-Dato dan "negeri yang agak ke selatan Bolongan, sungguhpun mereka jarang memasuki lebih dari "tigapuluh batu" ke arah daratan (pedalaman)"".1

"Dia (Beech) menganggap mereka sebagai serpihan Melayu, di mana orang-orang Tidong in merupakan keturunan kepada imigran Melayu ke kawasan Bolongan yang kemudian berkahwin campur dengan penduduk asal. Sebahagian dari penduduk campuran ini berpindah kepulau Tarakan, dimana ungkapan-ungkapan Tidong dikekalkan, tetapi orang-orang di Bolongan sendiri telah menyerap lebih perkataan-perkataan Melayu".2

Saya tidak ingin mengulas lebih banyak mengenai orang-orang Tidong kerana saya sendiri tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

Namun apa yang menarik ialah Beech berpendapat bahawa

"... bagi perkataan-perkataan bahasa Tidong yang berbeza dengan bahasa Melayu hampir serupa dengan dialek-dialek orang yang dikenali di Sarawak sebagai "Orang Bukit" (orang-orang bukit, Kadayan, dan Bekiau di hulu Sungai Belait dan Sungai Tutung) dan Bisaya di sungai Limbang."3

Beliau malah menyenaraikan berberapa senarai pendek perkataan-perkataan yang dikutipnya di Sarawak pada tahun 1899 bagi menguatkan hujahnya.

Senarai asal beliau adalah seperti jadual yang dipaparkan di atas. Anda boleh mengklik paparan berkenaan untuk melihat perbandingan secara lebih lengkap.

Terdapat beberapa persoalan yang boleh kita lihat berdasarkan senarai yang disebutkan:

Pertama, sejauhmanakah bahasa Kadayan berkembang di dalam masa satu abad?

Berdasarkan pengamatan penulis, hanya dua perkataan yang tersenarai masih digunakan oleh orang Kadayan, iaitu "pandai" dan "pasau (piasau". Perkataan-perkataan yang lain adalah asing bagi orang Kadayan. Perkataan-perkataan berkenaan digunakan oleh orang Kadayan pada tahun 1899 dan tidak lagi diketahui pada tahun 20074, apa yang berlaku adalah samaada bahasa Kadayan mempunyai kedinamikan yang tinggi atau menghadapi kepupusan secara drastik. Bayangkan jika fenomena ini berlak, bagaimana pula rupa bahasa kita pada tahun 2107?

Kedua,benarkah perkataan-perkataan yang terdapat di dalam senarai itu merupakan perkataan Kadayan?

Sehingga sekarang perkataan yang tersenarai digunakan dikalangan suku kadazandusun / bisaya / Tidong, tetapi TIDAK ada satu pun perkataan berkenaan digunakan di dalam perbualan orang-orang Kadayan. Mungkinkah Beech tersilap atau bersikap serkap jarang di dalam pengutipan data beliau?

----------------------------------------------------
End Note:

1Teks asal,
"The Tidongs "occupy the east coast of Borneo between Lahad-Dato and the " country a little to the south of Bolongan, though they seldom penetrate more than "thirty miles inland".

2Teks asal,
"He regards them as of Malay extraction, the present Tidongs being descendants of Malay immigrants to Bolongan, who intermarried with the aboriginar population. Part of this mixed population emigrated to the island of Tarakan, where the Tidong speech was retained, but in Bolongan it assimilated more Malay word."

3Teks asal,
"... for the Tidong words which differ from Malay are almost identical whth those in the dialects of the people who are called in Sarawak "Orang Bukit" (hillmen, Kadayan, and Bekiau on Upper Belait and Tutung rivers) and bisaya on the Limbang river".

4Selain dari dua perkataan iaitu "pandai" dan "pasau", semua perkataan di dalam senarai berkenaan tidak digunakan oleh orang-orang Kadayan. Sekurang-kurangnya pendapat ini berdasarkan pengamatan penulis di kalangan orang-orang Kadayan di Sabah.

Source:
Beech, Mervyn W.H., 1908.The Tidong Dialects of Borneo. Review: 93. Reviewed Work(s): The Tidong Dialects of Borneo. by Mervyn W. H. Beech. Review by S. H. R. Man (Journal of the Royal Anthropological Institute of Great Britain and Ireland), Vol. 9. (1909), pp. 159-160.

No comments:

Post a Comment