Monday, June 11, 2007

Sipitang Sepintas Lalu

Written by Arimi Sidek


Sipitang Siri 1


Sipitang ( Lat. 5.0833, Long. 115.5500 / 5o 4' 60N, 115o 32' 60E) terletak kira-kira 180 km dari Kota Kinabalu, Ibu negeri Sabah.

Bandar-bandar berhampiran ialah Beaufort yang terletak 48 km ke Utara dan Lawas (Sarawak) yang terletak 53 km ke Selatan.

Sipitang bersempadan dengan daerah Beaufort di Utara, Tenom di Timur, Kalimantan dan Sarawak di Selatan. Manakala kawasan Barat daerah ini adalah mengadap Teluk Brunei.




Daerah ini meliputi kawasan seluas 2,732.49 km persegi.

Berdasarkan banci 1991, penduduk Sipitang adalah berjumlah 24,439 orang dengan 86% merupakan bumiputera. Kaum terbesar di kawasan ini adalah orang Kadayan dengan dianggarkan melebihi 60% penduduk kawasan ini, diikuti oleh orang Lundayeh dan selebihnya kaum lain seperti Murut Tagol, Kadazan-Dusun dan orang-orang Brunei.

---------------------------------------------------------------------

10 Fakta Yang Anda Patut Tahu Mengenai Daerah Sipitang
1. Daerah Sipitang adalah 30 kali ganda LEBIH BESAR dari Pulau Labuan1.

2. Saiz daerah Sipitang adalah 4 kali ganda LEBIH BESAR dari Republik Singapura2.

3. Saiz Daerah Sipitang adalah 3 1/2 ganda LEBIH BESAR dari Negeri Perlis3.

4. Negeri Melaka dan Pulau Pinang apabila digabungkan bersama-sama adalah LEBIH KECIL berbanding dengan daerah Sipitang4

5. Lebih dari 60% penduduk Sipitang merupakan orang Kadayan.

6. Sipitang asalnya mempunyai 3 buah pekan kecil iaitu Mesapol, Malamam dan Sindumin.

7. Hanya terdapat TIGA buah kampong petempatan orang - orang Brunei di Sipitang5.

8. Kampung Banting / Luagan di Mukim Sindumin merupakan kawasan pembalakan penting pada zaman British.

9. Mesapol merupakan pekan dimana gagasan awal mengenai Yayasan Sabah dicetuskan pada tahun 1965.

10. Pekan Mesapol pernah terbabit di dalam pergolakan Antanum melawan Kompeni Inggeris pada tahun 1908.

-----------------------------------------------------------------------

Daerah Sipitang mempunyai 36 buah kampung dan dibahagikan kepada tiga buah Mukim iaitu Mukim Mesapol, Sindumin dan Malamam. Kawasan pentadbiran ini telah wujud sejak pentadbiran British.

Mesapol merupakan pusat pentadbiran yang tertua bagi daerah Sipitang.

Pekan ini telah wujud sejak akhir kurun ke 19.

Mesapol ini pernah diserang oleh Antanum, pemimpin Murut Tagol yang berpengkalan di Pensiangan dan bersengketa dengan Kompeni di sekitar tahun 1908.

Apa yang menarik ialah, pekan Sipitang yang ada sekarang ini mungkin belum wujud wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Pusat pentadbiran kawasan pekan Sipitang sekarang ini adalah di bawah pentadbiran mukim Mesapol.

Ketiga-tiga mukim ini sebenarnya mempunyai pekan kecil yang tersendiri. Tetapi hanya Mesapol dan Sindumin yang masih bertahan sehingga kini, manakala pekan Malamam telah lama berkubur tanpa nisan.

Peta pada tahun 1945 iaitu zaman pendudukan Jepun di Borneo menunjukkan kepentingan dua pusat pentadbiran mukim ketika itu, iaitu mukim Malamam dan Mukim Sindumin yang terletak 300 meter dari sempadan Sabah - Sarawak sebagai post-post yang terlibat di dalam pentadbiran Jepun.





End Note:

1"Labuan is part of Malaysia and is well located in the centre of the ASEAN region. 92 sq km in size, with a population of 78,000..." lawtax.net, 2007. Accessed on 9 June 2007. http://www.lowtax.net/lowtax/html/jlbnews.html

2"Republic of Singapore, the second smallest country in Asia, consists of Singapore Island and several smaller adjacent islets. Situated in the Indian Ocean off the southern tip of the Malay Peninsula, Singapore has an area of 693 sq km (268 sq mi)" nationcencylopedia.com, 2002. Singapore. Location, Size and Extent. Accessed on 10 Jun 2007. http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Singapore-LOCATION-SIZE-AND-EXTENT.html

3Keluasan Negeri Perlis ialah 795 km persegi. ms.wikipedia.org, 2006. Senarai Penduduk Dan Keluasan Negeri-Negeri Malaysia. Dicapai pada 11 Jun 2007. http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_penduduk_dan_keluasan_negeri-negeri_Malaysia

4Keluasan Negeri Melaka ialah 1,658 km persegi, manakala pulau pinang ialah 1,033 km persegi. Ibid.

5Kampung rasmi yang dimasukkan di dalam Jentera pentadbiran dan pembangunan daerah dan mempunyai ketua kampung. Berdasarkan kriteria ini, kampung-kampung yang berkenaan ialah kampung Menengah, kampung Kuala Mengalong dan kampung Tanjung Pagar. Satu kampung lagi ialah Siputol, tetapi kampung ini merupakan petempatan majmuk. Malah jika diteliti, kampung Tanjung Pagar juga merupakan petempatan majmuk. Profail Daerah dan Pejabat Daerah (1995). Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Sipitang.


Comments

ankJati_Luagan - mantap! |2009-04-25 23:57:53
assalamualaikum..hemm,stlh berbls thun aq hdup(cheewaah...)ni la 1st time ku buka web tntg sipitang.jaang2 on9 kan biani..
huhu..tp baik lah.pisinnya sipitang ani akn smkin maju dn insyaAllah akan dikenali suatu hri nnti..chaiyok,chaiyok CPtang!!!!!

No comments:

Post a Comment