Written by kalajiau ingaa | |
Kalaulah sekarang, silap-silap bai Karam Singh Walia yang pandai berkata-kata dengan pantunnya yang pelik-pelik itu telah pun datang bertandang.
Revised text version, 12 June 2008. Pendidikan Seni di sekolah kami tidak ubah seperti mata pelajaran kemahiran hidup. Ketika itu ia dipanggil mata pelajaran lukisan. Memang patut juga diubah nama menjadi pendidikan seni, kerana apa yang diajar di dalamnya bukan hanya sekadar melukis.
AKU OANG DAAT 12 Oang Daat, Sekolah Hulu 4 – Guru 'kurang akal' & tanah liat
Sekarang saya menyedari, mata pelajaran berkenaan sangat amali sifatnya. Contohnya, kami telah 'diajar' untuk berjalan di semak samun belakang sekolah. Kami juga 'diajar' memetik batang keladi biah untuk dicap di atas kertas seolah-olah mengecap batik. Ya, memotong keladi; dan juga apa-apa pokok serta daun-daun yang bersesuaian untuk dijadikan peralatan mengajar (teaching aid) oleh guru-guru genius. Parang untuk memotong? Jangan susah. Hampir setiap murid ada membawanya. Jangan lupa juga, setiap hari sebelum sesi pembelajaran bermula, murid-murid daat terlebih dahulu 'diajar' untuk menjadi tukang kebun sekolah. Bukan itu saja. Ada lagi yang lebih adventurous semasa mata pelajaran lukisan. Kami 'diajar' mengenali tebing sungai, juga di belakang sekolah untuk mengambil tanah liat. Segala-galanya di belakang sekolah, malah di belakang sekolah kami ada gua kelawar mini. Seluruh warga kelas baik lelaki dan perempuan harus mengambil tanah liat sendiri, jangan manja-manja!
Berdasarkan ukuran persepsi ibu bapa moden sekarang, sudah tentu perilaku guru yang sebegini akan dianggap 'kurang akal'. Bagaimana jika apa-apa terjadi kepada anak-anak kecil itu semasa berada di cerunan sungai – jatuhkah, hanyutkah, kemalangan dan sebagainya? Alamatlah. Kalau sekarang, gerenti dah kena komplen di dada akhbar. Silap-silap bai Karam Singh Walia yang pandai berkata-kata dengan pantunnya yang pelik-pelik itu telah pun datang bertandang, siap dengan krew Tivi3 untuk mengambil gambar tebing sungai berkenaan. Tulisan yang agak terbabas di situ .... sepatutnya cerita ini ialah pasal tanah liat. Tanah liat yang kami cari itu berwarna biru muda. Yang dikutip harus tulin tanpa dicemari pasir dan juga tanah biasa. Baunya tersendiri, hasil sedikit takungan ammonia – mungkin. Memandangkan ketulinannya, ia adalah halus, lembut dan senang dibentuk. Tanah liat jenis ini merupakan dough semulajadi, tidak ubah seperti plastecene atau play -dough. Kembali dari sungai dengan kaki berlumpur, kami dengan gembira untuk mengadunnya di atas meja. Kami membentuknya dengan apa-apa saja imej yang terlintas di fikiran. Atau lebih sering, tiru saja imej yang dibuat oleh kawan di sebelah. Lebih-lebih lagi jika 'ciptaan' kawan itu kebetulan dipuji oleh guru. Imaginasi anak oang daat bagaimana pun agak terhad kepada barang-barang rumah tanpa TV. Yang paling biasa terlintas di fikiran ialah household items seperti ashtray, cawan, meja, rumah dan sebagainya - atau juga, barang mewah yang tiada taranya dunia kami ketika itu, kereta. Selepas habis waktu pembelajaran, hasil seni tampak ini sama ada dibuang begitu saja ke bahumah sekolah, atau dibawa balik ke rumah sebagai bukti kerja keras kami ke sungai dan kemudian mengadunnya, ataupun kami simpan di atas para penyimpanan dalam kelas untuk persediaan kelas pada minggu berikutnya. Bagi dua keadaan yang terakhir, adunan imej yang telah siap akan dikeringkan sehingga menjadi keras dan kukuh. Selebihnya, permukaan imej akan dilicin dan dikilat menggunakan balah-balahan – serpihan kaca. Sayang, pertukangan oang daat tidak pernah menumpu kepada sumber semulajadi yang berpotensi ini. Oang daat juga mengenali tembikar, bukannya tidak kenal. Misalnya lebih dalam ke daat, saudara seBorneo kami dari bangsa Murut Tagol mengkebumi sanak saudara mereka yang meninggal dunia di dalam tajau-tajau besar. Tetapi di dunia kami ini seni tembikar nampaknya tidak dimajukan. Sepatutnya sebagai anak Atlantis yang menyebarkan kemahiran seni tembikar ke seluruh pelusuk dunia, kami harus mengunggulinya sehingga ke hari ini.
|
Thursday, June 12, 2008
Guru 'kurang akal' & tanah liat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment