Jika anda seorang artis grafik, satu-satunya watak terkenal yang anda boleh bayangkan dari bentuk tapak berkenaan adalah “Donald Duck”.
Bigfoot di Daro 1
Bigfoot di Sarawak: Tambirang!
(Teks disusun semula oleh Kalajiau Ingaa)
Bagusnya, cerita Bigfoot tiba-tiba keluar semasa kenaikan harga petrol yang menggila ini. Bigfoot mengajar kita satu perkara, mulai sekarang kita harus rajin berjalan kaki.
Bigfoot di Daro 2
Menurut beritanya, kejadian yang mengejutkan ini menjadi cerita yang panas di daerah Daro sejak beberapa hari lepas. Di antara yang tertarik dengannya termasuklah seorang ahli perniagaan tempatan, En Tan Soon Kuang. Cerita ini disiarkan di akhbar-akhbar dan juga TV3 di dalam program Bulletin Utama, semalam. Anda boleh membaca berita lanjut mengenainya di sini dan sini .
Kononnya di masa lampau kawasan ini merupakan kawasan pertapaan. Pasal bertapa, yang itu aku tidak berani komenlah.
Tapi sebagai orang yang bertahun-tahun terbabit dengan kerja-kerja grafik, bagi aku kesan tapak-kaki berkenaan belum cukup meyakinkan, berbanding dengan tapak kaki (tetapi hanya sebelah) yang ditemui di semenanjung Malaysia beberapa tahun lepas.
Hanya tapak kaki yang ditemui. Jadi mari kita pause sekejap berita petrol yang menyakitkan hati dan membuang masa menjadi ahli forensik tapak kaki Bigfoot.
1. Tapak terlalu rata untuk menjadi manasabah
Bigfoot di Daro 3
Mengambilkira saiz tapak kaki berkenaan, tekanan hentakan harus lebih dalam ke bumi terutama di kawasan ini yang kelihatan agak becak.
Bahagian tumit dan bahagian dalam tapak kaki terutamanya sebelum bahagian ibu jari kaki sepatutnya lebih dalam lagi, kerana bentuk badan Bigfoot harus agak bongkok ke hadapan.
Imej-imej berikut merupakan bentuk-bentuk tinggalan Bigfoot yang lebih realistik walaupun kebenarannya sendiri belum dipastikan hingga ke hari ini.
Bigfoot from oversea
2. Bentuk tapak tidak sesuai dengan anatomi Bigfoot
Bigfoot di Daro 4
Bentuk tapak berkenaan mirip kepada tapak kaki katak atau itik yang dikuncupkan; kecuali jari-jari hadapannya yang sangat kontot.
Jika anda seorang artis grafik dan mengambilkira pengalaman di dalam lakaran anatomi ekstrim, satu-satu bentuk watak terkenal yang anda boleh bayangkan dari bentuk tapak berkenaan adalah “Donald Duck”.
Donald Duck
Atau; tuan punya 'tapak' adalah makhluk yang sangat ringan dan sangat kurus.
3. Hanya dua tapak kaki
Kenapa HANYA ada dua tapak kaki?
Langsung tidak masuk akal. Kecualilah Bigfoot berkenaan turun dari helikopter menggunakan tali, TIDAK mungkin tapak kaki hanya dua. Tapak kaki seharusnya akan terus 'bertambah' selangkah demi selangkah sehingga berderetan, seperti satu garis jahitan yang berpanjangan.
4. Tapak yang terakhir berhenti di tepi pagar
Bigfoot di Daro 5
Tiga perkara terjadi apabila semua makhluk berhadapan dengan halangan. Pertama, dia akan melangkauinya. Kedua ia akan menyusuri pagar untuk mencari pintu atau hujung halangan. Ketiga ia akan berpatah balik.
Ketiga-tiga keputusan di atas memberi kesan yang nyata dan berbeza kepada taburan tapak-tapak di kawasan pagar.
Pertama, jika ia melangkaui pagar berkenaan, tekanan pada tapak yang terakhir akan bertambah. Jadi lekuk tapak kaki berkenaan harus lebih dalam berbanding tapak yang satu lagi.
Kedua, jika ia mencari pintu, tapak kaki akan menjadi banyak dan rencam di sekeliling pagar.
Ketiga, jika ia berpatah balik, tapak kaki akan timbul semula ke arah yang berlawanan.
Kesimpulannya, kepada tuan empunya 'tapak kaki' berkenaan, sila berusaha lagi membuat tapak yang meyakinkan pada masa hadapan.
Ucie Sumbibih
Comments
kaki basar - sungguh lojik |2008-06-14 10:51:53
rasanya memang tambiranglah, mengambilkira pandangan ucie sumbibih ini.
mula-mula tu rasa hati mau juga percaya, maklumlah kerana perkara-perkara mistik ini sentiasa mungkin terjadi.
lampuh - Mangkali tampak batis oang anggau |2008-06-15 07:24:06
Aie diee damit mulanya salajuu oang tuha-tuha bacaita pasal oang anggau. Analisa Si Ucie atu baik jua kan dibaca-baca, tapi bagi aku ada dua kamungkinan. Pertama: Tampak batis yang dalam gambaa atu kulihat macam dibuat-buat. Walau pun aku ani bukan oang yang pandai malukis, tapi asanya inda baapa payah kan mbuat tampak batis yang macam dalam gambaa atu.
Kedua - Tampak batis oang anggau. Oang anggau ani yang sabanaanya inda ya payah bajalan atas tanah. Tekanan yang nampak pada tampak batis atu upanya inda baapa baat jalamanya. Pasal atu taya ada kamungkinan tampak batis oang anggau. Oang anggau ani walaupun tubuhnya basaa dan tingginya anggau, tapi inda ya dapat disama akan dian jalama biasa. Sabab oang anggau ani bukan jalama macam kita. Bisia ani termasuk didalam golongan iblis dan shaitan.
Luus kah inda, inda tah ku tahu.
basaa batis - Oang Anggau tah tu |2008-06-15 08:59:23
Liau lampuh, uja aimulah liau, yang ia masaii talihat, oang anggau angkak2 tukun2 siing umah, tuhutnya pun limpas kapala liau,
lapas atu kana mandiie jamu liau tu bhao tha baik.
Mangkali atu tah tu, oang anggau
lampuh - Mangkali tampak batis Oang Anggau |2008-06-15 13:46:47
Aie ku di Labuhan mulanya, ada oang Kadayan yang bagimbaan oang anggau. Abangku bakawan baik dian jalama anie dan ia masaaie ya talihat. Oang Kadayan atu (aruah sudah) bila ya ninggal akan kuitanya, inda ya maasaie ngunci atau katup pinjauannya. Ada sakali caita abangku oang Pilipin kan mancuie isi kuitanya. Bahaau tah kan mbuka kuita, oang anggau atu muncul tiba-tiba. Balusian oang Pilipin katakutan, ada yang takamih aah dalam saluaa. Masa atu abangku dian yang umpunya kuita atu minum kupi, "Tuh...inda jua dangan baani mancuie kuitaku atu"...
Pucat kuning muha abangku malihat oang anggau badiee sieng kuita kawannya tu. Oang Kadayan anie jaan dipamain, ada kakal yang sandi-sandi gayanya!!
whatever |2008-06-16 16:47:40
tapak donald duck? tapak pluto lagi le tepat.....
anak jin - jinlah, jin... tak caye? |2008-06-17 11:11:49
ucie,
tu ler namanya tapak jin, bukan manusia.
tapi tapak yang satu tu nampaknya lebih lebih tersangat pendek dari yang satu lagi...
sepupu jin - tapak tidak sama? |2008-06-19 13:29:39
hantu cacat tu, tapak kakinya panjang sebelah, pendek sebelah
langkawit - mungkin big foot kurus |2008-06-17 11:36:07
dulu dalam katun ada jug cerit macam tu. kaki besar dan ramai yang takut. tapi last-last binatang tu saja kaki besar tapi badan macam urang biasa
monster bigfoot - ultraman bigfoot barangkali!!! |2008-06-18 09:22:42
Saya rasa mungkin ia ultraman atau jenis yang superpower, melihatkan ada dua kesan tapak kaki je, mungkin ia "landing" di atas tanah becak kemudian terus terbang balik ke atas kot. Ini teori je.
ultraman |2008-06-19 17:25:15
ultraman taiga ni... hehehe
TAMBUAKA62 - Banaa tu wang Badustanya tampak batis basaa!!! |2008-06-20 02:41:51
Luus tu Wang tampak batis basaa macam atu mun aie ku damit mulanya hagut diee mbuat tu. Tampak batis Damit jua hagut ku mbuat mulanya mun nakuti patuhaan mungut buah duyan ketanjung @ tampat kabun buah Duyan... Uja alam hati nakuti patuhaan tautama pabinian "TAPAK INDAHAO" uja diee. SeMalaysia kena dustaiee. Mun kamu mau aku mbuat akan Tampak batis Basaa di Supitang? Tangahnya ASK di KL mangkalikan malihat di News pakah??? He he he he
No comments:
Post a Comment