Upih Pinang

Monday, June 9, 2008
Author kaawai Category

Written by kalajiau ingaa

Biasanya kami berlumba-lumba mengheret pelepah pinang yang baru jatuh.

Upih pinang

Batang pelepah ini kemudian kami potong separuh. Hasilnya upih menjadi kereta tarik (bukan kereta sorong), seakan permaidani tarik dalam kisah 1001 malam yang mengasyikkan.

AKU OANG DAAT - PART 11

Upih Pinang

Pinang merupakan santapan kemestian bagi orang – orang kadayan dewasa di kampung kami, baik lelaki mahupun wanita. Gaya penggunaannya mendekati kepada penggunaan rokok. Ianya sentiasa dimakan di dalam selang masa tertentu, bersama-sama dengan sireh dan kapoo (kapur).

Tetapi saya bukan bercakap mengenai wajah pinang yang itu. Kali ini saya menulis mengenai upihnya - upih pinang, upih.

Upih merupakan pangkal pelepah daun pinang yang telah tua dan telah gugur ke bumi.

Semua tumbuhan pulpa (pulp) mempunyai pelepah, jika tidak taklah dinamakan sebagai pulpa. Namun di antara semua pelepah tumbuh-tumbuhan pulpa, pelepah pinang merupakan yang terbesar dan bermakna.

Upih merupakan bahagian pangkal pelepah yang mendakap batang pinang – pelepah berkenaan melekap dan menampung keseluruhan daun pinang. Ia akan terus memegang daun pinang, sehingga menjadi tua dan sampai masa untuk jatuh.

Upih berbentuk seakan-akan gubang (perahu). Ia berukuran lebih kurang 4 kaki panjang x 2.5 kaki lebar. Warnanya kuning keperang-perangan atau perang kekuning-kuningan – kedua-dua warna ini pun biasa didapati. Bahagian dalamnya pula berwarna putih dan mempunyai selaput semulajadi yang kalis air. Bahagian ini berfungsi seakan-akan plastik moden. Struktur upih adalah lembut dan agak fleksible untuk dibentur, namun ianya juga liat.

Ia mempunyai aroma yang tersendiri, agak menyenangkan menyegarkan, dan bagi kami oang daat yang telah sebati – ia amat menyelerakan kerana sebab tersendiri dan akan saya terangkan nanti.

Walaupun lembut upih, ia juga kukuh.

Biasanya kami berlumba-lumba mengheret pelepah pinang yang baru jatuh. Batang pelepah ini kemudian kami potong separuh. Hasilnya upih menjadi kereta tarik (bukan kereta sorong), seakan permaidani tarik dalam kisah 1001 malam yang mengasyikkan.

Upih boleh menampung 2 – 3 orang kanak-kanak (kami) yang berusia di antara 5 – 10 tahun (pada masa itu) di dalamnya. Riuh rendah jadinya halaman dan bahumah rumah – ayam itik berpakak, bercampur baur dengan hilai ketawa kami, dan jerit pekik sang ibu menyuruh berhati-hati; sehingga suasana menjadi gegak gempita.

Tetapi sebenarnya, kegunaan upih yang paling praktikal ialah untuk membalut makanan dan terutamanya nasi.

Upih pembalut nasi

Bahagian dalamnya yang yang licin dan kalis air menjadikannya sesuai untuk menjadi pembalut nasi. Nasi jadinya tidak melekit di bahagian dalam dan upih boleh digunapakai berulang kali untuk 2 – 3 bulan, sehingga lusuh.

Kopek Upih

Tidak semua bahagian akan dibuat upih pembalut. Pertama sekali, bahagian terbaik upih akan dipotong mengikut ukuran segiempat bujur – ukuran nya antara 3 kaki panjang x 2 kaki lebar. Selepas itu bahagian dalamnya akan dikopek dari bahagian luar, hanya bahagian ini yang akan digunakannya, seperti sebidang plastik pembalut yang lebar dan berguna sebagai pembalut. Ia sangat sesuai untuk menjadi pembalut nasi.

Seperti yang saya katakan tadi, aroma nasi yang bercampur dengan aroma upih sangat menyelerakan.

Aku Oang Daat (OAD) 11


Comments


upih pinang - upih pinang |2008-07-04 14:22:47
tarik upih pinang lihat di sini ---
http://www.youtube.com/watch?v=FF48iDcseOs
bagi yang pernah bermain, rasakan nostalgia yang manis

1 comments:

Anonymous said...

Lumba baguyut dalam upih mana?

Post a Comment